muka dah buruk

Assalamualaikum.. 


Semalam syiela balik kampung..  wah best! anak2 pun bukan main suka lagi.. Syiela lg la.. sebab di manjakan.Disuruh duduk rehat je.. Best! naik lemak i :)

Nak jadi cerita time masak tengahari... dah jemu bertenggek saja syiela pun turun dapur join kakak ngan mak masak. tapi tak buat apa sangat pun just potong2 je mana yang patut.Then  tolong goreng ikan dengan ayam... masa time goreng ayam tu tetiba salah satu ayam tu meletup.tak sempat nak elak dah terkena muka. Alahai pedihnya..... belek punya belek tengok muka dah mengelembung dan macam ada air bisa kat dalam..

Dorang semua pakat gelakkan syiela... katanya nasib baik dah kawen kalau tidak jatuh harga.. tapi hubby syiela jawab pe tau... tapi walau bini orang pun jatuh saham skit la di mata suami (dalam nada gurau).. iskh geram ni.. dah la skit ni.. buat main pulak...


Lastnya syiela pergi rehat kat depan sambil tengok TV. kang kat dapur kena usik lagi. dah la skrg ni makin sensitive.mata ni kejap nak kuarkan air hujan :(


Bila dah kena ni baru mencari petua... so cari punya cari jumpalah petua ni... 

1. ketika panaskan minyak untuk menggoreng masukkan sekeping asam gelugor dan biarkan seketika. masa nak menggoreng keluarkan kembali asam tu dan goreng seperti biasa. InsyaAllah minyak tidak akan mercik.

2. masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak dan menggoreng seperti biasa..

Lepas amalkan pertua ni tapi minyak mercik juga.. jangan salahhkan syiela ye.. salahkan orang yang bagi petua ni :)












9 comments:

  1. sakit tu..
    pernah gak cari petua supaya minyak
    tak memercik..tp semua pun x leh pakai..
    tetap gak mercik..tgn selalu jd mangsa percikan minyak ni..

    ReplyDelete
  2. aduh sadisnya kena tang muka..habis berparut...:)

    ReplyDelete
  3. lily : kita warga dapur mmg x dapat nk elak dh dalam beringat tu kdg2 terkena jugak

    Puan kutu : huhuhu.. tu la dah la nk raya.. ada parut pulak

    ReplyDelete
  4. izna pun ada pengalaman teruk kena minyak panas ni masa grg sosej.smpai melekat sosej kat dinding gara meletup n minyak panas terpercik kat mata,pipi,leher,tgn n dada.adehhh...

    semoga syeila cepat ok tau..nnt dah kering tu bley sapu bio oil utk hilang parut =)

    slmt berpuasa syeila...

    ReplyDelete
  5. Muka tak pernah kena lagi. tp kalu kat tgn ni selalu sgt la. penuh parut ni. utk kurangkan kesan parut, sya letak bio oil. cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  6. takpa la kak syiela,tu tandanya kita selalu masuk dapur. biasalah tu,insiden2 cenggini tak boleh dielakkan

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE