Kenangan Bersama kak cik # 3

Assalamualaikum..

Balik kampung baru ni sempena raya syiela tolong mak buat ketupat palas.Sambil anyam ketupat sambil mengimbau kenangan.Kalau dulu syiela tak pandai nak anyam ketupat palas ni. Bila cuba je tak jadi trus kak cik cakap.Hang tak payah dok kalut2 belajaq buat.Nanti upah aku ja.Cakap ja nak berapa aku bereskan.Ni memandangkan kak cik dah tiada so kenalah belajar kembali cara nak anyam.Pusing punya pusing akhirnya jadik juga.hehehehe.Alhamdulillah.

Hubby pun cakap mama kena la belajar buat ketupat palas ni sebab abah dengan anak2 suka.Kalau dulu boleh harapkan kak cik je.Sekarang kena bergantung pada diri sendiri.Punyalah lama syiela balut ketupat tu.Padahal buat 3kg je.Pastu teringat daging dan ayam belum potong lagi.Daging nak buat kari untuk di cicah dgn ketupat.Ayam nak buat masak merah,juga untuk dicicah dengan ketupat.hmmm banyaknya kerja.Kalau dulu kejap je habis.Sebab kak cik ni jenis pantas di dapur.Semua keja kejap je dia buat tapi jangan suruh basuh.So kalau kat dapur dia tukang masak, syiela pula  tukang basuh.Tapi sekarang syiela tukang masak,mak tukang rasa hubby tukang basuh :).Thanks hubby!

Ni la rupa Ketupat palas


Pagi raya pula kalau dulu selalu lepas solat sunat kak cik akan datang masak kat rumah mak tapi kali ni syiela ngan hubby sibuk kat dapur. Mak kat depan layan tetamu.jenuh bersilat kami berdua kat dapur.huhuuhu... rindu sungguh dekat hang kak cik.

Ni gambar anak2 kak cik + husband dia.. masa mai beraya kt kampung



Al-Fatihah buat arwah kak cik.. Allahyarhamah Che Rozaini Binti Mat Salleh

12 comments:

  1. el pun dah tau dah ngayam tupat palas..b4 ni x tau lgsg...tu pun belaja mil el...sok2 ni dia xde ssh plak...ngayam tupat dah pandai..tu nak tanak pulut tuh x reti..heheheh tu semua mil yg buatkan...sok2 ni kena belajar ler

    alfatihah tuk kakcik hang

    ReplyDelete
  2. hoho... kena ikut petua ni... gilir kerja...

    ReplyDelete
  3. Al fatihah untuk kak cik.
    saat2 macam ni mmg kita akan terkenang pd mereka yg telah meninggalkan kita...
    :(

    ReplyDelete
  4. semuga syiela tabah menghadapi ujian..memang sedih disyawal ini bila orgyg kita sayangi tiada lagi disisi..spt mama juga yg baru 4 bulan kehilangan nenek tersayang..Al-Fatihah buat kak chik..

    ReplyDelete
  5. sedih pulak rasanya
    Al fatihah untuk kak cik.

    ReplyDelete
  6. teringin jgk nk bljr anyam ketupat..

    al-fatihah utk kak cik awk dear.

    ReplyDelete
  7. bui lagilah x pandai anyam ketupat..kalau nk beli jer..hehe

    alfatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

    ReplyDelete
  8. al fatihah...sedih rasa nya bila org kita sayang pergi mengadap sang pencipta nya...

    ReplyDelete
  9. alfatihah. . . yang pergi tetap pergi... by the way.. da lame x mkn ketupat palas..

    ReplyDelete
  10. al-fatihah buat arwahnya......Memanglah time ini kita akan teringat kenangan pd yg tiada....

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE