DUGAAN BERMULA.... 1st

Assalamualaikum...

Sampai kampung terasa ringan beban.. ramai yang menjaga.masing2 cewi bak kata orang kedah.Almaklumlah 1st twin dalam family.Pakat dok riba la.Sat orang nu pegang sat orang ni pegang.Rezeki twin pun alhamdulillah melimpah2.

Setiap hari twin di bawa ke klinik kesihatan untuk cek jaundice.Hari demi hari makin meningkat. Orang petua letakkan aloe vera kat dahi.kami buat.Tiap2 hari mandi dengan daun kucai kadang ada juga mandi dengan mandian singsei cina.Apa je orang petua kami akan buat.Tapi at the end Haziq kena warded juga. Sehari ja Haziq kat sana (HSB, Hospital Sultanah Bahiyah) Haziq dah discharge.Alhamdulillah tapi bila sampai rumah buka pampers tengok semua dah melecet.Teruk sangat.Kecian dia mesti sakit sangat. 

Dua hari lepas tu still lagi kena ke klinik.Walaupun dah discharge tapi still lagi kena follow up kat klinik. Bila cek je keputusan tak memihak pada kami. Makin naik pulak walaupun tak tinggi.Akhirnya hari ke 16 Double H (Haziq & Hazim) direfer doktor sebab jaundice ni kalau melebihi 14 hari bahaya bagi baby. Bila jumpa doktor je terus doktor nak refer pakar.Tapi Double H memang ada appointment pakar kat hospital sp (HSAH) pada 30/10/11. So ikut date tu jelah.

Pada hari appoinment tu jaundice still ada.Jadi doktor suggest amik darah untuk nak tau keputusan lanjut.samada dorang bermasalah atau tak. Masa nak ambil darah tu.Kesian la yang teramat.Menagis meraung double H.Bukan Double H je nangis syiela pun nangis jugak.Tak kisah dah orang pandang ke apa ke. Selepas ambil darah kena datang lagi 14/11/2011 untuk tau keputusan darah.Balik haritu memang syiela susah hati.Macam2 pikir.

14/11/2011 Kami berempat (syiela.hubby dengan Double H) ke hospital.Dalam hati berdoa la sangat agar result nanti ok.Bila sampai turn doktor cakap result ok.Syukur sangat.Alhamdulillah,tapi nampak macam keadaan double H tak sihat.Memang masa tu Double H kena Flu.Baru 2 hari je.Ada batuk2 skit.Doktor suggest tuk buat x-ray.Syiela ikut je.Bila dapat keputusan x-ray alangkah terkejutnya sebab Double H dah terkena jangkitan kuman. Jadi kena warded dengan serta merta.Alangkah sayunya hati. Kesian Double H mesti sakit lagi lepas ni kena cucuk.

Kelam kabut kami. mana taknya.Kami ke sana sehelai sepinggang.jadinya lepas dah tetap wad abah bergegas balik ambil barang keperluan.

Kita sambung nanti yea... Jom tengaok Double H  masa kat kampung :)

Haziq.. kalau tak salah.. kat dahi tu aloe vera

sebelum cukur rambut

baik je tido

haziq..1st twin

Hazim 2nd twin

Both of them

Hazim with aloe vera :)


****  SAMPAI SEKARANG DOUBLE H STILL ADA BUNYI KAT HIDUNG TAPI HINGUS TAK MELELEH JUST BUNYI KROK KROK.. PASTU TENGAH MALAM MERAGAM SEBAB SUSAH NAK MINUM SUSU. ADA SESAPA ADA PETUA NAK HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT NI TAK? UBAT DAH BERBOTOL2.. BERULANG KE PAED PUN DAH SELALU TAPI STILL CAMTU GAK ***

16 comments:

  1. wahhh beshnya twin. 2 2 boy.jenuh lah 1 rumah dye pusing nt.oh botakkan terus eh.

    ReplyDelete
  2. Amboi mcm2 ubat dan petua dah try,
    kita jgn terlampau cemas,relax sikit.

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat baby twin.. tahniah!!

    ReplyDelete
  4. Tahniah dpat twin & semoge cepat sembuh Double H..

    Saya xde petua tp ad la try google kat sini.. X taw kot2 bley membantu ke.. :)

    http://www.petuanenek.com/kesihatan/demam-kuning-atau-jaundice-kepada-bayi

    ReplyDelete
  5. my twins and my latest baby pun baru kena flu sampai nafas berbunyik. sarah bawak gi ppum, bagi nebulizer..dah tu dpt inhaler ventolin. bila nafad berbunyik, idung tersumbat pam ventolin baru ok..before this bg ubat batuk je pun tka jadi apa..

    ReplyDelete
  6. sis, boleh ek kasik ubat kat baby bawah 6 bulan?
    kembar fira pun ada flu, asyik dok jangkit dgn kakak dia aje. Fira tak penah kasik ubat, just sapu vicks kat dada, hidung & ubun2 dorang. Pastu if teruk fira guna penyedut hidung tuh. kasik clean.
    Penah tanyer Paed, dia kata ada ubat titik jugak utk bersihkan hidung dorang dari tersumbat.

    ReplyDelete
  7. syiela..mama yg setiap bulan bulan diambil darah ni pun masih rasa sakit,apalagi baby twin !!!..sianya baby...syiela maaf ya mama takde petua utk hilangkan hidung sumbat tu..hu2x..semuga twin akan ok !!..

    ReplyDelete
  8. kak, tahniah dpt twin...saya juga baru dpt baby girl but not twin just single...tp utk flu ni apa kata akak ambil ibu kunyit, tekan lam mangkuk letak minyak masak skit jer lam 1/4(suku) sudu pastu ambil air kunyit yg b'campur minyak tadi sapu kat keliling hidung baby...anak saya pon sll kene flu sbb jangkit ngan kakak dia...baru jer nak baik, jangkit semula...saya pon sll jugak sedut guna mulut, nak kotor apa, demi anak...drpd kesian tengok anak xleh nak tido...insyaallah dgn izinNya ok la tu anak akak syiela...mudah mudahan...

    ReplyDelete
  9. ciannye baby..

    comeynye dia..

    moga sihat2 aje yerr..:)

    ReplyDelete
  10. seronoknya dpt baby boy twin...genglah dgn kak...twin juga:)

    petua yg kak guna utk hilangkan hidung tersumbat tu sama spt Wan Najmiah...alhamdulillah anak dpt tidur lena..cubalah

    ReplyDelete
  11. aku sedey bila baca kalau pasal baby ada prob ni...

    ReplyDelete
  12. salam akak..lame wanie tak jenguk..dah bersalin dah..tahniah, seronoknye dapat twin..muka nak macam damia kecik2 la..hehe..geram tengok..hidung tersumbat sebab hingus ke?huhu..tak pandai sangat, tp kat kedai ade alat jual penyedut hingus untuk baby..

    ReplyDelete
  13. mayb sebab ms lahir nurse tak sedut habis lendir2 tu agaknya..tu yg masih ada sampai sekarang..kesian twin..bersabarlah yer..nnt semakin membesar semakin ok

    ReplyDelete
  14. mcm mana nak bezakan kembar ni syiela...Harap dabel H membesar bagai johan...hmmmmm

    ReplyDelete
  15. tahniah ye dengan kelahiran twin tu. besar jugak dugaannya ek, sabar tabah pasti akan bahagia kelak

    ReplyDelete
  16. Harap2 Double H cepat sembuh dr hidung tersumbat.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE