Dugaan # Part 2

Assalamualaikum....

Masuk je wad mula la doktor melawat.Bermula dengan doktor biasa,kemudian doktor pakar. Doktor bagitau yang Hazim cuma perlu ambil antibiotik dan nab sahaja manakala Haziq perlu ambil antibiotik + nab + oksigen sebab kuman dah merebak.MeKami ditempatkan di bilik berasingan untuk mengelakkan dari double H di jangkiti dengan penyakit2 lain.Jadi kami di tempatkan di wad ni....

semua yang terserempak dengan kami mesti tanya baby sakit apa :)

Kemudian bermulalah episod sakit bagi double H.Mula-mula dorang ambil Hazim dulu bawa ke bilik rawatan katanya nak masukkan drip untuk masukkan antibiotik.Dari luar terdengar Hazim menjerit2.Dari kuat terus perlahan.Lama sangat Hazim kat dalam.Apa la dorang buat kat kau anak.Mama dan abah dah tak senang duduk.Bila di bawa keluar je tengok2 Hazim dah nangis tanpa suara hanya airmata ja meleleh.Sedihnya time tu.Mesti Hazim sakit sangat.Syiela dengan hubby pun sama2 nangis.Kalau la kami dapat ganti tempat korang, double H mesti tak perlu nak hadapi kesakitan ni. Bila di belek rupanya dua2 tangan dia dah di cucuk tapi tak jumpa urat.Last2 dapat kat kaki.

Bila sampai turn nak ambil Haziq je macam tak nak kasi je.Kang sakit lagi.Syiela siap pesan kat doktor.Kalau boleh cucuk sekali ja ye.Kesian dorang.Alhamdulillah haziq cuma sekali je dan nangis pun taklah seteruk Hazim.Mungkin Haziq abang kot...

4 jam sekali nurse akan datang untuk masukkan antibiotik serta nab.Masa masukkan antibiotik tu menangis2 dorang berdua.Terpaksa la syiela dgn hubby pujuk pulak.Sampaikan pada satu tahap dorang dengar tray yang selalu nurse tolak masuk ke bilik tu bunyi dorang dah nagis.Dah tau sangat mesti akan sakit lepas ni.

Hari ke 2 di wad doktor cakap rasanya Haziq ada problem skit.Tapi doktor belum mention apa benda.Lepas tu mula la berpusu2 doktor datang. Syiela ngan hubby pun heran.bila ditanya dorang cakap tak connfirm lagi.tapi kami detect Haziq ada  masalah jantung. Ya Allah masa tu tuhan ja yang tahu.Terdiam kami berdua.Doktor dan doktor pakar datang bersilih ganti.kami diam tak terkutik tepi bilik. Petangnya doktor cakap memang confirm ada masalah jantung dan start petang ni Haziq perlu ambil satu lagi ubat tambahan untuk jantung dia.Sedih...pilu... sayu.. memang tak terkata hanya airmata peneman kami waktu tu.Appointment di buat esoknya untuk diketahui masalah sebenar.

15.10.11 Hubby dengan Hazim ke Hospital Penang untuk buat echo.syiela tak ikut sebab jaga Hazim kat wad.Bila syiela request nak ikut doktor tak bagi.Katanya either one saja.(Mungkin dorang takut kami tukar baby kot). Semasa hubby ke sana syiela kat sini macam kucing nak beranak ke sana tak kena,ke sini pun tak kena.Makan pun tak kenyang.Last2 nak hilangkan perasaan yang bukan2 ni syiela pergi mandi.Nak di jadikan cerita syiela mandi air sejuk (jiwa tengah kacau). keluar ja dari bilik air mula dah mengeletar.Dengan aircond yang kuat.Badan dah seram sejuk.Last2 petang tu syiela demam. 

Hubby sampai dengan Haziq dalam pukul 6pm. Tak sabar syiela nak ta result.Katanya Haziq ok.cuma ada satu lubang yang teramat kecil kat jantung Haziq dan selalunya kes macam ni baby dapat recover sendiri.Doktor bagi appointment bulan 9 next year untuk di buat imbasan sekali lagi. Syukur alhamdulillah moga Haziq dapat recover cepat. 

Lepas tu Double H dapat rawatan seperti biasa.setiap 6 jam pula Double H akan di beri antibiotik dan nab.Hazim discharge 17.10.11 dan Haziq pada keesokan harinya.Tapi yang sedihnya walau discharge batuk  & flu dorang still  tak lega.Dorang di bekalkan antibiotik untuk di makan selama 4 hari.Sampai la ke hari ni bunyi kat hidung dorang still ada.

Syiela ada beli 3 jenis pam untuk sedut hingus tapi semuanya tak berjaya.Sedut guna mulut pun dah.(tak kena cara ke? sebab hingus tak keluar pun).


Antara koleksi Double H semasa kat wad yang sempat syiela snap..

Haziq

Haziq

Hazim

Balut kuat2 dengan selimut hospital

Abah sedang bagi nab kat Haziq

Haziq makin sihat

Hazim manja dgn abah



Antara yang syiela dah buat kat double H ni 
1. Letak kunyit kat hidung ( asah kunyit campur dengan skit minyak dan sapu kat hidung)
2. syiela minum scott emulsion, oren sunkist supaya baby dapat sama kebaikannya
3. selalu sapau minyak yuyi kat dada,belakang dan tapak kai.Dan yang berbekas kat tangan syiela lalukan kat hidung double H.

Tapi sampai kini double H dah 2bulan 1/2 still ada bunyi krok..krok kat hidung


*** terima kasih buat kawan2 yang sudi bagi petua untuk 2H. Syiela amat hargainya ***

25 comments:

  1. syiela..tgk keadaan twins buat sarah nangis le..sian sangat..kecik2 lagi dah kena menanggung sakit.. semoga twins cepat besar..sihat..

    ReplyDelete
  2. semuga sekarang ini twin dah semakin sihat..mama suka sgt tgk twin ni, comil !!..kesian diaorg kecil2 dah diambil darah..sabar ya syiela dgn dugaan ini..hu2x..

    ReplyDelete
  3. jangan pakai kunyit biasa... pi cari kunyit keling... tu lagi mujarab...

    ReplyDelete
  4. Syiela, sedihhh la baca part dorang kena cucuk tuh..btul2 dugaan sungguh yerrr. yang awak pun sampai demam2 mandi air sejuk..tapi btul, air kat hosp mmg sejuk kot tambah lagi dgn air con, fira pun mengigil aje, ikutkan hati mmg taknk mandi..tapi tak selesa kan..mandi kartun aje laa..hehe..patut bilik mandi hosp bersalin dorang kena pasang water heater arrr..kan?? hehe..
    syiela, flu baby mmg lambat sembuh..makan berbulan..InsyaAllah..dorang akan sembuh nanti. tapi if rasa sangsi kerapla bwk jumpa paed. :)

    ReplyDelete
  5. sedihnya baca ni..kecik2 dah alami benda2 yg menyakitkan nih....harap tahab yaaa ibu dan ayah...

    ReplyDelete
  6. boleh pulak typo alahai..."harap tabah yaaa.."

    ReplyDelete
  7. inilah dugaan membesarkan anak kembar, semoga sheila n suami tabah menghadapinya.

    Kak guna ibu kunyit, selain letak kat hidung,kak letak juga di atas dahi n belakang telinga si anak.

    ReplyDelete
  8. ciannyee baby...
    moga cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  9. cian dia....smga cepat sehat dan dijauhkan bnda2 tak diingini...aminn

    ReplyDelete
  10. akak, chumel baby twin akak..farah harap si kembar cepat chat..=)

    ReplyDelete
  11. lau cikji jd akak pun msti cikji nangis jugak..

    sedihnya tgk dorang yg masih kecil tp dh kena tanggung kesakitan.

    Alhamdulillah dorang semakin sehat.yeaay!

    ReplyDelete
  12. harap tabah.. smoga kedua-duanya sihat..

    ReplyDelete
  13. Allah.. sayu baca n3 nih..

    suka tgk gambor last tu...

    Insya Allah, semoga kembar syiela bertambah sihat..

    anak sedara dulu pun ade masalah jantung, & dia sindrom down pulak tu.. tp lepas usia dah hampir 1 tahun, doktor kata lubang tu dah tertutup sendiri.. semoga Haziq juga begitu nanti..

    ReplyDelete
  14. Ya Allah..siannyer diorang..=(
    nak ngalir air mate rase..mesti sekse kan..kene cucuk, tapi xjumpe urat..last2 cucuk kat kaki..tapi alhamdulillah mereka beransur pulih..double H sangat cumel..(^__^)..

    ReplyDelete
  15. hai syiela :)

    harap baby beransur pulih :)

    ReplyDelete
  16. miera turut simpati..papepon,miera doakan twins tu cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  17. aduhh ..baru baby dh kena menaggung sakit

    ReplyDelete
  18. dugaan yang bukan calang2 org boleh hadapinya..kalau bui ntah2 dh pengsan nangis..huhu

    semoga kembar sihat2 jer lepas ni..tak sabar nak tengok dia org besar..

    ReplyDelete
  19. dugaan yang bukan calang2 org boleh hadapinya..kalau bui ntah2 dh pengsan nangis..huhu

    semoga kembar sihat2 jer lepas ni..tak sabar nak tengok dia org besar..

    ReplyDelete
  20. Harap2 dah sihat kembar cute kita ni.

    ReplyDelete
  21. sedih bc kisah double H ni
    nk ngis tgk derang kena cucuk sn sni..huhuh teriak bagai adoiii kalo aku x tau lah caner pun xmo kasi derang kena cucuk

    papepun derang dah selamat balik umah
    anak aku alana tu pun kerap flu
    apa yg aku buat aku sapu ngan minyak kelapa kt ubun2 dia..
    pas3 kdg2 aku sapu vick ngan myk gamat

    smoga derang cepat sembuh ok
    nak je aku dtg ziarah ko tp xtau umah kt mn :)

    ReplyDelete
  22. kesian sangat, kecik2 lagi dah kena lalui pelbagai cabaran. semoga double H kuat, mesti jadi anak yang kuat okay

    ReplyDelete
  23. Semoga slps nie Haziq dan Hazim sihat walfiat dan Syiela pun kena jaga kesihatan sendiri juga....

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE