Happy Besday Aiman # 5

Assalamualaikum..

Hari ni besday Aiman yang ke 5.Tak sangka cepat masa berlalu.Dulu kecik2 kuat menangis.nak ke mana pun susah.Kalau pergi berjalan @ balik kampung ke bukak ja pintu kereta dia tengok suasana lain terus menangis mcm kena sampuk.Keadaan berlarutan sampailah dia dekat 2 tahun.

kalau ke tempat kenduri pun camtulah keadaan dia.menangis sampai tak ingat dunia.Samapaikan orang tanya 'anak sapa la ni,teruk sangat nangis'.Hish bikin malu je kalau pegi jalan2. Pernah juga kenduri kat rumah mertua.Bila time orang ramai dia start la menagis.Sampaikan kami terpaksa menumpang kat rumah jiran sehingga selesai kenduri.

Tapi bila dah besar.Alhamdulillah,senang nak menjaga Aiman ni. Walau baru berumur 5 tahun.Tak susah nak kejut dia bangun pagi.Goyang badan skit je dia buka mata dan terus senyum,Tanya kenapa.Kalau hari sekolah syiela cakap pergi mandi nak ke sekolah. Dengan sendirinya dia bangun pergi mandi, sabun dan gosok gigi.Tak perlu nak tunggu depan pintu bilik air @ bising2.

Nak ke sekolah pun syiela tak perlu siapkan.Dia pandai uruskan diri sendiri.Syiela just duduk atas sofa sambil tengok tv memantau jela Aiman bersiap.Kasut sekolah pun syiela biarkan Aiman basuh sendiri.So far tengok dia basuh bersih so biarkan jela. Lagipun dia ni jenis pembersih lagi tak putih selagi tu dia akan tonyoh beru.

Alhamdulillah setakat ni tak susah nak membesarkan dia. Aiman ni spesis ringan tulang serta mendengar kata.Cuma kadang kadang je buat perangai.Itupun bila berdua dengan adik.Kalau sorang mmg terlalu baik.Syukur alhamdulillah.

Walau penat semalam mama tetap penuhi permintaan Aiman nak makan paus  siakap sweet sour.Heehehe main campak2 je... itupun aiman cakap sedap sampai menjilat jari.

Buat Aiman..
Selamat Hari lahir
Moga terus menjadi anak yang baik buat mama dan abah.
Mama dan abah sentiasa berdoa agar aiman menjadi anak yang soleh.
 Moga terus menjadi permata yang bersinar :)

***Syukur sangat bila semalam Aiman berjaya habiskan Ikraq dua.Tak sia2 abah hantar mengaji malam2.




Nak cakap dengan siapa ni

Assalamualaikum

Satu hari keadaan di office syiela

A: Helo! Account Department please
B : Nak cakap dengan sapa ye

A : Itu Ella ada
B : Oh.. dia masuk lewat skit..after lunch you call balik

A : ok takpa.. takpa...tanya sikit a.. Ella dengan Ila tu sama ka?
B : Ya sama.. kami kat office panggil Ila

A : thanks ha... itu kasi i cakap dengan itu syiela
B : itu orang yang sama jugak la

A : oh yaka tak pa la kalau camtu kasi i cakap dengan wati
B : aiiyo! itu orang yang sama jugak la

A : oh ya ka.. sori.. sori.. itu lain orang account department punya.. itu Ros ada
B : itu pun orang yang sama.. kenapa you asingkan2 nama dia... letak fone sambil geleng2 kepala...

*** agak2 korang apa nama penuh syiela ;)


         


Alhamdulillah...rezeki berganda ganda

Assalamualaikum


Semalam syiela dan kawan opis ke rumah terbuka.Wah meriahnya majlis.Banyak betul makanan.Memang makan sampai kenyang la.Tak sedar masa berlalu.sampai kat opis je masing-masing kejut sebab tengok keta bos elok je parking kat bawah. Alamak bos dah masuk la.

Bila nak melangkah masuk opis je tengok jam dah pukul 3.30pm.Alamak lagi la kecut.hehehhe... sebab syiela kat tingkat atas terus je berdesup ke atas.hahahahha.

Tapi lepas tu nak kena ngadap ada cek supplier yang nak kena sign.. iskh... risau gak ni.. kang rimau mengaum camne nak buat.

Bila ke bawah je nak jumpa bos tetiba dia cakap lapar la.kita order pizza nak.. hish bikin suspen je ingat nak perli kami tadi.Then tetiba je mmg dia order pizza untuk kami makan beramai2. Walau dah kenyang tapi bab makan boleh aje masuk lagi... nak2 sup dia.syiela paling sukalah.. :)

** thanks bos :)

Kerja Menipu!

Assalamualaikum...

Baru2 ni syiela pergi kat pasaraya ni.Barang nak di cari cuma sedikit.Bila sampai turn bayar syiela keluarkan duit RM50 padahal beli tak sampai RM10 pun.Tapi cashier tu tak cakap apa la pulak.Lepas dia pulangkan duit tergerak di hati nak kira duit tu.Sebelum ni tak pernah nak kira..dapat balance je terus masuk dalam dompet dan terus jalan.

Lepas belek2 syiela perasan macam kurang..Aik syiela silap kira ke.So kira sekali lagi.Rupanya mmg si cashier tu yang salah bagi.So cakap kat si cashier tadi.Dik balance tak cukup le.Dia cakap kejap ye kak.Then dia buka dia punya tempat simpan duit tu.Ntah apa nama dia. Kemudian dia hulur RM10 kat syiela.Aik mana dia tau syiela tak cukup RM10.Tak cakap lgpun tak cukup berapa.Baru cakap baki tak cukup je.Bila toleh je sekali lagi.Dia dah blah dari tempat cashier tu.Ke mana ntah.

*** Korang pernah alami tak keadaan camni?

Wordless Wednesday # 4 Lepas Kena Marah

Assalamualaikum...


Bila abah bertukar menjadi raksasa @ hulkhogan  maka beginilah cara anak2 bawa diri dan terus tido.Kesian la pulak bila tengok dorang tido ni...

Ziarah Sempena Cuti 1 Malaysia

Assalamualaikum...

Jumaat sempena hari Malaysia syiela dapat jemputan ke rumah my SIL.Dorang buat besday.SO dari SP terjah la ke Bukit Mertajam.Kat Sna sorang buat mee rebus. Alahai nk makan ke tak.Kalau makan kang di serang asthma pulak memandangkan syiela tak berapa sihat lg ni.
 
Iqbal pulak alahai semua benda nak di makannya.Banyak sungguh si kecik ni mkan.tambah pula dengan air bergelas2.Pastu berlari.Dalam dok aktif tu tiba2 termuntah la pulak si Iqbal ni.Keadaan jadi kelam kabut la skit memandangkan jemputan mula datang.Iskh Iqbal.. Iqbal...

Tapi demi menjaga hati tuan rumah syiela jamah la skit.Tu pun dorang bising sebab makan sikit sangat.Syiela senyum je.Kemudian kami terus ke Penang.Hospital Pantai Ziarah my salah sorang lagi SIL. Minor operation.Kesian tengok dia. susah nak gerak. Kat situ pun kejap je coz iqbal amat la lasak.Siap menjenguk org lain lg.Risau patient lg terganggu dek keletah Iqbal so kami decide untuk bertolak balik.



*** kenapa mood ke laut sejak dua menjak ni.. badan pun terasa amatlah letih ***

Oh Bakal Twin

Assalamualaikum..

Minggu ni syiela ke hospital.Seperti biasa untuk rutin check up.Alhamdulillah kedua2 twin ikut progress dari semua segi.Berat dan tumbesaran mmg mengikut jadual.Cuma satu je yang still tak ok baby still duduk tak betul.So doktor bagi tarikh 10.10 ni tuk check up lg sekali.

Kalau still songsang terpaksa la amik appointment tuk serah diri.Hukhuk cam takut pulak sebab tak pernah alami keadaan ni.

Keadaan dorang cam ni ha


Harap2 nanti back to normal la nanti..



*** Selamat Menyambut Hari Merdeka..  Syiela merdeka depan TV aje kot :) ***

Iqbal oh Iqbal

Assalamualaikum

Sabtu baru ni mr hubby ajak syiela pergi kenduri tapi memandangkan syiela tak sihat so decide tak nak ikut. Jadi hubby bawa Aiman saja. Kalau bawa Iqbal sekali nanti mau haru biru pulak.So Iqbal tinggal dengan syiela. 

Hubby pun ok je.Dia dengan Aiman masuk keta.Tapi Iqbal terus ke bilik.Ai majuk ke.Selalunya dia tak merajuk.Meraung je nak ikut. Pelik ni.So bila hubby bertolak syiela dah siap kuncikan pintu mula la mencari si Iqbal.

Bila jumpa je terkejut Syiela.Bukan sedikit tapi terkejut gila.Patut la dok diam rupanya ada kerja.Dia panjat almari capai gunting dan gunting rambut sendiri.Adoi buruk la rupanya. Gini ha 






Pastu bila kita tunjukkan rambut yang dia potong kt cermin siap nangis lagi rambut dia takde siap cakap lepas ni dah tak boleh buat rambut pacak.. hahahha.. Iqbal.. Iqbal
Jadi nak elokkan balik terpaksalah bawa ke kedai gunting dan potong rapat.Pakai no.1.Hehehehe meraung dia tak nak rambut botak. Malam tu sampai ngigau nagis tak nak potong rambut...



*** Syiela dah make sure benda2  tajam ni letak kat atas tapi still juga dapat panjat dan capai.Nasib dia potong rambut je.Kalau potong benda lain tak ke haru...

Kenangan Bersama kak cik # 3

Assalamualaikum..

Balik kampung baru ni sempena raya syiela tolong mak buat ketupat palas.Sambil anyam ketupat sambil mengimbau kenangan.Kalau dulu syiela tak pandai nak anyam ketupat palas ni. Bila cuba je tak jadi trus kak cik cakap.Hang tak payah dok kalut2 belajaq buat.Nanti upah aku ja.Cakap ja nak berapa aku bereskan.Ni memandangkan kak cik dah tiada so kenalah belajar kembali cara nak anyam.Pusing punya pusing akhirnya jadik juga.hehehehe.Alhamdulillah.

Hubby pun cakap mama kena la belajar buat ketupat palas ni sebab abah dengan anak2 suka.Kalau dulu boleh harapkan kak cik je.Sekarang kena bergantung pada diri sendiri.Punyalah lama syiela balut ketupat tu.Padahal buat 3kg je.Pastu teringat daging dan ayam belum potong lagi.Daging nak buat kari untuk di cicah dgn ketupat.Ayam nak buat masak merah,juga untuk dicicah dengan ketupat.hmmm banyaknya kerja.Kalau dulu kejap je habis.Sebab kak cik ni jenis pantas di dapur.Semua keja kejap je dia buat tapi jangan suruh basuh.So kalau kat dapur dia tukang masak, syiela pula  tukang basuh.Tapi sekarang syiela tukang masak,mak tukang rasa hubby tukang basuh :).Thanks hubby!

Ni la rupa Ketupat palas


Pagi raya pula kalau dulu selalu lepas solat sunat kak cik akan datang masak kat rumah mak tapi kali ni syiela ngan hubby sibuk kat dapur. Mak kat depan layan tetamu.jenuh bersilat kami berdua kat dapur.huhuuhu... rindu sungguh dekat hang kak cik.

Ni gambar anak2 kak cik + husband dia.. masa mai beraya kt kampung



Al-Fatihah buat arwah kak cik.. Allahyarhamah Che Rozaini Binti Mat Salleh

Raya

Assalamualaikum..

Orang dah basi pasal cerita raya.Syiela baru nak mula. Almaklumlah seminggu kat kampung.Happening sangat.. walau badan tak berapa nak upaya.letih mmg ketara.asik nak tido je. Ni pun letih tak habis lagi walau dah start keja :).

Raya tahun ni tak sempat nak bergambar berempat sebabnya Aiman dah pandai.Balik dari masjid ja trus hilang. Pegi beraya kutip duit raya.Pastu bila orang kasi siap bagitau tak mau dah.Duit Aiman dah banyak.Duit abah dengan mama pun banyak.. sabar jelah. Dengan mak mertua pun tak sempat nak bergambar.Sebab kami beraya kat sna belah petang.So bila petang tetamu ramai.

Abah teringin baby girl.. sambar cucu sedara jap :)


asyik makan kuih raya je si Iqbal ni

bersama mak syiela

si Iqbal ni yang teruja






Langsung takder gambar si Aiman sampai ke petang :)...

GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE