Malang tak Berbau

Assalamualaikum

Pagi tadi dalam perjalanan ke opis terkejut tengok satu kemalangan yang syiela rasa sungguh dasyat.Empat biji kereta terbabit dalam kemalangan tersebut.Tapi yang ngerinya,satu proton iswara telah terbang ke atas bumbung waja.Ala2 cam tengok drama pulak. Waja tu usah di kata la.Mmg remuk gila la. Macam mana la keadaan pemandu waja tersebut sebab proton tu landing betul2 bahagian depan kereta tu.Iskh.. ngeri.. tak sanggup nak jenguk tengok dengan lebih lanjut.

Dalam dok rsa ngeri tu sempat jugak snap gambar ngan hp yang tak berapa canggih ni.Tapi ntah apa ke halnya pulak tak boleh nk upload.So tak dapat la nak bagi gambaran yang sebenar.. sori ye korang.. layan cerita je la

So buat semua.Time hujan2 ni jangan la laju2 sangat. Jalan tu licin.Ingat yang tersayang ye!

Melahirkan Secara Caesarean.. Sakit ke

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah jiran depan rumah dah selamat melahirkan baby boy.. Pada mulanya husband dia yang nak sambut sendiri baby tu.Tapi bila bukaan sampai 4cm still dok camtu gak sampai 10jam.So nak elakkan dari kejadian yang tak diingini terpaksalah c-zer.

Jadi husband dia agak frustlah sebab tak dapat nak sambut sendiri baby yang ni.Apapun bersyukur sebab kedua2nya selamat. 

Syiela pulak yang gementar bila dapat tau jiran ni dah bersalin.Awal 2 minggu tu. Iskh... ketaq ni.. macam syiela ni lagi la.10hb ni nak g jumpa doktor pakar untuk tetapkan tarikh nak serah diri (c-zer) sebab keadaan baby yang satu lg tu songsang.

Syiela juga tengah search camna penjagaan bersalin c-zer ni.Sesapa ada pengalaman bagi la petua.Sebab ada dengar cerita kalau c-zer nitak boleh berbengkung la.Mcm2 lagi la.So sesapa yang ada pengalaman c-zer tu kongsi- la yer segala petua penjagaan sepanjang berpantang :)

Lagi satu sakit ke. Maksud syiela lepas habis ubat bius tu.Ngeri pulak bila memikirkannya.

GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE