Thursday, May 31, 2012

Thursday, May 31, 2012

Mama pun tumpang menggedik



Assalamualaikum

Sambungan dari cerita SUkan sekolah Aiman.Ada juga acara untuk ibu bapa. Mama ni dah lama tak bersukan jadi bila cikgu offer jer terus senyum lebar.Hahahaha kejap ye abah mama nak masuk acara ni.Jom ke tengah padang. Si Aiman pun bersama ke tengah padang nak menyokong mamanya.Hahahaha mama punya la semangat bersama partner nih.Acara ikat lari ikat kaki je pun.hehehehe
 Kita ikat kaki dulu

 Kesian Aiman dok tengah panas jadi penyokong tegar mama


 Tengok hehehehhe..mama lari sambil senyum2 maunya tak kalah. nasib tak jatuh kalau tidak dapat sakit je.. hahahaha kalah pun


Kaum bapa pun kalah ntah dapat kat sekolah mana ntah.dah penat.matahari dah makin terik ni.Tak sabar nak balik dah.

Acara yang di tunggu acara penyampaian hadiah.hehehehe nasib Aiman menag gak satu hadiah.

 Tersengih je dapat hadiah
 Panas sangat nih.senyum pun terpaksa jer
 abah bersiap turunkan payung
 Tengok tu dia sempat lagi berlari kat tengah padang.Dah la Panas terik

Steady ye bah ^_^

*** Saya nak balik Kampung ni.Hehehehe macam la jauh sangat.Alor Setar je pun.Nanti saya jejak rumah kawan2 ye.Terima kasih sudi melawat saya ye

Wednesday, May 30, 2012

Wednesday, May 30, 2012

Karnival Buku Hasani

Assalamualaikum

Sempena cuti sekolah ni Hasani mengadakan promosi pertengahan tahun.Memang berbaloi baloi tau.Tanpa membuang masa saya menerjah ke sana.Ye la kalau baru2 ni banyak pilihan sikit.Kalau lambat selalunya memang akan tinggal saki baki je.

Promosi yang amat  berbaloi untuk kita sebagai pembeli.Diskaun sehingga 30% Ai bukan staff Hasani ye.Pomote bagai pulak ye.

Banyak buku latihan buat Aiman dan Iqbal yang sempat syiela capai.Buku cerita pun.Kalau yang last year punya @ lama sikit dorang lelong RM1 dan RM2 je. So itu yang di rembatnya.Tengok semuanya menawan lagi.Lain la kalau warna kertas pun dah bertukar kelabu.Itu memang pandang je la. Syiela takdak la rembat sampai tak ingat dunia.Tapi yang pasti sepanjang cuti sekolah ni Aiman dan Iqbal memang ada lahitan untuk di buat.Hehehehe dorang pun amatlah seronok dapat buku baru :)

Ini antara yang sempat di rembat.Bab novel tu sempat jugak menyelit kat situ.Diskaun 30% tu untuk novel.Sangat la best! hehehehehe. Lain 2 buku antara 10-25%. Yang bestnya berbelanja kat Hasani ni time biasa pun ada diskaun 10% (Bukan ahli) Kalau ahli (20% kalau tak salah la, ai bukan ahli)

So sesapa yang ada anak2 masih belajar dan berada di belah kedah ni jom terjah ke Hasani.Memang berbaloi duit kita membeli kat sini.

Nanti update bab Terlerai kasih pulak.kita tengok best ke tak :).

*** En. Abah kena bertungkus lumus mengasuh Dable H.Mama nak layan novel ngeeeee.
Wednesday, May 30, 2012

keychain kucing

Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya yang ditunggu tiba. Ini ada lah keychain pemberian cikharty sempena 30 orang terawal yang join GA dia. so comel kucing ni... jauh terbang ni datang dari kuching lg ke Kedah :)...Thanks ye cik harty. GAnya sedang berlangsung lg buat masa ni.So bagi sesapa yang nak join KLIK SINI . ada masa lagi ni.Tarikh tutup 10 june ni.Banyak hadiah menarik.Jom meriahkan GA dia sambil tu boleh eratkan hubungan antara blogger.

To Cik Harty terima kasih atas tanda ingatan moga persahabatan maya ini berkekalan hendaknya ye :)

*** Jom join dan support GA dari Mama Pipie sempena pembukaan kedai baru beliau.Jom kesana jamu mata kot2 ada yang berkenan nanti :)

Tuesday, May 29, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Bola Sepak

Assalamualaikum

Hari kamis lepas Tadika Perpaduan mengadakan acara sukan peringkat Daerah Kuala Muda.So syiela dan hubby join untuk bagi sokongan padu buat anak sulong kami ni si Aiman.Acara yang amat di nanti nantikan kanak2 ini adalah acara bola sepak.hehhehe jom kita bercerita sambil layan gambar :)


 sebelum mula acara kita senam robik dulu
 ikut cikgu bersenam kat ats tu
 ni beratur tuk acara bawa guli dalam senduk
 parents pakat bagi sokongan padu pada anak2 sampai nak ambik gambar pun tak boleh
 bersemangat ..tunggu turn nak lawan bola
 tu dia masuk padang.. pengadil di datangkan khas dari kumpulan pengadil Daerah Kuala Muda
 Atur posisi anak2
 semangat amat nih!
 ntah sapa ntah ngarahkan aiman ke sini.dia dah nak star cekak pinggang
 bila sorang dapat bola camni lah keadaannya.. tak larat nak gelak.ref pun asyik senyum je.
Dah kalah.keluar padang pun dok cerita lagi tak puas hati (kalah 3-1)
nampak sangat keletihan





orang nagis bukan sebab kalah la.. tapi...
sebab orang nak beli ni la.Hahahaha pandai ko pusing ye.Bila abah beli ni terus diam...

so setakat ni dulu.Ada lagi kisahnya di next entry.Malas la nak taip banyak2 nanti kita sambung ye..

Sunday, May 27, 2012

Sunday, May 27, 2012

Semuanya boleh

Assalamualaikum

Nak cerita tentang Aiman bersukan tapi belum bertenaga lagi(kehkehekeh kena kasi aura datang dulu). Pompo, girl kena flu + sakit kepala yang teramat.

Ni hari jumaat hari tu. Abah keja so mama kat rumah bersama hero2.Memandangkan flu masih menyerang sakit kepala pun masih terasa jadi biar abang2nya jelah yang mengasuh.

 ini Hazig (sila abaikan mereka2 yang seksi tu hehehehe )
 Bila tengok abang sorong Haziq dia pun nangis nak jugak
Aiman bising.Hazim ni berat la ma.Haziq senang la sikit nak tolak.. hahhaha

Tak kisah la.Janji Dable H tak nangis.Mama nak rehat :)

** kalau la abahnya tau Dable H di letak kat dalam tu...

Wednesday, May 23, 2012

Wednesday, May 23, 2012

Tak dapat terima kekalahan

Assalamualaikum

Semalam berborak dengan cikgu Aiman kesnya esok Aiman akan ada acara sukan dekat Padang Hicom ( sesapa area Sg. petani jemput datang ye dan lg nak pomot hehehhe. Cikgu Aiman minta saya dan en.somi trun ke Padang Hicom eso untuk bagi sokongan dekat dorang ni.Aiman masuk Acara bola sepak.pandai ke budak ni main. 

Citernya semalam sebelum tu pasukan Aiman buat Persahabatan dengan satu lagi Tadika Perpadduan kononnya nak test power la.Dah tu Lawan punya lawan dorang kalah 3-1 dengan pasukan lawan.(Dalam hati saya heran, naper Aiman tak citer pun dorang ada games tu).

Dalam pasukan ni ada 4 orang je player yang bolah main (kata cikgu la).Aiman, Hakimi dan lagi dua orang tak ingat nama.lain lain tu just backup ja. Pastu si Hakimi ni anak tunggal.Bila kalah je dia rasa tension.lepas tu siap ajak yang lagi kawan bertiga ni benti main. camni katanya.jomlah kita benti main pun tak guna kalah je. sambil buang bip kat baju yang lagi 3 orang pun camtu buang bip dan keluar padang. alahai melopong cikgu.Jadi tujuan cikgu ajak parents yg 4 orang ni join event tu tuk mengelakkan dorang rasa down kalau kalah dan tak berhenti separuh jalan.

Lepas borak dgn cikgu.Masuk rumah saya citer kat en.somi.Dia cakap.Aik Aiman tak citer apa2 pun.Kalau tidak tak pernah dia tak bercerita tentang apa2 yang berkenaan dengan dia.So nak puaskan hati kami panggil la Aiman nak tau cerita sebenar. Mama dengan Iqbal dengan tekunnya mendengar.

Abah : Aiman cikgu kata Aiman lawan bola dengan sekolah lain

Aiman : yela,semalam lawannya

Abah : Awat tak citer kat abah pun

Aiman : huh dah kalah dengan muka sedihnya

Abah : Awat boleh kalah pulak

Aiman : Dah depa main kasar2 tolak orang pulak tu

Abah : la lawan bola mmg la camtu.Bila bola kat kaki Aiman dorang datang kacau la

Aiman : hish depa tu tolak orang sampai jatuh tau dak abah

Abah : Takpa nanti Abah pi sokong hari kamis ni.Aiman kena tendang bola kuat2 bagi masuk gol.

Aiman : nak tendang kot mana abah.tendang ja dia (keeper) tangkap.Kalau tendang kot tepi tak masuk gol.

Abah : tendang betul2 dan kuat2 nanti dia tak dapat tangkap la.

Aiman : ok abah pi tau sokong Aiman kuat2.Kalau abah dgn mama pi Aiman main betul2 tak mau benti dah (tu dia punya semangat)

tetiba je Iqbal nyampuk ( tu la hangpa tak keti (tak tau) main.. hehehehe saje je nak cari pasal budak ni.

Aiman : cuba adik pi main tengok menang ke tak..dok kata orang ja (dah start dah sesi gaduh mulut.. hehehehe )


*** esok jadi penyokong kuat kat tepi padang.. jangan la ada adengan tarik diri lagi nanti.

*** sesapa yang suka join GA tu jom join GA dari  Hannah ni.banyak hadiah menarik.Sebelum 10 june ya.Nak join KLIK SINI YA
Wednesday, May 23, 2012

Puding Jagung

Assalamualaikum

Kesukaan kami anak beranak



tetap licin walau daun tertanggal satu.Dan lagi satu acuan jagung tak sempat nak ambil gambar.Buang je dari bekas terus di ngap dek anak2.Hehehehhe macam la sedap sangatkan :)

Tuesday, May 22, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Segment Follower By Group

Assalamualaikum


Nak Join bloglist klik banner ye

Of cos la ai pilih blog mama ( hot mama la katakan ) hehehhe perah santan jap.

Jom join Sha mencari 30 orang je. 10 orang tuk 4 bloglist dia :)

Sunday, May 20, 2012

Sunday, May 20, 2012

Ganas Sungguh

Assalamualaikum

Tajuk tak hengat ye.Sebenarnya nak cerita sejak dua menjak ni Dable H dah di letakkan kat dalam walker.Jadi senanglah mama nak buat keja.Tapi kejap je dah patah ha.canme la dorang naik tak tau la pulak tengok2 je dah patah.Cer tengok tu.Aish bahaya!
Jadi bila mak sedaranya datang kesian la pulak kat Dable H ni di hadiahnya walker baru sorang satu.Alhamdulillah rezeki.Tapi kejap je baru sebulan lebih pakai dah rosak.langsung tak boleh naik.Huhuhu.sekarang ni letak kat toto bawah je.Pastu asyik nak atas dukong je la.sebab nak kemana2 belum pandai lagi. Aish penat la mama ngan abah.Lastly merap abang aiman suruh jaga adik.hehehhehe kesian abang aiman.

Alhamdulillah ada dua BE tengah running sekarang ni Modai beda beli walker baru.
Maxis iPhone 4S Refresh Extension (baru je perasan BE ni tak nampak batang hidung pun kat mna di tepeknya iklan ni)


*** Ada sesapa nak sponsor Walker kat Dable H ke.hehehehehe

Wednesday, May 16, 2012

Wednesday, May 16, 2012

Permata Hati kami

Tuesday, May 15, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Tak perlu Ibu Tak perlu Abi

Assalamualaikum

Entry tertunggak lagi ni

Ini adalah hasil kerja Iqbal
Huhuhu mama terharu jugak ni.Sambil tengok hasil kerja Iqbal sambil borak borak kosong dengan En.Somi.Tiba tiba Aiman menyampuk...

Aiman :  Abah apa kata kita ambik ibu baru.

Abah  : ???

Aiman : kitakan dah ada mama.Jadi abah cari la ibu untuk tolong mama.kesian mama letih jaga adik kembar.nak masak lagi.pergi kerja lagi

Abah : oooo nak ibu ye.. nanti mama marah camne (sambil senyum dan jeling2 mama)

Aiman : takpe nanti mama cari Abi baru.Boleh Abi tolong abah juga nanti.Tak lah abah nak penat penat lagi.Kesian abah dengan mamakan.

Mama : senyum sambil geleng2 kepala... sambil peluk Aiman.. Sungguh baik hatimu nak dan sangat la terharu ( walau kadang2 tersangat la nakal)

Abah : takpa Aiman abahkan kuat.Orang lelaki ni kuat tak perlu orang lain nak tolong.Mama pun kuat.Jadi tak perlu ada ibi dan tak perlu juga ada Abi ye.Abah nak anak2 abah ni dengar cakap je.Tak nakal.InsyaAllah semua benda mama dan abah boleh buat sendiri.


*** mesti aiman ingat cadangan yang dia bagi tu sangat bernas untuk kurangkan beban mama dan abah

Monday, May 14, 2012

Monday, May 14, 2012

Hari Keluarga

Assalamualaikum

Ni event semalam sebenarnya tapi memandangkan semalam 'mood swing' entah kenapa tetiba moody je.Ada bara dalam hati.Terasa nak marah orang sesangat (Korang pernah jadi cam ni tak).Baik berdiam dirikan.So hari ni dah ceria balik.

Alhamdulillah Aiman dapat dua hadiah saguhati...hehehehe kemain gembira dia



korang buat la ye saya nak makan
Last last mak bapak yang pulun
hehehehe mama kusyuk
Iqbal pun sibuk bantu sama
Abah fokus menggunting
Ni lah hasilnya.. kami dah malas nak penuhkan.. hahahahha

dah main benda lain dah budak2 ni

kita senaman pulak
abah menyelamatkan balingan bola dari Aiman
Aiman buat elok2 tau
Abah try baling ni pulak
Aiman menang acara ni
Bergambar dgn hamper
Hasilnya.. cantik2 belaka
teruja budak2 ni.. tak sabar nak ambil hadiah
menang acara abah dan anak
acara persendirian
spec ni pun dapat tau.. cikgu bagi sorang satu

 
 Anak anak ok je.. mak bapak yang over.. hahahhaha.. sekali sekala cam ni memang best dan happening sangat... tapi yang tak bestnya bila time hadiah ada jugak parents yang tak sabar2 nak hadiah siap suh anak pergi amik sendiri lagi.Padahal cikgu belum umumkan lagi.Hai la macam2 peel orangkan