Wahai Penunggang Wanita

Assalamualaikum

Seminggu dua ni syiela ke pejabat dengan menaiki motor.Sepanjang perjalanan syiela tengok ramai wanita yang ambil mudah tentang keselamatan diri.

Kes 1

Menunggang motosikal dengan beg tangan kat dalam bakul depan. Ini memang sah sah nak kasi beg tu dekat penyak di luar sana.Memang peluang keemasan yang tak dapat nak di elakkan lagi.Cukup senang untuk peragut jangkau tangan dan ambil beg tangan kat dalam raga motosikal tu.

Kes 2

Labih kurang sama dengan situasi diatas.Bawa beg kecil.Muat muat letak handphone, duit dan lesen je.Lepas tu kat handphone tu pasang earphone dan letak kat teling.Beg tu kat dalam raga motor.Eh nampak sangatla wayar berselirat dari telinga sampai kat raga tu.Hish...

Kes 3

Membonceng dua orang.Beg tangan kat tengah tengah. kalau letak kat tengah dan pegang kuat2 beg tu @ peluk kuat2 orang kat depan ok juga. Ni ko pegang besi kat belakang beg tangan dok kat tengah2 tu sebijik. Cantik sangat nampaknya.Memang terliurlah.So kalau orang ragut nak salahkan sape tu.

Kes 4

Bawa kereta.Handbag letak kat sebelah pemandu dan cermin sebelah pemandu tu diturunkan sampai bawah. Gila weh senang sangat orang nak ngambilnya.Bila lampu bertukar merah je je dengan cepat peragut boleh masukkan tangan dan capai beg tu.Pastu mula la nak melalak ke hape ke.

Itu antara kes yang syiela nampak.Yang tak nampak pun banyak.Jadi beringatlah wahai wanita.Jaga keselamatan.Seeloknya kalau bawa handbag masa membonceng pakai sweater.Tutup semua badan biar badan nampak kembung dan gemuk takpe janji selamat.

Ingat peragut main redah ambik je.Apa nak jadi dengan kita dia dah tak kisah.Janji dia dapat apa yang dia nak... jadi selagi boleh elak kita elakkan.tapi kalau nak jadi juga tu lain ceritalah ye.


25 comments:

  1. betul sangat.sokong..kerana alpa..jadi mangsa..sendiri yg merana..best entry...izan share kat page yer..

    ReplyDelete
  2. Kakak pun nampak senario yg Syiela katakan... kakak sendiri kadang lupa letak handbag kat seat sebelah masa driving... motor kakak tak pandai dan tak ada lesen pun...

    ReplyDelete
  3. Yea..bagus syiela bg peringatan begini. Sebelum ianya terjadi * simpang malaikat 44* baiklah kita beringat dan bersedia.

    Klu mak drive keta, hp tu biasanya mak letak kat kaki. Tak bley boh kat kerusi sebelah co pilot. Bahaya woooo

    ReplyDelete
  4. @izan mama mia

    thanks izan...

    Kakzakie

    saja nak share.. geram sangat tengok dorang selamber dek je.. macam selamat sangat

    Mak

    betul mak langkah keselamatan perlu diambil

    ReplyDelete
  5. Beraninya naik motor. Saya tak pandai bawa motor campur fobia sebab pernah accident. Nasib baik tak teruk. Tapi melecet dan terseliuh juga. Baguslah beringat. Take care

    ReplyDelete
  6. best entry....

    beringat seblm kene

    ReplyDelete
  7. betoi tu kak.. org skrg nk ragut, mcm2 cr.. kita ni yg nk kne berjaga2 kn..

    ReplyDelete
  8. wah peringatan yg bagus. thanks ye.. mama letak beg kat kaki masa memandu

    ReplyDelete
  9. terima kasih..bagus n3 ni tau..saling ingat mengingati...bahaya kalau kite leka...

    ReplyDelete
  10. kadang2 kita careless..so sama samalah kita mencegah dari benda buruk berlaku.

    ReplyDelete
  11. memang takut sangat kes ragut ni..huhu

    ReplyDelete
  12. setuju kak .nanti dah kena ragut salahkan peragut seratus peratus -.-'

    patutnye kena fikir jugak ,kite yang buatkan diri untuk diragut :)

    ReplyDelete
  13. betul tu sbb tu una kalau nk kluar hati2 ;)

    ReplyDelete
  14. Kak Nurul pun naik moto klu pegi keja,klu Syiela naik moto H/b letak mana?

    ReplyDelete
  15. tu la wanita ekekekek
    jgn mare

    ReplyDelete
  16. sb tu jrg bwk handbag. selalunya purse dg hp je. tu pn ltk dlm kocek seluar or bj kurung.

    ReplyDelete
  17. bagus pesanan penaja ni...hoho...kdg2 kalo xbgtau cmni kita tak perasan...bila dh kena ragut sbb kecuaian sendiri baru nk menangis...mmg slalu sgt nmpk situasi mcm yg u cite kt atas ni

    ReplyDelete
  18. Betul2. Selalu sangat tengok kejadian macam ini berlaku. Sebab itulah kita mesti sentiasa berjaga2 :)

    ReplyDelete
  19. kena hati2 skrg..pencuri dh smakin advance huhu

    ReplyDelete
  20. Kena beringat sebelum kena...jangan nak salahkan peragut lau dah terngadah nanti :(

    ReplyDelete
  21. Kena beringat sebelum kena...jangan nak salahkan peragut lau dah terngadah nanti :(

    ReplyDelete
  22. betul sangat2 dengan entry yang akak bagi nie.. kebanyakkan suka ambik mudah tentang keselamatan diri dorang.. acik, pun kadang-kadang lalai jugak bab macam nie.. thanks akak syiela sebab cuba sedarkan kami kaum hawa. -pewwwit syabas akak- ^_^

    ReplyDelete
  23. itulah silapnya kita, tak mahu belajar dari pengalaman .... tak pernah nak ambil iktbar...
    sudahnya bila dah terhantuk baru nk tergadah...
    menulis komen ni untuk ingatan diri sendiri juga,...

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE