Cara Tangani Anak Berbohong

Assalamualaikum

Dah setengah hari kat opis tapi masih tak dapat nak fokus kerja.Teringat Aiman rasa sangat bersalah.Jadi Google sana sini mencari kenapa..apakah.. mengapa dan sebagainya.Dan hasilnya adalah...


Sebagai ibu bapa anda boleh menghukum mereka untuk tujuan mendidik. Namun hukuman itu biarlah berpada-pada, seperti tidak membenarkannya melihat siaran televisyen kegemarannya.


Bagaimanapun, ada cara lain yang lebih baik seperti menjadikan mereka seperti kawan yang boleh berkongsi apa sahaja cerita dan rasa tidak puas hati yang terpendam. Dalam masa yang sama, tetap ada batasan antara anda dan mereka. Jika terlalu kerap dihukum mereka akan takut dan kerap melakukan kesilapan yang sama.


Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jangan mungkiri janji dengan anak-anak kerana mereka akan mengikut apa yang anda lakukan. Misalnya, anda berjanji untuk membawa mereka keluar bersantai di hujung minggu, tetapi anda mungkir janji. Apabila anda selalu mengulangi sikap buruk itu, tidak mustahil anak anda juga menirunya. bak kata orang tua-tua, 'bapak borek, anak rintik'.


Tekankan sikap jujur serta berterus terang terhadap anak-anak. Dalam masa yang sama, terangkan secara perlahan-lahan betapa buruk dan bahayanya berbohong.


Anda sendiri harus bersikap terbuka terhadap anak-anak. Jangan sampai mereka takut untuk bersuara. Oleh itu, jadilah pendengar yang setia untuk mendengar apa sahaja luahan mereka.


Andai anda tahu anak anda berbohong. Jangan terus marah, sebaliknya gunakan pendekatan psikologi supaya mereka tidak mengulangi perbuatan itu.


Apa pun alasan, pendekatan agama adalah cara terbaik untuk mengekang masalah ini. Apabila diterapkan dengan didikan agama, mereka tidak akan membuat perkara yang dimurkai Allah kerana berbohong termasuk dalam dosa-dosa besar.

Aku rasa Aiman berbohong sebab nak melepaskan diri dari kena marah.Sebab dari awalnya memang aku tanya dengan elok,kemudian makin garang bila dia asyik berdalih.Apapun aku nak kena tukar cara ni.

Buat semua kengkawan terima kasih sebab bagi pandangan dan kebanyakannya amat membantu.InsyaAllah aku akan cuba berubah ke arah yang lebih baik.


13 comments:

  1. syiela..betula la..anak2 kak fieda pun pun bile buat salah kita tanya mesti dia nk bohong jgk..dah lama tu baru nk ngaku..bile tanya nape tadi bohong..jawapannya sbb takut mama marah...kdg nk jgk kontrol marah tp tau jer la kan..tu buat anak jadi takut tu..

    ReplyDelete
  2. info yang berguna.. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  3. aah...aiman tkt kena marah lettew...nice sharing...

    ps: lawa header raya kak...cute

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info ni...jom sama2 kita praktikkan...

    ReplyDelete
  5. Betul , hukum bukan cara tebaik bagi setengah anak2 tue .
    nice sharing . enjoy baca sini :)

    ReplyDelete
  6. mybe sbb dia takut kot dia berbohong tu...
    kena ambik perhatian jagk dgan info nie..nati anak dah besar senang nk handle kan..hehe

    ReplyDelete
  7. Harap kita sama2 dpt mendidik anak2 menjadi anak yg berguna dunia dan akhirat ya Syiela.

    ReplyDelete
  8. bukan senang nk didik anak kan....thanks kak sharing sangat berguna ni

    ReplyDelete
  9. info yang berguna.. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  10. Ohh... entahlah kakak memang kesian kalau anak kena pukul. Lagilah bapak kakak jenis tak pukul anak.

    Sebaiknya jangan pukul lagi ye Syeila. Sakit tau, cuba rasa kat tangan kita sakit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak.. InsyaAllah saya cuba kak.. terima kasih ye kak atas teguran

      Delete
  11. setuju pendekatan agama adalah cara terbaik untuk mengekang masalah ini. t.kasih info yg sangat berguna utk saya di masa akan datang.. :)

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE