Wednesday, August 15, 2012

Rumah Ada Hantu

Assalamualaikum

Aiman dah start bercuti walau sekolah lain bermula esok.Cikgunya memberi alasan mengecat kelas dan tak nak mereka terhidu bau cat pula nanti juga boleh mengganggu kerja-kerja mengecat.Tak kisah la apapun.

Iqbal masih bersekolah seperti biasa.Bila Aiman katakan yang dia bercuti dan nak duduk di rumah sorang2 Iqbal mula buat perangai liat  nak ke sekolah.Nasib la ada abahnya pagi tadi.Jadinya dapat juga pujuk Iqbal kesekolah.

Aiman ni puas di pujuk untuk ke sekolah Iqbal (juga merupakan nursery) namuk sampai ke sudah dia tak nak pergi.Konon nak duduk di rumah nak tengok tv.Sorang2 pulak tu.Risau juga hati ni.Namun bila di fikirkan takpalah kejap ja sebab aku nak ke klinik (kebetulan klinik dekat je dengan rumah). Nanti lepas balik dari klinik boleh singgah rumah dan pujuk dia lagi.

Kebetulan pula kat klinik orang ramai. Pukul 11.30 baru selesai.Jadi aku bergegas pulang ke rumah nak tengok keadaan Aiman. Tak teringat nak col dia ke pa hehehhe sedangkan memang ada HP khas untuk dia jika ada apa2 kat rumah.

Sampai ja rumah tengok senyap je takde bunyi.grill pula tak berkunci.Hairan juga sebabnya masa keluar tadi semuanya berkunci.Rupanya dia dah lari ke rumah jiran sebelah (dorang ni berniaga pukul 3 kang baru keluar dari rumah). Bila di tanya kenapa Aiman jawab kat rumah kita ada hantu la mama, abang takut.Aku jawab mana ada hantu ada jelah Aiman ni.Betul ma sunyi je rumah kita nanti hantu mai terkam belakang abang.Ha pulak..

Lastnya tak payah pujuk untuk ke nursery dia dengan rela hati nak pergi sendiri.Hahahha mcam2 la Aiman ni. Tadi tu nasib ada jiran sebelah kalau jiran pun keluar tak ke dok nangis sorang2.Bila di tanya kenapa tak tepon mama.Dia jawabnya lupa sebab takutkan hantu hehehehe.

Akhirkan Entry ini dengan minta bantuan rakan-rakan yang ada face.Mohon Like Header Raya Saya.Link Di bawah ye..


*** terima kasih buat jiran yang sanggup tengokkan Aiman.Siap bagi makan lagi tu...


Ribuan Terima Kasih Kerana Sudi Klik Untuk Saya. Setiap Klik amat membantu ^_^

21 comments:

  1. asif jiddan sy takde fb nk like :) ape pun cantik header raye tu...

    ReplyDelete
  2. alasan cikgu tu baik punya... padahal dia dah balik kampung dah tu...

    ReplyDelete
  3. dh klik....hihi...takut hantu juga yer ingat berani dok sorang...lawak betul la hihihii

    ReplyDelete
  4. nak cat ea..oooo..eloklah gtu..hihi..

    slmt hari raya sis...

    ReplyDelete
  5. takut hantu..heheheh..comel jer bg alasan....hihiih
    salam lebaran...maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  6. buat puasa mana ada hantu :) budak2 bese la tuh . pntang duduk sorg2, hahaha

    p/s: da like header, comel la. buat kan 1 boleh . kikiki

    ReplyDelete
  7. hantu ape aiman jumpe tu...haha..comel je

    ReplyDelete
  8. cikgu tu, kemain bg alasan. hahha

    ReplyDelete
  9. hihi kesian pun ada kat si Aiman tuh,dia jumpa antu apa sebenarnya kak?

    ReplyDelete
  10. hahaha taku sgt duk sorang2 kat rumah yer..mane de hantu..hehe

    ReplyDelete
  11. haha..lawak betol la..bertuah punya anak ni..pandai jer cakap ada hantu..tapi budak2 memang suka la cakap ada hantu..banyak tengok tv la tu..hihi..

    ReplyDelete
  12. hehee..lastly dia sndri nak pergi nursery hehee..bln2 pose mna de hantu aiman nih..

    ReplyDelete
  13. haaa,senang la kak, lepas ni kalau takmau pi nursery, habaq kata satgi hantu mai amik dia. Kompom pi punya! Hahaa :P

    ReplyDelete
  14. kak sy dah like hehe.saya tatau pon akak join kontest ni ada harapan nak menang ni kak huhuhu

    ReplyDelete
  15. ekkekek ingatkan kisah hantu ape tadi dik ;)

    ReplyDelete
  16. mmg kelakar la aiman ni..btwlama syiela tak update story kembar. taruk gambar latest derang eh..comellah..geram sgt

    ReplyDelete
  17. haha...aiman aiman...comel je la aiman ni...

    sudahnya tak yah pujuk dah, dia nak pegi dgn sendirinya...hehe...

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^