Rupanya Kembar Dah Besar

Assalamualaikum

Tengahari tadi aku dengan En.Ad gigih ke pasaraya untuk mencari baju -anak anak.Jejak je kaki ke pasaraya tengok orang dah ramai.Amboi ramainya orang.Jenuh la nak laga montot ni nanti.

Kaki laju je ke pakaian bayi.Tujuan utama nak cari baju baby dulu kemudian di ikuiti dengan dua budak besar.Pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati dengan harga yang berpatutan.Si jurujual bertanya umur anak cik berapa.Aku laju je menjawab 10 bulan kemudian jurujuak tu tunjuk baju saiz L.Aku cakap eh besarnya takpe la nak saiz s je.Si jurual kerut2 kening sambil tanya lagi.Anak cik ni kecik je.Aku menjawab a'ah kecik la tak sampai 1 tahun lagi.Dia berlalu dari situ dan biarkan kami memilih dengan tenang.

Selelai baju baby kami ke bahagian budak pula. Pilih untuk Aiman dan Iqbal.Alhamdulillah pusing sana pusing sini jumpa juga pilihan hati (tu pun jenuh En. Ad dok buat gerabak ketapi kat belakang) kekekeke.mengikut je ke mana aku pergi. Bila orang ramai sangat nak memilih pun tak senang.

Setelah berpuas hati En. Ad terpaksa beratur dan mengosongkan dompetnya.Hehehehe.Balik je terus ambil Aiman dan Iqbal kat nurseri dan Kembaq kat rumah pengasuh.Tak sabar-sabar nak suruh dorang try size.Si Aiman dan Iqbal pun sangat teruja la cuba baju baru.Alhamdulillah memang ok.Tak perlu nak tukar-tukar tapi bila tiba time kembar pula.Alamak kenapa muat2 je ni.Kang tak sapai sebulan harus tak muat dah.

Dan bila di pikirkan sekali lagi.memang kebanyakan baju kembar bersaiz s dan kbanyakannya dah ketat.Alahai kenapa la tak teringat langsung tadi.Aku masih beranggapan yang si kembar ni masih kecil di sokong pula oleh En.Ad.Namun hakikat sebenar mereka dah menghampiri 1 tahun.Aduhai la kenapa jadi cmni.Bukan tak pernah ada anak kecil tapi entah la...

nampaknya esok kena gigihkan diri ke pasaraya tersebut untuk menukar saiz.Dan saiz yang sesuai untuk mereka adalah L.huhuhuhu patut la si jurujual tercengan tadi.hehehehe rupanya mmg kecik baju tu :)


*** teramat letih sebabnya En.Ad terpaksa kerja malam hari ni. Tadi berbuka sambil riuh rendah dengan gelagat Dable H ni.Ni baru mereka memelapkan mata.Alahai aku pun dah mengantuk serta keletihan.

20 comments:

  1. anak2 sekarang memang cepat membesar :)

    ReplyDelete
  2. js pun camtu kadang2 terlupa bhw ank dh membsr..hihi..kejap je masa berlalu...rindu di saat itu...^^

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya... selalu gitu la... kita still rasa mereka kecil... padahal mereka dah besar... tapi kita tak perasan... nanti bila mereka dah besar... kita still akan 'terkedek2' nak pakaikan baju, nak suap makan... sampaikan si anak boleh cakap "saya dah besar dah boleh makan sendiri.." adeh!! (selalu terkena dengan anak sulung saya, Faris (5 thn))

    ReplyDelete
  4. lor kak syiela ade kembar rupenye..mane pics kembar? ;)

    ReplyDelete
  5. saya kalau pilih baju anak..biar besar sikit,..lama siki pakai..bj bebudak sekarang..mahal..

    ReplyDelete
  6. hehe... tsilap besar tak pe.. jangan tsilap kecik.. memang haru kejap je kan baby membesar :D

    ReplyDelete
  7. Mesti beli sama-sama warna sepasang cantiklah bila dua-dua pakai sama.:)

    ReplyDelete
  8. Kak Nurul pun klu beli baju anak2 suka beli saiz yg besar sikit biarlah lama diorg pki.Kak Nurul x shopping lg baju anak2.

    ReplyDelete
  9. weekend baru ni pun wani teman kakak g mall beli la satu kasut kat qalief walhal awal posa hr tu dh settle semua tp ambik juga satu..blk try besar sangat pulak...kelmarin gigih juga la p tukar size pulak hihihi....

    ReplyDelete
  10. Smlm singgah tp tak boleh tinggal komen.
    Anak2 mmg cepat membesar. Kena tgk badan ;)

    ReplyDelete
  11. huhu dahbeli bju raya utk anak2.. :) beli di awl hari.. good2

    ReplyDelete
  12. salam kenal;
    Laaaa.terpaksa kena tukar balik.

    ReplyDelete
  13. hihiii tu la kan, kadang2 kita duk duk teringat yg ank kita ni kecik lg kan.. :-)

    ReplyDelete
  14. saya yang tak ada kembar pun penat nak layan kerenah anak2. especially Azfar sebab dia mmg tak nak langsung dgn org lain.

    ReplyDelete
  15. bak buk bak buk..nnti nk terima menantu...hehee
    masa cepat je berlalu tanpa kita sedar...

    ReplyDelete
  16. aduyai... pening jadi ayah kepada kembar ni... semuanya bayar double!

    ReplyDelete
  17. tak sedor anak2 ni dh membesar sbb masa pantas sgt kan..

    ReplyDelete
  18. sha suka tgk kembar yg sama baju..smua pun sama..hehe tp bila nak bezakan mmg payah huhu

    ReplyDelete
  19. ehem bila dable H dah besar..syiela bolihlah berehat sikit.. :)
    ]ehem kena tukarlah baju tu..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE