Detik-Detik Gemilang Shila Juara Asian Wave 2012

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2012: Kejayaan Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah , 22, mengharumkan nama negara dengan bergelar juara di pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ini masih lagi dirasai kita semua.

Dengan imej barunya yang bertudung, Shila yang pernah belajar di sekolah Cina dan berbahasa Cina sedikit telah membawakan 3 lagu iaitu Gemilang daripada Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan Zheng Fu (Na Ying) dengan begitu mengesankan sekali hingga berjaya membuatkan juri dan audiens di negara itu terpukau dengan nyanyian serta lontaran vokalnya.

Lebih manis lagi apabila naib juara program One In A Million ini berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India. Tahniah buat Shila Amzah. Kami di portal murai.com.my turut berbangga dengan kejayaan Shila yang berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu berjaya di dalam pertandingan sebegini.



** Tahniah Shila

12 comments:

  1. wah,,cayala..mmg cute suara dia ni..sha suka

    ReplyDelete
  2. tahniah shila! dia mmg hebat..suara lantang..mmg patut dapat juara..

    ReplyDelete
  3. tahniah...saham meningkat la pasni

    ReplyDelete
  4. tahniah Shila...berjaya harumkan nama Malaysia :)

    ReplyDelete
  5. beliau sememangnya layak untuk menang.. :)

    ReplyDelete
  6. tahniah.. shila mmg best kan.. suara power..

    ReplyDelete
  7. tahniah shiela..alahai aritu post eja nama slh ye shiela..huhuhu. :)

    ReplyDelete
  8. tak berkesempatan lagi dengar dia nyanyi. huhuhu...

    ReplyDelete
  9. Tahniah shila Hamzah..mama tumpang bangga juga..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE