Pelajar OKU cipta sejarah

Assalamualaikum

NIBONG TEBAL 5 Sept. - Keazaman yang tinggi untuk berjaya sama seperti insan normal lain membuatkan Norhamizah Idros bertekad mencipta sejarah sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU) pertama mendaftarkan diri dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Omar Osman (kanan) beramah mesra dengan Norhamizah Idros yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Elektronik selepas majlis bacaan ikrar di Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang,

Bagi Norhamizah, 19, biarpun bergelar pelajar OKU kerana lumpuh dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda khas, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk bergelar pelajar di kampus Kejuruteraan USM di Transkrian.

Menurut bekas pelajar Kolej Matrikulasi Selangor itu, dia amat gembira kerana USM memberinya peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Apex itu dan berharap untuk menjadi pelajar cemerlang suatu hari nanti.

"Saya berharap agar pensyarah dan rakan-rakan boleh menerima keadaan diri ini serta membimbing dan membantu menjadi pelajar yang lebih berkebolehan.

"Selain itu, saya juga ingin menjadi perangsang kepada adik-adik OKU yang masih di bangku sekolah," kata anak jati Taman Kaya, Taiping itu.

Norhamizah ditemui selepas majlis bacaan ikrar 739 pelajar baru yang mengikuti bidang kejuruteraan di USM hari ini.

Tambah pemegang biasiswa Shell itu lagi, keluarganya menjadi pendorong utama sehingga bergelar pelajar cemerlang di kolej matrikulasi dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Selain itu katanya, kejayaan kakak sulungnya yang juga graduan USM, abang keduanya berkelulusan universiti Amerika Syarikat (AS) dan abang ketiganya yang bakal bergelar graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) adalah juga pemangkin kepada semangatnya untuk belajar sehingga ke tahap sekarang.
"Saya tahu bidang kejuruteraan bukannya mudah, namun saya berazam melakukan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian di sini untuk mencapai impian sebagai Jurutera Elektronik satu hari nanti.
"Saya yakin hanya kejayaan saja dapat membalas jasa arwah bapa, Idros Ishak yang meninggal dunia seminggu selepas saya memasuki kolej matrikulasi dan ibu, Saadiah Awang yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga," ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana Norhamizah memilih universiti ini dan dia adalah pelajar OKU pertama mendaftar di kampus kejuruteraan.

Jelasnya, pihak universiti akan menyediakan kemudahan terbaik untuk keselesaan Norhamizah.

Sumber : Utusan


***sebagai pembakar semangat bagi remaja di  luar sana

20 comments:

  1. Bila baca kisah-kisah macam ini mesti kita rasa terharu kan Syiela..

    ReplyDelete
  2. Memang feel good story betul ^__^

    Tapi tabik spring dia dapat 4 flat dalam matrik smpai boleh dapat biasiswa Shell. Memang tak semua orang diberu Allah IQ yang sama, ada yang bijak ada yang kurang bijak tapi this shows yang usaha tu boleh bawa pada kejayaan yang orang tak pernah terfikir pun.

    ReplyDelete
  3. WPUN KEKURANGAN TP BERJAYA JUGAK KAN...TUMPANG BANGGA DGN BELIAU

    ReplyDelete
  4. yang kurang upaya pun bersemangat dan betul2 nak belajar, sedangkan yang sempurna sifatnya tak nak mengejar kejayaan dalam hidup.. malu je rasa

    ReplyDelete
  5. kekurangan bukan penghalang untuk kita berjaya kan sis...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. seronok ibu bapa dia kan.. tu la, setiap org ada yg kurg tp pasti ada kelebihannya...

    ReplyDelete
  7. assalam..Tahniah buat beliau..semuga berjaya dgn cemerlang nanti..insyaallah..

    ReplyDelete
  8. dia dah buktikan kekurangan bukan alasan untuk tidak berjaya..

    ReplyDelete
  9. pelajar cemerlang sebab dapat tajaan lagi. OKU pun manusia juga. kalau berusaha pasti berjaya.

    ReplyDelete
  10. kecacatan itu bukan bererti kelemahan..:) tahniah~

    ReplyDelete
  11. engineering tuuu. cayalahhh. ;)

    ReplyDelete
  12. Kat hostel pok nik USM penang pun ada sediakan bilik penginapan dan tandas OKU..cuma tak berjumpa lagi la student OKU tu..terbaik la USM.

    ReplyDelete
  13. Moga Allah permudahkan urusannya untuk menimba ilmu dan buktikan kejayaannya pada dunia...

    ReplyDelete
  14. TAbahnya dia wlpn OKU semangat nak belajar tu tinggi.

    ReplyDelete
  15. saye knal die..!same batch with me. congrates! :D

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Selepas 4 tahun baru saya terjumpa blog ni. Terima kasih berkongsi cerita tentang saya. Jujur dari hati, saya terharu dgn komen2 yg pembaca blog anda berikan. :)

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE