‘Temu duga’ untuk perkosa

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.

  Beringatlah wahai adik2 semua.Jangan Jadi mangsa si buaya karat. Kalau temuduga di bilik hotel, tu namanya masuk kandang harimau.


*** maaf kawan-kawan saya tersangat sibuk sekarang belum dapat menjejaki kembali. Naik juling dah biji mata ni tengok angka $$.Balik malam pun termimpi2 .... muahahaha

26 comments:

  1. aku pun ingat nak jadi penemuduga gak la...

    ReplyDelete
  2. Uish bahaya smpai mcm tu pun ada juga..
    kena tgk juga latar belakang syarikat sebelum bertemu duga nnti ^^

    ReplyDelete
  3. td ada dengar gak psl ni kat radio...tu la apesal la g dh tau temu duga tu kt hotel..bahaya tol la

    ReplyDelete
  4. ok, tq share ni, kena lebih berhati2 skrng ni

    ReplyDelete
  5. Memang dah gila sangatlah tu Syiela. Semain menjadi-jadi jenayah tempat kita sekarang nie.

    ReplyDelete
  6. ini memang tidak boleh terima.. mengambil kesempatan dari kesusahan orang lain... geram.. wahai diri ini dan kawan2 hati-hatilah kita semua..

    ReplyDelete
  7. ngerinya... kena hati hati & sebarkan kepada semua nih.

    ReplyDelete
  8. bahaya betoi kan... sanggup lelaki tu wat cam gitu

    ReplyDelete
  9. bahaya betul la sekarang ni mcm2 taktik penjenayah ni buat..

    ReplyDelete
  10. la bahayanyer...perlu sentiasa berhati-hati

    ReplyDelete
  11. Ada gak tengok kat tv3 tadi...ishk2 macam2 hal skang ni

    ReplyDelete
  12. Kena lebih bijak dan berhati-bila dapat temuduga...

    ReplyDelete
  13. ni yg tkut nk cri keje ni..bahaya kan skrg..

    ReplyDelete
  14. macam macam la rekaan orang nk buat jahat skrg ni.

    ReplyDelete
  15. menakutkan jugak berita ni..kalo ada perkara was-was tak perlu la kita nak pergi ye..

    ReplyDelete
  16. kena berhati2 sekarang ni... kalau boleh bawa la teman...

    ReplyDelete
  17. Takutnya,skrg nie macam2 org nak mengambil kesempatan dan kena hati2 selalu.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE