Monday, October 29, 2012

Menyerah Diri Untuk di Korbankan

Assalamualaikum

Sempena raya Aidil Adha ramai yang melakukan ibadah korban.kat rumah mertua raya pertama.Raya Ke dua ket Rumah tok Nek dan Raya ke tiga abang saya sendiri.

Bukan seperti yang di sebutkan di atas je tapi merata tempat mengerjakan ibadah ini.Sampaikan tak sempat nak jengah sesetengah tempat tu.

Bestnya Cerita ketika nak lakukan korban kat rumah abang saya kat kulim ( cerita asal dari kakak ipar saya).Menurut dia lembu dah ada seminggu awal dan mereka menempatkan lembu tu di padang berhadapan dengan rumah abang.Jadinya secara tak rasmi abang lah penjaga lembu tu.Sangat la jinak lembu ni.

Sampai masa untuk di korbankan dia berjalan dengan rela hati tak perlu nak di tarik-tarik dan apapbila tiba masa untuk di sembelih dia suakan kepala seolah-olah rela dikorbankan serta secara sukarela dia merendahkan badan untuk memudahkan diri di korbankan.Sangat mudah dan lembu ni seperti tau langkah-langkah yang di perlukan untuk di korbankan.

Ya Allah sungguh indah percaturanmu.Semua yang memandangkan hanya mampu mengucap syukur dan menuturkan kalimah allah.Masing-masing terharu bila kejadian seperti ni berlaku di depan mata.
sumber gambar dari google

PENGERTIAN KORBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zuhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN
i. DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)
ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
iii. DALIL IJMA’ ULAMAK
Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

Sumber dari :
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H

28 comments:

  1. alhamdulillah..dpermudahkan..kesian bila tgkada yg masuk hospital gara2 kena kejar lembu

    ReplyDelete
  2. wak pon nk ucapa slmt ariraya qurban jugakk...,

    ReplyDelete
  3. hi lama x ziarahb blog syiela..bz bebeno sarah..

    ReplyDelete
  4. Ada lembu, lari smpi lompat pagar tu. Huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. sayu sangat bila tgk lembu disembelih...huhu

    ReplyDelete
  6. Perginya lembu itu tiada dakwa-dakwi lagi Syiela... kita ni manusia yg perlu mengharungi limpahan ujian dalam kehidupan - memilih yg terbaik..

    Qurban sana-sini...

    ReplyDelete
  7. mesti lembu semua berdebar2 kan...hihihi

    ReplyDelete
  8. sy xprnh tgk diorg sembelih lembu..takut nak tgk takut nangis..hihii

    ReplyDelete
  9. Dengar2 Nanti acara korban dah x boleh buat secara terbuka spt sekrg

    ReplyDelete
  10. Insha ALLAH besar ganjarannya kan . Salam Aidiladha yea :D

    ReplyDelete
  11. Allahurobbi...

    semoga amalan dan ibadah korban kita akan diterimaNYA..

    ReplyDelete
  12. salam aidiladha syiela...wah sekor lembu tu...^^

    ReplyDelete
  13. Haiwan pun faham erti korban...masyaAllah!

    ReplyDelete
  14. lembu korban ni memang tahu dia nak dikorbankan... kalau tengok, memang banyak beza dengan sembelih yang biasa...

    ReplyDelete
  15. itulah..lembu pun taat dan patuh pada perintahNya kerana balasan syurga akan menanti lembu tu di sana...

    ReplyDelete
  16. subhanallah,..mmg tak trjangkau di fikiran kita kn besarNya kekuasaan Allah.semua makhluk akur & taat pd Dia..salam aidil adha :)

    ReplyDelete
  17. wani tkt nk tgk lembu kena sembelih n takmau tgk hihi

    ReplyDelete
  18. maha suci Allah. tapi tak sampai hati nak tgk lembu kena korban.

    ReplyDelete
  19. Syukur alhamdulillah Allah telah permudahkan....

    ReplyDelete
  20. masih tak terlambat kan nk ucapkan selamat hari raya korban..

    ReplyDelete
  21. Semoga Allah permudahkan M untuk laksanakan ibadah ni suatu hari nnt

    ReplyDelete
  22. suami pun buat korban tahun ni. alhamdulillah. byk hikmah nye kan. :)

    ReplyDelete
  23. dy mcm dpt rasa kan. Selamat hari raya kak :)

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^