Friday, October 5, 2012

Tips Mengelakkan Penceraian

Assalamualaikum

Kita semua tak mahukan penceraian.Ada banyak cara untuk mengelakkan dari berlakunya penceraian ini.Antaranya

Komunikasi Dua Hala
Biasakan komunikasi dua hala walau di mana saja baik di rumah di dalam kereta dan walaupun berjauhan.Sebarang masalah jangan di pendam

Menerima Pasangan Seadanya
Bila kita berkahwin sifat sebenar kita akan teserlah.Sikap itu mungkin sedikit sebanyak jauh menyimpang dari sikap masa bercinta.Cuba menerima kebaikan dan keburukan pasangan masing-masing.Perbezaan boleh di atasi jika masing-masing cuba memahami dan menilai diri

Jangan Biasakan Berbohong
Ada yang berbohong atas alasan untuk kebaikan.Tapi jika jika di amalkan ia akan menjadi perkara biasa. Jadi elakkan berbohong dengan pasangan.Jika si dia tahu yang kita berbohong mesti dia pun mula rasa ragu-ragu dengan kita

Jangan Cemburu Berlebihan
Cemburu tandanya sayangkan.Tapi janganlah berlebihan.Memang banyak berlaku perselisihan faham berdasarkan faktor cemburu.Lazimnya berlaku bila tersalah tafsir dan seeloknya bersikap terbuka dan terangkan secara rasional.Tak perlu cemburu buta.Jangan sampai mengongkong pula ye.

Hindari Kecurangan
Selalu terjadi bila pasangan tidak bersikap terbuka  atau mendengar apa yang dikeluhan. Jadi untuk menghilangkan perasaan tidak di endahkan mula la mencari tempat untuk di adu.Meluahkan rasa kepada rakan berlainan jantina merupakan faktor utama berlakunya kecurangan.

Cari Orang Tengah
Sekiranya masalah tak dapat di selesaikan cari orang tengah yang terdekat dengan pasangan kita dan amat di hormatinya.Seperti mertua, rakan yang paling rapat yang boleh dipercayai.

Tetap Mesra
Bina kemesraan walau makin berusia.Biarlah sentiasa romantik sepanjang masa.Sesekali sediakan kejutan kecil untuk si DIA.

Keterbukaan Tentang Masalah Seks
Jangan malu untuk berterus terang.Cuba pelbagai cara dan posisi untuk mengelakkan dari bosan.Namun ia memerlukan komunikasi dua hala

Pasrah Pada Yang Esa
Serahkan diri pada yang ESA dan berdoa agar emosi tidak mempengaruhi keputusan dan tindakan.Moga dapat selesaikan dengan kadar segera.

Bagi rakan-rakan yang terduga saya doakan agar kalian dapat selesaikan masalah dengan cara yang baik.Moga perjalanan  hidup kita seindah yang di impikan.Kita terduga sebab Allah sayang kita.Kadang-kadang untuk mengingatkan kita yang makin jauh dariNYA.Allah hanya menduga pada mereka yang mampu menanggung.InsyaAllah ada yang lebih baik menunggu di hadapan.Ada hikmah atas apa yang terjadi.Bersabar dan terus bersabar.Kita hanya merangcang tapi DIA yang menentukan.Moga kita terus di berkati olehNYA

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita suami isteri.

*** saya tidak layak menasihat.sebabnya saya sendiri pun masih mentah bak kata orang masih setahun jagung.Namun mari kita pertahankan masjid kita.Jangan biarkan ia runtuh sewenangnya. Moga sedikit panduan ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan istana cinta kita.


*** ini adalah autopublish, nanti saya jejak kembali ye.thanks sudi ke sini

39 comments:

  1. cemburu tu sebenarnya yang paling susah nak buang kan??betul tak?

    ReplyDelete
  2. tq berkongsi...Insyaallah..mg rumahtangga kita kekal sampai syurga..

    ReplyDelete
  3. nice tips. mungkin lbh cantik kalau tajuknye lebih positif. ;)

    ReplyDelete
  4. tip yang bagus... tapi... kadang2 baca tips memang mudah kan... nak buat tu... humppp...

    ReplyDelete
  5. Takpe, kita sama2 saling ingat mengingati insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. tq kak utk info nie..sgt berguna pd sy yg masih setahun jagung nie

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing..utk panduan kita bersama

    BW dr blog wahida..salam kenal ;-)

    ReplyDelete
  8. Salam..yea betull..saya sokongan cara sebegitu...

    ReplyDelete
  9. iilmu yg baik tuk dya yg bru berkawin ni..tq !

    ReplyDelete
  10. yg pasti komunikasi tu mmg penting kan? :)

    ReplyDelete
  11. ya betol..
    tp bila naik keta comfirm saya lena..
    sbb dah tak tau nk sembang apa dah..

    ReplyDelete
  12. bgus tips ni.. spya sy dpt mmlihara hbgn dgn suami sbaiknya :))

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah.. moga ikatan perkahwinan kita semua kekal hgga ke syurga....

    ReplyDelete
  14. tips yg bgs utk tirah yg belom kawin...hihi

    ReplyDelete
  15. mintak jauhkan perkara cerai berai nii...takutkannn

    ReplyDelete
  16. Bagus perkongsian ni syiela...boleh jadikan panduan... apa pun persefahaman dan sikap bertolak ansur,kejujuran,bertoleransi antara pasangan tu sangat lah penting..moga kita bahagia hingga ke jannah bersama pasangan masing2..

    ReplyDelete
  17. moga2 di jauhkan la dari perceraian.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  18. bagus tips eh .. yang penting jgn terlalu ego ..

    ReplyDelete
  19. wlpn azza tak kwin ag tp azza akan ambil semua tips untuk masa akan datang

    ReplyDelete
  20. sgt2 setuju dgn tips diatas tu...heeee

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbth...
    Syukur ada yang nak buat post tentang Mengelakkan penceraian...........teruskan menulis...TA sokong....
    CAIYUK!!!!!!!!

    Boleh bertutur bahasa jawa
    Dalam blog aku coretkan
    Buat tatapan sahabat semua
    Kalau tersalah sudi komenkan

    Tirana Aduka Seorang Lelaki
    Ada yang Komen berkata ' Kakak"
    Mungkin salah ku Tak kenalkan diri
    Hanya tersenyum di Panggil 'KAKAK"

    Cerita pula tak indah mana
    sekadar memori cebisan lama
    Hanya satu pinta Tirana
    Moga persahabatan kekal selama

    biar blog bertukar rupa
    TiranaAduka singgah jua
    Ape khabar gerangan disana?
    Moga persahabatan kekal selama...

    Tirana ini tak pandai bermadah
    Bersyair gurindam jauh sekali
    Singgah setelah selesai ibadah
    jangan lupa berkunjung kembali

    Aku menulis kisah sebenar
    Dari hati ku luahkan kata
    Walau bukan nama sebenar
    Itulah Dia TiranaAduka

    Walau perit ku tulis jua
    Bukan membuka pekong di dada
    Masih baru di alam maya
    Itulah gerangan Si TiranaAduka

    Tulisanku tidak seindah mana
    Maaf di pinta andai terasa
    Bukan bermaksud untuk mempersenda
    Hanya Coretanku di baca bersahaja

    ReplyDelete
  22. MAAF TAU SBB DAH LAMA BUI X SINGGAH..

    SERIES,SGT NGERI RS BILA DGR PERKATAAN CERAI TU..NAUZUBILLAH..

    ReplyDelete
  23. Bagus juga nasihat ni ^^
    thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  24. tq for sharing...mmg betul sgt ape yg syiela share tu

    ReplyDelete
  25. thanks sharing kak....semoga ikatan perkahwinan kita semua berkekalan hendaknya

    ReplyDelete
  26. tq share ni..moga2 perkahwinan kita semua berkekalan hendaknya dan dijauhi dari perkara2 yg tidak elok

    ReplyDelete
  27. betul tu, tapi komunikasi yg berkesan sgt penting dlm idup berumahtangga & dpt menyelesaikan masalah yg timbul..

    ReplyDelete
  28. Bagus tips2 yg dikongsi nie untuk setiap pasangan.

    ReplyDelete
  29. Moga kita mampu untuk mengatasi apa juga masalah dalam rumahtangga... moga rumahtangga kita semua kekal sampai ke syurga... Amin...

    ReplyDelete
  30. Peringtan spti ini kena selalu di tanam dlm diri supaya kita tak mudah goyah dgn hasutan syaitan.

    ReplyDelete
  31. ibubapa wjib baca ini..jgn asyik nak melulu bg kata cerai..kesian kat anak2 kan kak

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^