Bersunat Hari Ke 2 dan Seterusnya

Assalamualaikum


Hari Ke 2
Hari ke dua nampaknya Aiman dah ok skit.Dah kurang merengek.Tapi mama dah ting tong.Semalam tak tido.Semua mama abaikan.Handst ke mana.Sapa col sapa sms maaf la ye saya tak layan.Hanya anak-anak di utamakan.

Hari kedua kembar pulak buat hal.Tak nak kat sapa.Mungkin nak kasih sayang mama sebabnya sehari semalam mama layan abang Aiman je.Bila mak mak sedara tolong ambikkan kejap mula la episod drama king hehhehe.Di bawa ke rumah belakang mama yang kat rumah tok ni pun boleh dengar teriakan mereka nak-nak si hazim tu alahai nyaring sungguh sampaikan bila dorang kasi balik dorang cakap agak nak pekak juga la telinga dorang tu hehehhe.. apapun sangat sangat terima kasih.Tapi yang paling dorang geram bila sampai je kat tangan saya automatik dorang terus diam.Nampak sangat itu hanya lakonan semata mata hehehhe.

Hari ke 3

Hari ni buat kenduri kesyukuran sikit kat rumah mak ndak dorang.ramai juga tetamu yang datang.Aiman mula merap mama balik.Disuruhnya mama dok tepi dia saja.Asal mama gerak sikit ja mula la merengek.Bila hilang di mata mula la menjerit.Aduyai pening kepala mama.

Kebanyakan tetamu yang datang hulurkan duit.Duit dorang bertiga ni laju je ambil hehehhe.banyak juga la dapat.Time ni memang yang bersunat tiga orang ni sangat seronok hehehe. Yang paling nak tergelaknya asyik dok belek duit dorang je la hehehhe. Siap ada rancangan nak beli apa.Tapi si Aiman mama siap bagi tau.Balik SP ka duit tu masuk bank Aiman tak boleh guna untuk beli apa-apa. Tapi abah akan belikan keta kontrol untuk Aiman ( dari duit poket abah tau). 

Bukan apa duit tu untuk masa depan dia.Kami ni bukan jenis yang berada jadi elok la beringat dari sekarang. Kiranya duit anak-anak dari kecik sampai besar memang kami simpan kat bank.Jika nak beli apa-apa kami akan cuba simpan duit sendiri untuk belikan untuk dorang.

Berbalik pada cerita Aiman.Bila dah petang orang pun dah kurang dia siap suruh mama pegi balik lagi.DIa nak dok kat situ.malam ni pun nak tido situ tak nak balik rumah tok.Amboi duit banyak tak nak balik dah ye.Tapinya bila dah petang abahnya paksa suruh balik juga kang malam nak kencing ke pa ke susah juga.Jadinya Aiman pun jalan la balik sendiri hehehhe.Dah kuat ni tau.

Hari ke 4

Dia dah berseluar dan berjalan rata dah.Kejap ke rumah mak ndak dia.Kejap balik ke rumah tok.Padahal dua lagi sepupu dia masih terlantar kat rumah diam-diam.Risau juga takut bentan ke apa.Bila tanya sakit ke tak.Dia cakap tak sakit dah pun.

Hari ke 5

hari ni memang dah bertambah aktif.Siap berlari lagi.Mama pula risau takut jatuh ke apa ke.Lepas tu ada juga jiran-jiran kot situ kata jangan langkah tahi ayan kang 'anu' buruk. Ada ke pulak. Macam-macam petua la hai

Hari ke 6

Pagi ni Abah bersama adik beradiknya bawa geng bersunat ni ke klinik lagi sekali.Tujuannya adalah untuk membuka smart clamp tu. Baliknya abah cerita Aiman siap cakap lagi kat doktor tu suruh buat pelan-pelan hehehhe...

Rupanya dia buang sarung yang luar je.Muncung yang tajam tu dia tinggalkan dan di biarkan jatuh sendiri nanti.Tapi sampai hari ni dah 10 hari benda alah tu still lagi melekat kat situ.Aiman siap naik basikal lagi dengan benda alah tu hehehe.

Yang sedang tido tu Hafiz dia ni memang susah nak bergerak.Diam je kat situ.Senang nak jaga
 Aiman cerita apa ntah kat tok dia
 Baca Yasin sekali.Orang lelaki kat depan.Segan pulak nak pegi ambik gambar ^_^

 Antara makanan yang ada.Asalnya sikit je.Tapi ramai penyumbang.Jadi banyak la menu dia.Sampai tak terpilih jadinya
 Mereka bertiga
 Bila dah sihat sikit.Asyik ngadap laptop jela kejanya.


22 comments:

  1. As salam wbt syiela,

    Teringat dgn anak buah bersunat dulu mmg merengek siang ke malam... kita pun jd tak tenteram dibuatnye... Tapi seronok sunat ramai2 ni meriah! Teruja lak lepas baca coretan ni...tak sabar nak tunggu turn Iman lak bersunat! hehehe ;))

    ReplyDelete
  2. SERONOK DGR KISAH BUDAK2 NI...^_^..LEPAS NI DH ADA ANAK BUJANG SYIELA..

    ReplyDelete
  3. terasa macam nak bersunat balik je...huhu...

    ReplyDelete
  4. dasyat hari keempat dah pakai seluar.hehehe

    ReplyDelete
  5. Gila cepat. tak macam dulu kan kak?

    ReplyDelete
  6. mg cepat sembuh.....saya tak kan ada pengalaman ini,..sbb mia sau2nya anak saya..huhu

    ReplyDelete
  7. wahhh cepatnya dah pakai seluar balik ni..hee

    ReplyDelete
  8. nmpk meriahhh. teringat dulu mase adek bersunat. hehe.

    ReplyDelete
  9. wahh cepatt nye dye da sembuh...now da jd anak bujang da hehehe ;D

    ReplyDelete
  10. kira cepat baik jgk la kan. hari ke-4 dah boleh berseluar. sakit sekejap je.

    ReplyDelete
  11. uiiii..camtu ke ragam anak bersunat..lucu pun bila baca coretan syiela ni..

    ReplyDelete
  12. Kira cepat juga sembuh Aiman ni Syiela. Itulah org kata lagi kecik lagi cepat sembuh..

    Kelakar jugalah baca kerenah macam-macam yg Syiela kena hadapi dgn bujang-bujang kecik.

    ReplyDelete
  13. kekek..
    igt time adik lelaki sy..
    biasa org takut nk bersunat, tp die dlm darjah 3 ghitu kayuh seniri beskal pi tanya tok mudim die nk bersunat ramai2 gak.. hhehe

    arwah ayahlah yg jd 'bibik' time tu..

    ReplyDelete
  14. hahaha..bdk2x..kejap je tu.jap lg mula lah kenakalan ye kuar balik :)

    ReplyDelete
  15. as salam

    pengalaman paling bermakna buat anak2 lelaki..take care:)

    ReplyDelete
  16. boleh tahan aktif si aiman nie.tak padan dengan bersunat siap naik basikal tu.hehe

    ReplyDelete
  17. Tabik spring la kat Syiela leh handle kerenah anak2 semua tu..

    ReplyDelete
  18. anak2 buah baru sunat hari ni.

    ReplyDelete
  19. eh cepat la dh blh pakai seluar..mcm tu gayanya ragam anak bersunat yer hihihi

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...dah selamat dikhatankan si Aiman...moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  21. Cepat juga ya Aiman dah sembuh dan boleh berlari lg tu.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE