Monday, November 19, 2012

Bersunat Hari Pertama

Assalamualaikum

Alkisah Aiman bersunat memang agak menggemparkan hehehehe. Sebenarnya tokwan dia tak kasi lagi katanya masih kecil tapi kami on je memandangkan dia sendiri yang nak.

Sebelum ke klinik aiman happy giler tak sabar sangat dia nak bersunat sedangkan dua lagi sepupu dia dah nampak agak kecut je. Biarkan je la.Layan ja Aiman ni.

Abahnya serta dua tiga orang bapa sedara lain mengiringi mereka ke klinik. Orang pertama adalah Irwan ( sepupu aiman, dah darjah 3 dah ). Meraung sakan juga la dia ni.Jenuh juga nak pegang.Kemudian giliran Aiman.Masa masuk tu abah dia cakap ok je siap lompat naik atas katil tu lagi hehehhe. Lepas tu doktor inject kat 'anu' dia tu.Masa tu dia memang meraung sakan la.Tak bagi doktor pegang ke apa dah.Siap tepis tendang semua yang kat situ.Kalau tak salah kata abahnya dalam 4-6 orang yang pegang dia hehehehe.Setakat misi memang tak lepas.Ntah mana datangnya tenaga dia ntah.

Dan yang terakhir Hafiz( sepupu dia juga darjah 3) sangat cool.Tak bunyi sikit pun.Rileks je.Balik ke rumah dengan tenang!

Sampai ja rumah terus cari mama.Ngadu kat mama pedih sangat 'burung' dia tu.Yang si Irwan pula lari sampai ke dapu kemudian ke bilik.Alahai memang drama la time tu.Manakala si Hafiz dengan steady je terus ke tilam dan tidur.Sangat cool!

Tak sampai 5 minit kat rumah Aiman dan Irwan ni nak terkencing pula.Aduyai ni mesti drama lagi lepas ni.Memang seperti yang di duga depa dua orang ni meraung sakan la.Si Irwan siap tak mau keluar lagi nak duduk dalam bilik sorang-sorang siap keluarkan arahan jangan sapa-sapa kacau dia.Tu dia haih! hehehehe

Aiman pula asyik kata mama pedih, mama pujuk la dia,mama gosok la kepala, mama sayang abang tak, mama tu mama ni sampai mama terpaksa abaikan si kembar.Abah ambil alih si kembar manakala mama lepak dengan Aiman.

Aiman minta mainan abah pergi belikan.Dia nak pistol dan kereta.Bila pistol dia tangan dia kata sapa bising abang nak tembak dengan pistol ni ( tetamu tengah ramai) abah pula belikan pistol yang ada peluru tu.. alamak jenuh la mama pujuk jangan tembak orang. Kalau nak tembak sangat tembak cicak je.Adeh kebetulan cicak pulak takde hari tu.Kalau tidak ada je.Lastly mama bagi target pasu bunga mak nadak hehehehe.

Marah orang datang melawat tapi kalau orang hulur duit laju je dia sambar.Hehehhe sabar je lah ^_^

Malamnya abah usung bawa balik rumah tok ( tempat dorang kat rumah mk ndak, adik abah, belakang rumah tok) sebabnya aiman asyik mama.. mama.. dan mama.. tak boleh hilang di mata lansung. Bila malam ja aiman asyik merengek pedih nak tido pun tak boleh.Bila terlelap aiman akan kata mama pujuk la abang pedih ni.Bila mama gosok kepala aiman akan diam ^_^ sampaila berlarutan ke pagi. Mama juga yang tersengguk mengantuk ^_^

 tengok tu sampai bengkak mata dia asyik nangis.Siap bersungut tak mau khatan dah lepas ni hehehehe
 Nak fokus dekat pun tak boleh dia marah

 Dapat main diam la kejap... lepas tu bunyi balik :)
kereta tu peneman ketika sakit . Tak sempat pula saya ambil gambar ketika main pistol.Takut bdia tembak tetamu ^_^

Aiman bersunat menggunakan kaedah smartklamp nak tau info pasal ni sila baca kat SINI


Nanti kita sambung hari kedua pulak.. camner keadaan Aiman ^_^


27 comments:

  1. ank tuan umah ayut pon berkhatan...slalu dgr dia merengek..hihihi...tak nak berkhatan lg..hihihi..klu bg dia bce bile besar nnt mesti dia gelak :D

    ReplyDelete
  2. hehe cam tu la budak2 kan....biar la sunat masa kecik2 nie nanti klu dah besar2 lagi susah...budak zaman sekarang mmg cepat je...

    ReplyDelete
  3. Yeahhh.!!
    Akhirnya Aiman dah sunat jugak..
    ehehe

    ReplyDelete
  4. ala kesiannya ngan aiman...dh umur brapa tu syiela...

    nasib auntie takde boboy...kalau idak nangis auntie tengok...hihi

    ReplyDelete
  5. ala kesiannya ngan aiman...dh umur brapa tu syiela...

    nasib auntie takde boboy...kalau idak nangis auntie tengok...hihi

    ReplyDelete
  6. smart klamp tue ok kan kak...anak buah sy guna coil besi, kesian diorg..

    ReplyDelete
  7. Aduhai Aiman sayang... kesian pulak kakak Syiela. Yelah manalah tak sakit lebih kurang macam kita bersalin agaknya kan.

    Pantang makan tu macam manalah agaknya. Kakak risau adik-adik kacau aje Syiela.

    ReplyDelete
  8. he he dah selamat ye aiman!

    ReplyDelete
  9. HIHI..LUCU KAN..MCM MANA LAH PULAK ANAK BUJANG BUI TU NNT..

    ReplyDelete
  10. ala dah takder bersunatnyer lagi... kelakarler aimanni.. takper cepat sembuhnyertu..

    ReplyDelete
  11. tersenyum bace bile aiman cakap.. taknak sunat lagi dah.. hihi.. alhamdulillah da lepas da..

    ReplyDelete
  12. Syukur smua nya selamat ;p
    wahh jadi raja laa dye lepas..
    bole manja2 lebih ;)

    ReplyDelete
  13. aiman nak jugak !!
    aiman dah bersunat ye, Aiman awak jadi "big boy" tau..

    Salam Ukhwah, Take Care !! :)

    ReplyDelete
  14. Diorang nakkan perhatian la tu.. ;)

    Comelynerrr... tapi tak pe lepas ni ramai datang melawat sure terubat kesakitan :D

    ReplyDelete
  15. yeah.. mereka dah dewasa..hehehehe.. alhamdulillah.. semuanya telah berjalan lancar..

    ReplyDelete
  16. adoii jijah yg ngeri bila kena sunat..haha nasib da settle..penuh gan drama king!..hikhik

    ReplyDelete
  17. ha... dah besar dah... dah boleh ngorat anak dara dah...

    ReplyDelete
  18. huhu.. manja ye aiman. yg penting semua dah selesai. :)

    ReplyDelete
  19. Takpa Aiman lps ni mmg x sunat dah..jgn risau yek..hi hi..

    ReplyDelete
  20. alahaiiii siannya aima... sampai camtu sekali...

    ReplyDelete
  21. Dah selamat pun aiman bersunat,anak kak Nurul 3hb 12 nanti,tunggu...

    ReplyDelete
  22. alahai kesiannya si aiman..macam2 drama jadinya yer..kalo akak la jadi syiela turut sama menangis..akak tak boleh la camtu,airmata nak kuar sama bila dgr tangisan ank2 yg tengah sakit..

    ReplyDelete
  23. la siannyer aiman..xper aiman sekali ni jer pasni xdah.....

    ReplyDelete
  24. heheeee...terkenang pengalaman anak teruna akak bersunat 3 tahun lepas...

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^