Selesema dan batuk batuk

Assalamualaikum

Hari tu Dable H demam sehingga keluar ruam penuh badan.Ingatkan campak kecik punyalah berubat.Bila bawa jumpa doktor,doktor cakap itu bukan campak cuma badan dia panas sangat.Dalam masa 2 hari je ruam kat badan tu hilang sendirinya.memang hilang terus. bangun pagi tengok dah tiada.mendadak je  hilang.Alhamdulillah.

Lega je demam datang pulak batuk batuk.Kesian sangat Dable H.tengah malam je tak dapat nak tido. terjaga sebab batuk batuk sampai dorang pun meragam.kesian sangat dengar dorang batuk  tu. ada yang petua ambil daun kapur barus campur dengan bedak sejuk tempekkan kat dada, belakang dan lehar.tapi batuknya still camtu juga.Syiela ada juga letakkan minyak aromatherapy tapi still batuk tak berkurang dan ubat batuk seperti biasa nak tak nak memang kasi jugak la sebab batuk teruk sangat dah (doktor nasihat guna bila betul2 perlu je sebab tak elok untuk anak bawah 2 tahun). tapi kalau tak bagi macam mana nak sihat. Dable H ni ada semput skit pernah admit sebab jangkitan kuman pada paru2 dan sepanjang rawatan diberi nebulizer.Nak nak Haziq.

Pagi tadi sebelum datang keja tengok hingus pulak meleleh leleh kat hidung sambil batuk batuk. Alahai Dable H kesian sangat kamu berdua. Kalau la mama dapat gantikan tempat korang.. huhuhu...

Berjaga malam lagi mama dan abah menjelang dua pagi.dah naik lemau ni.Cepatlah sembuh sayang ye...


Demam cepatlah berlalu

Assalamualaikum

Seminggu lepas bermula episod demam.Bermula dengan Dable H.Panas panas badan.Kemudian Hazim demam.Demam yang tak nak kebah.Pergi ambil ubat kat klinik biasa,Hazim still jugak tak nak kebah suhu badan sentiasa tinggi.38 je selalunya. Nak redakan suhu just basahkan towel dan letak kat celah celah ketiak dan pelipat lutut.Still juga camtu.Cool fever memang sepanjang masa di dahi.Still juga tak membantu.Nak jelum (letak air kat kepala setiap masa) pun takut nanti terkena flu pula.Lagi la susah nanti. Lastly decide pergi jumpa Dr C.P Ooi Kat area Sp ni. Sampai sana ja doktor bising bising tak bagi anak bawa ke tempat awam la bla..bla..bla.. iskh doktor ni  Dable H ni pasaraya pun tak sampai lagi tau.. apatah lagi pantai bagai..

Balik makan ubat alhamdulillah reda sikit demam tapi bab merengek masyaAllah. penat kami mengendongnya.Nasib Haziq cool je. hehehe jangan la kamo demam sama Haziq. tengah malam sedap sedap lena Haziq muntah muntah.Alahai ni mesti kes nak demam ni. Hadoi bertambah la cerita.Hazim belum lega lagi. Panas masih membahang Haziq pulak dah start suam suam kuku. alahai camno ni. Esoknya Hazim pulak start cirit birit manakala Haziq muntah muntah alahai jenuh la mama dan abah mengelapnya. penat dowh!. Sabtu hati tu memasak sambil bersilat dengan Dable H.Kejap basuh Hazim yang tercirit kejap basuh muntah si Hazim. Alahai bila tengahari menjelang mama dah mula lemau.

Lepas makan tengahari si Iqbal pulak start batuk batuk. makin lama makin kuat. Kasi makan ubat batuk tak nak lega  juga. petangnya si Iqbal pulak batuk dan selsema.Adei.. penat ni..  Abah pun dah naik lemau. Cool fever dah habih berpeket peket bayangkan sekali pakai dua. Empat jam sekali dah kena tukar (mesti kaya tokeh cool fever lepas ni)  Masa ni mula la terpikir alangkah bagusnya kalau kita ada maid ye bang. Hubby pulak cakap. kat rumah kita takde orang yang oi.. kang kita pegi keja balik keja tengok rumah je ada.lain suma takde.terkedu kejap. Tak jadilah maid maid ni.. jaga sendiri lah. Lagipun kejap je dorang ni membesar (chaiyok! chaiyok!)

Alhamdulillah kejap je ujian ni. Semalam Dable H dah sihat. mama datang keja tapi abah kat rumah berhempas pulas jemur segala tilam dan basuh segala cadar dan selimut. Lap segala kipas dan cuci segala aicond. wah nak masuk kaki dalam rumah pun risau.Berkilat kilat. hehehehe.. thanks ye... sungguh appriciate segala usahamu..... muaaaahhhhsss...

Balik dari keja je pergi rumah pengasuh ambik Dable H.mula mula sambut Haziq.Ok alhamdulillah sihat. sembang kejap pasal perkembangan Haziq hari tu.ok..masuk keta then masa nak ambik Hazim tengok Hazim dah merah.Muka ada bintik bintik macam ruam. selak baju pun tengok merah penuh badan. Pengasuh cakap kena Chicken Pox kut. Alahai pulak.. kesian ko nak...kecik  kecik lagi dah kena.

Dah tu berbagai petua yang di beri. Antaranya bagi minum air kelapa muda (untuk keluarkan semua, kalau tak keluar habis nanti akan jadi lagi).. kemudian bagi makan sup ayam kampung (mana nak cari ayam kg kat sini). kemudian mandi dengan air daun semambu @ mambu dan letak ambil daun ni letak bawah kain yang di tido  ( ha ini cik abah dengan cepatnya pergi cari).

*** Sapa sapa rakan kat sini yang anaknya pernah kena chicken pox.. tolong bagi petua ye.. syiela buntu ni.. ni 1st time anak anak kena ***


Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Baru baru ni anak sedara syiela melangsungkan perkahwinan.Kelam kabut juga buat time orang kerja.Tapi tetap meriah. Kedua pasangan ni adalah OKU (pekak dan bisu).Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Syiela ni gedik je ikut rombongan ke pejabat agama.Tinggal kembar kat rumah (ramai pengasuh). Simple sangat rupanya cara  dorang akad nikah.Tak payah cam kita ni.Nak tergagap gagap sampai berpeluh sakan.hehehehehe.Dorang just baca yang tok kadi tulis atas kerja dah abis angguk.Bila dia angguk tu saksi pun jawab sah.Sungguh senang :)

cara kampung
Bidan Terjun.. mak andam muda ni :)

Menunggu arahan kadi
bacaan taklik
'anak' x press (Alahai Dable H)

Dulu tak Naik Pelamin :)


Dua beradik ni.. sapa yang dulu nanti :)




 Syukur alhamdulillah segalan urusanberjalan dengan lancar.Best kenduri kampung ni.meriah.Ramai yang datang menolong.

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum

Semalam En. Hubby on duty.Alamak mula la gelabah,dengan Dable H tak berapa nak sihat asyik merap nak dukung je. mana lagi dua abangnya. Nak juai duty hmmm duit lagi. Dah le baru jual je 2-3 hari lepas. Semalam naik nama lagi. Haissh marah sungguh saya. Takkan dalam banyak2 orang seminggu boleh naik 2 kali nama. musykil sungguh. siap bising2 lagi kat en. hubby suruh orang yg buat duty tu cek betul2 jangan asyik orang yang sama je kena.. hehehehe... sebenarnya tak tau pun sistem dorang camna.tapi geram sebab nak kena menjaga anak2 sorang2. dah le baru je ketuk bumper yg di langgar orang yg tak berkhemah.. kopak.. kopak..

Nak dijadikan cerita masuk je pukul 7 malam Dable H mula meragam.Letak dalam walker pun tak nak.. solat maghrib pun dengan tangisan dorang tapi alhamdulillah abang dorang ni (Aiman & Iqbal) rajin menolong. Di tolaknya walker ke hulu ke hilir ( dah le rumah syiela ni comel je ).sempat la jugak tunaikan kewajipan padanya.

Sudah je solat terus masukkan Dable H dalam buai konon nak tidurkan dorang. tapi bila masuk buai dua2 menggedik. gelak la senyum la.. so biar je dorang kat dalam buai tu. keluar jap jengah dua abang tadi. tengok dorang layan je kartun kat astro. so pesan la kat dorang. tengok tv elok2 ye jgn gaduh, mama nak tidurkan adik. ni mama tutup pintu bilik ni.nanti bising adik lambat tido. Dorang pun jawab ok ( sambil mata mandang ke tv).

So syiela pun masuk ke bilik then terus tutup pintu. Buai punya buai.. berzikir macam2 htne Dable tak nak juga tido. bangunkan dorang sapu minyak kat perut, belakang dan tapak kaki. sambil urut kat betis dorang kut2 la kembung ke hapa ke. tak sedar masa berlalu. then tidokan dorang.

Bila dorang tido syiela pun ke depan.terkejut tengok jam dah pukul 10.00 malam. Then tanya dua abngnya nak makan ke. mama  nak suapkan. Then Iqbal jawab dah makan pun. aik terkejut la jugak. Tiba2 Aiman jawab. Abang yang ambik nasi tadi mama. satu pinggan untuk abang satu lagi untuk adik. tengok takde nasi selerak pun. pinggan tak basuh pun  tak der.mulut iqbal pun tak comot. Bila tanya semua Aiman yang tolong buatkan. 

Ceritanya camni.Abang panjat kerusi sendukkan nasi untuk Abang dan Iqbal, pastu Abang sendukkan lauk. Bila sudah makan abang panjat sinki pakai kerusi dan basuhkan kedua2 pinggan. kemudian abang basuh mulut Iqbal dan lap dengan tuala. lepas semua selesai abang suruh iqbal ke depan tengok tv, kemudian abang ambik penyapu dan sapu nasi yang tumpah.huhuhuhu terharunya mama... semua step mama abang buat.then tanya kenapa tak panggil mama nak makan nasi. tau Aiman jawab apa. Abang kesian la kat mama baby kita buat perangai tadi mama nampak penat sangat. lagipun abang dah besar. Abang dan pandai jaga adik... huhuhuhu lagi la mama terharu.

Dalam umur Aiman yang baru 6 tahun.Dia dah ada rasa tanggungjawab. huhuhuhu cukup terharu. pagi tadi bila en.hubby balik dari duty cerita kat dia. terus dia masuk dan pergi cium  ke duanya. Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas kurnianmu.

Rezeki Dable H

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah rezeki Dable H.Hari ni dapat courier dari  pos laju. Jeng.. jeng..jeng... Cloth Diapers Dari Najah Mamashop. Thanks sangat2 ingatkan dapat satu je. Bila bukak terkejut den sebab dapat dua. Alhamdulillah bertambah CD bebudak ni.

Acely syiela join promo  Najah Mamashop cuma publish kat fb dan tulis i like it. Alhamdulillah rezeki Dable H. hehehehe... tak sabo nak pakaikan dorang CD baru ni :)

Bagi kawan-kawan yang suka online shopping jom jengah sana. Semuanya ada dari keperluan baby sehinggalah mama :)

Terima kasih daun keladi harap2 lepas ni bertuah lagi.. kekekekeke

Oh Bumperku!

Assalamualaikum

Adeh kebelakangan ni sibuk yang teramat.lelah sunguh. Semalam masa nak turun lunch ada cina dekat opis panngil.amoi tu lu punya keta ka. Syiela cakap ya kenape ye. Lu tengok betoi2 ma ada orang hentam lu punya kereta tu.toleh je tengok alamak dah kemek bumper.huhuhu sedih.dah bertahun parking kat sini tak pernah ada apa2 pun.
Macam mana la orang tu bawa keta. Keta syiela ni elok je terparking kat situ.Dia boleh mai cium pulak.Alahai! nasib betulla...
pandangan dari atas office

Adeh dah kemek...
Orang yang langgar pulak tak nak datang settle so en.hubby bergegas ke balai buat report.Memandangkan ada yang nampak masa dia langgar tu.so mudah la kerja.no keta dah ada.no fone owner tu juga ada.

Mungkin ini sedikit ujian yang Allah berikan buat keluarga syiela.Alhamdulillah kami redha.Jadi bermula hari ni syiela ke pejabat dengan bumper yang kemek. Bila kat traffic light ramai juga yang tertoleh2.Biarkan je la labu. :((

GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE