Haziq Makin Sihat..Alhamdulillah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah balik petang tadi keadaan Haziq beransur pulih.Lebih baik dari pagi tadi.Dah takder bunyi krok krok cuma kadang kadang batuk dan bunyi kahak ja.

Terima kasih atas doa kalian semua.Sungguh terharu.Walau kita tak pernah berdua namun doa kalian amat berharga buat kami sekeluarga.terima kasih juga yang sudi memberi petua.Sedikit sebanyak memang membantu dalam menguruskan si kembar ni.

Mereka berdua kini amat aktif.Asyik memanjat.Pantang jumpa benda yang tinggi pasti nak di panjatnya.kadang kadang sofa.almari pun nak.Pernah juga terjatuh.Makin kelam kelibut la keadaan kat rumah ni.

Mereka juga dah pandai mengemas.Contohnya lepas basuh kain aku keluarkan kain dari mesin dan letak dalam raga.Kemudian dorang datang dan ambil kain dari dalam raga dan campakkan kat lantai.huhuhu.aku terpaksa bertindak lebih pantas dari mereka.

Mereka juga agak pandai mengagak emosi kita,contohnya bila aku jengilkan mata mereka akan membuat muka sedih seolah olah nak nangis.hehehhe geram sangat time tu.Juga boleh di ajak ketawa bersama.Janji kena layan depa kang dua2 meraung.Tu memang sangat haru.

Ok tu ja update mereka tuk malam ni.. jumpa lagi nanti ye  ^_^

*** terima kasih atas doa semua.Moga kalian juga dilimpahi rahmat olehNYA

Somtam Best Ni

Assalamualaikum

Ramai yang bertanyakan kat mana saya dapatkan somtam best ni.Maksudnya gerai dia la kat mana.Entry sebelum ni KAT SINI. (budget ramai sangat yang tanya hehhehe)

Ok bagi warga Sungai Petani gerai yang saya maksudkan tu ada kat tengah tengah sekali. Ini Bazaar Ramadhan yang berdekatan Wisma Ria tu tau.Gerai dia Dekat dek kebisingan lagu tu. Dan untuk menambahkan kebisingan lagi gerai dia pun ada pakai speaker juga promote somtam dan kerabu dia ni tomyam pun ada.

 Nampak tak nama gerai dia.Ady Somtam.Tahun ni bertambah menunya.Asalnya somtam je then tahun ke dua di tambah kerabu kaki ayam, kemudian di tambah dengan tomyam dan sekarang tengok ada kerabu ikan pari rangup pulak
Ni rupa somtamnya ( sori ye dah nak habis baru ambil gambar).

Bagi yang tak tau somtam ni diperbuat dari betik muda dan mempelam dan di tambah juga sedikit kacang panjang, kacang tanah (yg di goreng) udang kering (yg warna merah, kecil2 tu),buah tomato, cuka, garam, cili dan yang lain tak pasti bahannya.

Semua bahan tu di tumbuk manja dengan lesung kayu (besar juga lesung dia ni).Bila petang memang beraturlah menunggu giliran.Pernah kena tahun tahun lepas tapi sekarang tidak lagi.hehehehe.

Kerabu kaki ayam dia pun sedap tapi tak sempat la nak ambil gambar.Semua dah masuk mulut. muahahaha.Tomyam dan kerabu pari tu memang aku tak pernah try lagi. Belum berminat kang try melekat lagi.

Yang aku tau tiap tahun ni la tempat dia.Tak Pernah berubah dan lepas ramadhan tak tau pulak dia berniaga kat mana :)

*** Promosi percuma untuk gerai ni sempena bula ramadhan.

Psssst : harapnya INTAN BERLIAN jumpa la ye gerai ni kang jenuh la


Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka

Assalamualaikum

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 




Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.


Sumber : berita harian

*** Kalau masih nak merokok juga tak tau lah nak cakap apa lagi

Kami Bergegas Ke Hospital

Assalamualaikum

Tatkala orang lain berpusu pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawikh kami pula bergegas ke hospital.Ini kerana keadaan Haziq yang agak kurang memuaskan.Sampai je kat kawasan emergency kami bergegas turun dan setelaah di check di bahagian saringan terus Haziq di suruh masuk keruangan asma.Nampaknya agak ramai patient semalam.Tapi haziq di utamakan.Setelah di check oleh beberapa doktor mereka mengesahakan yang Haziq hanya batuk berkahak biasa dan bukannya asma.

Kami Laki bini heran.Dah la bernafas dengan bunyi yang maha kuat dan dada berombak kencang tapi di katanya takde apa.Namun syukur alhamdulillah.Mungkin ketakutan yg membawa kami ke sana.Dia Sangatla aktif.

Haziq cuma di beri ubat kahak dan ubat penat.Hmmm risau betul.Saat entry ni di buat pun bunyi kahak dia amat la kuat kedengaran.krok..krok..krok.. nampak tak selesa sangat nak bernafas. 

*** 1st time bersiaran dari rumah hehehehe...

Bising sungguh Bazaar Ramadhan ni

Assalamualaikum

Minggu lepas aku melepaskan gian untuk mendapatkan kerabu kaki ayam dan somtam.Tempat yang selalu aku beli adalah kat Bazaar ramadhan area wisma Ria Sungai petani. Memang toplah kerabu dan somtam dia.Aku sangat suka. Dah bertahun tahun menjadi pelanggan setia kat situ.

Tapi tahun ni Bazaar ni ada kelainan sikit. Cecah masuk kaki ke Bazaar ni telinga dah di hidang dengan lagu lagu rancak.Adeh bingit telinga. Kalau la time puasa ni pasang zikir ke apap ke ok lah juga. Rupanya DJ di tempatkan di satu khemah untuk mempromosikan gerai gerai yang terdapat kat situ.

Terbaru aku ke sana lagi semalam.Alhamdulillah mungkin ada yang menegur atau mungkin DJ beralih arah.Di hidangkan pengunjung dengan lagu2 nasyid. Ok lah tu dari dangdut segala bagai kan. 

Macam macam la kan cara dorang nak promosi ni.Tapikan bagi aku tak perlu semua tu sebabnya Bazaar kat situ memang top. Tak promote pun orang mencurah curah datang. Kalau lewat sikit memang sesak sangat.Aku selalunya singgah lepas balik kerja.Kiranya jam 4 pun dah ramai.Cuba korang bayangkan pukul 6 nanti camner.

*** suka sangat dengan somtam dan kerabu kaki ayam (nanti saya cerita kemudian)

Kelebihan Sahur

Assalamualaikum


Bila puasa makin menjengah ke pertengahan kita semakin liat bangun sahur. Ada yang terus meninggalkan sahur. Ada juga yang makan terus sebelum tidur. Sebenarnya banyak kelebihan bersahur ni


Eloknya kita banyakkan minum air kosong dan jangan lupa juga buah kurma sebagai pembekal tenaga.

"Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja"


*** suka sahur lewat.kang lepas makan basuh baju menyimpan rumah dah subuh ^_^

Thanks Kak Fieda

Assalamualaikum

Hari tu jengah blog Kak Fieda tengok ada header baru.Cantik! jadi aku pun menyendeng Kak Fieda bak kucing siam membelit kaki tuannya sampai tak leh jalan hingga terjatuh.Muahahaha (itu tipu). Sampailah Kak Fieda naik fed up jadi dia buatkan aku bukan satu tau tapi dua header lagi untuk di pilih



Jadinya naik pening pula nak buat pilihan sebab keduanya sangat ayu... Jadi nak tak nak kena pilih salah satu kan.. cantikkan :)... nak harapkan buat sendiri alamatnya kat situ jelah.. mmg tak pandai dengan semua benda alah ni hehehe. Terima kasih sangat buat Kak Fieda sebab sudi buatkan header ni untuk aku yang serba serbi tak reti.Orang sambut puasa pakai Header baru aku pun nak tapi orang buat sendiri aku orang yang buatkan hehehehhe.. Suka sangat ni.

Kalau korang yang belum kenal lagi Kak Fieda ni jom ke sana. Peramah orangnya tau. Jom la terjah klik je nama dia @ banner kat atas tu semuanya akan membawa anda ke sana ^_^

*** pssstttt.. tersangat happy ni sebabnya dapat header baru dari Kak Fieda dan En.Ad tunaikan permintaanku yang terpendam agak sekian lama ^_^

Bonus 1/2 Bulan Gaji Bagi Penjawat Awam 2012

Assalamualaikum





*** Suami dapat bonus isteri senyum gembira... muahahahaha

WW : Banyaknya Ganjaran puasa Ramadhan

Assalamualaikum



Kadar Zakat Fitrah 2012/1433H

Assalamualaikum



***Tahun ni En. Ad kena keluarkan RM42 berbanding tahun lepas RM28 (ketara peningkatan ahli keluarga kekekke)

Hazim Pula Asma

Assalamualaikum

Lepas kejadian Hazim menagis bersungguh2 malam yang lepas ENTRY KAT SINI .Akhirnya Hazim selesema dan bila balik kerja semalam dah nampak tanda tanda Hazim akan di serang asthma jadi aku dah bersedia dari awal.

Tengah malam memang Hazim dah tak boleh nak tido asyik berbunyi je kerjanya.Memang nampak tak selesa sangat dia nak tido.Kesian dia.huhuhu. Aku cuma bagi makan ubat yang doktor bagi dan sapu vicks kat dada dengan harapan dia dapat tido dengan nyenyaknya.Alhamdulillah dapat jugak dia terlelap kejap.

Dalam dua jam camtu dia jaga semula dan nampak kembali tak selesa.Bila di sapu vicks kat dada dan belakang terus dia pejam mata.Selesa barangkali.

Pagi tadi tengok keadaan Hazim dah semakin ok.Harapnya dia makin pulih la nanti.

Bila anak tak sihat dan bapaknya juga tak sihat.En.Ad sekali lagi di serang kesakitan  yang amat sangat.siap termuntah muntah lagi.Mungkin ini dari batu karang hari tu yang batu batu kecil tu.Selepas berubat dan lega terus En.Ad tak ikut nasihat doktor iaitu banyakkan minum air kosong dan hasilnya bila pula En.Ad kekurangan air dan kesakitan.

*** moga EN. Ad cepat sembuh ye sayang ^_^

Geram! Benar Benar Geram!

Assalamualaikum

Kalau korang semua rajin ke sini mesti perasan yang shoutbox dah tiada kat sebelah.Kenapa aku buangnya. Ha ni nak habaq mai. sebabnya ada satu malaun ni bw ke blog aku ni.Aku pun bila orang datang aku akan pergi juga ke rumah dia.Orang berbudi kita berbahasakan.Jadi bila klik nama dia terus di bawa aku ke blog yang.. argh malas nak sebut.terus mata ku yang suci ini tercemar dek pemandangan yang bukan bukan.Nasibla masih bulan bukan puasa.Jadi baik aku buang sebelum ia melarat.

Aku ni bukan pandai bab bab IT. Nak privatekan ka apa ka.Jadi lebih baik buang terus ya.Maaf kawan kawan rajin blogwalking ke blog ni. Lepas ni kena kerap tonjolkan diri kat komen ye sayang sayang semua


Khasiat Buah Kurma

Assalamualaikum


Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan“. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.






Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, “Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan.“

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Kita tidak seharusnya memakan buah kurma dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.



*** Jadikan buah kurma sebagai jajan kita selepas bulan puasa ini

Cabaran Berpuasa Hari Pertama dan Kedua

Assalamualaikum

 Orang dah lama bercerita aku baru nak bercerita.namun tetap juga nak tempek kat sini untuk kenangan kemudian nanti.

Hari pertama amatlah mencabar buat aku sebabnya hari tu jatuh hari cuti jadinya mesti 'berperang' dengan 4 orang askarku itu :)

Hari pertama
sahur

Sahur yang simple cuma ayam masak kicap dan ayam goreng serta air milo dan buah kurma. Alhamdulillah tak susah nak gerakkan Aiman bersahur.Elok sudah je sahur Dable H jaga huhuhuhu

Puasa

Seawal pukul 12.30 Aiman dah merengek dahaga dan keletihan. Namun kucuba pujuk juga.Dah pukul tiga aku tidurkan Dable H dengan aku2 sekali tertido keletihan.Then pukul empat je bangun Aiman bagitau tadi dah minum sikit mama.Minum sikit sangat.Alahai pasrah je la.Tapi aku tetap tak kasi makan juga sampai petang.Lembik jugak la si Aiman

Berbuka
Aku cuma masak nasi dan buat sambal ayam ye lain tak sempat dek rengekan Dable H.Bila berbuka dorang berdua pun sibuk juga nak berbuka.Tak sempat nak suap mulut kita asyik ke mulut dorang je.Padahal pukul 7.00 tadi dah kasi dorang makan kenyang2 dah.Alahai cabaran sungguh.Bagi dorang pegang sendiri di buangnya ke lantai.Nak juga kita suapkan.Sabar jelah

Hari Kedua

Aiman bersemangat dan bertenaga untuk puasa.Tak letih macam semalam ceria je.Namun tak tahan dek godaan Iqbal (memang kuat menggoda budak ni.ada saja nak di tayang makan kat abangnya)

Minum juga air sedikit ( soya jagung kalau tak salah) walau sedikit tapi mama :( namun sampai ke petang aku tahan supaya tidak makan dan minum :)

Agak keletihan menguruskan rumah dan juga anak2. si kembar dah pandai merayap.Hazim dah pandai memanjat adei pening kepala.

Malam
Semalam adalah malam paling mancabar buat kami. pukul 10 si kembar tu masih bermain sedangkan abang2nya dah hanyut di buai mimpi. Tetiba dengar orang sebelah balik.Kata dekat en.Ad ha tu dorang baru balik berniaga kat bazar ramadhan agaknya. Dan kemudian dengar dorang memanggil nama.Walau agak keberatan tetap juga buka pintu rupanya rezeki di malam hari.Lauk pauk yang di jual sebagai bekalan sahur nanti. 

Simpan je lauk tu aku terus masuk bilik kemudian Hazim start menangis.menagis seseungguh hati. menjerit jerit.sapu minyak kat perut, kat betis dan tapak kaki kot2 kembung masih macam tu juga.Kemudian di bawa keluar dari bilik terus dia diam.Bila masuk bilik menangis meraung.Camtulah keadaannya sampai pukul 1.00 pagi.Alahai letih la kami. Semua ayat di baca dan di hembus kat ubun2 Hazim.En. Ad siap surah2 yang ada kat phone lagi. Akhirnya tidur juga kepenatan

Sahur

Akhirnya time ni tak teramat letih tak boleh nak celik mata sebabnya semalam Hazim tido tapi tak lelap.Hasilnya kami cuma minum air milo dan buah kurma sebagai penguat tenaga :)

*** moga di permudahkan urusan di hari hari mendatang :)

Dugaan Menyambut Puasa

Assalamualaikum

Khamis lepas memandu dengan tenang sambil melayan lagu yuna terukir bintang dalam pada tu memandang keluar sebab dekat lampu merah.Memandang sekumpulan remaja lelaki berbasikal sambil melanggar lampu merah jadi ramai la yang menekan hon.Dorang buat tak kisah je malah siap bergelak ketawa lagi.Dalam dok geleng2 kepala tengok telatah dorang perasan hon dok bunyi lagi.Eh budak2 tadi dah lepas siapa la pulak yang bermain hon ni.Tengok cermin depan keta belakang dah bagi lampu rupanya lampu dah hijau aku asyik berangan lagi.. Sori ye hehhehe.

Dengan tenang aku meneruskan perjalanan sambil mulut mengikut kecil lagu Yuna.Sampai je kat Lot 88 (area Sungai Petani) betul2 traffic light kereta depan brek mengejut alhamdulillah nasib aku ikut tak berapa dekat tapi yang tak bestnya tetiba je bunyi dam kat belakang.Alamak habislah ketaku.Keluar je dari kereta tengok Sang Kancil memcium Wajaku.Tengok dari keta dia memang conpom la bumper ku turut kemek namun alhamdulillah tak banyak cuma sikit je. Kemudian bagi signal dan kami settlekan kat tepi je.

Time tu lembut & lemah segala anggota badan nak berdiri pun rasa tak mampu.Almaklumlah first time kena langgar ni. Menyandar je kat kereta.Telefon En.Ad kena pulak dia kat Penang lagi.Hari itu penutup latihan menembak.Alahai camner ni. Berkali kali telefon tak menjawab, SMS bertalu di hatar kw Hanset dia.Rupanya handset tu di disilentkan untuk mengelakkan di ganggu. Lepas je En.Ad Perasan ada misscol terus dia balas col.Dalam hati dia dah tak sedap sebab aku bukan jenis yang col bertalu talu kalau tiada yang penting.Jenis aku sekali telefon dia tak jawab aku biarkan je.Ni dah lebih 25 kali rasanya.

Bila dapat je cakap aku suruh En.Ad yang settlekan dengan orang yang langgar tu.Sebabnya aku dah tak tau nak cakap apa.Alhamdulillah dorang settle melalui fone je. Kemudian aku ikut dia ke bengkel.Sebab dia nak tanggung segala kerosakan.

Malam tu dia datang lagi sembang dengan husband ntah apa yang dorang bincangkan lagi ntah la aku dah tak ambik port.Sedar je dah pukul 11 lebih.Alamak tadi terlepas pengumuman puasa yang dah tau dan di war warkan puasa hari sabtu tapi tetap nak confirm juga. Kalut pula sms ke anak2 sedara  bertanyakan puasa bila.Nak sms orang lain kang risau ganggu dorang tidur pulak.hehehhe nasib la ada yang membalas baru dapat lena dengan separuh tenang

.
Ini keadaan kereta dia tapi langsung tak ambil gambar keretaku.nipun sebab takut terlupa no kereta dia

Bulan 4 hari tu baru je kena langgar kat tempat parking baru je Julai dah kena cium lagi. Entry lama KAT SINI . Itu kena tukar sendiri namum yang ini di pelanggar menanggung.

*** Dugaan buat kami sekeluarga sebelum menyambut puasa 2012



Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum

Ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Kesatuan hati dan niat tulus Ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan tak kira kaya atau miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa dapat menimbulkan keinsafan dan kasih mengasihi sesama umat.

Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang  selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.


Ehsan Doodle
Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan setelah berpenat lelah selama setahun sekaligus beberapa penyakit dalam tubuh badan dapat di atasi.

Puasa itu di sifatkan sebagai separuh daripada kesabaran.Orang yang berpuasa akan lebih di sayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa dosa kecil

Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana di anjurkan ibadah solat teraih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan bagi membantu muslim yang lain khususnya mereka yang daif

Di riwayatkan dari sebuah hadis" Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan daripada Allah dan diampunkan dosa dosa yang lalu"

Ketibaan  Ramadhan juga menandakan terbukanya pintu pintu syurga dan tertutupnya pintu pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman

Terdapat malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.


*** selamat menyambut Ramadhan.. pohon maaf andai terkasar bahasa dan terkasar komen di blog kawan ye ***

Kekasih Gelapku Hampir Di Larikan Orang

Assalamualaikum

Pagi tadi aku singgah kat tempat biasa untuk beli kuih untuk bekalan makan kat opis. Tak matikan pun enjin.CUma turun dan terus pegi beli.Dalam hati dok ingat takpe kot sebab letak kat sebelah je.Tetiba ada seorang abang ni keluar dari kedai terus datang dekat kekasih gelapku ini. ENTRY NI pernah buat dah hari tu... 

Korang tau tak mesti jawab mana tau kan.. kan.. kan.. dia datang dan terus duduk atas kekasih gelapku itu dan terus nak jalan. Aku apa lagi terjerit jerit la kat situ. Ada makcik sorang tolong kerit juga. Abang yang tadi tu terkejut dan terus pandang kekash gelapku itu. Pastu dia cakap Eh sori tersilap.. saya punya kat sana. Sambil tersengih2 bak kerang busuk dia pun blah dari situ. Kekasih dia warna hitam.. camner la dia boleh tak perasan.

Aku ni adei tok sah cakap la terkejut sampai  Jantung, hati, dan segala bagai dah melompat keluar dari tempatnya. Pucat tak berdarah muka hampir hampir kena mandi bunga.. hahhaha itu tipu..

Lepas beli je aku pun beredar dari situ sambil berfikir kalaulah dia terus jalan tadi camner agaknya aku nak.Apa tindakan aku.Yang pastinya aku hanya keras kejung kat situ hanya mulut je yang berbunyi

** moral of the story... kalau nak tinggalkan motor atau keta pastikan suisnya di cabut.Jangan biarkan kat situ.cukup BAHAYA 

** kenapa di panggil kekasih gelapku... itu adalah tagline dia masa promosi hari tu

Farid Kamil Cedera & Tempurung Lutut Retak

Assalamualaikum


Pelakon Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak pada Isnin lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam.

“Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

 Farid ketika mendapat rawatan

“Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.
“Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.

“Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak.

“Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja.

“Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya.

Selain Farid, filem genre aksi terbitan Ops Production itu turut dibarisi Aaron Aziz dan Juliana Evans.

*** mula minat Farid ketika filem  Lagenda Budak Setan :)

Aksi Si kembar Tidur

Assalamualaikum

Mula cadangya nak but WW je tapi nak juga celoteh kat sini. Dable H ni kalau tido buai tak sah kalau tak ada kain.Kalau kain tak ada memang dorang takkan tido asyik dok gelak je kejanya. Bila bagi kain je macam tau tau je yang mama ni dah suruh tido.Berkain bagai ni adalah ajaran mak dorang a.k.a pengasuh dorang.

Nak tak nak aku pun kena ikut la kalau tidak memang cerah je biji mata dorang berdua ni.

 Ini gaya Hazim
Ini gaya Haziq

Kesian korang terteleng teleng ye.. hehehhe sori malas  dah upload ikut dan je

*** sedih sebab ada join satu GA ni tapi ntah camne ntah ada terlepas pandang untuk follow blog2 sponsor.Padahal tempoh GA berlangsung tu sangat panjang.Tak terasa nak cek kembali selepas komen tu.Terlalu lalaikan. Hope owner GA tu tak berprasangka buruk...Adeh terasa sangat malu, sangat bersalah seolah olah menipu pulak gayanya.Korang pernah tak terjadi camni tak.

Di sebalik tirai Masterchef Selebriti

Assalamualaikum

Semalam masa nak tengok MasterChef aku dgn En. Ad bertaruh kekekke.Bukan apa pun.Pilihan sapa yang kalah dia kena belanja.Hehehhe ok suka ajer. Aku semestinya Dato' Fazley dan En. Ad memilih Angah sebab temanya masakan asia, kena dengan tekak katanya.

Tetiba Aiman pun meyibuk. Aiman sokong yang rambut pacak tu mama.Nama apa ye dia. Aku cakap la Dato' Fazley. Ya Aiman sokong dia.Compom dia menang sebab rambut dia pacak.Amboi anak teruna ni.hehehhe

Tunggu punya tunggu Dato' Fazley juara apalagi melompat la si Aiman ni sebab rambut pacaknya menang.Kekekekke dah tu siap kata abah jangan lupa ar esok blanja tau.kekekke

Pagi tadi bila bangun tido terus cari abahnya. Masa tu abah dah kat luar nak pergi keja dah. Hehehehe siap bagitau camni ha... Jangan lupa tau abah belanja no.. hehehhehe anak mama ni la mesti suka sangat dia menang semalam

Masterchef Selebriti/Dato' Fazley Juara

Assalamualaikum

 Ramalanku benar belaka.Akhirnya Dato' Fazley menjuarai Masterchef musim pertama dengan dana sebanyak RM57,500 untuk Yayasan Jantung Malaysia.

Dato' Fazley menyediakan hidangan "Dari Paris Ke London.. Kekasihku" sempena kenangan cinta Dato' Fazley bersama isterinya..



Tahniah juga buat angah yang berjaya mengumpul dana sebanyak RM 7,500 untuk Yayasan orang Kerdil Malaysia.Angah menyediakan hidangan"Cyber" sempena lokasi memasak mereka.

** Tahniah buat mereka berdua... keringat,titik peluh mereka selama ini dapat menyumbangkan sedikit dana kepada Yayasan di bawah naungan mereka.

** Aku tido sambil tersengih... punya la fanatik kan ^_^

SITI NURHALIZA DI FESYEN 5TARS

Assalamualaikum

Siti Nurhaliza Di Pertunjukan Fesyen 5tars - Siti Nurhaliza merupakan tetamu khas untuk pertunjukan fesyen 5Stars yang telah berlangsung di Muzium Tekstil Negara. Pertunjukan busana hari raya hanya bermula apabila Siti Nurhaliza mengambil tempatnya di runaway. Seperti biasa, Datuk Siti sentiasa gorgeous apabila menghadiri event-event sebegini. Cantik sangat-sangat!!!
 





 
 *** apa pendapat kawan2 ^_^.Aku takmo komen sebab minat gak ngan Dato' Siti ni
 
SUMBER GAMBAR

Bapa Jenis Apakah Ini?

Assalamualaikum

Hari tu sempena sukan kat Padang Hicom Sg.Petani entrynya kat SINI. Aku terperasankan sorang budak ni (non malay bukan yang do do cheng tu tapi yang bung bang bung pang dan ada bunyi kling kling loceng ). Harap korang dapat apa yang aku nak sampaikan hehehhe punya la panjang. 

Budak ni punya la buas aka hyperaktif. Kami parents yang tolong tengokkan (parents dia tak datang) pun jenuh nak kawal dia. Kejap hilang.. kejap2 hilang... Bila diamati betul aku terperasan ada 2 @ 3 parut kat dahi yang menjalar dari tengah kepala. 

Jadi mood wartawan pun mula menjalar.Nak tanya parents lain sure dorang pun tak tau jadi aku tanya cikgu sendiri. Cikgunya kata itu parut tu. Bapanya pukul sampai berdarah.Bila ditanya kenapa dipukul sampai sebegitu sekali (itu juga yang cikgu tanya dekat bapanya).Korang tau tak apa bapanya jawab.Alah cikgu ini budak banyak degil tak mau dengar cakap orang.. banyak jahat.. bla..bla..bla.. (dialek dorang la).

Ada juga bapa sebegini di zaman moden ni dan bila di tanya maknya tak tolong ke.Bukan setakat anak dengan mak mak dia bapanya hentam. Mak dia pun bila tak tahan lari dari rumah tapi kejap je lepas tu balik pulak.

Kesian sangat budak ni tau.Bila tau kisahnya terasa macam nak peluk je dia.mesti sangat kurang kasih sayang.Tapi budak ni tak faham sangat cakap melayu.Nasib la cikgu pandai berbahasa dia.

Kalau nak ajar anak pun bukan pukul sampai berdarah darah dan bukan kepala tempatnya sebab kat situ tempatnya otak.dan otak untuk berfikir.Rasanya bapak dia ni memang tak dak otak.Kalau ada mungkin letak dekat lutut kot sebab tu dia rotan kat kepala.

Kita ni nak jentik pun tak kat situ.Dia pi HENTAM aka TIBAI kat situ.ayoooo... memang tak berperikemanusiaan langsung tau. Bukan kadang kadang tau dia kena tapi kerap kali.


Terpikir juga apakah nasib budak ni di masa akan datang.Akan jadi sangat jahatkah atau makin baikkah sebab sekarang pun kat sekolah tu cikgu tak boleh nak kawal. Habis sangat cikgu bagi bantal dan suruh tido.Sebabnya dia suka mengganggu budak budak lain kadang kadang tu dia sempat gak 'gurau kasar' yang menyebabkan dia di pinggirkan kat sekolah

Sangat sedih tiap kali mengenangkan nasib budak ni.Selalu juga bertanyakan Aiman tentang perkembangan dia kat sekolah.Seperti biasa bila dia buat hal cikgu akan suruh dia tidur.Kesiankan.Mungkin budak ni amat tertekan...

*** Moga bapa budak ni di beri otak yang lebih berakal untuk berfikir.

Masterchef Selebriti / Grand Finale

Assalamualaikum

Semalam menyaksikan 5 peserta berantap menyediakan masakan Kek Ketam bersama Salad Avocado dan Tomato Panggang  dan juga Daging Batang Pinang Wagyu bersama Kacang Fava, Keledek Lenyek dan Sayur Muda 

Seteleh di nilai Juri Peserta pertama yang layak adalah Dato' Fazley (hehehehe memang dijangka kemenangannya. Peserta kedua yang di panggil adalah Soo Wincci.Ingatkan dia berjaya rupanya dia terpaksa meninggalkan MasterChef dan pesaing Fazley adalah Angah.


Kesian tengok dorang semalam terpaksa memasak di tengah panas nak nak si Angah tu.memang port dia tengah panas betul.

Dan bila di beri untuk pilihan cabaran untuk episod akhir Fazley sekali lagi memilih dengan menggunakan ejaan namanya F.A.Z.L.E.Y dan dia berjaya memilih dapur  barat (memang favourite dia  pun ) dan secara automatik angah dapat dapur asia ( juga kepakaran angah).

Apapun tak sabar nak tunggu malam ni untuk episod akhir.

*** Aku penyokong tegar Dato' Fazley. Pilihan korang pula?

Gambar Irma Hasmie Dan Redza Berbulan Madu Di Gold Coast,Australia

Assalamualaikum

Gambar-gambar ini adalah dari bulan madu irma dan suaminya Redza Syah di Gold Coast, Australia. Beruntunglah Irma kerana pakej bulan madunya ini ditaja oleh D’Haja Boutique yang merupakan sebuah butik pakaian muslimah. Irma ialah merupakan model bagi tudung-tudung butik tersebut.

 sweet sangat.. peguin pun teruja ^_9




Bestnya hai berbulan madu di taja kalau aku pun senyum sampai telinga ^_^

Sumber gambar D'Haja BoutiQue

Khasiat belimbing dan Jus belimbing besi

Assalamualaikum


Banyak kebaikan belimbing ni antaranya

1. Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.

2. Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.

3. Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.

4. Selain itu, ia membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.

 Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.

1. Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.

2.Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam.

3. Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.

4. Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.

5. Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.

6.Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.

 *** Banyak betul kegunaannya.Kalau dekat kampung dulu buahnya hanya di makan dan kadang kadang buat basuh ikan sungai aje

Subhanallah Air Liur Bayi bertukar jadi kristal

Assalamualaikum

Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.



Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

*** Allah maha kuasa.Lepas ni parents dia kena berhati hati takut nanti ada yang menculik pulak

Iqbal ni saja tau

Assalamualaikum

Semasa makan malam semalam Iqbal sibuk dengan dia punya remote kereta mainan dia.Sambil aku suap makan (malas nak bagi makan sendiri kang bersepah mama malas) dia bercakap.Rupanya remote tu di buat telefon dan kononnya dia tengah cakap dengan tok (opahnya) kat kampung. Camni ha gaya dia cakap.

Hello tok.Assalamualaikum.. ya ya Iqbal ni.. oh dok makan nasi ni.. hmmm lauk sambal mama masak.. ya.. ya.. tok buat apa tu.. ha cucuq kodok ka (jemput pisang). satgi simpan kat Iqbal sikit tau. Simpan tau jangan makan habis tau (pastu mama menyelit makan dulu jgn dok cakap ja... nanti mama malas nak tunggu dah.. nu adik nangis satgi) Dia buat muka.. mama ni kacau la orang nak cakap ngan tok so aku layankan jela. dia dok ya.. ya.. ok..ok pot.. pet.. macam2 la.. then sudah.. aku tanya Iqbal telefon tok ye..sembang apa dengan tok tadi... Korang tau dia jawab apa

Mama ni Iqbal main main la mana ada tepon betul2 pun.Apala mama ni.tengok ni remote keta Iqbal la bukan telefon.Apa la mama ni silap la. Aku dah terkedu.. dah terkena kononnya nak masuk alam dia la tadi . Alih alih terkena pulak .En. Ad hanya senyum2 je tengok kami.

Ada ada je la kamu ni Iqbal ^_^

**Pssst... kupon McD tu betul tau sila la print sebelum 25hb ni ye. Entry  McD .

Anda Peminat Chicken Foldover McDonald?

Assalamualaikum


Tersenyum tak tengok kupon kat atas hahahaha.. kalau nak klik gambar je dan print ye.
Beli satu percuma satu tau.. aku suka ni... hehhehe

*** Dah print tapi belum sempat ke MCD lagi

 

Jom Tonton Mail Lambung online

Assalamualaikum


Jom kita tengok Mail Lambung.Sesapa Tenet yang laju tu silalah tengok ye.Saja nak berkongsi juga ^_^



  Mael lambung merupakan seorang penarik kereta terkenal di kuala lumpur. Hidupnya mula berubah apabila bertemu dengan maria (juliana evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat. Tujuan penjahat tersebut memburu maria ialah kerana mereka mahukan mikrocip yang mana didalamnya penuh dengan maklumat tender projek kerajaan.
Usaha menyelamatkan diri membawa mereka ke terengganu yang juga kampung halaman mael. Di kampung, mael bertemu pula dengan rozie (shenthy feliziana), bekas kekasihnya yang telah bertunang dengan tiger (taiyudin bakar). Konflik mula timbul apabila tiger tidak menyenangi kepulangan mael kerana cemburu dengan hubungan antara mael dan rozie dulu.
Penjahat yang memburu maria itu akhirnya dapat menjejaki mereka di terengganu. Apakah yang akan berlaku selepas itu? jom kita saksikan

*** Mesti sangat lawak bila dengan zizan ni...

Telur Masin Askar

Assalamualaikum

Angkara salah faham dah jadi lawak jenaka pula

Makcik : Ni makcik jual telur ni

Syiela : Telur apa?

Makcik : Telur masin. Makcik buat sendiri ( masa tu kenduri kat kampung... dengar je telur masin buatan sendiri  org dah mai dekat

Syiela : Takpa la makcik minta maaf no. Saya dah ada telur askar

Makcik : kah.. kah... kah.. dah tu bagitau orang lain pulak. Ni hangpa nak tau dak aku nak juai (jual) telur masin kat dia. Dia kata tak mau.Dia ada dah telur askar kast rumah. Yang lain pun pakat2 gelak berdekah dekah... riuh rendah suasana kat situ kejap..

Syiela : Apsal dorang ni... aku pun terangkan hal sebenar.. sebenarnya makcik En. somi saya selalu bawa balik terlur masin ni. Ala yang orang supply kat kem tu...

Makcik : La iya ka aku ingatkan hang buat lawak kata telur askar tu.. tut. tut.. tut..  pita rosak

Syiela :  alahai makcik2 ni saje je nak kenakan aku.. dengan malu2 kucing aku pun beredar dari situ.. malas cakap dengan orang yang makan banyak garam ni jadi camtu la

Dan bila time kenduri je.. makcik2 kat kampung tu sibuk tanya banyak lagi telur askar????? hai malu den tau!!

*** Dapat ilham nakkeluarkan cerit ni bila pergi mengarut kat tempat TUKANG KARUT

*** Itu la kan kadang kita maksudkan lain yang orang faham lain. Mohon maaf jika ada yang terasa dan maaf juga atas penggunaan ganti nama aku ( selesa rasanya membahasakan aku ni) bagi mereka yang lebih tua.




Gambar Fazura Memperagakan Busana Hari Raya 5 Stars Designer

Assalamualaikum

Sebenarnya banyak nama-nama besar yang turut terlibat menjayakan fashion show busana hari raya oleh 5 Stars designer ini. Selain Fazura, Tasha Shilla, Zaquan Adha, Natasha Hudson dan Tengku Azura turut terlibat. Namun tepukan paling gemuruh diterima sewaktu kemunculan Fazura memperagakan rekaan Rizman Ruzaini.

5 keping gambar Fazura dengan busana Hari Raya daripada Rizman Ruzaini dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.








*** Orang cantik ni pakai apa pun cantik kan...kalau tiang di solekkan pun boleh nampak cantik inikan pula orang ye


Oh My English!

Assalamualaikum




Masterchef Selebriti / 5 Finalis ke peringkat Akhir

Assalamualaikum

Semalam menyaksikan cabaran penyingkiran sebelum ke Episod Akhir.Dalam Masterchef pun kejutan juga.Cabaran semalam adalah memasak Tomyam

 Tom Yam Kung.. Angah
Tom Yam Ketam - Farouk

Mati mati ingatkan Farouk yang terkeluar.Namun semuanya layak ke peringkat akhir .Tahniah pada mereka semua.

Mereka yang layak adalah
1. Dato' Fazley
2. Soo Winccy
3. Angah
4. Farouk
5. Juliza



*** Aku adalah penyokong tegar Dato' Fazley ^_^

HARGAI WANITA

Assalamualaikum

" Dan apabila mata IBUMU sudah TERTUTUP,
maka hilanglah satu KEBERKATAN di sisi ALLAH
iaitu DOA SEORANG IBU"
 
** Hasil perkongsian dari FB

ENTRY MELEPAS GERAM

Assalamualaikum

Sejak akhir akhir ni agak tension bila berada di kawasan kejiranan orang muda muda ni. Majoriti jiran jiran area sini dalam lingkungan akhir 20an dan awal 30an.Berdarah muda. Kereta memang hebat. Nak nak semuanya dah di modified baru. sesekali mereka nak keluar dari rumah compom Dable H terjaga.Sebabnya nak panaskan enjin keta je pun lebih kurang 15-30min (dengan bunyi yg amat.. argh malas nak cakap). Tu belum reverse nak keluar rumah lagi.Ditekan2 minyak tu.Aish compom Dable H bangun. Bukan setakat tu je kadang2 bergegar2 bumbung rumah ni. Bingit telinga. Terlepas dah satu keta. Kang bunyi lagi dan lagi.. adeh.. cepat2 la pegi keja.Itu cite belah pagi.

Bila time malam pulak.kita sibuk nak tidurkan Dable H.Time tu la dorang nak keluar.Bila kita lewat dorang pun lewat.Cam tau2 je. GERAM! kejap Zroom.. Zroom sana kejap preng preng sini. Elok elok terlena kang balik pulak Zroom Zroom Preng Preng yang paling tak menahan kadang2 balik pukul 2-3 pagi alahai sabarlah hati.camtu la bila rumah comel2 ni. Itu belum masuk bunyi grill tersangkut grang.. grang.. adeii bergegar otak kalau camni. 

Cepat la membesar sayang.. mama pula yang over tension.Dable H ok je hehehhehe.

*** Sejak akhir2 ni ni asyik stress mungkin tak cukup tidur kot sebab selalu terkejut tengah2 malam @ ada masalah lain.. ntah la hurmmmm

Gambar Eksklusif Persandingan Ke-2 Irma Hasmie Dan Reza Syah Azmeer (Pihak Lelaki)

Assalamualaikum

Selepas bersanding pada 1 Julai  Ahad di MAEPS, Serdang, Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah diraikan sekali lagi dirumah pihak pengantin lelaki pula.

Sebelum ini majlis pernikahan Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie telah diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Persidangan Putrajaya. Dengan hanya sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapanya Irma menerima mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. 
 
 berseri seri sungguh Irma ni

 pelamin yang sangat cantik
upacara memotong kek


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE