Adam Dan Hawa : video paling kontroversi

Assalamualaikum

Jika dulu saya sangkut dengan drama Nur Kasih namun sekarang saya sangkut pulak dengan Drama Adam & Hawa. Sebelum tu tersangkut kat rancangan masakan Masterchef Selebriti .Selalunya saya tengok kat blog Kak Fieda secara online je .Dia akan update setiap episod.Jadinya setiap isnin hingga khamis saya memang akan ke sana.

Tadi saya terbaca pasal Video paling Kontroversi ni kat Denaihati. Memang penuh kontroversi tak caya cer tengok video lagu Muara Hati  ni yang asalnya di nyanyikan oleh Siti Nurhaliza  dan Hafiz.

Rasanya drama ni meletop sebab heronya kot si Aaron Aziz yang menjadi jejaka idaman malaya. Ye ke idaman Malaya muahahaha... akak suka je kat am ni juga dekat Cik Ted 




Bukan senang nak buat video camni kan. Macam-macam la kan.Apa pandangan kawan-kawan pula.

I'm So Seksi

Assalamualaikum



Godek2 jumpa gambar lama hehhehe abaikan pemandangan yang amat tak cantik tu.Iqbal bolat sungguh masa ni.

Pemenang 1st GA

Assalamualaikum

Setelah di fikirkan banyak kali akhirnya saya memilih untuk memicit en.random.Dan yang bertuah adalah 

Neon.

*** Sila bagi alamat kepada saya sebelum 10 pagi esok ye. InsyaAllah kalau takda aral esok juga saya poskan.Takkpun minggu depan ye.Bagi kat sini pun takpe saya tak publish takpun email ke syiela_f@yahoo.com. Jika saya tak dapat alamat sebelum tu saya akan picit lagi sekali mr random tu ye ^_^

Senarai Peserta 1st Mini GA

Assalamualaikum

Jika ada yang tertinggal sila maklum ye.. Kang petang2 sikit saya umumkan siapa yang bertuah :)

2. Bert
5.Neon
9. Ayut
11. Nur
12. Cho Zila
14. Sharina

4 Tahun Kini Dia Dah Pandai Menulis

Assalamualaikum

Iqbal kini dah menghampiri 4 tahun. bulan sebelas ni genap la umo dia 4 tahun. Pandai sungguh dah bercakap, berdalih, buat lawak.

Dan paling mama terharu bila baru ni Iqbal menulis dengan jayanya A-Z dan 1-10. sebelum ni memang dia tak pernah menulis langsung di rumah. Bila suruh ada je dia alasan dia nak mengelat.

Rupanya bila di tanya kenapa menulis pula kat rumah, di jawabnya sebab teacher suruh.Oh selama ni teacher dia tak suruh la sebab tu bila kita suruh dia buat dek ja. Sabar je la wahai anak.
Nak juga tempek gambar lama ni.Hehehehe ni dia menyibuk kacau abang Aiman mewarna

Detik-Detik Gemilang Shila Juara Asian Wave 2012

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2012: Kejayaan Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah , 22, mengharumkan nama negara dengan bergelar juara di pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ini masih lagi dirasai kita semua.

Dengan imej barunya yang bertudung, Shila yang pernah belajar di sekolah Cina dan berbahasa Cina sedikit telah membawakan 3 lagu iaitu Gemilang daripada Jaclyn Victor, Grenade (Bruno Mars) dan Zheng Fu (Na Ying) dengan begitu mengesankan sekali hingga berjaya membuatkan juri dan audiens di negara itu terpukau dengan nyanyian serta lontaran vokalnya.

Lebih manis lagi apabila naib juara program One In A Million ini berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India. Tahniah buat Shila Amzah. Kami di portal murai.com.my turut berbangga dengan kejayaan Shila yang berjaya membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu berjaya di dalam pertandingan sebegini.



** Tahniah Shila

Baru Kawin 4 Jam Dah Jadi Balu

Assalamualaikum

JOHOR BAHRU: Kurang empat jam pasangan suami isteri menganjurkan majlis makan malam perkahwinan bersama keluarga dan rakan, pengantin lelaki maut ditetak kira-kira lapan lelaki bersenjata parang ketika keluar dari sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini, pagi semalam.

Malah, janda segera itu terkejut apabila suaminya ditetak bertubi-tubi di depan mata hingga cedera parah di kepala dan badan sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Allan Tee Kok Weng, 36, yang juga pemilik kedai alat ganti kereta dan isterinya, Shiu Ting, 30-an dalam perjalanan pulang sebelum diserang lapan lelaki.


*** sedihnya kan




Dable H Ke Hospital Lagi

Assalamualaikum

Baru lepas balik dari hospital. Adeh penat sungguh menunggu giliran.Menunggu dari pukul 8.00 pagi tadi. Rupanya doktor takda hari ni.Dekat pukul 10 baru jalan nombor. Betul2 menyusahkan orang.Nak-nak saya ni.Nak bertukar pun tak boleh.Lenguh la hai tangan.

Jumpa doktor kejap je dalam 10 minit dah boleh balik.Sebabnya dorang berdua ni sihat walafiat.Cumanya Haziq ja yang perlu follow up kat hopital penang. Yang lagi sakit hati.Doktor tu siap suruh kami sediakan satu buku. Bila kami ke hospital penang suruh doktor sana catit untuk rujukan dorang. Eh takkan tak link sesama hospital. Maknanya kalau kami ke penang kena ada surat atau dapatkan catatan dari sana kalau tak doktor hospital sungai petani tak tau apa. Adeh kenapa la jadi camni. Letih tau...Sesapa nurse kat sini tolong explainkan kat saya jap bab2 ni.

Sebab hari ni amat memenatkan takda sekeping pun gambar kat sana :). Jadi kita layan gambar Haziq masa kat hospital Penang hari tu ^_^

 Abah bergelut dengan Haziq
 Susah betul nak dok diam.siap meraung lagi
 Hujan renyai2 time ni tapi mama sibuk je nak ambil gambar kat luar ni
 tu dia nak tunjuk Haziq buat rawatan sampai penang ^_^
Budak ni keletihan bergelut dengan abah dan meraung. Letak ja kat kerusi tu terus lelap 

1st Mini GA : Nak Frame Cantik Tak

Assalamualaikum

Semalam lepas makan Yee Mee saya ternampak satu frame ni. Menggoda jiwa saya.Ini je yang saya mampu beri buat rakan-rakan yang rajin berkunjung ke teratak kecil saya ni. 



Nilah framenya.Kat tepi tu ada batu warna warni lagi. Ok senang je. Cuma komen kat sini Sebelum jam 12 malam ni dan saya akan keluarkan senarainya 26 hb ni dan 27hb saya akan umumkan siapa yang bertuah tu. Tak pasti samada saya akan buat cabutan atau picit mr random. Semuanya bergantung kepada mood si kembar dan bilangan penyertaan :)


*** Terima kasih atas sokongan kawan-kawan selama ni.Hari ni saya bawa Dable H ke hospital untuk check up biasa ^_^

Roasted Chicken Yee Mee

Assalamualaikum

Setelah tertarik dengan entry Wanieys. Perut saya meminta2 untuk di penuhi dengan yee me tersebut.Hehehhe maka dengan pantas time rehat tadi saya ke Tesco dan memesan Yee Mee ^_^


Extra Yee Mee lagi tau kekekke.. makan memang tak hengat dunia. Maaf la dah kucai2 sikit baru teringat nak snap gambar. Dan saya makan dengan berseleranya muahahaha.

Alhamdulillah rezeki saya hari ni hehhehe.. sangat kenyang

Pertama Kali Kami Ke Pasaraya

Assalamualaikum

Setelah usia mereka menghampiri setahun baru kini kembar menjejakkan kaki ke pasaraya. Kami memilih Giant sebagai destinasi pertama mereka hehhe. Sebabnya kat situ mesra budak2. Ada tempat mainan untuk kanak-kanak. 

Aiman dan Iqbal sibuk bermain kat dalam sangkar mainan manakala si kembar menunggu turn untuk naik mainan berlagu. ala mainan yang bila kita masukkan syiling dia akan goyang dan ada muzik tu. Sebenarnya kalau kat giant sini tak payah letak syiling. Naik je sepuas hati free. so memang ramai la yang mengambil kesempatan termasukla kami. Bila kembar dapat turn ja. kami letak dorang kat dalam tu.Kebetulan yang kosong tu kereta. Ingatkan takut, rupanya dorang sangat seronok naik.hehhehe

Siap pusing2 stereng lagi. Jenuh juga la nak menunggu sementara dorang puas main. Lain kali boleh datang lagi. Tak pula ambil gambar sebabnya leka tengok dorang main dengan sangat gembira sampaikan kami pun ikut tergelak sekali tengok gelagat dorang ni.


*** maaf lambat menjejak rakan-rakan. Saya akan jejak kembali secara perlahan-lahan.Terima kasih ye sudi bertandang sini :)

Datuk Nicol Kini Mejar Kehormat

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David hari ini dianugerahi pangkat mejar kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
   
Pemakaian pangkat itu dilakukan oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud pada majlis di Wisma Pertahanan, di Jalan Semarak, di sini.
   
Nicol berkata beliau tidak pernah menyangka akan dianugerahi pangkat itu, dan berharap anugerah itu menjadi pendorong untuk beliau mencatat lebih banyak kejayaan dalam kejohanan skuasy berikutnya.Berita selanjutnya baca kat SINI


Tan Sri Rodzali Daud menyampaikan watikah pentauliahan pangkat Mejar Kehormat kepada pemain skuasy No 1 dunia, Datuk Nicol Ann David 



Tahniah Nicol... 




‘Temu duga’ untuk perkosa

Assalamualaikum

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.

  Beringatlah wahai adik2 semua.Jangan Jadi mangsa si buaya karat. Kalau temuduga di bilik hotel, tu namanya masuk kandang harimau.


*** maaf kawan-kawan saya tersangat sibuk sekarang belum dapat menjejaki kembali. Naik juling dah biji mata ni tengok angka $$.Balik malam pun termimpi2 .... muahahaha

Drama Adam dan Hawa Menjadi Kegilaan

Assalamualaikum

Akhir-akhir ni rata-rata bercerita tentang drama bersiri adam dan hawa sebanyak 80 episod.Drama ini di adaptasi dari novel adam dan hawa hasil penulisan aisya sofea.

Sambutan yang sungguh menggalakan.Malah saya juga pengikut tegar walau saya bukan pelanggan HD 134.Saya ikuti secara online :)

Sinopsis dari novel adam dan hawa

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Setakat ni memang ceritanya mengikut plot2 dalam novel.Heronya aron aziz dan heroinnya Nadiya Nissa yang di pilih oleh penulis aisya sofea sendiri untuk melakonkan watak ain hawani. Suka gaya Nadiya sangat natural.

Lagu tema Adam dan Hawa iaitu mutiara hati juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai juga rakan blogger yang post episod demi episod. Jadi senanglah saya nak tonton online :)

thanks ye kawan2 yang sudi bagi link tu.

*** saya ada novel untuk di jual.Bukan baru tapi saya dah baca.Keadaan insyaAllah memang masih dalam keadaan yang sangat elok.Berminat? sila jengah ke SANA


Hadiah Dari Rakan Blogger

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur. Hari khamis lepas saya dapat dua sampul.Pertama datangnya dari Kak Fieda



alamak gelap sikit la ambik gambar guna telefon cap ayam je. Brooch kaler hijau.Suka! tulisan tangan Kak Fieda pun kemas je. Saya dapat ni sebab tersenarai sebagai salah sorang pengomen kat blog kak Fieda. Thanks ye kak Fieda. Kak Fieda dah update sampai episod 12 slot adam dan hawa.Kalau nak tengok jom ke sana.

Kalau nak tau Kak Fieda juga banyak membantu saya buat header sebelum ni. kalau korang perasan Header ramdhan dan header raya tu hasil air tangan dia la.

Yang ke dua saya terima dari Jemari Suri juga tersenarai sebagai pengomen kat blog dia. Thanks je JS keychain ni sangat menarik. Dan sampul tu saya simpan buat kenangan :)


Juga di mabil menggunakan telefon cap ayam saya :)

Terima kasih ye Kak Fieda dan Js. Saya amat menghargainya. Moga jalinan persahabatan di alam maya ni berkekalan la hendaknya ye ^_^

Best kenal korang dan juga rakan2 blog lain yang sangat sporting dan banyak menyokong saya ^_^

Jangan Camtu Kesian Dia

Assalamualaikum

Sambungan cerita hari yang saya pergi bayar saman tu. Bagi yang belum baca ceritanya kat DI SINI. Selepas saya keluar dari kedai kek fatimah tu terdengar bunyi bising-bising dari kedai sebelah.Sebelah kedai kek ni kedai Nasi Kandar Hussin. Rasanya dorang baru keluar dari restoran ni.

Mungkin anak tu nak apa2 yang kat situ tapi maknya tak nak beli.Takkan budak tu tumpahkan apa ke kat kedai.Saya memang tak pasti cuma macam-macam andaian yang bermain di otak ni.Sampai je dekat saya dia terus marah anak dia.Menyusahkan betul hang ni.Saya kat situ dah terkedu. Sambil berjalan si mak ni tarik tangan anak dia.Anak tadi dah separuh jalan dah merengek nak apa benda ntah.Kemudia sampai kat kereta mak dia tengking lagi masuk! terus di tolak anak dia masuk dalam kereta.

Saya pulak yang tercengang tengok adengan tu.Kesian sangat budak tu tau.Umur lebih kurang Iqbal rasanya dalam 4 tahun camtu. Tapi budak ni pompuan.Cute sangat! Kemudian kereta pun berlalu dengan lajunya tapi saya sempat tengok yang maknya masih membebel lagi.

Saya yang tengok pula rasa sedih.Biasalah anak2 ni tempat orang ramai ni la yang nak di buat perangai.Kita kena banyak bersabar dalam tangani karenah depa ni. 

*** Kenapa la adegan tak elok ni terbuntang depan mata saya.




Serawa Labu

Assalamualaikum

Serawa labu ni saya buat semalam dek permintaan En.Ad.Lama dah sia nak makan tapi bininya tak sempat-sempat nak b uat.Jadi semalam saya merajinkan diri membuatkan.Ni rupanya serawa labu ni kalau kat tempat korang panggil apa ye :)



Ini untuk saya makan.Sepatutnya tak boleh makan lagi tapi teringin punya pasal ngap juga sikit.Degil betul! Malamnya saya dah mula takut. hehhehe kang terketar-ketar macam demam kura haru :) tapi alhamdulillah ok je tido semalam cuma semput je sikit kena inhaler satu puff terus lena sampai ke pagi :)

Resepi untuk setengah biji labu ( labu yang sangat besar ye)

8-10 sudu gula ( sudu yang panjang tu)
santan (1 biji kelapa) 
sagu (ikut suka )

cara-caranya 

1. Buah labu di potong sebesar tapak tangan.Kalau boleh rendam dengan air kapur (kapur yang orang makan dengan sireh tu) dalam sejam dua.Tujuannya untuk mengelakkan dari labu berderai

2. Masak labu dengan gula tadi ( kalau mak saya panggil sira).Tujuan masak dengan air gula ni supaya manis gula tu menyerap ke dalam buah.Tak la nanti kuah je manis tapi labunya tawar semacam.

3. Agak labu dah lembut sikit masukkan sagu dan akhir sekali masukkan santan.Letakkan juga secubit garam.Tujuannya lupa la nak tanya mak hehhehe.

4. Bila labu dah betul-betul lembut angkat dan hidangkan.

Sangat mudahkan resepi mak saya ni.Cuba la ^_^


*** saya ada lagi setengah biji labu. nak buat apa ye. dah tak de idea. Nak buang memang sayang.

Tak Pernah Kena Saman Tapi Dapat Surat Tawaran Kompaun

Assalamualaikum


Awal minggu ni saya terkejut tau dapat surat kompaun dari MPSP (Majlis perbandaran Sungai Petani).Ye la  saman tak pernah dapat tau2 sampai surat penawaran kompaun kat rumah. Geram pun ada sebabnya kat kawasan tu mana ada parking motor semuanya parking kereta.Jadi sebelum saman kena sediakan parking motor dulu baru la adil.Ni surat tu yang mengganggu ketenteram jiwa tu

klik untuk tumbesaran ye..

Dah kena RM50. Jadi tadi saya pun pergi la ke MPSP.Sambil tu mulut bunyi juga kenapa MPSP tak sediakan petak parking untuk motor.Dah la saya naik motor je tak naik keta.Sebab tak mampu la saya naik motor tuan.Hehehhe merapu meraban kat situ bagai sambil sempat lagi buat rayuan minta dorang sediakan tempat parking betul2 depan opis saya sebab senang nak pantau melaui CCTV.Sebabnya kawasan tu memang kawasan hitam juga tu.

Lastly mungkin dia kesian kat saya ni yang merepek meraban ala2 meroyan kat situ akhirnya dia kurangkan jadi RM30.ALhamdulillah kurang jugak sikit.Sepatutnya saya tak perlu bayar pun huhuhu. Dah tu pegawai tu ingatkan saya sepanjang bulan ni dorang buat operasi. Jadi kalau tak nak motor kena angkut dengan MPSP sila parking kat kawasan motor.alamak jenuh la camni nampaknya kena naik tayar 4 la pulak huhu


*** Tak pasal-pasal je buang RM30 hari ni.Sadis betul tau.Balik tu nak ubat hati yang lara saya singgah beli kek 1 slice hehehhe mmg sangat mengada kan ^_^

Signboard Tu Suruh Pandu Laju Laju

Assalamualaikum

Petang ahad baru ni kami sekeluarga keluar kejap mencari tikar untuk di letak kat ruang tamu.Dalam perjalanan balik Aiman bising kat abah dia.Abah signboard tu tulis bawa laju awat abah bawa pelan2 ( 60-70) je abah bawa.

Mama pula sibuk tanya kat mana aiman tengok.Tu kat belakang tu dah lepas dah. Esoknya saya ke tempat kerja memang ikut laluan yang sama. Baru saya perasan signboard tu.Selama ni tak pernah perasan pun.Rupanya dia tulis camni

PANDU LAJU
MAUT MENUNGGU

Hahahaha Aiman cuma sempat baca yang atas je tapi yang bawah tu dia tak sempat baca, jadinya memang pandu laju la :)


***  Sampai ke hari ni dia masih katakan dia betul hehhehe nak kena bawa dia sekali lagi lalu kawasan tu bagi dia baca sampai habis  ^_^

Cara Nak hilangkan Dagu Berlapis

Assalamualaikum

Semalam lepas letak ubat ulser kat mulut.Bagi yang terlepas cerita tu Klik Sini untuk baca. Elok pula semalam si kembar tu tido awal jadi dapatla saya tilik muka ni. Tengok sana tengok sini.Oh mak dah ada Double Chin huhuhu kalut..

Hari ni godek sana godek sini pastu recall balik segala ingatan sebabnya masa student dulu ada sorang kawan ni jadi camni gak.Kalut la cari jalan penyelesaian hehehhe.

ini la rupanya Double Chin ( bagi yang tak tau) imej ni ambil dari google

Ok antara petua yang saya ingat dan saya mesti amalkan lepas ni

1. Tidur tanpa menggunakan bantal.Huhuhu sedih.Saya mana boleh tido kalau takda bantal.So saya takkan buat ni.Dah la malam2 tido2 ayam je kalau di buang bantal tu sah2 saya tido itik lak pas ni.

2. Teknik urut bawah dagu. Boleh di lakukan semasa cuci muka tolak dari bawah dagu keatas atau seangkatan dengannya.Memang dah tau dulu tapi tak amalkan padan la dagu jadi camni.

3. Buat senaman muka sambil sebut a e i o u gerakkan mulut secara perlahan dan tegangkan muka masa menyebutnya.Ala2 latihan vokal gitu..ulang 2-3 kali sehari hehehhe ini tak pasti dapat buat ke tak.

4 . Kunyah gula gula getah.Alahai tak suka chewing gum ni lenguh mulut.Nak bercakap ngan orang pun rasa tak sopan je.hahhaha banyak alasan pula nak cantik ke tak ni.

Itu je yang saya ingat setakat ni.Kawan-kawan ada petua tak. Kalau ada sharelah ye.Kesian saya ni huhuhu orang gemuk kat lain saya gemuk kat situ pulak.Walau En.Ad tak kisah tapi saya kisah.Adoyai!


WW : Dable H

Assalamualaikum


cer teka mana Satu Haziq mana satu Hazim..Gambar mereka belah kanan atas dan bawah.. belah kiri atas dan bawah ^_^

Petua Merawat Ulser Mulut

Assalamualaikum

Pedihnya bibir kini.Ada dua tompokan ulser kat bibir saya.Mulut pun dah ala - ala di suntik botok lagi hehehehe tebal dan muncung semacam je.Selalu kalau jadi camni saya sapu Bonjela dah lega namun kali ni dah hampir seminggu malah makin membesar pulak.Kalau time pedih tu cakap ala-ala seksi gitu persis Angelina Jolie gitu. Akhirnya En.Ad tak menahan tengok bibir saya yang amat seksi dia dia pergi belikan satu ubat yang agak kebas.Letak je kat tempat user tu terasa kebas semacam je.Jadinya takdela bising2 lagi.. pedih..pedih...

Aiman pulak selalu nasihatkan saya mama minum la air kosong banyak2 nanti cepat la lega hehehehe sebijik ayat mama tu.Panjang pulak mukadimahnya.

Ok petuanya 

Gunakan pencuci antiseptik mulut
sapu ubat ulser mulut seperti gel atau krim penahan sakit
Elakkan makanan pedas dan panas
Banyakkan minum air kosong

Jika ulser mulut tak lega dalam 14 hari mlalah makin merebal sila dapatkan rawatan doktor sebabnya ulser mulut ini berkemungkinan besar tanda awal Barah Mulut

Iklan Dolu-Dolu

Assalamualaikum

Saja nak mengimbau kenangan lalu.Korang pernah tengok tak semua iklan ni.Saya ada juga yang teak pernah tengok.Jom imbau kenangan bersama ^_^


















Iklan mana yang korang rasa paling best ^_^

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum

Terima Kasih atas semua sokongan kawan-kawan buat saya.Alhamdulillah kini saya tenang. Saya juga cuba melayan si kembar seperti biasa. Seperti dulu tiada istilah pilih kasih hehehe.

Mereka kini amat aktif.Aduss saya perlu sentiasa mengecas bateri supaya jangka hayat tahan lama hahahaha. Yela dorang asyik ke sana ke sini.Buka lamari tolong simpankan. Sapa-sapa tersesat ke rumah saya pasti dapat tengok keadaan sebenar hehehhe.

Namun dalam keletihan melayan dorang terselit kegembiraan buat kami.Si abang - abang besar pula sekarang asyik nak peluk cium adik je.Maklumlah adik dah pandai bergelak ketawa dengan dorang hehehe.Kadang-kadang abang dulu surrender. Maaf dik abang dah ngantuk esok kita main lagi ye bye.. hehhehe adik masih kuat bertenaga lagi.Mama dan abah pun surrender dengan dorang ni.Bertenga betul tau.

Hazim pula pandang nampak apa kat lantai terus masuk mulut.Haziq cuma pegang dan tengok-tengok pastu baling.hehhehehe memang sorang ni penghibur hati keluarga kami.


*** Terima kasih sekali lagi buat kata-kata semangat dan sokongan dari kalian semua.Saya amat menghargainya

Dijamin Syurga Untuk Isteri

Assalamualaikum



Mudahkan nak masuk syurga.Jangan pula asyik masam muka. Jangan satu suami cakap 10 isteri jawab ( banyak kes saya jumpa ). Setengah tu suami kerja tapi isteri kat rumah tapi suami pulak balik dari kerja terpaksa masak untuk dia yang kat rumah.Sungguh terbalik... kalau sesekali takpe tapi kalau dah selalu camno tuh. 

Suami pulak bila si isteri layan bak putera raja jangan la memandang rendah pula ye.Ada satu kes ni si isteri sangat la prihatin dengan suaminya.Kedua2nya berkerja namun biasanya si isteri akan sampai dulu.Bila suami sampai je kat rumah suami cuma perlu duduk.Isteri akan buka kasut,stoking dan terus di beri air.Luar dalam memang isteri jada.Sampai kan nak pergi kerja pun isteri yang siapkan.Seperti anak2 pula rasanya. Sungguh bahagia kita dengar namun tak lama lepas tu suami tadi ceraikan dia dengan alasan sangat rimas  sedangkan si isteri mengejar pahala. Rupa2nya suami tadi dah ada yang lain.itu hanya alasan.Kesian isteri tadi. (ini cerita betul tau.... kisah yang dekat dengan saya)

*** syukur dengan apa yang ada... sangat gembira menjadi tulang rusuk En.Ad. .Sayang kamulah ^_^

JOM KEJAR PAHALA

Sedikit Lagi Ujian Buat Kami

Assalamualaikum

Saya tak pasti nak bermula dari mana.Namun mungkin ada yang dapat menduga bila saya keluarkan entry Andai Diuji. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi bertanya keadaan Haziq.Hari ni baru terdaya saya menaip entry ni.

Pagi Rabu 5 September baru ni saya,En.Ad dan Haziq Ke Hospital Penang.Kami bertolak dari rumah seawal jam7 pagi.Manakala dua budak besar ke sekolah dan Hazim di tinggalkan di rumah mak (pengasuh).

Hujan mengiringi perjalanan kami dari Sungai Petani hingga ke Penang.Sampai je saya terus masuk untuk dapatkan no giliran dan En.Ad mencari parking.Alhamdulillah dapat no 8.itupun jenuh juga sebab Haziq mula merengek sebab mengantuk jenuh kami buaikan dengan tangan namun tak juga mahu tido.Akhirnya sampai giliran Haziq.Dalam keadaan Haziq yang agak meragam doktor terpaksa bertungkus luus memujuk untuk melakukan 'chest x-ray'.Saya memainkan peranan utama memandangkan En.Ad memangku Haziq atas riba.

Setelah agak lama doktor mengambil masa untuk scan dan termuncung2 jugalah mulut doktor tu meneliti keputusan.Akhirnya doktor sahkan yang jantung Haziq NORMAL iaitu lubang kecil dulu dah tertutup dengan sendirinya seperti yang di jangka.Syukur alhamdulillah tersenyum lebar kami.

Namun ada satu berita lagi yang agak mengejutkan kami serta mematikan senyuman kami dengan serta merta.Doktor mendapati yang salah sati injap jantung Haziq agak sempit dan ini dikenali sebagai AORTIC STENOSIS (AS).maklumat berkenanan ni boleh baca Di SINI.

Walaupun doktor mengatakan keadaan kurang serius dan pemantauan akan di lakukan ENAM bulan sekali. Bermakna tahun depanHaziq akan jumpa doktor lagi untuk keputusan selanjutnya. Namun yang saya amat risaukan ialah jika betul tak serius kenapa masa yang di ambil agak cepat berbanding jantung berlubang hari tu yang jangkamasanya di ambil hampir setahun.

Kami pulang dengan keadaan agak murung.Sekali lagi kami di duga. Dalam hati berdoa agar kami kuat dan tabah dan moga tiada apa-apa berlaku sepanjang 6 bulan ni. Sememangnya kami insan terpilih untuk di duga.Moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


Tidur malam agak terganggu memantau keadaan Haziq namun dia seperti biasa-biasa saja lasak seperti tenang di buai mimpi dan siangnya lasak seperti hari-hari yang lalu seolah-olah amat sihat.. sekali

Buat Hazim maafkan mama.Mama lebih utamakan Haziq dari kamu.Jika kamu menagis serentak pasti mama akan pujuk Haziq dan biarkan abah pujuk kamu.Jika abah tiada mama akan senyapkan baru Haziq dulu baru kamu.Jika mama dukong dua-dua korang akan tolak satu sama lain.Maafkan mama bukan niat nak memilih kasih.Keduanya mama sangat sayang namun keadaaan kesihatan Haziq tidak mengizinkan.Maafkan mama sayang.

** maaf lambat menjenguk rakan-rakan.Terima kasih atas doa kalian  semua.Saya amat menghargainya.

*** sedikit lagi ujian buat kami agar kami tidak terus terleka.InsyaAllah kami redha ya Allah

Pelajar OKU cipta sejarah

Assalamualaikum

NIBONG TEBAL 5 Sept. - Keazaman yang tinggi untuk berjaya sama seperti insan normal lain membuatkan Norhamizah Idros bertekad mencipta sejarah sebagai pelajar orang kurang upaya (OKU) pertama mendaftarkan diri dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Omar Osman (kanan) beramah mesra dengan Norhamizah Idros yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Elektronik selepas majlis bacaan ikrar di Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal, Pulau Pinang,

Bagi Norhamizah, 19, biarpun bergelar pelajar OKU kerana lumpuh dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda khas, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk bergelar pelajar di kampus Kejuruteraan USM di Transkrian.

Menurut bekas pelajar Kolej Matrikulasi Selangor itu, dia amat gembira kerana USM memberinya peluang melanjutkan pengajian ke Universiti Apex itu dan berharap untuk menjadi pelajar cemerlang suatu hari nanti.

"Saya berharap agar pensyarah dan rakan-rakan boleh menerima keadaan diri ini serta membimbing dan membantu menjadi pelajar yang lebih berkebolehan.

"Selain itu, saya juga ingin menjadi perangsang kepada adik-adik OKU yang masih di bangku sekolah," kata anak jati Taman Kaya, Taiping itu.

Norhamizah ditemui selepas majlis bacaan ikrar 739 pelajar baru yang mengikuti bidang kejuruteraan di USM hari ini.

Tambah pemegang biasiswa Shell itu lagi, keluarganya menjadi pendorong utama sehingga bergelar pelajar cemerlang di kolej matrikulasi dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Selain itu katanya, kejayaan kakak sulungnya yang juga graduan USM, abang keduanya berkelulusan universiti Amerika Syarikat (AS) dan abang ketiganya yang bakal bergelar graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) adalah juga pemangkin kepada semangatnya untuk belajar sehingga ke tahap sekarang.
"Saya tahu bidang kejuruteraan bukannya mudah, namun saya berazam melakukan yang terbaik sepanjang tempoh pengajian di sini untuk mencapai impian sebagai Jurutera Elektronik satu hari nanti.
"Saya yakin hanya kejayaan saja dapat membalas jasa arwah bapa, Idros Ishak yang meninggal dunia seminggu selepas saya memasuki kolej matrikulasi dan ibu, Saadiah Awang yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga," ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana Norhamizah memilih universiti ini dan dia adalah pelajar OKU pertama mendaftar di kampus kejuruteraan.

Jelasnya, pihak universiti akan menyediakan kemudahan terbaik untuk keselesaan Norhamizah.

Sumber : Utusan


***sebagai pembakar semangat bagi remaja di  luar sana

✿ ANDAI DIUJI ✿

Assalamualaikum

Dalam kita melangkah,
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
hingga kita tertunduk dan menangis,
peritnya terasa seperti tak terdaya melangkah lagi,

Ketahuilah dan renungilah dalam diri,
kerana mungkin air mata tika itu hadir,
kerana dia mahu menjahit sejadah IMAN
yang kian terkoyak,
lantaran kerana ada langkahmu yang tersasar,
semoga dirimu tabah dan tetapkan iman...

"Biarlah kita kese0rangan tanpa berteman,
biarlah malam tanpa sinar rembulan,
biarlah tidur tanpa d hiasi mimpi indah,
TAPI JANGAN BIARKAN HATI SUNYI
TANPA SEPOTONG AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN..."



****************



Bila Allah datangkan ujian. Itu bukan satu bebanan..
Kita mesti boleh bertahan. Ada hikmah di sebalik ujian..
Ada kesempitan dalam kelapangan. Ada kemudahan dalam kesulitan..

Bila Allah datangkan ujian. Pujuklah hati pujuklah iman..
Tanpa kecewa putus harapan. Setiap kesabaran ada ganjaran..
Setiap pengorbanan ada keberhasilan..





*** Maaf masih tidak berkesempatan menjejak rakan-rakan

Haramkan loket bertenaga skalar

Assalamualaikum

GEORGETOWN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.
Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.
Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket
berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.

“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.
Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.
Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.
Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.
Sumber : Harian Metro



Bentuk bangunan di China dikritik

Assalamualaikum.

Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur (kiri) di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang, sementara Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing (kanan), dikatakan menyamai bentuk puding dan donut. - AGENSI

BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.
Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).

Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.
Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.
Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.

Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.
Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.
Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI

Pura-pura mati untuk uji kekasih


Assalamualaikum

MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.
Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.





BYKOV melamar Irena selepas bangkit dari ‘mati.’

Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.
Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.

“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.

Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.
Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.

“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” - DM


*** macam-macam hal sekarang ni.. nanti saya update kisah Haziq  ye.. maaf

Sumber

Mohon Doa Kawan-Kawan

Assalamualaikum

Ketika kawan-kawan membaca entry ni kami bertiga iaitu saya,En.Ad dan Haziq dalam perjalanan ke General Hospital Penang untuk menjalani x-ray dan seterusnya menentukan keadaan dia.Ok saya flashback sedikit kisah Haziq ketika Haziq berusia 38 hari doktor detect yang dia mempunyai masalah jantung.Kemudian di bawa ke Penang untuk menjalani rawatan echo dan di situ kepurusan menunjukkan yang Haziq mengalami masalah jantung berlubang namun keadaannya tidak terlalu serius.Dikatakan Haziq mempunyai lubang di jantung dimana lubangnya hanya sekecil lubang jarum.Namun perlu di beri pemantauan.Lazimnya kes sebegini pesakit akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi esok adalah penentuan keadaan sebenar Haziq.Tapi jika tengok keadaan Haziq di rumah dia amat cergas dan tidak pernah kebiruan.Cumanya berat tidak sampai target, Masih berada di garisan putih iaitu kategori kurang zat.

Dan esok juga Dable H akan berpisah buat sementara.Hazim akan di tinggalkan di rumah mak(pengasuh) manakala Haziq akan ke Penang.

Jom layan gambar budak kecik ni kejap ^_^





saya di beri ujian yang amat ringan jika dibandingkan dengan mereka yang lain namun saya dah terasa amat berat, sangat gelisah sepanjang 11 bulan ni.Moga Allah permudahkan segala urusan kami.

*** Terima kasih sudi mendoakan Haziq ye kawan-kawan

Farid Kamil dan Diana Danielle Bertunang

Assalamualaikum

Tahniah buat Farid Kamil dan Diana yang telah selamat bertunang ahad lepas. Menurut akhbar berita harian Diana meneerima 3 dulang  hantaran iaitu senaskah Al-Quran, pakaian dan kasut. Pasangan ini memang sama cantik dan sama handsome kan.Suka tengok


Gambar Kahwin Izreen Azminda & Riza

Assalamualaikum

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Izreen, di sebuah majlis yang berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Keesokan harinya, Izreen Azminda & Muhamad Riza diraikan sebagai pengantin baru dalam sebuah resepsi meriah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar Kedah.








sumber gambar dari Fb Izreen


*** cantikkan dia ni.. suka lagi gambar dorang masa akad nikah tu.Sweet jer bertudung ^_^

GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE