Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 31, 2012

WW : Berendam

Tuesday, October 30, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Bedebuk Macam Nangka Busuk Daa!!

Assalamualaikum

Pagi tadi sebelum keluar dari rumah saya bergegas ke bilik air.
Elok nak keluar ja ntah tang mana silap dia bedebuk saya jatuh kat lantai dan kaki pula tertendang baldi yang kebetulan ada kat situ
 mulut pun sama riuh bunyi adoi! 
En.Ad berlari dengan pantas bertanya apa hal ni
kekekke sekali tengok macam guni beras terbalik
Kali kedua ala-ala nangka pun ada
Kali ketiga tengok sah-sah bini sendiri kekekke
Lantai licin sebab sebelum tu Iqbal mandi sambil main sabun
Makanya yang jadi mangsa mamanya
nasib la tak cedera kat mana-mana
kalau tidak ha tak berasap la dapur tu ^_^

*** Sesekali teringat ngeri. orang tua-tua kata kalau jatuh kat bilik air ni bahaya.boleh bawa maut ( itu hanya cakap-cakap orang tua, tak pasti kesahihannya) yang penting hati-hati walau di mana kita berada ^_^

Monday, October 29, 2012

Monday, October 29, 2012

Menyerah Diri Untuk di Korbankan

Assalamualaikum

Sempena raya Aidil Adha ramai yang melakukan ibadah korban.kat rumah mertua raya pertama.Raya Ke dua ket Rumah tok Nek dan Raya ke tiga abang saya sendiri.

Bukan seperti yang di sebutkan di atas je tapi merata tempat mengerjakan ibadah ini.Sampaikan tak sempat nak jengah sesetengah tempat tu.

Bestnya Cerita ketika nak lakukan korban kat rumah abang saya kat kulim ( cerita asal dari kakak ipar saya).Menurut dia lembu dah ada seminggu awal dan mereka menempatkan lembu tu di padang berhadapan dengan rumah abang.Jadinya secara tak rasmi abang lah penjaga lembu tu.Sangat la jinak lembu ni.

Sampai masa untuk di korbankan dia berjalan dengan rela hati tak perlu nak di tarik-tarik dan apapbila tiba masa untuk di sembelih dia suakan kepala seolah-olah rela dikorbankan serta secara sukarela dia merendahkan badan untuk memudahkan diri di korbankan.Sangat mudah dan lembu ni seperti tau langkah-langkah yang di perlukan untuk di korbankan.

Ya Allah sungguh indah percaturanmu.Semua yang memandangkan hanya mampu mengucap syukur dan menuturkan kalimah allah.Masing-masing terharu bila kejadian seperti ni berlaku di depan mata.
sumber gambar dari google

PENGERTIAN KORBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zuhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN
i. DALIL AL-QURAN
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Maksudnya ;
“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)
ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN
Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;
Maksudnya;
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)
Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”
Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”
Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)
iii. DALIL IJMA’ ULAMAK
Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

Sumber dari :
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H

Thursday, October 25, 2012

Thursday, October 25, 2012

Mereke Di Opis & Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Hari ni sekolah dah tutup..nurseri pun dah tutup.
Jadinya kuangkut 2 hero besar tu ke opis.
Agak haru biru dengan gelagat dorang.
Mulanya berperangai baik sopan ya amat
kemudian bermula la episod mereka.
Tak sabar tunggu tengahari nak balik
Kemas-Kemas barang dan balik kampung ^_^
Mereka berdua ni pun asyik takbir raya je kat opis ni hehehehe

Selamat Hari Raya Aidiladha.Berhati-hati di jalan raya ye.


Wednesday, October 24, 2012

Wednesday, October 24, 2012

Mee Wantan Sedap!

Wednesday, October 24, 2012

Diganggu kelibat 'pocong'

Assalamualaikum

KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.
Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.
Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.

“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.

“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.
“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.
“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.
“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Wednesday, October 24, 2012

WW:Ragam Budak Demam

Assalamualaikum

 Haziq yang sangat ceria :)
 sesekali gelak juga :)
 tido kejap sambil merengek
dah ala-ala hidung badut asyik nak munyik je kejanya


*** Tengok Hazim (yang pakai pampers saja tu) sampai kena dukong kat luar.. abah umpan motor baru senyap...

Tuesday, October 23, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Takut Sangat Orang Culik Dia

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni saya suka naik motor ke tempat keja ( save budget ) kekekeke maklumlah anak ramai.Satu hari tu masa saya bertolak dari opis awan dah mendung menunjukkan tanda-tanda nak hujan.

Saya pun memandu ala-ala minah rempit.cilok sana cilok sini  tipu je tu.  Bila nak dekat dengan rumah saya dari jauh dah nampak anak beranak ni berjalan si ibu dan seorang anak lebih kurang baya Iqbal la 5 tahun berjalan kaki dengan dekat tangan ibu dia ada helmet.Awan makin kelam. Dalam hati dok pikir nak bagi tumpang ke tak.kalau bagi tumpang mampu ke saya nak bawa dua beranak tu kat belakang.Kalau tak tumpang nanti compom dorang basah sebab awan dah gelap gelita.

Dalam dok pikir-pikir tu terus kaki ni tekan brek dan berhenti.Rupanya non malay.Motor dorang pancit.ayahnya dah ke depan bawa motor tu ke bengkel.Tinggal la dorang berdua ni berjalan.Saya tau bengkel agak jauh dari situ.So tanpa pikir panjang saya offer dorang naik kat belakang.Si ibu beriya menolak.kat muka pun nampak takut sangat.Tapi saya kesiankan anak dia.. kang basah pula. 

Lastnya saya cakap saya tumpangkan motor je bukan kereta.Kalau u takut i culik u.nanti u jerit kuat-kuat la.semua orang boleh nampak punya.kekekeke brutal tak ayat bukan nak pujuk dengan lembut.

Lepas tu terus mak dia angkat anak dia dan dia sekali naik.Hati dah agak cuak.camne ni kang terbabas semua masuk longkang.kekekke.Namun alhamdulillah sempat juga sampai kat bengkel tu dan lepas tu saya merempit terus ke rumah.

Paling syukur alhamdulillahnya elok je sampai kat rumah hujan turun dengan lebat.Syukur ya Allah saya tak basah :)
Tuesday, October 23, 2012

Kisah Iqbal Pagi Ni

Assalamualaikum

Pagi tadi saya menghantar anak-anak dengan menaiki motor.Hazim berdiri kat dalam raga.Haziq duduk sambil kaki pijak kat tempat bawah tu manakala Iqbal duduk kat belakang sambil galas beg.muehehehe korang dapat bayang tak keadaan kami.

Sepanjang perjalanan Iqbal mengeja semua benda yang dia nampak seperti rumah, burung. lori, bas, pokok sambil nyanyi-nyani lagi. Dable H kat depan elok ja memerhati pemandangan sekeliling.Diam je budak-buak ni... suka pulak naik motor di pagi hari. best la suasana pagi ni.

Ssampai je kat sekolah Iqbal salam saya, cium pipi, kemudian dia cakap mama hantar iqbal masuk dalam.Saya cakap Iqbal masuk la sendiri macam selalu.Mama tak boleh hantar sebab adik ada dua-dua kat depan ni.Kemudian dia nangis sambil kata tak nak pergi sekolah... tak nak go to school... sabar jelah Iqbal ni.Dah start buat perangai.Kemudian teacher dia datang pujuk-pujuk tetap juga tak nak  masuk.Adeh camner ni.

Teacher tolong dukung Haziq hehhehe suka pulak Haziq dekat teacher.Kemudian saya turun motor sambil dukong Hazim dok pujuk-pujuk dia suruh masuk.Still juga tak nak masuk kelas.Kemudia cikgu Fatin datang terus je kondong Iqbal masuk dalam kelas hehehhe.Terdiam terus dia .Lepas tu terus ikut kawan-kawan lain baca.Hehehhehe sabar je lah Iqbal.


Monday, October 22, 2012

Monday, October 22, 2012

Terharu!!!

Assalamualaikum

Semalam Aiman minta nak makan wedget.Jadi bila tengok banyak lagi kentang so saya decide la nak buat.Lepas tu cakap kat Aiman tolong tengokkan adik-adik ( si kembar dan Iqbal). Jangan kasi dorang nangis.

Elok habis je potong kentang dah dengar hazim nangis.Ambik Hazim dan biarkan haziq main dengan abang-abangnya.Kemudian Aiman datang.Mama camne mama nak masak adik kacau.Takpe Aiman pergi je jaga haziq.Mama masak kejap je.Jangan risau.kang kalau Haziq merengek juga tak dapat la mama nak masak nanti. Dia pun melompat keriangan dan ke depan.

Habis je masak Aiman datang sambil peluk.Sayang mama.Mama mesti penatkan adik kuat nangis pastu kena masak lagi, basuh baju lagi,lipat kain.. bla..bla...bla...

Reaksi saya? sangat terharu.Padahal wedget tu bukan la pa sangat setakat saya celup dalam tepung goreng segera je. kemudian lepas makan dia panjat sinki basuh pinggan ( yang ni saya tak tengok) bila saya tanya Aiman mana pinggan tadi mama nak basuh terus dia jawab abang dah tolong basuhkan.Alahai takut sungguh kalau dia tertonggeng ke belakang. kemudian ada sisa tumpah di sapu walau tak betul-betul bersih.lagi buat saya terharu.. dia susun kasut kat depan rumah dan sapu kat bahagian depan tu (tempat parking) sampai betul-betul bersih.Katanya sebagai tanda terima kasih sebab saya masakkan untuk dia.

Ya Allah sejuk hati saya.Sejuk perut saya.Tak sangka anak saya dah besar dah pandai menghargai penat lelah saya...

*** sayang kamu semua ^_^

Sunday, October 21, 2012

Sunday, October 21, 2012

Kini Giliran Hazim Pulak

Assalamualaikum

Hari jumaat baru amatlah penat daku dengan karenah anak-anak.Yelah abahnya keja.Saya bercuti dengan melayan 4 hero. SI Hazim asyik nak berkendong je.Si Aiman pulak asyik buat permintaan nak makan itu nak makan ini.Manakala Iqbal dan Haziq bebas bermain dengan sunia mereka.

Petangnya saya dah mula lenguh-lenguh badan.Yela Hazim 9kg tau. Memasak sambil berdukung macam nak runtuh bahu saya ni.Masa berdukung tu dah ingatkan diri sendiri dah lepas ni kena ambil panadol kalau tidak kompom malam ni saya demam.Sebab badan dah terasa berbisa dan sengal-sengal.

Malamnya dalam pukul 10 macam tu terasa badan Hazim panas.Ha haru ni mesti Hazim nak demam pula.Jenuh la nanti. Seperti yang di jangka.Esoknya ( sabtu) Hazim demam.Ya Allah merengek tok sah kata la.Jenuh la hai.Asyik nak berdukung.Yang paling bestnya lagi Haziq pula selsema jadi dia pun merengek semacam ja.Jadinya dua-dua nak berdukung.Alahai memang reban la bahu mama dengan abah.

Malam tadi saya pun turut demam-demam.Siap berselimut ngalahkan si kembar kekkeke.Jadinya abah yang take over jaga si kembar tu.Agak mengharukan sikit sebabnya dorang tak nak minum susu badan mungkin penangan ubat yang saya makan kot.Dorang lebih prefer susu botol.Jadi abahnya tak cukup tido la semalam.kekekkke

Pagi tadi sebelum datang keja saya masakkan sambal petai dengan ikan bilis untuk cik abah sebagai tanda terima kasih tolong jagakan anak-anak semalam hehehhehe.EN. Ad pun tersenyum gembira kekekeke.Dia suruh saya ambil EL tapi biarlah, nanti kalau kat rumah ada saya saya nak buat keja.Itu la ini la.Kemudia mesti saya ambil si kembar tu.Itu peel saya.Walau sakit macam mana pun tapi bila saya kat rumah saya akan pastikan anak-anak juga kat rumah bersama saya.Jadinya saya tak rehat huhuhuhu.Jadi bila saya ke pejabat ada masa berehat.Time solat zohor saya dapat rebahkan badan kejap.Kalau kat rumah jangan harap la.

Adeh penatnya la hai.. Harapnya petang nanti keduanya dah kurang merengek.Adusss kena perkuatkan mental dan fizikal. Ada rakan nasihatkan saya jadikan kenakalan serta karenah anak-anak ini sebagai hiburan.Kompom hati akan tenang.. huhuhu tapi mampukah saya. Setakat ni alhamdulillah mampu bertahan lagi

Friday, October 19, 2012

Friday, October 19, 2012

Ecusme

Assalamualaikum

Semalam balik dari sekolah Iqbal asyik sebut ecusme.Terbersin ecusme.terlanggar adik ecusme apa ke benda la dia kata. Kemudian saya terbersin dan saya cuma kata alhamdulillah dengan sangat perlahan.Kemudian Iqbal datang.mama kalau kita bersin kena kata ecusme.Saya dah naik heran.Kemudian saya tanya siapa yang ajar kena cakap camtu, kan mama dah pesan kena sebut alhamdulillah.

Kemudian Iqbal cakap teacher yang ajar.Saya pula mula la.Apa la teacher ni ajar anak aku yang bukan-bukan sebabnya teacher tu non malay.Pastu saya pun mula la dok ngomel nanti mama pergi cakap kat ustazah Iqbal hai kenapa la dok sebut ecusme pulak.

Kemudian Iqbal cakap camni mama betul la.Teacher cakap camtu sebabnya kita hormat orang.Pulak! Kemudian saya tanya lagi sekali, cuba Iqbal sebut betul - betul.Mama tak pandai la nak sebut.Kemudian dia sebut camni Excusme.Oh baru la saya dapat tangkap rupanya EXCUSE ME!  kekekek nasib la hari ni cuti.Kalau tidak jenuh la nak berjawab nanti

*** Maaf ye nanti saya jejak pelan-pelan.Kalau kat rumah camni memang layan Dable H je la :)

Thursday, October 18, 2012

Thursday, October 18, 2012

Siapa Yang Demam Sebenarnya Ni

Assalamualaikum

Semalam saya ada ceritakan yang Dable H dapat suntikan setahun dan lepas tu Haziq demam manakala Hazim sempoi je. Tapi masalahnya Hazim yang merengek mengalahkan orang demam.

Mama bangun dia nagis, abah bangun dia nangis kalau lama sikit sure menjerit macam kena dera padahal dia tak nak kita tinggalkan dia.Dia nak mama dan abah sentiasa kat sebelah dia.Baru dia dapat main dengan aman. kalau dia memang dia merengek dan menangis habis habisan.Aduhai sayang!

Manakala orang demam (Haziq) pula maintain je. Main seperti biasa seolah-olah tiada apa.Tak kisah mama ke mana abah ke mana janji dia dapat main dapat panjat, dapat meniti kat dinding-dinding. Eh terbalik pulak siapa yang demam sebenarnya ni.Aduhai anak.

Time nak tido pun camtu lah Haziq masuk buai je terus lena.Hazim segala zikir dah habis di mulut dia tak lena lagi tapi mata dah kuyu sangat dah.Bila lama sikit mula la buat aksi akrobatik kat dalam buai tu means nak tido kat bawah.Bila bawa ke bawah tido sambil usap sambil pekena susu cap gantung tapi masih juga meragam menangis.Letak minyak kat perut still juga meragam.Akhirnya lena juga dalam kepenatan.

***Moga Haziq sihat hari ni hendaknya.Mama kat opis ni naik risau bila teringat kamu

Wednesday, October 17, 2012

Wednesday, October 17, 2012

Kisah Dable H Suntik Setahun

Assalamualaikum

Ahad baru ni si kembaq di bawa ke klinik.Rutin biasa adalah timbang dan memantau perkembangan dorang.Ketika Hazim di timbang jarum menunjukkan 9 kg.Ya Allah terkejut saya.Patutla bila kendong terasa sangat hehhehe.Yang Haziq pula tiada peingkatan berlaku huhuhu.Tetap maintain 7kg.Dan graf menunjukkan yang dia kekurangan zat makanan.Aduhai pulak padahal Haziq makan je semua benda tapi dia ni lasak sikit sekarang ni.Haziq di bekalkan multi vitamin.Harap-harap elok la berat dia nanti :)

Kemudian dorang kena suntik pulak.Untuk umur setahun punya.Yang bestnya ketika di cucuk tu Haziq langsung tak bunyi.Dia pandang je misi tu hehehhe tapi Hazim bunyi juga sikit :).Mungkin dah selalu sangat kot kena cucuk sejak lahir hari tu hehhehe.Jadi tak kisah dah.Kita yang tengok pulak naik risau :)

Suntikan ketika umur setahun ni adalah Vaksin Kombinasi untuk penyakit Beguk,Campak, rubella dan Cacar air akak campak.Masa misi bagitau tu En,Ad kalut tanya awat banyak sangat tu hehehe.Tapi misi cakap jangan risau memang banyak tapi cucuknya sekali je hhehehe.Nasib la ubatnya di campur ye kalau tidak jenuh la menahan sakit.

Mulanya ingatkan cucuk kat peha seperti biasa tapi rupa-rupanya cucuk kat bahu je hehehehe.dan mengikut misi lagi cucuk ni tak demam ye.Harap-harap tu tak demam la jugak ( doa dalam hati je).

Tapi nya bila malam Haziq dah start muntah-muntah. Itu tanda awal Haziq akan demam tapi Hazim still steady lagi hehehe.Dan tengah malamnya memang Haziq demam sampai la hari ni.Aduhai sayang cepat lega ye.mama dah dua malam tido tak lena :(

*** Maaf lambat jenguk kawan-kawan- Nanti saya jejak secara perlahan ye...


Monday, October 15, 2012

Monday, October 15, 2012

Budak Maut di Hempap TV

Assalamualaikum

Kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).


“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.



“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Ini yang paling di risaukan anak-anak saya pun rajin panjat tempat rak Tv tu.sangat risau.Selalu saya nasihatkan dorang tapi selalunya bagai angin lalu je. Masa kita cakap tu diam la kejap elok pusing belakang je mula la buat perangai balik.

Takziah pada keluarga mangsa

Sumber


Monday, October 15, 2012

JOM JADI GENG BUI

Thursday, October 11, 2012

Thursday, October 11, 2012

Kelebihan menziarahi orang sakit

Assalamulaikum

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.


**** rebut peluang sementara berkesempatan.Si pesakit pun mesti cepat sembuh dengan kunjungan kawan2

Wednesday, October 10, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Selamat Hari Lahir Dable H

Assalamualaikum

Ni kek yang kami beli masa besday kembar hari tu.Bukan main suka lagi dorang.Kembar yang tak tau apa pun tumpang sekaki.Tak sempat nak potong kembar dah letak cop mohor kat situ.Kemudian iqbal lagi tambah.Cuit-cuit sikit sambil jilat-jilat jari tak sabar sungguh..

Kalau korang perasan kat kek ni dia tertinggal nama Haziq.Sabar jela masa beli tu kalut semacam je.Tak tengok dah so redha jela. 
Nampak rupa sangat cantik tapi rasanya.Aduhai sangat la tak sedap. Sampai hari ni ada setengah lagi kat dalam peti tu.
Mereka bertiga.kekekke. Jenuh nak mengepung budak berdua ni. Kami cuma potong kek je hehehe mamanya malas la ^_^.Ok kan janji anak-anak suka.Dah besar sikit nanti kita keluar makan-makan ye sayang-sayang semua.
Wednesday, October 10, 2012

Nenas Batu Beracun?

Assalamualaikum

Bunga Pakma dan nenas batu jika di makan berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan di kira jadi racun. Perkara ini dimaklumkan oleh cousin saya aka researcher Farmaseutikal. Itulah yang di maklumkan oleh akak Rosniena.Terima kasih ye kak.

Akak ni ada twins juga tau macam saya.Twins dia dah mencecah 2 tahun.Sungguh comel gegirl dia :)Jom la tengok si comel tu kat SANA

Saya yang beli hari tu pun belum minum ladi sebabnya badan ni kepanasan je sejak dua menjak ni.Jadi simpan dulu kejap kang rasa dah sihat nak juga try ^_^

Ingat ye bagi yang nak try tu jangan berlebihan pulak nanti.

Tuesday, October 9, 2012

Tuesday, October 09, 2012

GIVEAWAY dari UmmiIrfan.Com

Assalamualaikum




"Saya mahu KEKAL cantik dan sihat dengan Shaklee ESP. Jom dapatkannya pada DISKAUN HEBAT di UmmiIrfan.Com" 

Tertarik dengan kelebihan ESP ni yang membuatkan saya join GA ni.

Tarikh tutup 10 Oktober 2012.Jika berminat nak join sempat  lagi ni.Klik Banner kat atas ye ^_^

Monday, October 8, 2012

Monday, October 08, 2012

Selamat Hari Lahir Aiman

Assalamualaikum

Kejap je masa berlalu. Aiman kini berusia 6 tahun. 30 September lepas sebenarnya tapi hari ni baru nak publish hehehehe. Sebenarnya hari ni besday kembaq tau.Esok kita share gambar kembaq pulak :)

Hari ni fokus untuk Aiman sayang ^_^










Moga sayang mama Muhammad Darwish Aiman menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.Juga moga di beri kesihatan yang baik.

Kejap saja sayang mama ni dah 6 tahun.Selamat hari lahir sayang ^_^

*** Tiap-tiap bulan sambut besday.bulan 9 aiman 10 kembaq dan 11 Iqbal hehehehe
Monday, October 08, 2012

Kini Mak Berkerusi Roda

Assalamualaikum

Semalam saya bergegas balik kampung menjenguk mak di kampung. Baru je minggu lepas kami balik jennguk pak yang mengalami sakit dada dan di wadkan.Selepas pak keluar wad kini mak pula.

Ceritanya begini.Selalunya dalam pukul 12 tgh mak akan lepas kat luar.Di situ pak ada buat pangkin aka pagola hehehe pagola la sangat! Kami memang sangat suka lepas kat sini sebab angin dia memang best.Mak pula sekarang ni suka duduk kat sini. Memandangkan sekarang dah lepas time menuai jadi selalu orang akan pancing ikan.Jadi mak pun sama.Dia duduk kat atas pangkin ni dan pancing ikan.Bila masukm waktu zohor ntah macam man dan mungkin juga benda nak jadi.Masa berjalan tu mak terjatuh.Nasib la bukan mak sorang kat situ. Ada yang lain.dorang la tolong papahkan mak masuk ke dalam.

Masa kami jengguk mak semalam nak ke mana pun mak terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.Kaki kanan mak memang tak boleh bergerak dan agak bengkak.Bila kami ajak ke klinik dia berkeras tak nak pergi.Jadi hanya memanggil paklang untuk tengok keadaan kaki mak.Alhamdulillah menurut pak lang tiada sebarang kecederaan serius seperti patah atau retak. 

Semasa saya menolak mak untuk ke bilik air seperti biasa hero besar saya Aiman dan Iqbal pun sibuk juga nak tolak.Tapi saya tak kasi.Saya cakap kang Aiman ngan Iqbal tolak tok kuat.Nanti tok jatuh camner, mesti dia sakit.Tau Aiman Jawab apa.Takpa mama nanti Aiman tolak laju-laju pastu bila tok rasa nak jatuh tok terbang tau macam ultraman nak terbang ke langit tu.Alahai sayang hari tu duyung hari ni Ultraman  pulak.Sabar jelah...


*** moga mak cepat sembuh. Kesian mak nampak sangat tak selesa berkerusi roda

Friday, October 5, 2012

Friday, October 05, 2012

Tips Mengelakkan Penceraian

Assalamualaikum

Kita semua tak mahukan penceraian.Ada banyak cara untuk mengelakkan dari berlakunya penceraian ini.Antaranya

Komunikasi Dua Hala
Biasakan komunikasi dua hala walau di mana saja baik di rumah di dalam kereta dan walaupun berjauhan.Sebarang masalah jangan di pendam

Menerima Pasangan Seadanya
Bila kita berkahwin sifat sebenar kita akan teserlah.Sikap itu mungkin sedikit sebanyak jauh menyimpang dari sikap masa bercinta.Cuba menerima kebaikan dan keburukan pasangan masing-masing.Perbezaan boleh di atasi jika masing-masing cuba memahami dan menilai diri

Jangan Biasakan Berbohong
Ada yang berbohong atas alasan untuk kebaikan.Tapi jika jika di amalkan ia akan menjadi perkara biasa. Jadi elakkan berbohong dengan pasangan.Jika si dia tahu yang kita berbohong mesti dia pun mula rasa ragu-ragu dengan kita

Jangan Cemburu Berlebihan
Cemburu tandanya sayangkan.Tapi janganlah berlebihan.Memang banyak berlaku perselisihan faham berdasarkan faktor cemburu.Lazimnya berlaku bila tersalah tafsir dan seeloknya bersikap terbuka dan terangkan secara rasional.Tak perlu cemburu buta.Jangan sampai mengongkong pula ye.

Hindari Kecurangan
Selalu terjadi bila pasangan tidak bersikap terbuka  atau mendengar apa yang dikeluhan. Jadi untuk menghilangkan perasaan tidak di endahkan mula la mencari tempat untuk di adu.Meluahkan rasa kepada rakan berlainan jantina merupakan faktor utama berlakunya kecurangan.

Cari Orang Tengah
Sekiranya masalah tak dapat di selesaikan cari orang tengah yang terdekat dengan pasangan kita dan amat di hormatinya.Seperti mertua, rakan yang paling rapat yang boleh dipercayai.

Tetap Mesra
Bina kemesraan walau makin berusia.Biarlah sentiasa romantik sepanjang masa.Sesekali sediakan kejutan kecil untuk si DIA.

Keterbukaan Tentang Masalah Seks
Jangan malu untuk berterus terang.Cuba pelbagai cara dan posisi untuk mengelakkan dari bosan.Namun ia memerlukan komunikasi dua hala

Pasrah Pada Yang Esa
Serahkan diri pada yang ESA dan berdoa agar emosi tidak mempengaruhi keputusan dan tindakan.Moga dapat selesaikan dengan kadar segera.

Bagi rakan-rakan yang terduga saya doakan agar kalian dapat selesaikan masalah dengan cara yang baik.Moga perjalanan  hidup kita seindah yang di impikan.Kita terduga sebab Allah sayang kita.Kadang-kadang untuk mengingatkan kita yang makin jauh dariNYA.Allah hanya menduga pada mereka yang mampu menanggung.InsyaAllah ada yang lebih baik menunggu di hadapan.Ada hikmah atas apa yang terjadi.Bersabar dan terus bersabar.Kita hanya merangcang tapi DIA yang menentukan.Moga kita terus di berkati olehNYA

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita suami isteri.

*** saya tidak layak menasihat.sebabnya saya sendiri pun masih mentah bak kata orang masih setahun jagung.Namun mari kita pertahankan masjid kita.Jangan biarkan ia runtuh sewenangnya. Moga sedikit panduan ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan istana cinta kita.


*** ini adalah autopublish, nanti saya jejak kembali ye.thanks sudi ke sini

Thursday, October 4, 2012

Thursday, October 04, 2012

Al Kisah Duyung Yang Sesat

Assalamualaikum

Semalam saya ada post pasal Duyung Paling  Hensem.Bagi mereka yang terlepas cerita boleh baca kat SINI

Alkisahnya suatu petang tu kami ke kedai beli tikar baru.Dah jemu tengok tikar lama. Pergi dekat kedai Pakistan area lot 88 tu. Setelah di tawar harga tikar yang asalnya RM155 kami dapat dengan harga RM90.Jadi tanpa berlengan terus kami rembat tikar itu dan bawa balik ke rumah. Tikarnya seperti yang tertera di sebelah duyung itulah.

Setelah di keluarkan tikar dari sarungnya dan dibentangkan kat ruang tamu.Si Aiman ni mula la operasinya. Dia masuk dalam sarung tu dan goyang-goyang ala-ala duyung berenang di pusingnya ke kiri ke kanan sambil menonggek sikit sama seperti dalam tv yang ada cerita duyung tu.Hehehehe kalau nak tau Aiman ni penggemar siri duyung.Dulu kan ada drama bersiri kisah duyung ni. Memang kalau malam yang ada cerita tu dia setia di depan tv. Sampai sekarang pun kalau dia teringat dia akan buat aksi duyung tu.

Tapi kini bila ada sarung tikar tu makin galak la dia beraksi duyung.Tapi sayangnya Duyung Hensem ni hanya terdampar kat ruang tamu sahaja tiada tenaga nak kembali ke laut ^_^

Saya juga selalu gelak bila tengok imaginasi dia yang ntah apa-apa tu.Tapi saya layankan aje :)

Suka Baca Novel? sila ke SINI

Wednesday, October 3, 2012

Wednesday, October 03, 2012

Duyung Paling Hensem

Assalamualaikum

Pernah tengok duyung tak? Kalau belum meh dekat sikit.Usha pelan-pelan no kang malu dia lari masuk laut balik ^_^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Tadaaaaa


Hensem tak hehehhe

Tuesday, October 2, 2012

Tuesday, October 02, 2012

Mainan Baru Kembar

Assalamualaikum

Baru ni beli main untuk si kembar tapi abang-abangnya pulak yang terlebih over nak-nak si Iqbal. Si Kembar ni pun sangat teruja dengan mainan baru maklumlah lip lap lip lap lampu dia. Siap ada bunyi-bunyi lagi. hehehehe berebut budak berdua tu


tengok tu dorang main

Lastnya Iqbal nangis sebab mainan tu di tawan oleh si kembar. Terpaksa la abahnya pujuk kekekke. Abang dah besar la biar adik pula yang main. 

Esoknya abahnya terpaksa belikan dia lori panjang. Sabar jelah Iqbal ni tau.
Tuesday, October 02, 2012

Nenas Batu cukup banyak khasiatnya

Assalamualaikum


Sebelum ni pernah dengar je khasiat nenas batu tapi bila baca entry Kak Fieda terus saya berminat nak beli.Maklumlah untuk kebaikan diri sendiri jugakan.Antara khasiatnya adalah

1. Dapat mengecutkan rahim selepas bersalin.
2.Bagi ibu yang baru bersalin perlu ambil seminggu sekali sahaja untuk tujuan mengecutkan rahim. 

3.Di dalamnya terkandung berbagai khasiat untuk wanita.

4.Boleh di jadikan ubat untuk menjarangkan anak -  minum tempoh selama hendak menjarangkan

5. Melawaskan kencing serta mengelakkan sakit batu karang dan buah pinggang

6. Membantu melancarkan pembuangan angin

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause

8. Bagi yang mengalami strok. minum dan sapu ditempat yang di serang strok.InsyaAllah dengan Izin Allah akan sembuh.

9. Mampu mengubati penyakit buasir

10. Merendahkan paras kolestrok dalam darah

11. Membuang toksin dalam badan

12. Melancarkan perjalanan darah

13. Mencantikkan bentuk badan

14. Menegangkan kulit

15. Jika rajin mengamalkan InsyaAllah 20 tahun lagi pun masih seperti dara

Cara Menggunakannya

1. Basuh dan cuci sehingga bersih

2. Rendam dalam jag berisi air panas

3. Biarkan 1 jam ( sehingga buah itu tenggelam)

4. Nenas batu yang sudah di rendam jangan di buang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari,  minggu depan rendam  lagi

5. Buah ini bila di rendam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila di jemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh di buang.

6. Nenas batu ini boleh di gunakan sehingga setahun dan lebih ( bergantung pada kekerapan penggunaan)

7. Adalah lebih baik minum pada sebelah malam sebelum tidur kerana  waktu malam lebih sejuk berbanding siang.

8. Wanita mengandung tidak dibenarkan minum sama sekali

9. Segelas kecil adalah memadai untuk sehari ( 1 kali sehari)

10. Airnya boleh bertahan selama 3 hari



Cara Nak Dapatkan Nenas batu 
Saya baru je dapatkan Nenas batu ni dari MJ. Kalau berminat silalah picit SINI Alhamdulillah barang sampai dalam keadaan elok dan masa saya beli ni siap dapat extra gift lagi. Thank ye MJ moga terus di murahkan rezeki. Moga bisness Mj berkembang maju nanti ^_^.
Saya Belum try lagi baru je sampai kat tangan. hehhehe... sapa yang pernah try ataupun sedang amalkan.. meh le share khasiatnya dengan saya kat sini ^_^


..

Monday, October 1, 2012

Monday, October 01, 2012

Jom Sertai Segmen "Follow dan Give Away" Bersama Fatin Zaini

Assalamualaikum

“saya patut dapatkan GA Misteri dari Fatin Zaini kerana Blog FZ banyak info tentang kewanitaan, penjagaan diri dan juga kesihatan”




Syaratnya perlu tag 5 orang rakan dan kelima-limanya harus blogwalking antara satu satu sama lain dan kiranya belum folo tu sudikan2kan la folo antara satu sama lain ye.Kiranya dua dalam satu la ni ^_^.

Tarik tutup segmen ni adalah 31 Oktober 2012 ( rabu).  Klik banner ohsem kat atas untuk join ye dan mereka yang bertuah untuk saya tag pada kali ni adalah 


Jom ramaikan kenalan dan dapatkan hadiah misteri dari Fatin Zaini