Wednesday, March 6, 2013

PNEUMONIA DIKALANGAN BAYI


Assalamualaikum

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak
 Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.


Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia.
 Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum 
bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada 
kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-
kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.



Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk 
berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan 
air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan.
 ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk 
mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah 
mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan
 keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran
 dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan 
penyakit disebar dengan mudah.



Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak
 ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus
 menjalani pemeriksaan imunisasinya.



Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang 
singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh
 mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak 
yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, 
sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau 
minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.



Simptom
Demam panas
Batuk dengan atau tanpa kahak
Sakit dada
Tiada selera makan, tidak mahu makan
Rasa tidak sihat, sering merengek
Pernafasan laju atau susah bernafas
Muntah atau cirit-birit



Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan 
diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau
 menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, 
antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.



Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh 
dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan 
meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh 
mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin
 seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan
 Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman 
di paru-paru.



Beza batuk biasa dan batuk pneumonia

Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.


Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.



5 Tip Mudah

1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.


Syiela share dulu tentang pneumonia ni ye sebabnya barunya Haziq admit sebab ni la... Nanti Syiela cerita detail kami kat sana... So kawan kawan yang ada anak2 kecil hati hati ye... sentiasa pantau keadaan anak kita ^_^



12 comments:

  1. tkasih dik ..
    info yg sgt menarik ;)

    ReplyDelete
  2. Ank saya pernah kena. Lambat betul nak baik. Sedih kena tahan wad. Dgn ayahnye lagi masuk IJN time tu. tak tertanggung rasanya. Rasanya dapat dari bulu kucing parsi sbb time tu mother in law bela kucing tu. since ank i kn pneumonia tu i suruh buang sume kucing yg ada. Bila anak i sakit i kena cuti utk jaga derang sedangkn cuti i x byk. Org lain boleh tgk je la.

    ReplyDelete
  3. kita pun bahaya.. budak2 apetah lagi kan sis.. :)

    ReplyDelete
  4. Tak sangka budak2 pun boleh kena pneumonia.

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi syiela...entry yang banyak mendidik para ibu bapa supaya alert..

    ReplyDelete
  6. mmg budak2 senang nak dpt ni. anak saya pun admitted sebab ni jgk ms CNY hari tu.

    ReplyDelete
  7. semuga haziq dah pulih seperti biasa skr ni..semuga entry ini blh dijadikan panduan olh semua..thanks syiela..

    ReplyDelete
  8. Tq utk informasi berguna ni yek Syiela...

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^