Kisah Iqbal Berpuasa

Assalamualaikum

Selama ni saya train Aiman je puasa.Iqbal setakat yang dia mampu bertahan almaklumlah baru 5 tahun. Tapi semalam disebabkan Iqbal tertidur tengahari dan bila dah jaga tu petang sangat dalam pukul 5.30pm so saya pujuk Iqbal suruh bertahan.

Abahnya bawa si Iqbal ke bazar ramadhan.semua yang dia nak abah beli je.sampai rumah pukul 7.00.Dia dah membebel lapar.hhehehe saya cakap belum azan lagi mana boleh makan.

Pastu siap arahkan abang aiman buka radio nanti tertinggal azan katanya.Then abang pun sukarela pegi buka radio.Dalam 5 min gitu dia bebel kat abang aiman pula abang ni salah buka channel kot sebab tu sampai sekarang tak azan lagi hehehhe.

Abah pula memainkan peranan.Abah cakap xpe tgu jap abah pegi tengok betul tak. then dalam lima minit gitu dia salahkan abah pula.Ni abah la punya hal ni usik radio tu.Sampai sekarang tak azan.Abah pegi betulkan balik.Orang dah tak larat ni.Orang nak air.Orang nak makan...bla..bla..bla

Azan je sebelah tangan angkat tuk berdoa sebelah tangan lagi mnum air.Hahahaha sabar jela anak.Apapun mama bangga dengan kamu sayang :)

*** entry ni bukan untuk menunjuk2 ye.Cuma luahan perasaan seorang ibu :)

No comments:

Post a Comment

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE