Daging Masak Hitam Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum

Lama tak share cerita peribadi kat blog.Asyik asyik promote produk aje hihi.Ok nak cerita pasal semalam.Syiela masak daging masak hitam (resepi asal bonda syiela)

kita tengok gambar dulu.tak sempat nak hias dah masuk waktu :)


pakai henset cap ayam je amik gambar ni :)

nampak je hodoh tapi sangat membuka selera.nak nak time puasa ni

ok cara ai masak yang sangat simple.Ye la balik keja baru nak masak.kena cepat cepat kang tak sempat.

Cara simple syiela

cili kering,bawang merah,bawang besar dan bawang putih di blend ( stok mmg sentiasa ada di dalam peti)
bunga lawang
kulit kayu manis
Halia sebesar ibu jari (ketuk)

Panaskan minyak dan tumis semua bahan diatas masukkan halia,kicap dan daging serta air yang secukupnya untuk daging lembut.Bila masak masukkan sedikit garam,gula dan aji (jika suka)

dah boleh terus angkat.Syiela masak guna periuk goreng ajaib untuk menjimatkan masa.


tahap api yang syiela gunakan


Lebih kurang 45 minit siap untuk di makan.Mudahkan main campak2 je tapi ye ya amat ;)

Ok ni RESEPI ASAL BONDA SYIELA

1 kg daging
halia sebesar ibu jari kaki
4 bj bawang besar
3 bj bawang merah
3 biji bawang putih
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
kacang tanah di goreng dan di blend halus
air asam jawa (jika suka)
kicap pekat


bahan kisar
cili kering (goreng dengan sedikit minyak sehingga naik merah)
halia sebesar ibu jari kaki
4 bj bawang besar
3 bj bawang merah
3 biji bawang putih

CARA
panaskan minyak.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga dan daging serta air.

Masukkan kacang tanah.air asam dan perasakan dengan garam,sedikit gula dan aji jika suka.Bila kuah agak kering tutup api dan hidangkan.Hiaskan dengan daun bawang.

Suka sungguh En.F dan anak anak menjamu selera.Hilang penat memasak bila sekelip mata pinggan licin :)


SELAMAT MENCUBA...













SPICE RACK





Cantikkan..nak memasak pun bertambah semangat..nak nak di bulan ramadhan ni ;)

berminat blh sms/whatsapp/wechat 012 4003624
RM 35 sm, RM40ss


PRODUK HOT LAIN
PM @ SMS @WHATSAPP 012 4003624 untuk harga menarik

OPASNOW
MAIXARA C SENTIAL 
HERBINI
 BELVYA
AURAWHITE
AURACHOC
WONDERGLOW

segala produk boleh jengah SINI (syieladbeauty)

GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE