Sunday, January 29, 2012

Kelebihan seorang wanita

Assalamualaikum

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

 Alangkah indahnya menjadi wanita.Tapi jangan lupa bahawa kebanyakan wanita juga merupakan ahli neraka...


*** Wallahualam...Perkongsian dari rakan FB. sungguh bermanfaat ***

Tuesday, January 10, 2012

Orang Lelaki Memang Suka Tengok Perempuan

Assalamualaikum

Semalam lepas Aiman & Iqbal main kat luar rumah seperti biasa syiela akan pastikan semuanya telah di tutup dan berkunci

Syiela : Aiman pagar dah tutup dan kunci ke?

Aiman : Dah mama

Syiela : Grill dah kunci ke?

Aiman : Dah juga

Syiela : Sliding pun dah tutup dan kunci ke?

Aiman : Dah pun

Syiela : Curtain dah tutup belum

Aiman : Belum lagi mama.. Kenapa biar la curtain kat situ kan sliding dah tutup

Syiela : eh, mana boleh nanti orang lalu kat luar nampak mama.. cepat pegi tutup

Aiman : Ala biar la mama orang lelaki memang macam tu suka tengok perempuan

Syiela : erk.. terkelu tanpa kata

Abah : senyum sambil geleng2 kepala

Sunday, January 8, 2012

Ragam Iqbal

Assalamualaikum...

Tinggalkan cerita tentang twin kejap.Alhamdulillah sekolah telah bermula.Aiman masih kat tadika lama (tadika Perpaduan).Memandangkan Iqbal dah masuk 4 tahun (3 tahun 1 bulan sebenarnya) so dia di hantar ke sekolah untuk meluaskan pergaulan.

Kami decide hantar dia ke Tadika Cahaya Terang Tadika Upin Ipin sebab kat dinding ada gambar dorang. Lagipun senang sikit kat sana disediakan taska sekali. Lepas sekolah stay sana sampai petang.Lagipun petang ada kelas kafa. 

Minggu pertama ke sekolah.Iqbal nangis bagai nak rak.Ya Allah penakutnya dia. Padahal kawan2 kat situ semuanya kawan sepermainan petang2. Alasannya takut teacher (non muslim). Adei jenuh la nak memujuk.Sampaikan terpaksa janji petang nanti bila mama balik dari kerja mama belikan mainan.

Hari ni syukur alhamdulillah.Iqbal dengan sendiri keluar dari kereta dan masuk ke sekolah. dengan tak sabar sabar kononnya nak belajar. 

Syukur alhamdulillah juga Aiman dan Iqbal pandai menguruskan diri masing2 di pagi hari.Kalau dok manja2 jenuh juga la.Sebab pagi2 ni dable H rajin merengek. Cuma kejutkan dorang bangun.Kemudian dorang akan pergi mandi sendiri.kemudian pakai baju,sikat rambut dan berbedak lepas tu baru datang kat mama tunjuk encem ke tak.Then mama betulkan mana2 yang patut je. Lepas dah betulka mana yang patut dorang ke meja bersapan sendiri :). Alhamdulillah lega mama.

dah bersiap landing kejap sementara tungu mama settlekan Dable H
Ready.. jom ke sekolah

 Petang bila nampak bayang keta je.Terus berlari dengan lajunya.Tak sabar sangat nak balik.

Thursday, January 5, 2012

Dable H dah 3 bulan

Assalamualaikum

Lagi 3 hari Dable H dah nak masuk 3 bulan.Sepanjang membesarkan Dable H ni banyak sungguh dugaan dan cabarannya.Sebulan pertama alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Hari ke 38 bila Dable H warded kat hospital bermulalah episod duka. Asyik nangis je mama. Dari satu ke satu berita sedih yang di sampaikan doktor.Tapi alhamdulillah semuanya selamat

Bila Dable H discharge lain pulak jadinya.sampai je kat rumah Dable H asyik merengek,menangis dan kdg2 meraung2. sampai tak menang tangan mama dan abah. Bila hari abah kerja tengahari baru mama dapat mandi.Makan pun selalu sangat mama skip sebabnya Dable H merengek.sampai naik letih mama.Sorang tido sorang lagi merengek.Bila yang ni pulak nak tido sorang lagi pulak jaga merengek.Kadang lagi haru bila dua2 menangis.serba tak kena jadinya.Tiada istilah bila dorang buka mata tak nangis masa tu.Asal bukak mata ja mesti bunyi..Kadang2 sampai nangis2 mama keletihan..tension.. tiada ruang langsung untuk mama nak rehat.Kalau orang dulu2 cakap tahap gila meroyan.

Bila dah kuat sangat menangis mama letak dalam buai.Bila dalam buai dan tangan macam pasang karen pulak.dua2 tak berenti.Adeh lenguh tangan! Pernah mama buai Dable H sambil menagis2 (sebab terlalu letih).Sampai bengkak2 bijik mata.Bila abah sampai rumah je terus abah pulak ambil alih jaga Dable H tapi mama tak biarkan abah sorang jaga Dable H.Kesian abah Penat kerja tak habis lagi.

Bila usia mencecah 2 bulan mama start keja. Dable H dihantar ke rumah pengasuh,alhamdulillah jiwa mama kembali tenang. Selalu jugak Dable H ni menangis2 dari petang sampai ke tengah malam.Kadang2 menangissampai tertidur atas bahu.Mama dan abah pula tak habis2 baca ayat2 lazim dan lastnya mama dan abah pun tertidur sama2 keletihan tanpa sempat makan pun.

Bila usia menginjak ke 3 bulan Dable H berperangai lain pulak.Dable H suka nangis pagi2 pulak.Bila sekolah buka betapa kalutnya mama pagi2.Memandangkan mama masuk opis lambat 9.00pagi jadi mama yang hantarkan Dable H ke rumah pengasuh dan hantar abang Iqbal ke sekolah. En.Hubby seawal 6.50am dah tinggalkan rumah.Jadi terkial2 la syiela kat rumah bersama 4 hero ni. 

Alhamdulillah juga abg Aiman dan Iqbal pandai membawa diri. Mama cuma kejutkan dorang untuk bangun ja. Lain dorang uruskan sendiri.Mandi,gosok gigi dan pakai baju ke sekolah ,sikat rambut dan berbedak dorang buat sendiri.Bila siap dorang tunjukkan diri.Mama just betulkan mana yang tak kemas (pada masa ni memang Dable H meragam gila).

Selalunya pagi2 dalam 8.15am mama bersedia nak keluar dari rumah.Time ni salah sorang dari Dable H mesti menagis kuat.So terpaksa la mama bawa kereta dengan sorang dekat riba.Susahnya jangan cakap la sebab keta manual.Nak pegang baby lagi nak masuk gear lagi... 

Bila mengenangkan bab letih ni.Memang letih sangat tapi demi sayangkan anak2 mama dan abah kuatkan semangat.Tapi masa berlalu begitu pantas.Kejap je dah 3 bulan mama dan abah harungi semua ni.

Haziq dah start dah

Hazim cool je.. siap senyum lagi

Bila dah jadi camni memang dia bawa kereta sama la jawabnya

Tak sabar nak tunggu kamu besar Dable H.Tak sabar nak tengok segala perkembangan kamu dari bulan ke bulan.Moaga kesihatan kamu bertambah baik dari hari ke hari.Mama & abah luv u :)

Wednesday, January 4, 2012

Dable H Pergi Hospital

Assalamualaikum..

Hazim tido atas mama

Haziq tido dalam stroller

Dah nak lunyai no. tu

Alhamdulillah sepanjang menunggu giliran Dable H tak meragam.Alhamdulillah juga sebab Dable H sihat..Just regular check up dengan Paed.

Berat Dable H sekarang :
Haziq:  4.5kg
Hazim : 5.5kg

*** Kawan2 InsyaAllah ada masa syiela jengah rumah korang balik... tersangat la bizi sekarang ni... Terima kasih juga sudi jengah Dable H :)