Wednesday, June 27, 2012

Menu Semalam

Assalamualaikum

Dah nak berlalu hari masih juga nak tempek kat sini

 Cer teka tu apa... ni sup ekor.. dulu masa ngandung kat Iqbal mmg gila makn ni ^_^.Sekarang dah kurang


Ni pulak tomyam campur.. bila ke bloga kawan asyik nampak ni.sangat terliur tu yg suh En.Ad belikan

Sebagai pencuci mulut.Semalam cuma goreng ayam je.Yang lain datang dari dapur lain ^_^. Ambik gambar pun dah surut dah.. Dah di Ngap dek dak berdua tu =_=


Kek Coklat Lembab Segera

Assalamualaikum


Nak tau kenapa saya namakan segera.Sebabnya saya cuma tambahkan butter. telur dan susu :).Yang lain dah siap di pek(termasuk topping).Cuma perlu di campurkan semua bahan 1 persatu.Saya beli kat kedai je.

Balik rumah gedebuk gedebak  dah siap (sesuai tuk saya yg anak ramai dan kalau nak masak perlukan masa yg singkat)

*** Walau comot tetap nak tunjuk.. terliur tak hehehheheh ( yang tengah ngandung jangan ngidam pulak ye )

 


Tuesday, June 26, 2012

Tips mendapatkan anak kembar

Assalamualaikum

Sejak melahirkan Dable H ramai yang bertanyakan tips untuk mendapatkan kembar.Macam mana saya nak terangkan ye.Ok tips memang takde.Tapi syiela cerita yang berkemungkinan la kot.

Selepas melahirkan Iqbal syiela mengamalkan kaedah  perancang kehamilan IUCD (alat pencegahan kehamilan dalam rahim) selama tiga tahun..

Selepas sebulan IUCD di buka period saya tak jalan hah masa tu memang agak haru sikit sebab kami masih masih merancang (sendiri2 jela).Bila beli pregnancy test kat farmasi dah naik 2 line = pegnent.Nak mengesahkan kami ke klinik dan doctor terus scan.Dari situ terus dapat detect yang syiela tengah pegnent twins.Masa doktor bagitau tu mmg terkedu dan air mata mula meleleh. Bercampur semua takut dan gembira.
Jadi Bila rakan rakan bertanyakan petua nak dapatkan kembar syiela agak berkemungkinan juga sebab pakai IUCD (logik tak). Tapi sebelah En.Ad dan Saya memang ada baka kembar (tapi jauh la).
 Mereka suka berebut benda yang sama.Nak2 remote astro memang sangat suka berebut.
 Posing kejap
 Selalunya Hazim (adik ) yang akan menang bila berebut jadi Haziq akan nangis
Muhammad Darwisy Haziq dan Muhammad Darwisy Hazim adalah anugerah terindah buat kami.Mereka merupaka kembar pertama dalam sejarah keluarga kami di kedua belah pihak.Kelahiran mereka mengungkap sejarah keturunan sebelum ini.Dari satu ke satu cerita di perdengarkan.
Tapi yang pastinya sejak dari syiela remaja memang selalu meniti di bibir (hanya di kalangan ahli keluarga) yang nanti saya nak anak kembar.Segala apa yang kita cakapkan bukan ke satu doa.Mungkin doa saya diperkenankanNYA.Syukur alhamdulillah.
Diharap bagi mereka yang inginkan anak kembar akan tercapai nanti.InsyAllah berkat kesungguhan doa mungkin kawan2 akan di anugerahkan kembar nanti.
Apapun walau sorang walau kembar seorang, dua atau tiga anak adalah anugerah Allah.Dan mereka adalah amanah kepada kita ^_^


Ditekankan kat sini saya bukan kedekut nak bagi tips atau apa.tapi saya betul2 insan yang terpilih untuk di anugerahkan anak kembar =_=

*** Dengar cerita ada suntikan kalau tak salah bagi mereka yang berminat untuk nak dapatkan anak kembar.Betul atau tak itu saya tak pasti. Saya hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut.

*** pst... saya memang suka pakaikan baju sedondon kat mereka berdua ni.. hehehhehe














Monday, June 25, 2012

Port biasa jika tak keluar

Assalamualaikum

Tengok tu budak berdua ni nak main kat luar.Nak nak juga anak jiran depan bertandang main kot celah grill.lagi la suka dua orang ni.

 Alamak kakak dah pergi main
Di goncangnya grill tu sekuat hati.Sampai berdentung dentang.hehehehehe.biarkan je mereka berdua.mama nak rehat kejap sebelum bersilat kat dapur.


***thanks atas doa kalian semua.Alhamdulillah keadaan en.ad semakin sembuh ^_^

Sunday, June 24, 2012

En.Ad tekena Batu Karang

Assalamualaikum

Buat semua rakan2 minta maaf banyak2.Ada yang syiela dah sempat jejak ada lg yang tak terjejak.Syiela akan pelan2 jejak.Hari ni Aiman ada peraduan mewarna kat Village Mall.Ingat nak singgah kejap tengok dia.

Then tegahari sikit nak bawa En. Ad aka En.laling pergi berubat kampung pulak.En. Ad tengah menanggung kesakitan yang amat berpunca dari batu karang. Hari jumaat dah kena injection kat montot tapi tu la.. habis he kesan ubat tu.kesakitan menyerang kembali.

Lepas ni ingat nak ke Bandar Puteri Jaya.Dengar ceritanya lat situ ada perubatan cara kampung yang boleh mengeluarkan batu dari badan.Exceli batu En.Ad ni kat dalam buah pinggang so nak laser dia amat takut dengan segala kemungkinan.Jadi setakat ni bertahan dengan injection dan ubat penahan sakit je la.

Dulu pernah menyerang tapi di sebelah kanan.Ingatkan dan betul2 lega.Tapi kini sakit kembali tapi di sebelah kiri pula. Mohon di permudahkan segala urusan kami.

Sesapa yang belum membaca kisah Kiah dan Adik Awang silalah ke SANA. Ada sedikit berita gembira.Alhamdulillah...

*** Dah dua hari abah tak hiraukan Dable H dek kerana kesakitan.Yang Dable H pula asyik dok sebutbabah babah ( dah itu je  yang dorang pandao sebut ) sambil menyulur ke badan abah



Friday, June 22, 2012

Mari membantu Kiah dan adik Awang

Assalamualaikum

Mohon rakan blogger sekalian agar sudi melawat ke SINI untuk mengetahui cerita lebih lanjut.Bagi yang berkempuan harap dapat menghulur sedikit bantuan.Jika tidak mari kita heboh2kan agar bantuan sampai ke tangan mereka.


Thursday, June 21, 2012

Siapa Lagi Garang

Assalamualaikum

Suatu hari saya telah me'ngetes' Iqbal untuk mengetahui tahap kegarangan saya

Mama : Cikgu iqbal garang tak

Iqbal : Garang 

Mama : Teacher?

Iqbal : Garang (sambil angguk2 kepala)

Mama : Ustazah

Iqbal : Garang

Mama : mama garang tak?

Iqbal : garang ooo adeh nampak sangat la ai ni garang

Mama : Abah?

Iqbal : Lagi la garang ( hehehhe lega hati mama)

Bakul baby di buat katil

Assalamualaikum

Bilamana mama teramat sibuk menidurkan Dable H.Budak berdua kat luar ni ada je kerjanya.Di usungnya bakul baju baby ke hall dan di buat tempat tido.Sabar jelah hai.

 Tengok tu nyenyak betul si Aiman ni

 Amboi agaknya ingat tido atas buai yg berendoi baby tu kot
Si Iqbal ni lagi la kesian hai... ala2 macam kartun jatuh pokok pun ada jugak. 

Lepas tu penat la pulak mama nak mengemasnya.So mama candid gambar dak berdua ni.Harap bila besar nanti dapat la dorang tengok gelagat dorang masa kecik2 ni camner.Sungguh memeningkan kepala mama dan kadang kala mama terpaksa bertukar jadi .... huhuhu

Happy Besday Laling

Assalamualaikum

Ni citer lama terperam sudah.Kenapa mood malas menjengah kini. 14hb yang lalu besday my dear.Kami sambut kat rumah je tiada sebarang acara.Cuma makan bersama kami ja.Memandangkan dah lama anak tak pekena KFC so tapau bawa balik tuk santapan dorang nanti.

 Ini aje tuk kali ni
 kek tiramisu kesukaan mama ^_______^
 Cer teka Haziq ke Hazim yg pakai topeng tu
 Rimas budak tu..
 Tadaaa... Budak berdua ni yg kalut nak potong
 Iqbal nyanyi dengan sepenuh hati.Allah selamatkan kamu.Allah selamatkan kamu.Allah selamatkan abah dan mama (tetiba je mama sma).Allah selamatkan kamu
Susah betul nak bergambar ngan Dable H ni. 

Habis je acara potong kek tu terus je makan kalut2. Dable H merayap sana merayap sini.tangan sibuk je nak capai kek dan segala macam.Haish terus bertukar ke dining.Makan kat meja lg senang ^_^

Buat Laling ai yang sangat hensem di mata ai ni.Moga terus menjadi abah yang terbaik buat anak2 kita.Moga ikatan suci antara kita akan berkekalan hingga ke akhir nyawa.Ai tak pandai bermadah berhelah tapi yang pasti engkaulah raja hatiku.Love u so much dear.. sesekali nak menggatai dgn en.somi



Tuesday, June 19, 2012

Usaha untuk mendapatkan zuriat

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan entri dari Ummu Muhammad dan kredit juga untuk Ummi Tasneem (artikel asal) berkenaan dengan usaha untuk mendapatkan zuriat.Tips serta perkongsian yang menarik untuk saya kongsikan bersama rakan blogger yang lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.InsyaAllah dengan perkongsian ini dapat membantu mereka mereka yang di luar sana untuk mendapatkan zuriat.


Ini adalah entrynya.

semalam, saya sempat menonton al-kuliyyah di tv3..membicarakan mengenai topik keluarga bahagia..
ustaz yang menjadi panel jemputan-yang saya tak ingat namanya ada memberi petua kepada pasangan-pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki untuk beroleh zuriat...

1. Suami isteri ambil kurma segenggam sorang. kurma dikisar bersama susu kambing..masing-masing pakat minum air tadi sama banyak..buat sekali je seumur hidup.
2. Minum susu kambing, makan kurma 7 biji setiap hari.
3. Amalkan membaca surah maryam ayat 1-12 setiap hari.
.

InsyaAllah...
ustaz tu tambah lagi, susu kambing ni jin tak minum..jadi kalau yang sukar mengandung tu disebabkan gangguan jin dalam rahim..(macam jin saja tak nak bagi dia ada anak kot..)..insyallah petua ni mujarab..

Jadi bagi semua kawan kawan yang masih berusaha dan mencari serta mencuba petua petua.Mari kita cuba kaedah ini.InsyaAllah berjaya dengan izin Allah. 
 Baik hati tak.mai tolong saya SINI  dan SINI. TERIMA KASIH ye sudi BAIK HATI kat sini


Kerana amukan pocong dan Waris

Assalamualaikum

Setiap malam kamis mesti dorang berdua ni tertunggu tunggu cerita amukan pocong dan baru ni dengar ceritanya dah ada citer baru 'waris'.

Lepas tengok tu kemain baca doa kononnya hantu tak datang la.Esoknya cer tengok apa jadi

 hahahha.. tau pulak takut.. Si Aiman siap panjat naik katil Iqbal lagi.Yang tak tahan kat katil Aiman siap toto baby bagai.
Zoom kasi dekat sikit. Hehehehe saja je letak.Supaya nanti dorang dah besar dan baca ni.Taulah peel dorang camner.

Bila tengok camni kesian sangat.Dorang ni berdikari.Kalau hujan dan guruh berdentum kuat kat luar pun esoknya camni lah keadaannya.Dorang takkan lari ke bilik kami.Bila di pikir memang kesian tapi kalau selalu takut lari ke bilik mama haru jugak kan.So biar berpeluk catu jela sampai ke pagi    =_=

Kalau baik hati cer klik SINI dan SINI.Terima kasih ye

Monday, June 18, 2012

Haziq Ashtma

Assalamualaikum

Balik dari rumah pengasuh Petang kamis Haziq panas panas badan.Risau la.Asyik demam je budak berdua ni.Malam kasi ubat demam dan jelum dengan air asam jawa. Batuk2 dorang pun makin teruk.Esoknya Demam dah ok tapi Batuk makin teruk.So decide bawa ke hospital sebab risau sangat yang mungkin dorang berdua ni penat.

 Kami ke hospital dengan Dable H je.Abang2 tinggal kat rumah (tawakkal je) tinggal satu hp kat dorang.In case ada apa2 suh col abah. Air semua dah sedia terhidang cuma perlu makan je.Sambil tu buka astro kasi dorang layan kartoon kat situ.

Sampai je kat emergency.terus masuk ke dalam.Bila doktor chek Hazim tiada masalah tapi Haziq ada bunyi skit 'wheezing' bermakna ada penat la sikit.So nak pastikan samada Haziq kena jangkitan kuman ke tak dorang insist tuk x-ray.Jadi bawa ke bilik x-ray.x-ray kejap dan result alhamdulillah sangat ok.

Cuma yang tak bestnya doktor cakap bunyi jantung Haziq makin kuat (boleh jadi lubang makin mengecil @ makin  membesar). Adeh risaunya time tu tokah nak cakap la.Sampai doktor terpaksa tenangkan kami yang tiba2 menyoal bertubi2.Yela sapa yg tak risau bila doktor cakap camtukan.

Doktor tak bagi sebarang nab.cuma di bagi sirup tuk redakan asthma dorang.adeh ni yg leceh nak kasi makan ubat ni.Sekarang dah pandai tolak ubat.

Keluar je dari hospital terus call Aiman kat rumah tanya keadaan dorang camner.So far alhamdulillah.Abah laju je bawa keta.Hehehehe nak cepat sampai.Masuk je kawasan taman tengok ada khemah kat kawasan kejiranan.Sampai 4 biji khemah ni mesti kenduri besar ni.Belek punya belek.Alamak bah dorang buat kenduri haru la kita nanti ( non-muslim, bila ada acara apa je dorang ni jenis yg gedegung gedegang ngan alat muzik). dah le selang berapa pintu je dari rumah.

Sampai je kat rumah budak berdua yang kena tinggal tu melompat kegirangan.Hehehehe sambil mulut riuh bertanyakan keadaan si adik.alhamdulillah melekat depan tv budak berdua.makanan tak tersentuh pun.cuma air je yang luak.

Petang tengok Haziq catu juga.Nafas pun still berbunyi.mmg kuat merengek la dia hari tu. Abah bawa dia ronda kat luar.Balik je bagitau Ada 4 biji sound juga kat situ.Alamak jenuh la kita.Tepat jam 7.30malam mula dah bunyi dung dang dung dang dengan sangat kuat. Nak solat pun tak kusyuk.Dable H pun apa lagi.mmg meragam gila la.Serba tak kena.

Punya la susah nak tidokan dorang malam tu.Naik buai tak kena,Tido dakap pun tak kena Lastly terlena juga keletihan dalam bunyi bising2 tu.Pukul 12.00 Abahnya kejut.aik mama pun boleh terlena gak dalam bising2 ni.hehehhehe senyum2 mamai je mama ni sambil kata la tak  habis lagi ke dorang ni.nak tido pun tak senang.Si Aiman dengan Iqbal pun dah merungut nak tido tak boleh.Nak tegur kang jadi isu perkauman pulak.Lagipun risau gak takut nanti ada yang mabuk2 kat situ.Jadi tadah telinga jela.

Rupanya yang bising sangat tu majlis hari jadi je pun.Adeh jenuh camni.Tu baru besday tak lagi kenduri kawen.Tak lagi acara keagamaan dorang... haru.. haru...


***banyak membebelkan.. hari ni Dable H ke hospital lagi jumpa Paed.Alhamdulillah so far sangat ok perkembangan dorang ***

Thursday, June 14, 2012

Wajah Baru/Alhamdulillah Rezeki..rezeki

Assalamualaikum

Selepas dapat header dari sha semalam.Syiela dengan penuh semangat wajanya telah mengedit sana,mengklik sini.Tut2.. aih dah berubah semua.Omak apa ai buat ni.Rupanya tertukar blogskin.So habis semua hilang.Jadi nanti la ai cantikkan semula. Kalau korang semua semak kepala tengok blog bersepan ni maap le ye.. Abaikan kejap. Hahahaha tuan blog pemalas + buta IT sama.

Sebenarnya nak tunjukkan ni kat semua hehehhe. Ni jira depan rumah kasi.Sampai je kat rumah semalam sibuk je Aiman bgtau.Sempat ambil gambar pun dah tinggal sikit.Sedap ooo ^______^

 Buah dokong kat bawah ni kawan en.somi dari Baling kasi.Tapi sebab bebudak ni batuk.Kami bedak (agih) kat semua jiran-jiran).
Dan juga ada buah durian tapi tak sempat ambik gambar.Budak berdua tu kecoh nak makan tak menyempat.Haish.Alhamdulillah tu rezeki kami tuk semalam.

*** Sudi2 la bagi idea tuk mencantikkan lagi blog ni ye >_<

Wednesday, June 13, 2012

Dapat Header Dari Sharina

Assalamualaikum

Gembira di hati tidak terkata.Hati ni buka FB dapat header dari Sharina. Ada juga rakan2 blogger yang perasan perubahan ni.Korang Perasan tak.Cer tengok kat atas tu.Nak buat sendiri memang la tak mampu nak buat.Syiela suka sangat la header baru ni.



Jom ke sana tengok blog dia yang cute tu >_<

Thanks ye Sha sudi buatkan tuk akak.Tak terluah dengan kata2...



Tuesday, June 12, 2012

Saya pun nak main kat luar

Assalamualaikum

Tengok abang abang main kat luar saya sangat la jeles.Jadi nak hilangkan kejelesan saya, saya nangis kuat kuat supaya mama bawa saya jalan2 kat luar. Tapi bila abah tiada camner nak main kat luar.Walker dah rosak.

Hehehhe sebab kesiankan anaknya abah repair yang ni dan beli lagi satu.
Bila kat luar ramai yang nak tolong jaga.Heheheh.Ni anak jiran sebelah rumah.Kalau Dable H kat luar si kakak tu rajin nak tolong jagakan Dable H.

Tengok tu Hazim nak juga dia ke belakang tu.Kat situ jiran tanam pokok bunga kertas. Hazim nak pergi capai bunga tu la.Kan cantik nampak merah2.Yang dorang berdua ni risau nanti dia kena duri.Riuh rendah la juga petang tu.

Suka sangat dia taim ni.di sorong ke sana.di sorong ke sini.hehehhehe kalau boleh kaki penat nak kejar ni

Kenapa takder gambar Haziq.Sebabnya Haziq kat atas mama.Jangan garap le dia nak naik walker.Tak rela.Nak memerap kat mama je kejanya.


*** Kepala berpinau aka pening2 lalat.Dable h tak sihat.Haziq demam dan Hazim Batuk2.Bila la korang nak sihat...

Monday, June 11, 2012

Anjing itu sungguh. Argh!!!

Assalamualaikum

Semalam lepas balik kerja syiela dengan en.somi pergi ambil Dable H kat rumah pengasuh dengan menaiki motosikal (korang dapat bayangkan tak syiela pegang dua2 tu kat belakang hehehehe).

Selalunya bila pick up dorang kami akan ronda ronda keliling taman.Tapi semalam memang malang tak berbaulah.Elok je sedut udara nyaman sambil sembang2 ngan en.somi sambil mengacah2 Dable H kat atas motor.Tetiba seekor anjing hitam datang menyerang kami.Nak di terkamnya Haziq.Syiela menjerit punya la kuat rasanya setaman kot boleh dengar hehehhe. Siap dengan kaki terangkat kat atas lagi (korang dapat bayangkan tak betapa takutnya saya)

Yang tersangat geramnya tuannya ada je kat tepi tu. Geram kan.Boleh pulak panggil anjing dia dengan manja2 lagi.Apalgi en.somi sound la.Nak benti risau diterkamnya Dable H marah kat atas motor yang berjalan sambil  menjauh je la.(mmg tak puas hati sebab tak dapat nak lepaskan marah betul2).

Saya tak kisah dia nak bela anjing.Nak bela banyak mana pun lantak la.Nak penuhkan rumah sampai padat pun.itu ko punya pasal tapi jaga elok2 bintang kesayangan ko tu. Jangan sampai menyusahkan orang.Ni orang lalu je nak diterkamnya.Padahal laluan tu jauh pun dari rumahnya.(syiela agakla tuan rumah dia bawa keluar jalan2 kat luar). Sangat la geram. Minta sangat anjing tu terkam tuannya nanti ( jahatkan saya.. lantaklah mmg dah geram sangat nih)

*** Maaf terkasar bahasa.Dan maaf juga jika ada yang terasa.Tak berniat nak menyinggung perasaan mana2 pihak.Hanya sekadar luahan dari hati ***

Sunday, June 10, 2012

Sticker Comel dari CKJ

Assalamualaikum

Setelah 2 hari tak bersiaran.Buka je komputer tengok shout dari Cik Kay Jue aka CKJ sticker comel giler.Cer tengok comel kan.Hasil tangan CKJ ni semuanya cantik2.Kalau dapat cam nak grab semua je.Hehehehehe tamak kan jadi tamak bila tengok semuanya sangat comel.


Hehehe Dable H pakai pempers sambil minum susu.so sweet. Ai sangat suka.Terima kasih tak terhingga buat CKJ.Bagi sesapa yang nak request rasanya CKJ tengah offer lagi kot.cantik tau. tak rugi minta.hehhehe. so sila la menjengah ke sana ye.

Terima kasih lagi sekali buat CKJ.Moga terus succes ye dear!


*** Dable H sedang kena flu + batuk batuk

tolong selamatkan anak penyu yg comel ini 

Friday, June 8, 2012

Kat bawah tu jugak yang dia nak

Assalamualaikum

Hari ni Dable H genap 8 bulan.Orang 8 bulan dan merangkak memanjat bagai.Tapi dorang ni still cool & steady.Yela si Hazim baru pandai menyulur tapi Haziq hanya pandai memusing je.Alahai dorang tak kisah pun.Lantaklah korang nak ke bulan ke hapa ke.Kami tetap kami ye dak Dable H.

Ni nak cerita pasal Hazim.Mentang2lah dia dah pandai merayap.Siap menyulur ke dapur bagai.Kalau grill tak tutup siap nak kuar main kat luar lagi.

Tengok tu ini port yang dia amat suka (ruang antara sofa tu). dia akan masuk kat dalam tu la.Pastu mungkin bila ke dalam dah gelap nanti dia akan menjerit2 nangis kat situ. Jenuh pula kita nak tarik keluar.Bila kat luar jap je kang masuk balik kat dalam tu.Aiskh penat la.Last2 suruh Aiman tarik keluar.Sekali dua takpe lagi lepas tu mula la bising2.Awat la tak keluar sendiri.Pastu dok bising ajar adik dia camner nak undur belakang.Hahahaha ai tergelak je la.mana la si adik tu faham abang Aiman oi.siap usik pocong lg ada kat bawah tu.

Lepas usik adik dia naik hairan.sambil tanya ai.mama nape ye adik tak takut pocong.adik ni mmg berani la mama kan. hahahahhaha macam2 la kamu ni.kalau melayan nampaknya mmg mama tak dapat buat kerja la.

*** bila dah pandai merayap maknanya mama kena makin rajin menyapu + mengemop lantai la nampaknya. kang Dable H ambik alih tugas pulak nanti

Thursday, June 7, 2012

Pocong Merata rata

Assalamualaikum

Peristiwa ni berlaku semalam.Tepat jam 10 seperti biasa mama akan arahkan anak2 masuk tido.Bila buka je pintu OMG! kenapa bilik jadi camni.Bersepah pastu dinding Ya Allah mama naik pening.berbinau nampak bintang. Tanya Iqbal dan Aiman.Sapa yang buat ni.Iqbal jawab.Iqbal mama.Conteng apa kat dinding ni.Bukan conteng la mama ni pocong.Ya Allah sabarkan hati mama ni.

 Ni la rupa pocongnya.habis keliling katil di lukisnya
 Ini pocong rendah katanya
Ini pula laluan pocong (kiranya jalan pocong la tu)

Adeh malas nak ambik gambar banyak2.mama pun dah nak bertukar hijau.So ai cakap tido cekap.Dalam bilik ni dah la banyak pocong.kang malam ni dia keluar dari dinding tu melompat cari dua orang budak ni. Dah  la mama nak gi tido ni. Jangan lupa baca doa nanti pocong tu bangun ( saja nak menakutkan dorang lg... geram sangat ni)

Bila tutup je pintu bilik dengar budak dua orang tu baca 4 qul kuat2 pastu baca Al-fatihah dan last sekali doa tido.Hahahhaha kuatnya sampai dengar kat bilik mama.Terus tergelak.Ha tau pulak dorang takut.

 Semua ni penangan amukan pocong la.Tak sabar nak tunggu malam khamis.Iskh tak kuasa ai nak melayan budak2 ni tengok citer hantu.kalau abah dorang ader dapatlah dorang tengok kalau tak jgn harap la (hahahahha mama takut sebenarnya)

*** habis la cokmot bilik tu.. dah la baru je catnya.Aish!!

jom makan M&M
menangi ticket train live di KL
10 perkara yang perlu anda lalukan sebelum melancong 

Wednesday, June 6, 2012

Berhati hati semasa memandu

Assalamualaikum

Biar lambat asal selamat.Hati hati semasa memandu.Harapnya mereka yang terlibat dalam kejadian ni selamat hendaknya.

Tuesday, June 5, 2012

Demam Campak dan rawatannya

Assalamualaikum

Baru baru ni Haziq pula terkena chicken pox.Alahai dik baru lepas demam dah kena chicken pox pula.Kebetulan taim tu kat kampung.So bermacam petua dan rawatannya.

1. Buat sup ayam kampung bagi makan ( Untuk cepatkan keluar bintik2 chicken pox tu)

2. Bagi minum ayaq nyoq muda (air kelapa muda) juga untuk cepat keluarkan bintik2 merah

3. Bagi mandi air rendaman batang dan akar pokok bemban

4. Tidur beralaskan daun (lupa la sori no)
 
5. Asah air akar kayu danbagi minum
 
6. Lumurkan badan dengan bedak sejuk + air akar kayu 

7. Pergi ke klinik Haji Ayaz kat Alor Setar (ini paling mudah dan cepat) kiranya dia ni mmg terror bab2 demam campak ni.Makan ubat dia je terus berlumba2 bintik2 merah tu keluar.

So semua perkara kat atas ai apply kat Haziq dengan harapan cepat sembuh la nanti.So setakat ni alhamdulillah Haziq dah tak merengek dan dah boleh main2 :)

 Nampak tak merah2 kat belakang Haziq ( ni campak kecil aka campak ruam halus)
 Posing dulu sebelum abah letak bedak :)
 Tengok tu lumur bedak sejuk tu penuh satu badan ( Iqbal dah bising adik dia rupa musang katanya.Haish musang pulak)
 Sila abaikan saya yang seksi ini.Hehehehhe
 Close up sikit... Abang Aiman pun bising adik busuk (bedak sejuk kan bau masam2 sikit)
 Hehehehhe... kejap je Haziq ye.Janji cepat sembuh )
 Hazim pun abah letak bedak sekali (walau non demam, nak elak katanya hahahhaha)
 Dua2 dah rupa apa ntah
 Ini rupa air hasil dari asah akar kayu ( yang terpilih je)
Ni air rendaman akar bemban.Sejuk je air ni

Moga lepas ni.Haziq cepat sembuh dan dapat bebas bermain dengan kembarnya.Buat masa ni kami asingkan dia dari yang lain.Takut berjangkit :)

Sapa2 yang anak terkena campak try le petua diatas.InsyaAllah cepat sembuh nanti

Monday, June 4, 2012

Kini Kembali dan kenduri kawin

Assalamualaikum

Alhamdulillah kini dah kembali bertugas.Fuh fuh.. tiup habuk2 sikit.sapu sawang kat sini kejap.Terima Kasih kawan2 sudi menjengah sini ketika ketiadaan saya.


Saya akan cuba menjengah kawan2 kembali ye.Balik bercuti mengambil kesempatan menghadiri kenduri kawen.Amboi banyak sungguh time cuti sekolah ni kenduri.dah tu sekarang ni tengok pegantinnya kebanyakan baju ala gaun labuh tapi sopan.cantik la pulak.Zaman dulu takdala camni.

Kalau ke tempat kenduri mesti nak tengok pengantin dan nak tengok juga pelaminnya.Kenapa ya :) Syiela ke satu kenduri ni (kira dia ni dua pupu dgn syiela la).Dulu mak oi punya la besar badannya.Tengok2 masa nak pelamin badan punya la slim dan tu cantik pula tu. Nak2 dengan seri pengantin memang berseri la sangat.Ramai yang memuji2 sebab memang lain sangat dari tu.Dan rata2 pengantin tengoknya memilih warna tema baju hijau SchAwal.Cantiklah.

Yang bestnya kalau ke kenduri kawen ni ada goodies.Ha itu yang tak menahan tu.Kenangan ni.Syiela suka simpan.Tapi yang segannya Aiman dan Iqbal dengan tak malunya akan minta asing untuk dorang dari tuan rumah.Hahahhaha bila mama dan abah pujuk boleh dorang jawab kat tuan rumah tu abah dan mama punya abang dan adik pun nak juga... hahahhaha bertuah punya anak.

Balik makan kenduri kat kampung best.sebab Dable H tinggal Kat rumah ( ramai pengasuh). Jadi mama dan abah dapat makan dengan senang lenangnya (hahahahaha jadi pasangan lupa diri kejap).Terima kasih la pada semua yang sudi jadi pengasuh walau ada yang terpaksa.hahahahha

*** Haziq pula kena chicken pox..Tengah2 malam menangis sakan.Adeh mama dan abah keletihan ***