Semalam balik kampung hantar anak2 untuk ditinggalkan disana selama 1 week... uuhhh lama tu... mesti rindu giler lepas ni...
Pagi sabtu bermulalah journey kitaorg 3 beranak.mama + Aiman + Iqbal.Drive dari sp ke alor setar je tapi ya Allah terasa jauh gila... bila sampai kg je aku ni dh flat x larat sungguh.... letih yang teramat... x pernah terasa sebelum ni sampaikan nak makan tengahari pun dh x dak selera... asik nak tido ja... tapi memandangkan ada 2 baby lg kt dalam terpaksa la jamah juga nasi walaupun sedikit...
Pg tadi (ahad) bertolak dari As ke SP... almaklumlah km belah utara ni keja hari ahad... so niat d hati nk direct ke opis je... tapi bila sampai gurun je... dah rsa terpaksa je meneruskan journey yg x seberapa ni.... letih sgt badan.. last2 pusing keta blk rmh dulu... kita zzzz kejap... rehatkan bdn... nasib baik la opis ni best lewat sikit pun ok mmg lewat gila dh pun.
Baru tadi tepon tanya kabar Iqbal just dok tanya2 mama mana ni... tok dok pujuk la bgtau mama p keja... adik dok ngan tok kena dengar ckp tok... :) sedihkan ... x pernah tinggal iqbal sebelum ni.. tapi kali ni mmg mama memang terpaksa...
Nak cuba Join jugak la Bloglist Abgteror ni 1st time join benda lah cam gini.... Tapi kena jugak jawab soklan nasib la simple gilakan... so apalagi jom la join :)
1. Di mana anda dilahirkan? – Alor Setar
2. Di mana anda dibesarkan? – Alor Setar
3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror. – Kedah
4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut. – Memang piau orang kedah, dilahirkan,dibesarkan, berkahwin dan kini beranak pinak tapi still dok kedah.memang kedah tanah tumpah darahku la!!
Memandang abah ada dirumah pagi ni dapat la kuar awal.Abah Beria je nak temankan tapi memandangkan Iqbal masih zzzzzzzz so better aku pegi sorang dari nk ngadap iqbal punya 'peel' nanti.
Tepat 7.50am tadi aku dah terpacak kat klinik. Konon nk dapat nombor awal la.Nanti dapat balik awal.Tengok2 la dah ramai orang.Aku masuk dengan muka frust je.Dapat No 9 plak tu.Adoii jenuh nak menunggu ni.
Bila dapat turn jumpa nurse ja aku sibuk tanya doc dah ada ka.Niat di hati kalau doc belum sampai sempat lagi balik zzzzz ni.Tapi hampanya Rasa hati bila nurse cakap doc dah ada dlm bilik dan dh start pun panggil patience.Adoii kena tunggu la juga ni.
Tunggu punya tunggu dapat turn 9.45. Ai naik lenguh dah pinggang ni.Jumpa je doc 1st benda yang dia tanya pasal asthma. cita punya cita aku diwajibkan amik Beclazone 100mic 2x sehari. JANGAN sesekali tinggal.Ini untuk mencegah dari diserang asthma.Kiranya jadi routine la lepasni.Disusuli dengan Asthalin (ini just pakai bila dah diserang asthma ja).
Lain semua ok.7 June ni refer pakar pulak kat klinik je. Adoi refer pakar kt klinik plak.Pastu doc pun tengah adjust nk msk nama tuk refer pakat kt spital pulak.Kiranya 1 bulan mmg kena jumpa 2 pakar. tu belum routine klinik lg.PENATkan. tapi x pa la demi untuk my baby semua temujanji mama akan penuhi..
Kebetulan terbaca entry berkenaan ini.Agak menarik tuk dikongsi:
Sejam pertama selepas melahirkan amat penting
•Azan, iqamah dan tahnik - ia adalah adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam. Ia adalah untuk menjaga anak2 supaya jiwanya terus terdidik dengan Islam.
•Menyusukan - ia adalah polisi penyusuan susu ibu, namun disebalik itu ia adalah sebagai pengikat antara ibu antara ibu dan anak.
•Memandang mata mereka sepanjang menyusu
Moga kita para ibu tidak akan terlepas pandang perkara-perkara ini. Tetapi dalam kes yang bersalin di hospital kerajaan rasanya sejam pertama tu kita tak dapat kot buat semua tu.
Macam pengalaman saya la kan lepas bersalin doc letak kejap je baby ngan kita pastu nurse datang ambil then mandikan baby pastu dorang sibuk memproses si ibu (keluarkan uri, jahit & etc) then suh kita rehat. bila baby dah 'berbunyi sakan' baru la diletakkan baby tu kat kita. lepas tu kita di kuarantin kat dalam bilik tu lebih kurang 2-3 jam jugak la.
Walaupun terlepas sejam yang pertama tu rasanya jam2 yang lain tu mmg di khaskan untuk baby tu je. Lepas ni x pandang lain dh. Pandang baby je :)
Aduss tidur x lena anak teruna aku yang sorang ni... tengah sedap2 kami lena di tengah2 malam aiman masuk bilik kejut aku.mama malam lagi ka..lambat lagi ka nk pagi.Abang nk pi sukan ni nanti mama x jaga pulak. excited sungguh anak mama ni...
Bila pagi aku kejut ja terus senyum. pegi bilik air mandi & bersiap.Lepastu dok tanya mama abang ok ka nanti.abang takut pengsan la.abang rasa macam x dak tenaga ja. Maunya x bertenaga semalam dua tiga kali masul bilik tido tanya aku bila nk pagi.
Dah bersiap aiman bertolak menaiki bas ke Pantai Merdeka.Kami (parents) bertolak sendiri. Adik (Iqbal) pun xcited gila.sepanjang jalan ke Pantai Merdeka asyik dok bagitau adik nk pi Syukan(sukan) ni.
Sampai je kat sana terus mula acara pertama. memang meriah la dengan 6 sekolah sekali kat situ.sekali parents lagi.Mmg bising gila dengan sokongan mak bapak.Parents ni mmg over la.Nasib la Aiman masuk acara yang mula2 sekali. Berlari passing belon. Menang jugak walau malu2.lepas habis game dia terus cakap abang dah x nak main dah.Pujuk punya pujuk still x nak main jugak.Nampaknya cikgu memang kena ganti orang la jawabnya.
so jom layan pic pulak
Beratur sebelum mula pertandingan.Sebab dia paling rendah terpaksa la dok depan
Asyik pandang mama dengan abah ja cikgu dok terang kat depan pun dia tak tengok.
sebab asyik dok sokong terlupa nk snap pic pulak... :)
key kita tengaok gelangat bapa mithali pulak bak kata cikgu sebab x join acara tuk bapak2
antara acara untuk abah2
Bangga ni sebab dapat hadiah :)
bila dah dapat goncang2 pastu mula la x sabar nk buka