Tuesday, May 15, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Tak perlu Ibu Tak perlu Abi

Assalamualaikum

Entry tertunggak lagi ni

Ini adalah hasil kerja Iqbal
Huhuhu mama terharu jugak ni.Sambil tengok hasil kerja Iqbal sambil borak borak kosong dengan En.Somi.Tiba tiba Aiman menyampuk...

Aiman :  Abah apa kata kita ambik ibu baru.

Abah  : ???

Aiman : kitakan dah ada mama.Jadi abah cari la ibu untuk tolong mama.kesian mama letih jaga adik kembar.nak masak lagi.pergi kerja lagi

Abah : oooo nak ibu ye.. nanti mama marah camne (sambil senyum dan jeling2 mama)

Aiman : takpe nanti mama cari Abi baru.Boleh Abi tolong abah juga nanti.Tak lah abah nak penat penat lagi.Kesian abah dengan mamakan.

Mama : senyum sambil geleng2 kepala... sambil peluk Aiman.. Sungguh baik hatimu nak dan sangat la terharu ( walau kadang2 tersangat la nakal)

Abah : takpa Aiman abahkan kuat.Orang lelaki ni kuat tak perlu orang lain nak tolong.Mama pun kuat.Jadi tak perlu ada ibi dan tak perlu juga ada Abi ye.Abah nak anak2 abah ni dengar cakap je.Tak nakal.InsyaAllah semua benda mama dan abah boleh buat sendiri.


*** mesti aiman ingat cadangan yang dia bagi tu sangat bernas untuk kurangkan beban mama dan abah

Monday, May 14, 2012

Monday, May 14, 2012

Hari Keluarga

Assalamualaikum

Ni event semalam sebenarnya tapi memandangkan semalam 'mood swing' entah kenapa tetiba moody je.Ada bara dalam hati.Terasa nak marah orang sesangat (Korang pernah jadi cam ni tak).Baik berdiam dirikan.So hari ni dah ceria balik.

Alhamdulillah Aiman dapat dua hadiah saguhati...hehehehe kemain gembira dia



korang buat la ye saya nak makan
Last last mak bapak yang pulun
hehehehe mama kusyuk
Iqbal pun sibuk bantu sama
Abah fokus menggunting
Ni lah hasilnya.. kami dah malas nak penuhkan.. hahahahha

dah main benda lain dah budak2 ni

kita senaman pulak
abah menyelamatkan balingan bola dari Aiman
Aiman buat elok2 tau
Abah try baling ni pulak
Aiman menang acara ni
Bergambar dgn hamper
Hasilnya.. cantik2 belaka
teruja budak2 ni.. tak sabar nak ambil hadiah
menang acara abah dan anak
acara persendirian
spec ni pun dapat tau.. cikgu bagi sorang satu

 
 Anak anak ok je.. mak bapak yang over.. hahahhaha.. sekali sekala cam ni memang best dan happening sangat... tapi yang tak bestnya bila time hadiah ada jugak parents yang tak sabar2 nak hadiah siap suh anak pergi amik sendiri lagi.Padahal cikgu belum umumkan lagi.Hai la macam2 peel orangkan











Friday, May 11, 2012

Friday, May 11, 2012

Gelagat Si Kembar

Assalamualaikum

Setelah lama menyepikan Dable H.Kini mereka kembali.. kekekekeke badjet retis jap.
masing masing nak capai kamera

tengah berbisik apa la tu.Hazim kusyuk je dengar

kami menangis bersama

kami juga tidur bersama

kami berebut bersama

hahaha.. hazim pandang haziq cam cari gaduh je

 















Bila haziq tido saya tolong mama mengemas rak pinggan.. hebat tak saya?




Alhamdulillah Dable tengah sihat sekarang.Makin aktif pula sejak menjengah 7 bulan ni.Hehehehe Dorang ni suka sangat makan bubur nasi carrot :)

Kalau shopping kat Trudy & Teddy kopak la abah...

Wednesday, May 9, 2012

Wednesday, May 09, 2012

Awak Suka Saya Tak

Assalamualaikum

Sejak akhir akhir ni hobi lama kembali lagi.Tetiba juga jatuh cinta dengan novel ni.

Best sangat.Nasib la en.somi nak tolong jagakan Dable H.Dapat la mama membaca dengan tenang.Hehehhe. Novel ni di tulis oleh Kak Melur Jelita.Syiela punya dah cetakan ke enam.Punyalah laris macam goreng pisang panas. Ini syiela dapatkan dari Hasani (suka shopping buku kat sini sebab ada diskaun 10%)

Jika remaja sekarang bercinta sebagaimana dalam novel ni InsyaAllah banyak gejala tak bermoral makin berkurangan.

Sesungguhnya saya telah jatuh cinta pada Hilaman Yong oh tidak masih setia pada en.somi yang terchenta.hehehehe

Sedikit tentang ASST
"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya Tak boleh sembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam tu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium....tetapi hanya diding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan....walaupun cuba dipecahkanpasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. hanya hubungan halal yang boleh melenyapkanya." Intan Zulaika

Tuesday, May 8, 2012

Tuesday, May 08, 2012

Wahai Penunggang Wanita

Assalamualaikum

Seminggu dua ni syiela ke pejabat dengan menaiki motor.Sepanjang perjalanan syiela tengok ramai wanita yang ambil mudah tentang keselamatan diri.

Kes 1

Menunggang motosikal dengan beg tangan kat dalam bakul depan. Ini memang sah sah nak kasi beg tu dekat penyak di luar sana.Memang peluang keemasan yang tak dapat nak di elakkan lagi.Cukup senang untuk peragut jangkau tangan dan ambil beg tangan kat dalam raga motosikal tu.

Kes 2

Labih kurang sama dengan situasi diatas.Bawa beg kecil.Muat muat letak handphone, duit dan lesen je.Lepas tu kat handphone tu pasang earphone dan letak kat teling.Beg tu kat dalam raga motor.Eh nampak sangatla wayar berselirat dari telinga sampai kat raga tu.Hish...

Kes 3

Membonceng dua orang.Beg tangan kat tengah tengah. kalau letak kat tengah dan pegang kuat2 beg tu @ peluk kuat2 orang kat depan ok juga. Ni ko pegang besi kat belakang beg tangan dok kat tengah2 tu sebijik. Cantik sangat nampaknya.Memang terliurlah.So kalau orang ragut nak salahkan sape tu.

Kes 4

Bawa kereta.Handbag letak kat sebelah pemandu dan cermin sebelah pemandu tu diturunkan sampai bawah. Gila weh senang sangat orang nak ngambilnya.Bila lampu bertukar merah je je dengan cepat peragut boleh masukkan tangan dan capai beg tu.Pastu mula la nak melalak ke hape ke.

Itu antara kes yang syiela nampak.Yang tak nampak pun banyak.Jadi beringatlah wahai wanita.Jaga keselamatan.Seeloknya kalau bawa handbag masa membonceng pakai sweater.Tutup semua badan biar badan nampak kembung dan gemuk takpe janji selamat.

Ingat peragut main redah ambik je.Apa nak jadi dengan kita dia dah tak kisah.Janji dia dapat apa yang dia nak... jadi selagi boleh elak kita elakkan.tapi kalau nak jadi juga tu lain ceritalah ye.


Thursday, May 3, 2012

Thursday, May 03, 2012

selepas 5 bulan di sekolah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah. baru menghampirii 5 bulan Iqbal bersekolah Banyak benda yang dia belajar. Kalau dulu kita ajar kat rumah langsung tak nak dengar.Sekarang dah banyak perubahan.

Baru baru ni Syiela ada belikan dia Ipad kanak kanak untuk menambahkan pemahaman dia. memang dia suka sangat la.Sampai ke tempat tido di bawa mainnya.Tapi satu hari tu syiela perasan dia marahkan mainan tu bukan Zee la tu z.(Suara dalam i pad tu chinese bila sampai huruf z dia sebut zee). hehehehehe punya la marah. Lepastu siap cakap nanti kat sekolah cakap macam tu cikgu rotan nanti.hahhahaha Iqbal.. Iqbal mana la cikgu kamu nak rotan i pad tu pulak. 

Tak sempat nak snap gambarnya.tapi alhamdulillah cukup membantu pembelajaran Iqbal. Lagipun reganya agak murah tu yang rembat RM36 je... 

Lagi satu sekarang ni asyik spekaing london je.. hehehehe... kadang kadang dia siap marah lagi sebab kami tak faham apa yang dia cakap.(dia ni cakap pun tak berapa nak betul lagi).yang bahasa melayu pun kadang kadang puas tanya inikan pula speaking london.Kau memang kasi mama dan abah pening kepala la :)