Sunday, August 5, 2012

Sunday, August 05, 2012

Rupanya Kembar Dah Besar

Assalamualaikum

Tengahari tadi aku dengan En.Ad gigih ke pasaraya untuk mencari baju -anak anak.Jejak je kaki ke pasaraya tengok orang dah ramai.Amboi ramainya orang.Jenuh la nak laga montot ni nanti.

Kaki laju je ke pakaian bayi.Tujuan utama nak cari baju baby dulu kemudian di ikuiti dengan dua budak besar.Pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati dengan harga yang berpatutan.Si jurujual bertanya umur anak cik berapa.Aku laju je menjawab 10 bulan kemudian jurujuak tu tunjuk baju saiz L.Aku cakap eh besarnya takpe la nak saiz s je.Si jurual kerut2 kening sambil tanya lagi.Anak cik ni kecik je.Aku menjawab a'ah kecik la tak sampai 1 tahun lagi.Dia berlalu dari situ dan biarkan kami memilih dengan tenang.

Selelai baju baby kami ke bahagian budak pula. Pilih untuk Aiman dan Iqbal.Alhamdulillah pusing sana pusing sini jumpa juga pilihan hati (tu pun jenuh En. Ad dok buat gerabak ketapi kat belakang) kekekeke.mengikut je ke mana aku pergi. Bila orang ramai sangat nak memilih pun tak senang.

Setelah berpuas hati En. Ad terpaksa beratur dan mengosongkan dompetnya.Hehehehe.Balik je terus ambil Aiman dan Iqbal kat nurseri dan Kembaq kat rumah pengasuh.Tak sabar-sabar nak suruh dorang try size.Si Aiman dan Iqbal pun sangat teruja la cuba baju baru.Alhamdulillah memang ok.Tak perlu nak tukar-tukar tapi bila tiba time kembar pula.Alamak kenapa muat2 je ni.Kang tak sapai sebulan harus tak muat dah.

Dan bila di pikirkan sekali lagi.memang kebanyakan baju kembar bersaiz s dan kbanyakannya dah ketat.Alahai kenapa la tak teringat langsung tadi.Aku masih beranggapan yang si kembar ni masih kecil di sokong pula oleh En.Ad.Namun hakikat sebenar mereka dah menghampiri 1 tahun.Aduhai la kenapa jadi cmni.Bukan tak pernah ada anak kecil tapi entah la...

nampaknya esok kena gigihkan diri ke pasaraya tersebut untuk menukar saiz.Dan saiz yang sesuai untuk mereka adalah L.huhuhuhu patut la si jurujual tercengan tadi.hehehehe rupanya mmg kecik baju tu :)


*** teramat letih sebabnya En.Ad terpaksa kerja malam hari ni. Tadi berbuka sambil riuh rendah dengan gelagat Dable H ni.Ni baru mereka memelapkan mata.Alahai aku pun dah mengantuk serta keletihan.

Friday, August 3, 2012

Friday, August 03, 2012

Sunnah-Sunnah dan Adab-Adab Hari Jumaat

Assalamualaikum

Kejap je masa berlalu kan.Pejam celik pejam celik dah hari jumaat.Puasa pun dah sampai pertengahan Ramadhan.Ok memandangkan hari ni hari jumaat aku nak share sikit segala sunnah-sunnah dan adab2nya.Walaupun dah tersedia maklum namun kadang-kadang kita terlupa@lalai@terleka(peringatan untuk diri sendiri)


Tujuan entri ini adalah untuk mnengingatkan aku (sebab anak-anak semua lelaki) memang terpaksa mengingatkan dorang nanti.Namun tak kecuali juga untuk diri sendiri.Amalkan amalan yang sunnah.InsyaAllah.. moga kita diberkati olehNYA.


Sumber : Fb Ustaz Don Daniyal

***Nak wangi je sepanjang hari ni walau dok kat rumah dengan anak-anak je.En. Ad pukul 2pagi dah meredah ke kem untuk Qiyamullai.Jadinya sahur tadi Aku dan Aiman jela.

Thursday, August 2, 2012

Thursday, August 02, 2012

Oh Abang Polis

Assalamualaikum

Hari ni seperti biasa aku ke pejabat dengan menaiki motosikal.Belah pagi memang takde apa-apa.Rileks ha aku menunggang sambil makan angin.

Tapi bila balik baru naik haru.Yela baru teringat hari ni bawa beg lain.Sedangkan kat dalam tu ada roadtax motor.Alahai jangan la ada road block nanti.Sangat risau.Jadi untuk menghilangkan kerisauan kat atas motor tu aku berzzikir je sepanjang masa.

Sampai ke kat kawasan jerat cina(memang port dorang ni) hati makin berdebar.. dan sah.. dari jauh dah nampak abang traffic.Adeh camner ni.Hati dah gundah gulana. Kalau kena tahan compom kena saman ni.

Takpe control cun ( menjadi lagi ke.. kalau anak dara kot le terlepas.. ini mak dara.. hahahaha).Makin dekat makin berdebar. Tangan dah slowkan minyak. kaki dah tekan break dan bersedia untuk berhenti.Dalam hati masih berdoa mengharapkan sedikit kekuatan. Namun syukur alhamdulillah tetiba je salah sorang anggota bagi isyarat untuk terus jalan.

Dalam hati gembira tak terkata.Hilang segala debar.Alhamdulillah.. pertolongan dari Allah.Syukur juga Allah menggerakkan hati dia untuk tidak menahan aku.Kalau tidak conpom dapat surat cinta tadi.hehehehe.. Syukur Ya Allah


*** Lepas ni akan sentiasa pastikan yang benda penting takkan tertinggal.
Thursday, August 02, 2012

Empat dipecat kerana berpuasa

Assalamualaikum

Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam.

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi.



Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)

Mereka di pecat atas alas an tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sedangkan di Malaysia ramai yang ponteng puasa.Cukuplah aku katakana di Sungai Petani ramai yang sewenangnya membeli makanan tanpa rasa malu.Kebanyakan berhelmet tutup dan seawal pukul 11 dah menjengah ke kedai makan.

Sumber : Berita Harian

*** Sangat marah pada tuan kedai yang menjual nasi berlauk seawal jam 11 pagi.Ramai yang berpusu-pusu ke sana tanpa rasa malu...Sedarlah wahai manusia

Wednesday, August 1, 2012

Wednesday, August 01, 2012

WW : 7 E

Wednesday, August 01, 2012

WW:Doa Agar Anak Pandai Belajar