Wednesday, November 7, 2012

Wednesday, November 07, 2012

Bangga dengan Aiman

Assalamualaikum

Isnin baru ni Sekolah Tadika Perpaduan Seluruh Sungai Petani berkumpul di Dewan IKM sempena majlis konvokeysen dorang. Sambutan dari parents pun amat menggalakkan. Padat juga la dewan tu.

Anak-anak ditempatkan di sebelah dan di selia oleh guru masing-masing.

 Ada 24 sekolah kalau tak salah semuanya.Jenuh la nak menunggu nampaknya ni 
 Di bawah ni bukan gambar Aiman pun ntah apa yg saya leka tak tau tengok-tengok Aiman dah terlepas.Jadi ambil je gambar orang lain ^_^
 Selepas naik pentas masing-masing kelaparan.... ok kita makan dulu
 Ini untuk anugerah cemerlang.Hanya 5 orang bagi setiap sekolah.Ujian bertulis diadakan untuk mengelakkan pilih kasih
 Aiman di tempat ke -2.Alhamdulillah mama bangga dengan kamu sayang. Mama pun kena ikut naik pentas iring anak.Malu ai tau dah lama tak naik pentas ^_^
 Suka sangat bila dapat hadiah tu
 Nak posing lagi sekali ngan hadiah dia tu :)
 ni set dalam kotak hadiah tu.Ha eloklah nanti nak bersunat baca buku ni ja. Tak payah mama nak beli lagi dah.
Beg ni semua orang dapat.
Dan ini sijil pelajar cemerlang.Dah siap tergantung kat dinding rumah dah pun


Alhamdulillah syukur ya Allah.Setakat ni mama bangga dengan perkembangan Aiman.Moga Aiman terus berjaya di masa depan dan membesar menjadi anak yg soleh ye sayang ^_^

*** Entry ni bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk ye tapi sebagai kenangan di kemudian hari ^_^
Wednesday, November 07, 2012

First GA by TirahZairi

Tuesday, November 6, 2012

Tuesday, November 06, 2012

Terima Kasih.. Syukur Ya Allah

Assalamualaikum

Saya nak tunjuk hasil berblogging saya.Sejak dua menjak ni cukup murah rezeki saya.Syukur alhamdulillah.

Pertama sekali saya dapat keychain cantik dari Jemari Suri aka Si Mata Coklat Akak ni selalu bagi saguhati buat pengomen tegar dia.Tak caya cubalah berkawan dengan dia.Sure Best! saya dah dua kali dapat souviner dari dia tau!.. thanks ye akak JS.

 


Kemudian sampai pulak Kurier dari Alaisyah.ini hasil saya share dekat FB.200 peserta pertama yang share akan dapat trial pack dari A'laisyah. Tapi bila sampai di gantikan dengan gel Pengelupas.Apapun thanks A'laisyah saya sangat suka ^_^.



Tak lama lepas tu sampau pula bedak arab.Ini adalah hasil  dari saya masuk contest world search puzzle dari blog Zati and Lappy. Wah lepas ni makin lawa la saya nampaknya :) Bedak ni dari hasil tajaan  Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake. kalau berminat klik la link tu ye. Bedak ni lembut tau bila kita pakai terasa licin je kulit ni. Thanks ye Zati dan penaja ^_^



Terima kasih semua..moga kalian semua di murahkan rezeki dan moga bisness sediaada akan berkembang maju hendaknya ^_^
Tuesday, November 06, 2012

Top Komentator Oktober

Assalamualaikum

First time ni saya nak kasi sesuatu buat top komentator saya sebagai tanda terima kasih. Walau tak seberapa harapnya hubungan maya kita akan berkekalan hendaknya
Sayang sayang kat atas sila tinggalkan address kat komen ye.Jangan risau saya tak publish.Ada sedikit saguhati buat sayang sayang semua. Thanks ye sudi singgah dan komen kat sini.

Monday, November 5, 2012

Monday, November 05, 2012

Perwiraku

Assalamualaikum

Sabtu lepas majlis konvo sekolah Iqbal. Memandangkan Iqbal baru 4 tahun makanya dia hanya buat persembahan saja. Jom tengok buah hati saya.Amat gagah perkasa tau ^_^ ada misai dan janggut sejemput lagi hehehhehe.Sungguh hensem dan sangat menawan kalbu!

Habis persembahan je terus lari kat mama ingatkan malu ke apa rupanya nak suruh mama ambilkan gambar kekekeke

 Kuda yang sangat comel.Tuan dia lagi comel tau

 Iqbal sorang je 4 tahun.Yang lain semuanya 5 dan 6 tahun.
 Dia paling kecik dan mendapat perhatian orang ^_^

Budak-budak ni pun bagus.Tak larat nak gelak dengan gelagat dorang
  Semua tetamu terhibur.Keras semua perut asyik gelakkan dorang ^_^

Ini je yang sempat saya ambil gambar.Sebenarnya banyak lagi persembahan dorang ^_^. Gambar ni pun ambil guna HP cap ayam je kekkekeke.


Sunday, November 4, 2012

Sunday, November 04, 2012

Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle

Assalamualaikum

Tahniah buat pasangan ini.Mereka selamat di ijabkabulkan di tepi tasik Hotel Flamingo. 











suka tengok gambar-gambar dorang nampak bersahaja dan romantik.Moga berbahagia hendaknya ^_^

Sumber Gambar : Oh Bulan