Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

Terima Kasih Waniey Terima Kasih Jemari Suri

Assalamualaikum


Alhamdulillah cukup bertuah bila diri ni terima penghargaan dari rakan-rakan blogger.Kali ni datangnya dari Waniey dari blog http://winkwinkwinky.blogspot.com/

Jom beramas mesra dengan beliau.Klik banner cute kat atas ye.Waniey ni peramah tau.Tak caya cuba kawan dulu dengan dia ^_^

Terima kasih ye Waniey.Moga ikatan maya antara kita akan terus berkekalan hendaknya ye.

Kemudian saya dapat keychain felt dari Jemari Suri. Ini kali ke tiga tau saya dapat tanda kenangan dari dia.Sungguh murah Hari JS ni.


Klik banner di atas untuk kenal dengan lebih mesras lagi dengan tuan punya blog... Untung- untung boleh dapat keychain cantik lagi.

Terima kasih ye JS.Tak sangka ada surprise.Alhamdulillah bertambah koleksi saya ^_^





Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Bersunat Hari Ke 2 dan Seterusnya

Assalamualaikum


Hari Ke 2
Hari ke dua nampaknya Aiman dah ok skit.Dah kurang merengek.Tapi mama dah ting tong.Semalam tak tido.Semua mama abaikan.Handst ke mana.Sapa col sapa sms maaf la ye saya tak layan.Hanya anak-anak di utamakan.

Hari kedua kembar pulak buat hal.Tak nak kat sapa.Mungkin nak kasih sayang mama sebabnya sehari semalam mama layan abang Aiman je.Bila mak mak sedara tolong ambikkan kejap mula la episod drama king hehhehe.Di bawa ke rumah belakang mama yang kat rumah tok ni pun boleh dengar teriakan mereka nak-nak si hazim tu alahai nyaring sungguh sampaikan bila dorang kasi balik dorang cakap agak nak pekak juga la telinga dorang tu hehehhe.. apapun sangat sangat terima kasih.Tapi yang paling dorang geram bila sampai je kat tangan saya automatik dorang terus diam.Nampak sangat itu hanya lakonan semata mata hehehhe.

Hari ke 3

Hari ni buat kenduri kesyukuran sikit kat rumah mak ndak dorang.ramai juga tetamu yang datang.Aiman mula merap mama balik.Disuruhnya mama dok tepi dia saja.Asal mama gerak sikit ja mula la merengek.Bila hilang di mata mula la menjerit.Aduyai pening kepala mama.

Kebanyakan tetamu yang datang hulurkan duit.Duit dorang bertiga ni laju je ambil hehehhe.banyak juga la dapat.Time ni memang yang bersunat tiga orang ni sangat seronok hehehe. Yang paling nak tergelaknya asyik dok belek duit dorang je la hehehhe. Siap ada rancangan nak beli apa.Tapi si Aiman mama siap bagi tau.Balik SP ka duit tu masuk bank Aiman tak boleh guna untuk beli apa-apa. Tapi abah akan belikan keta kontrol untuk Aiman ( dari duit poket abah tau). 

Bukan apa duit tu untuk masa depan dia.Kami ni bukan jenis yang berada jadi elok la beringat dari sekarang. Kiranya duit anak-anak dari kecik sampai besar memang kami simpan kat bank.Jika nak beli apa-apa kami akan cuba simpan duit sendiri untuk belikan untuk dorang.

Berbalik pada cerita Aiman.Bila dah petang orang pun dah kurang dia siap suruh mama pegi balik lagi.DIa nak dok kat situ.malam ni pun nak tido situ tak nak balik rumah tok.Amboi duit banyak tak nak balik dah ye.Tapinya bila dah petang abahnya paksa suruh balik juga kang malam nak kencing ke pa ke susah juga.Jadinya Aiman pun jalan la balik sendiri hehehhe.Dah kuat ni tau.

Hari ke 4

Dia dah berseluar dan berjalan rata dah.Kejap ke rumah mak ndak dia.Kejap balik ke rumah tok.Padahal dua lagi sepupu dia masih terlantar kat rumah diam-diam.Risau juga takut bentan ke apa.Bila tanya sakit ke tak.Dia cakap tak sakit dah pun.

Hari ke 5

hari ni memang dah bertambah aktif.Siap berlari lagi.Mama pula risau takut jatuh ke apa ke.Lepas tu ada juga jiran-jiran kot situ kata jangan langkah tahi ayan kang 'anu' buruk. Ada ke pulak. Macam-macam petua la hai

Hari ke 6

Pagi ni Abah bersama adik beradiknya bawa geng bersunat ni ke klinik lagi sekali.Tujuannya adalah untuk membuka smart clamp tu. Baliknya abah cerita Aiman siap cakap lagi kat doktor tu suruh buat pelan-pelan hehehhe...

Rupanya dia buang sarung yang luar je.Muncung yang tajam tu dia tinggalkan dan di biarkan jatuh sendiri nanti.Tapi sampai hari ni dah 10 hari benda alah tu still lagi melekat kat situ.Aiman siap naik basikal lagi dengan benda alah tu hehehe.

Yang sedang tido tu Hafiz dia ni memang susah nak bergerak.Diam je kat situ.Senang nak jaga
 Aiman cerita apa ntah kat tok dia
 Baca Yasin sekali.Orang lelaki kat depan.Segan pulak nak pegi ambik gambar ^_^

 Antara makanan yang ada.Asalnya sikit je.Tapi ramai penyumbang.Jadi banyak la menu dia.Sampai tak terpilih jadinya
 Mereka bertiga
 Bila dah sihat sikit.Asyik ngadap laptop jela kejanya.


Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Mengandung 9 Bulan Tapi Ghaib

Assalamualaikum

Masa balik berkhatan hari tu heboh kat rumah cerita tentang kandungan yang hilang.Saya tanya la mak ( mak mertua) yang orang2 dok cerita tu siapa?

Bila mak ingatkan balik baru saya ingat.Sebelum ni mak ada cerita yang anak kepada anak sedara mak tengah mengandungkan kembar ( sama macam kami ) ni anak sulong dia.Memang dorang sangat happy la kemudian mak kata kalau cara mak tengok perut tu macam perempuan.Dia pun cakap bila scan memang nampak kembar perempuan. Bila dengar perempuan mak pun meng'offer'diri untuk ambil salah satu kembar tu.Tapi manala dia nak bagi kan.Susah payah dia bawa dalam perut tentunya dia nak jaga sendiri.Masa tu dah nak sampai masa dah cuma menunggu hari kata orang.

Tapi bila kenduri hari tu sedara lain dah sampaikan cerita yang si kembar tu dah hilang dalam perut.Kesian dorang.Memang  sangat sedih.Tapi kami tak sempat nak melawat.Sibuk sangat 'berkepit' ngan Aiman.Lepas tu cerita ni tersiar di Harian Metro dan Sinar Harian kalau tak salah. Bila tersiar cerita ni mula la ada yang komen bukan-bukan.

Lepas tu hari ni saya ada terbaca kat SINI yang cerita dia mengandung tu palsu.Ya Allah dugaan lagi buat mereka.Dah la bayi lesap kemudian di tuduh mereka cerita palsu. Yang Herannya kan semua bukti bagaikan hilang seolah-olah dia tak mengandung dan tak pernah buat rawatan kat mana-mana pusat kesihatan.

Bagi saya cerita ni betul tau sebab mak sendiri yang tengok (pegang perut saya tak pasti) sebabnya masa tu mak kata dorang bercerita tentang ahli-ahli kembar di dalam keluarga kami.

Hentikanlah kutuk keluarga mereka.Mereka dalam keadaan tertekan. Dah la bayi hilang orang sekeliling pula mencemuh.Namun semua orang kampung memang simpati pada mereka. Mereka sekeluarga dan orang kampung situ tau yang cerita ni benar bukan sakit jiwa dan bukan omongan kosong semata-mata

Yang pastinya ini adalah ujian buat mereka.Moga mereka tabah dah sabar menghadapi ujian ini.


*** Buat Ibu Kembar kalau baca post ni.. komen dan tinggalkan link sekali ye.. sebabnya saya tak dapat nk jejak kembali.. maaf ye!
Monday, November 19, 2012

Bersunat Hari Pertama

Assalamualaikum

Alkisah Aiman bersunat memang agak menggemparkan hehehehe. Sebenarnya tokwan dia tak kasi lagi katanya masih kecil tapi kami on je memandangkan dia sendiri yang nak.

Sebelum ke klinik aiman happy giler tak sabar sangat dia nak bersunat sedangkan dua lagi sepupu dia dah nampak agak kecut je. Biarkan je la.Layan ja Aiman ni.

Abahnya serta dua tiga orang bapa sedara lain mengiringi mereka ke klinik. Orang pertama adalah Irwan ( sepupu aiman, dah darjah 3 dah ). Meraung sakan juga la dia ni.Jenuh juga nak pegang.Kemudian giliran Aiman.Masa masuk tu abah dia cakap ok je siap lompat naik atas katil tu lagi hehehhe. Lepas tu doktor inject kat 'anu' dia tu.Masa tu dia memang meraung sakan la.Tak bagi doktor pegang ke apa dah.Siap tepis tendang semua yang kat situ.Kalau tak salah kata abahnya dalam 4-6 orang yang pegang dia hehehehe.Setakat misi memang tak lepas.Ntah mana datangnya tenaga dia ntah.

Dan yang terakhir Hafiz( sepupu dia juga darjah 3) sangat cool.Tak bunyi sikit pun.Rileks je.Balik ke rumah dengan tenang!

Sampai ja rumah terus cari mama.Ngadu kat mama pedih sangat 'burung' dia tu.Yang si Irwan pula lari sampai ke dapu kemudian ke bilik.Alahai memang drama la time tu.Manakala si Hafiz dengan steady je terus ke tilam dan tidur.Sangat cool!

Tak sampai 5 minit kat rumah Aiman dan Irwan ni nak terkencing pula.Aduyai ni mesti drama lagi lepas ni.Memang seperti yang di duga depa dua orang ni meraung sakan la.Si Irwan siap tak mau keluar lagi nak duduk dalam bilik sorang-sorang siap keluarkan arahan jangan sapa-sapa kacau dia.Tu dia haih! hehehehe

Aiman pula asyik kata mama pedih, mama pujuk la dia,mama gosok la kepala, mama sayang abang tak, mama tu mama ni sampai mama terpaksa abaikan si kembar.Abah ambil alih si kembar manakala mama lepak dengan Aiman.

Aiman minta mainan abah pergi belikan.Dia nak pistol dan kereta.Bila pistol dia tangan dia kata sapa bising abang nak tembak dengan pistol ni ( tetamu tengah ramai) abah pula belikan pistol yang ada peluru tu.. alamak jenuh la mama pujuk jangan tembak orang. Kalau nak tembak sangat tembak cicak je.Adeh kebetulan cicak pulak takde hari tu.Kalau tidak ada je.Lastly mama bagi target pasu bunga mak nadak hehehehe.

Marah orang datang melawat tapi kalau orang hulur duit laju je dia sambar.Hehehhe sabar je lah ^_^

Malamnya abah usung bawa balik rumah tok ( tempat dorang kat rumah mk ndak, adik abah, belakang rumah tok) sebabnya aiman asyik mama.. mama.. dan mama.. tak boleh hilang di mata lansung. Bila malam ja aiman asyik merengek pedih nak tido pun tak boleh.Bila terlelap aiman akan kata mama pujuk la abang pedih ni.Bila mama gosok kepala aiman akan diam ^_^ sampaila berlarutan ke pagi. Mama juga yang tersengguk mengantuk ^_^

 tengok tu sampai bengkak mata dia asyik nangis.Siap bersungut tak mau khatan dah lepas ni hehehehe
 Nak fokus dekat pun tak boleh dia marah

 Dapat main diam la kejap... lepas tu bunyi balik :)
kereta tu peneman ketika sakit . Tak sempat pula saya ambil gambar ketika main pistol.Takut bdia tembak tetamu ^_^

Aiman bersunat menggunakan kaedah smartklamp nak tau info pasal ni sila baca kat SINI


Nanti kita sambung hari kedua pulak.. camner keadaan Aiman ^_^


Monday, November 12, 2012

Monday, November 12, 2012

Deepavali Hari Berkhatan

Assalamualaikum

Macam mana nak mula ye.Seteleh agak lama menyepi mula la hilang arah.Idea tak datang... Ok sebenarnya nak cerita Sempena Deepavali nanti Aiman akan berkhatan.Harapnya semua berjalan lancar.So far Aiman ok dan sangat tak sabar nak mengkhatankan diri ^_^

Cuma Dua tiga menjak ni dia kuat makan bila saya tanya kenapa dia jawab sebab nak cepat besar.Nanti dah besar senang la kerja doktor tu kekekeke.Macam-macam alasan.Harapnya bila sampai waktu takda la Aiman meraung bagai.

Untuk makluman Aiman baru je genap 6 tahun bulan september hari tu ^_^.Ramai juga yang bertanya kenapa awal sangat nak sunatkan Aiman. Sebenarnya Aiman ni kalau tahan kencing 'burung' dia akan membengkak.Jika membengkak tu susah sangat Aiman nak jalan.Terkangkang - kangkang jadinya.Kesian sangat bila tengok dia camtu.Jadi doktor suggest supaya di sunatkan untuk selesaikan masalah.Harapnya selepas bersunat Aiman akan kembali seperti sediakala.

Lagi satu Aiman ni mengidam kereta control jadinya kami mengumpan dia dengan kereta tu.Kalau dia tak nangis dan steady je abah akan hadiahkan kereta control tu dan dia boleh pilih sendiri macam mana yang dia nak ^_^.

Aiman akan dikhatankan bersama dua orang sepupu yang lain.Tapi dorang tu dah besar sikit  sorang darjah 3 dan sorang pula darjah dua.So dorang berdua tu takda kami risau sangat.Cuma risaukan yang si kecik tu ja.

Bagi mereka yang duduk area Alor Setar jemput la ke rumah ye.Selasa Aiman berkhatan kenduri kami akan adakan pada hari khamis sempena Maal Hijrah.

*** Mungkin saya akan senyap sunyi sampai hari sabtu atau ahad... maaf lewat berkunjung ke rumah kawan-kawan ye.


Thursday, November 8, 2012

Thursday, November 08, 2012

Mama Jangan Ngandung Lagi

Assalamualaikum

Kenapa tajuk camtu ek..hehehe ni sebenarnya request dari Aiman hhehehe
Dia kata mama jangan ngandung lagi dah tau
Saya tanya Aiman tak nak adik dah ke
Dia jawab tak mau dah
Hat dua ni pun dah tak larat
Mama pun letih nak jaga
Nak mandikan
Nak basuh tot..tot
Nak pujuk
Nak buat susu
Penat
Abang (Aiman) yang tengok ni pun penat
Nak nak nanti kalau mama ngandung
mama dapat kembar 3 pula lagi haru
Eh sapa cakap camtu
ada dengar orang cakap ke tanya saya
Aiman jawab takde la ma
Dulu masa abang 1
Lepas tu Iqbal 1
Lepas tu dapat 2 (haziq & Hazim)
Nanti kompom la dapat 3
Nanti pening la kepala kita
nak buat camna tu
kekekeke sampai ke situ pulak kamu ye
Dia pulak yang risau ngalahkan orang tua
hahahhaha

Jangan risau dear mama mmg dah tutup kilang ( tapi hanya abah dan kawan2 blog mama je yg tau (^_^)

*** tapi kalau kilang terbuka tak terdayalah ye.Terima seadanya ^_^