Sunday, July 8, 2012

Sunday, July 08, 2012

Majlis Bacaan Yaasin / Rekod Pelajar

Assalamualaikum

Semalam Sekolah Iqbal (Tadika Cahaya Terang Bistari) mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil. Semua waris (ibu sahaja) di jemput hadir.Alhamdulillah ramai ibu yang datang termasuk non muslim.Bacaan yaasin bermula seawal 9.30am dan majlis berakhir sekitar 12.00pm.

Semasa bacaan Yaasin Iqbal pun turut sama mengikut mama baca.hehhehehe konon2 di tau baca la @ mungkin selalu terdengar kat astro time hari khamis malam jumaat tu dan mungkin juga kadang terdengar mama baca makanya ada la sikit2 yang terkeluar dari mulut dia. Dan ibu2 lain pun tersenyum dan gosok kepala dia..

Then bila time selawat je... semua berdiri dan selawat ramai2.Si iqbal ni apalagi tanpa malu terus dia selawat dengan kuat sekali ala2 dia mengikut cikgu membaca kat sekolah tu. Bab2 selawat dan zikir ni memang dia terror sebab bila pukul 7 je kat rumah memang siaran Oasis je. So semua orang tersenyum tengok dia.Alahai sayang. Ada makan2 sikit lepas tu.Alahai Iqbal kalut je nak makan.Nak2 banyak pilihan kuih.. suka la sangat.

Bila sampai time jumpa cikgu je.Dia dah kat riba mama je. Allhamdulillah pencapaian Iqbal setakat ni memberansangkan.Dai juga merupakan pelajar paling aktif kat dalam kelas. Dan hasilnya Iqbal mendapat tempat pertama di dalam kelas tu untuk rakan yang seusia 4 tahun. Alhamdulillah memang tak sangka. Pada awalnya dulu hantar Iqbal ke situ cuma untuk bagi dia biasala dengan alam sekolah.Lagipun Iqbal belum mencapai 4 tahun. Bulan 11 nanti baru genap 4 tahun. Cuma komen cikgu Iqbal tak suka mewarna. Haru la sikit sebab dorang akan ada peraduan mewarna.

Syiela tak kisah sebab Iqbal baru lagi.So Syiela cuma katakan pada cikgu jangan terlalu paksa dia. Sebab takut nanti dia boring nak belajar.Apapun tahniah buat Iqbal.. moga terus menjadi anak yang cemerlang dan soleh buat mama dan abah ^_^. Luv u so much dear!!


*** takde sebarang gambar sebab semuanya tertinggal kat dalam kereta masa majlis bacaan yaasin tu. huhuhu.kalut mengilik surah yaasin dan sebotol air....
Sunday, July 08, 2012

Gambar: Di Sekitar Majlis Pernikahan Ella & Azhar Ghazali, Teluk Gadong

Assalamualaikum


Ella & Azhar Ghazali akan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum di’teruskan dengan majlis akad nikah yang akan di’jalankan oleh Tuan Haji Baharudin Hj Abu Bakar.

Alhamdulillah. Dengan hanya sekali lafaz, Ella sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali nilai dengan mas kahwin RM50,300. Tahniah buat kedua dua mereka!






*** cheq suka sangat Ella ni.. hehehe.. moga berbahagia hingga ke Firdausi ye Ella

Friday, July 6, 2012

Friday, July 06, 2012

Heliza buat umrah

Assalamualaikum

Suka sungguh Syiela dengan artis sorang ni Heliza Helmi.Wajah ayu sejuk mata memandang.Baru baru ni beliau menunaikan umrah.Jom kita tengok antara koleksi gambar beliau.
 suka gambar ni





*** moga syiela sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke sana nanti

sumber dari  

Thursday, July 5, 2012

Thursday, July 05, 2012

Fazura Pemenang Anugerah Stail Eh! 2011

Assalamualaikum

Semalam berlangsungnya Anugerah Stail EH 2012 anjuran majalah EH anjuran BluInc Media, diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang, jam 8 malam. Dibawakan oleh Sasa, anugerah tahunan ini dihoskan oleh Karl Shafek (pengacara Hip TV) dan Nabil Suria FM.

Penyanyi nombor satu negara turut memeriahkan Anugerah EH.
Antara penyampai anugerah ialah Juliana Evans, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Zain Saidin, pasangan bercinta Kamal Adli & Intan Ladyana, Shah Iskandar, Siti Saleha, Sari Yanti, Wan Sharmila, Aishah Sinclair, Iz Sulaini,
                    Pemenang anugerah EH            

Ramai juga artis yang buat persembahan. Antaranya, Shawn Lee, beatbox nombor satu Malaysia (nombor 8 di dunia), Dina Nadzir, Shila Amzah, Adira, Awi Rafael.

Ada 17 kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Stail EH 2012
  1. Pemenang Anugerah Pembaca Stail EH: Nik Nurain Nik Mohd Azizan.
  2. Pemenang Anugerah Selebriti Harapan Pilihan: Izara Aishah
  3. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Bentuk Badan Paling Cantik: Fouziah Gous
  4. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Bentuk Badan Paling Segak: Anding
  5. Pemenang Anugerah Jurusolek Selebriti Pilihan: Najeeb Azami
  6. Pemenang Anugerah Fesyen Selebriti Pilihan: Rizman Ruzaini
  7. Pemenang Anugerah Selebriti Mesra Peminat: Shila Amzah
  8. Pemenang Pasangan Selebriti Pilihan: Noh Hujan & Mizz Nina
  9. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Seksi: Rozita Che Wan
  10. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Seksi: Hans Isaac
  11. Pemenang Anugerah Selebriti Paling Fotogenik: Scha Alyahya
  12. Pemenang Anugerah Selebriti Pilihan Kulit Majalah: Fasha Sandha
  13. Pemenang Anugerah Model Pilihan Majalah: Tengku Azura
  14. Pemenang Anugerah Selebriti Serba Boleh: Aznil Hj Nawawi
  15. Pemenang Anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik: Dato’ Siti Nurhaliza
  16. Pemenang Anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya: Nur Fazura
  17. Pemenang Anugerah Selebriti Lelaki Paling Bergaya: Awal Ashaari
  18. Pemenang Anugerah Style EH! 2012 dimenangi oleh Nur Fazura. Congrats beb. U mmg layak utk gelaran teratas ini. #AnugerahEH
Antara selebriti yang Budiey lihat hadir di karpet merah ialah Rozita Che Wan, Dato’ Siti Nurhaliza, Nur Fazura, Sazzy Falak, Mizz Nina,

Banyak lagi gambar menarik kat sana jom tengok di budiey.com
Thursday, July 05, 2012

Cara menangani anak yang memberontak

Assalamualaikum

Anak yang  berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar diatas
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Bagaimana mengawal anak-anak 1-4 tahun yang suka menjerit-jerit.

Bila anak itu menjerit, datang kepadanya dan cakap berbisik. Jika dia ada anak patung atau toy kegemarannya yang dia sayang, anda boleh ambil dan lakunkan seperti puppet dan suruh puppet itu minta kepadanya agar dia tidak menjerit.

Jika ada ambil buku yang ada gambar telinga dan dengan puppet tadi biar puppet it menceritakan apa yang akan terjadi kepada telinga dia dan tekaknya jika dia terlalu suka menjerit.

Anak-anak kecil lebih mudah faham bila kita menggunakan karakter mainan mereka untuk mengajar mereka sesuatu.

Menjerit kembali kepadanya bukanlah jalan penyelesaiannya. Anda hanya menggalakkan dia untuk meneruskan perbuatannya itu. : )

sebagai panduan buat mereka dan saya yang mempunyai anak2 kecil.Sharing is Caring.Artikel ni saya dapat dari FB Prof Dr.Rozieta Shaary 

*** Kekadang budak besar dua kat rumah tu pun kena gak sedas dua.. huhuhu kena ubah cara dan ikut cara ni pulak
Thursday, July 05, 2012

Gelagat Kembar.. mereka menghampiri 9 bulan

Assalamualaikum

Lama tak mengexposed Dable H.hehehhe ni nak menonjolkan dorang pulak ^_^

Kini mereka menganjak ke 9 Bulan.Dah pandai gelak mengekek dah pandai b uat mimik muka hehhehehe
 Hazim (abah belikan baru hehehhe)
 Hazim memang selalu kat dalam ni
 mula la merayap merata
 Haziq pula selalunya kat bawah camni je. tak berapa nak suka naik walker.

Apapun alhamdulillah mereka sekarang sangat sihat dan cerdas.Makan pun kuat hehehhe pantang tengok kita makan dorang pun nak.Pernah satu hari tu Hazim ikut ke dapur nak makanan abang dia.Bila tak bagi di tarik2 baju mama ni sampaikan mama nak terjatuh.alahai sayang.Nanti gigi dah banyak kita makan makanan orang besar2 ye...