Wednesday, November 7, 2012
Tuesday, November 6, 2012
New
Assalamualaikum
Saya nak tunjuk hasil berblogging saya.Sejak dua menjak ni cukup murah rezeki saya.Syukur alhamdulillah.
Pertama sekali saya dapat keychain cantik dari Jemari Suri aka Si Mata Coklat Akak ni selalu bagi saguhati buat pengomen tegar dia.Tak caya cubalah berkawan dengan dia.Sure Best! saya dah dua kali dapat souviner dari dia tau!.. thanks ye akak JS.
Kemudian sampai pulak Kurier dari Alaisyah.ini hasil saya share dekat FB.200 peserta pertama yang share akan dapat trial pack dari A'laisyah. Tapi bila sampai di gantikan dengan gel Pengelupas.Apapun thanks A'laisyah saya sangat suka ^_^.
Tak lama lepas tu sampau pula bedak arab.Ini adalah hasil dari saya masuk contest world search puzzle dari blog Zati and Lappy. Wah lepas ni makin lawa la saya nampaknya :) Bedak ni dari hasil tajaan Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake. kalau berminat klik la link tu ye. Bedak ni lembut tau bila kita pakai terasa licin je kulit ni. Thanks ye Zati dan penaja ^_^
Terima kasih semua..moga kalian semua di murahkan rezeki dan moga bisness sediaada akan berkembang maju hendaknya ^_^
syiela
Tuesday, November 06, 2012
Top Komentator Oktober
New
Assalamualaikum
First time ni saya nak kasi sesuatu buat top komentator saya sebagai tanda terima kasih. Walau tak seberapa harapnya hubungan maya kita akan berkekalan hendaknya
Sayang sayang kat atas sila tinggalkan address kat komen ye.Jangan risau saya tak publish.Ada sedikit saguhati buat sayang sayang semua. Thanks ye sudi singgah dan komen kat sini.
Monday, November 5, 2012
New
Assalamualaikum
Sabtu lepas majlis konvo sekolah Iqbal. Memandangkan Iqbal baru 4 tahun makanya dia hanya buat persembahan saja. Jom tengok buah hati saya.Amat gagah perkasa tau ^_^ ada misai dan janggut sejemput lagi hehehhehe.Sungguh hensem dan sangat menawan kalbu!
Habis persembahan je terus lari kat mama ingatkan malu ke apa rupanya nak suruh mama ambilkan gambar kekekeke
Kuda yang sangat comel.Tuan dia lagi comel tau
Iqbal sorang je 4 tahun.Yang lain semuanya 5 dan 6 tahun.
Dia paling kecik dan mendapat perhatian orang ^_^
Budak-budak ni pun bagus.Tak larat nak gelak dengan gelagat dorang
Semua tetamu terhibur.Keras semua perut asyik gelakkan dorang ^_^
Ini je yang sempat saya ambil gambar.Sebenarnya banyak lagi persembahan dorang ^_^. Gambar ni pun ambil guna HP cap ayam je kekkekeke.
Sunday, November 4, 2012
syiela
Sunday, November 04, 2012
Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle
New
Assalamualaikum
Tahniah buat pasangan ini.Mereka selamat di ijabkabulkan di tepi tasik Hotel Flamingo.
suka tengok gambar-gambar dorang nampak bersahaja dan romantik.Moga berbahagia hendaknya ^_^
Sumber Gambar : Oh Bulan
























