Monday, July 4, 2011

Kurus wajah dengan cas elektrik

Bentuk wajah memberi tanggapan untuk keseluruhan bentuk badan. Walaupun seseorang itu berbadan besar namun jika tidak tembam pada bahagian pipi pasti impresi pertama akan melabelkan bahawa dia seorang yang kurus.Begitulah juga sebaliknya, seorang yang memiliki pipi yang tembam, padahal tubuh badannya kurus akan memberikan persepsi bahawa dia seorang yang bertubuh gempal..

Justeru tidak hairanlah bagi mereka yang memiliki tubuh badan yang besar, maknanya dengan lemak yang terzahir di segenap tubuh dan wajah pasti akan mencari alternatif untuk menampakkan kurus terutama di bahagian yang sering dilihat orang lain iaitu di bahagian muka.

Teknologi kecantikan dunia telah menghasilkan pelbagai peralatan yang terbukti berkesan untuk menangani masalah tersebut.

Tanpa perlu melakukan prosedur pembedahan yang ternyata mengundang pelbagai komplikasi, teknologi kecantikan kini menawarkan perkhidmatan yang selamat, mudah dan berkesan.

Sejak teknik ini diperkenalkan ramai yang mencubaSistem ini bergantung kepada peredaran cas-cas elektrik Galvanic yang bukan sahaja mengembalikan kesegaran diri tetapi menyediakan tenaga kepada kulit yang letih dan nampak suram.Dalam masa 10 minit, lemak, toksin akan dikeluarkan sekali gus menggalakkan peredaran darah, menghilangkan kedutan serta menyediakan perlindungan anti oksida.

P/S : syiela rasa tak perlu kot semua2 ni... 

9 comments:

  1. baik bersyukur dengan apa yang dah dianugerahkan... :)

    ReplyDelete
  2. yang penting ada muka,kalau takder muka lagi naya..cantik ker tak cantik kena terima seadanya..(pasrah jer bunyi..hihi) ^_^

    ReplyDelete
  3. tetiba je rasa nak diet... tak nak kena caj... terkezut nanti...

    ReplyDelete
  4. Betul..X perlulah semua tu kan..sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.. ^_^

    ReplyDelete
  5. erm.. sy pn rasa cm xperlu... bersyukur ngan apa yg sy ada skang ni ,Alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  6. adui orag nak kurus badan,muka pun nak kurus?haha mmg tak perlulah benda nie.obses cantik sgt klu sapayg buat enda nie..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^