Tuesday, July 31, 2012

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka

Assalamualaikum

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 




Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.


Sumber : berita harian

*** Kalau masih nak merokok juga tak tau lah nak cakap apa lagi

18 comments:

  1. memang dah terbukti rokok tu xde kebaikannya kan kak..

    ReplyDelete
  2. sharing is caring kan syiela..

    ReplyDelete
  3. nasib baik la husben tak merokok. info yg bagus ni.

    ReplyDelete
  4. keburukan bg kita..kesedapan bg mereka bg penghisap2 ni...
    klo asap tu diorang telan sekali x la membahayakan kita jg kannn

    ReplyDelete
  5. mmg betul but paayh nak cakap kat en hubby tu, buka je, minum pastu makan kuih sikit2 terus lah capai rokok.. cakap smpai kita naik angin satu badan

    ReplyDelete
  6. perokok tegar xkn peduli kesan bahaya ni kot....

    ReplyDelete
  7. bagus gak utk en. suami baca...sy setuju ngn kesuma angsana

    ReplyDelete
  8. fuh. tapi ada yg masih tak insaf lagi.
    nasib baik suami tak merokok.

    ReplyDelete
  9. saya tak suka betul ngan org yg merokok..nasib baik suami saya dah tak merokok...kalau tak...hihihi

    ReplyDelete
  10. rokok mmg bahaya tapi tetap nak hisap rokok jugak.. itu namanya mcm nak bunuh diri jugak la kan?

    p/s: terima kasih folow blog deno! :) deno pun dah folow sini... cantik sgt header blog ni.. hihik ^_^

    ReplyDelete
  11. ehem..bahaya menanti buat semua perokok..hu2x..mujur en.papa tak merokok..

    ReplyDelete
  12. bahaya tu..nasib husband wani xmerokok hihi

    ReplyDelete
  13. bahaya gak ni.. nasib hubby xmerokok..

    ReplyDelete
  14. nasib baik aku tak merokok...

    ReplyDelete
  15. ish..xsuka ngn llki merokok..alang2 dah puasa..truslah buang tabiat tu kan kak

    ReplyDelete
  16. shida pun xsuka perokok bau rokok dan sekutu dgn nya!!

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^