Bising sungguh Bazaar Ramadhan ni

Assalamualaikum

Minggu lepas aku melepaskan gian untuk mendapatkan kerabu kaki ayam dan somtam.Tempat yang selalu aku beli adalah kat Bazaar ramadhan area wisma Ria Sungai petani. Memang toplah kerabu dan somtam dia.Aku sangat suka. Dah bertahun tahun menjadi pelanggan setia kat situ.

Tapi tahun ni Bazaar ni ada kelainan sikit. Cecah masuk kaki ke Bazaar ni telinga dah di hidang dengan lagu lagu rancak.Adeh bingit telinga. Kalau la time puasa ni pasang zikir ke apap ke ok lah juga. Rupanya DJ di tempatkan di satu khemah untuk mempromosikan gerai gerai yang terdapat kat situ.

Terbaru aku ke sana lagi semalam.Alhamdulillah mungkin ada yang menegur atau mungkin DJ beralih arah.Di hidangkan pengunjung dengan lagu2 nasyid. Ok lah tu dari dangdut segala bagai kan. 

Macam macam la kan cara dorang nak promosi ni.Tapikan bagi aku tak perlu semua tu sebabnya Bazaar kat situ memang top. Tak promote pun orang mencurah curah datang. Kalau lewat sikit memang sesak sangat.Aku selalunya singgah lepas balik kerja.Kiranya jam 4 pun dah ramai.Cuba korang bayangkan pukul 6 nanti camner.

*** suka sangat dengan somtam dan kerabu kaki ayam (nanti saya cerita kemudian)

15 comments:

  1. Teringin nak rasa kerabu kaki ayam tu. Adehh! Sbnrnya teruja. Sy pnh g Langkawi. Pasar malam situ ada jual kerabu kaki ayam. Teruja tgk diorang ceraikan isi kaki ayam tu dari tulang. Kondisi yg tak terkoyak. Memang masih nmpk rupa kaki tu. Eh, faham tak? Haih! Bukan senang tu....

    ReplyDelete
  2. same la kak...
    kul 6 je sure bnyk bnda dah abis..hiks..

    ReplyDelete
  3. errmmm... senang maasak lauk telunjuk ni kan... hanya bawak duit je...

    ReplyDelete
  4. bazar tu buat kelainan sikit la tu kak hihihi

    ReplyDelete
  5. gerai somtam tu ada nama tak?,, gerai dia duk kat area mana yer..

    ReplyDelete
  6. ingtkan bising sbb org ramai

    rupenye lagu

    aishhh

    ReplyDelete
  7. org dtg nk cari juadah berbuka bkn dgr lagukan.hee
    somtam sedap ke?xpnh try lagi rasanya.

    ReplyDelete
  8. Kakak selalu abang yg beli. Sabtu/Ahad akak pergi sebab nak beli utk anak adalah..

    ReplyDelete
  9. huhu nsib baik ade org tgur..xde la bsing..
    done follow^^

    ReplyDelete
  10. alahai.. jauh sangat.. kalau tak, boleh terjah bazar ramadhan kat sana..

    ReplyDelete
  11. pasang lagu..yo la nama pun bazar ramadhan pasang la lagu2 zikir kan..

    ReplyDelete
  12. ehem..sejak on-off ni mama menunjuk je..hu2x..

    ReplyDelete
  13. jap lg nak ke sana..nafsu mkn kena jaga hehe

    ReplyDelete
  14. Mai datang bazaar ramadhan di ambangan height kawasan parking kereta. Terdapat roti John original Dgn hrga yg mudah..rm2..Memang sedap...

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE