Cabaran Berpuasa Hari Pertama dan Kedua

Assalamualaikum

 Orang dah lama bercerita aku baru nak bercerita.namun tetap juga nak tempek kat sini untuk kenangan kemudian nanti.

Hari pertama amatlah mencabar buat aku sebabnya hari tu jatuh hari cuti jadinya mesti 'berperang' dengan 4 orang askarku itu :)

Hari pertama
sahur

Sahur yang simple cuma ayam masak kicap dan ayam goreng serta air milo dan buah kurma. Alhamdulillah tak susah nak gerakkan Aiman bersahur.Elok sudah je sahur Dable H jaga huhuhuhu

Puasa

Seawal pukul 12.30 Aiman dah merengek dahaga dan keletihan. Namun kucuba pujuk juga.Dah pukul tiga aku tidurkan Dable H dengan aku2 sekali tertido keletihan.Then pukul empat je bangun Aiman bagitau tadi dah minum sikit mama.Minum sikit sangat.Alahai pasrah je la.Tapi aku tetap tak kasi makan juga sampai petang.Lembik jugak la si Aiman

Berbuka
Aku cuma masak nasi dan buat sambal ayam ye lain tak sempat dek rengekan Dable H.Bila berbuka dorang berdua pun sibuk juga nak berbuka.Tak sempat nak suap mulut kita asyik ke mulut dorang je.Padahal pukul 7.00 tadi dah kasi dorang makan kenyang2 dah.Alahai cabaran sungguh.Bagi dorang pegang sendiri di buangnya ke lantai.Nak juga kita suapkan.Sabar jelah

Hari Kedua

Aiman bersemangat dan bertenaga untuk puasa.Tak letih macam semalam ceria je.Namun tak tahan dek godaan Iqbal (memang kuat menggoda budak ni.ada saja nak di tayang makan kat abangnya)

Minum juga air sedikit ( soya jagung kalau tak salah) walau sedikit tapi mama :( namun sampai ke petang aku tahan supaya tidak makan dan minum :)

Agak keletihan menguruskan rumah dan juga anak2. si kembar dah pandai merayap.Hazim dah pandai memanjat adei pening kepala.

Malam
Semalam adalah malam paling mancabar buat kami. pukul 10 si kembar tu masih bermain sedangkan abang2nya dah hanyut di buai mimpi. Tetiba dengar orang sebelah balik.Kata dekat en.Ad ha tu dorang baru balik berniaga kat bazar ramadhan agaknya. Dan kemudian dengar dorang memanggil nama.Walau agak keberatan tetap juga buka pintu rupanya rezeki di malam hari.Lauk pauk yang di jual sebagai bekalan sahur nanti. 

Simpan je lauk tu aku terus masuk bilik kemudian Hazim start menangis.menagis seseungguh hati. menjerit jerit.sapu minyak kat perut, kat betis dan tapak kaki kot2 kembung masih macam tu juga.Kemudian di bawa keluar dari bilik terus dia diam.Bila masuk bilik menangis meraung.Camtulah keadaannya sampai pukul 1.00 pagi.Alahai letih la kami. Semua ayat di baca dan di hembus kat ubun2 Hazim.En. Ad siap surah2 yang ada kat phone lagi. Akhirnya tidur juga kepenatan

Sahur

Akhirnya time ni tak teramat letih tak boleh nak celik mata sebabnya semalam Hazim tido tapi tak lelap.Hasilnya kami cuma minum air milo dan buah kurma sebagai penguat tenaga :)

*** moga di permudahkan urusan di hari hari mendatang :)

9 comments:

  1. ciannya Hazim.. hope ayah n ibu nya kuat dah tabah... sememangnya bulan ini bulan ujian bg kita semua...

    ReplyDelete
  2. weee..dapnye duk umah akk..
    nak sahur je g umah akk la t..hiks..

    ppsstt:xjeles pon..same la..adik pon blk kul 4 jgk.. :p

    ReplyDelete
  3. Kesian. Mcm2 dugaan ya... saya anak sorang pun susah juga kdg tu, lg kan ramai.

    ReplyDelete
  4. tu la dugaan ibu yg ada anak kecik ka time pose ni..mcm2..

    ReplyDelete
  5. kuat jugak dugaan awal2 ramadhan ni ye.. Saya terbayang la mcm mana la keadaan saya nanti agak2 mampu ke saya handle kalau mcm tu... sis memang terbaiklah!!!

    pasti ada janji Allah utk sis. =)

    ReplyDelete
  6. fuhhhh... kalau aku la... boleh kurus cam ni...

    ReplyDelete
  7. memang cabaran kan...tapi syiela sabar sungguh kan orangnnya..

    ReplyDelete
  8. Siannya Syiela dgn anak2 kecik meragam,tp sabar ajelah amanah Allah.

    ReplyDelete
  9. dugaan dan cabaran sungguh...xper la kak sabar jer k...nak buat mcm mn

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE