Thursday, July 19, 2012

Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum

Ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Kesatuan hati dan niat tulus Ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan tak kira kaya atau miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa dapat menimbulkan keinsafan dan kasih mengasihi sesama umat.

Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang  selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.


Ehsan Doodle
Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan setelah berpenat lelah selama setahun sekaligus beberapa penyakit dalam tubuh badan dapat di atasi.

Puasa itu di sifatkan sebagai separuh daripada kesabaran.Orang yang berpuasa akan lebih di sayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa dosa kecil

Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana di anjurkan ibadah solat teraih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan bagi membantu muslim yang lain khususnya mereka yang daif

Di riwayatkan dari sebuah hadis" Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan daripada Allah dan diampunkan dosa dosa yang lalu"

Ketibaan  Ramadhan juga menandakan terbukanya pintu pintu syurga dan tertutupnya pintu pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman

Terdapat malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.


*** selamat menyambut Ramadhan.. pohon maaf andai terkasar bahasa dan terkasar komen di blog kawan ye ***

25 comments:

  1. moga ramadan kali ini lebih baik dari ramadan2 sebelum ini!

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut ramadhan Al-mubaarak dgn penuh kesungguhan... =)

    ReplyDelete
  3. tq share...selamat menyambut ramadhan :)

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ramadhan pd Syiela dan family.

    ReplyDelete
  5. banyak kelebihan bulan ramadhan...semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yg mulia ni...selamat menyambut ramadhan akak :)

    ReplyDelete
  6. Nice info n Tq for sharing.
    Selamat menyambut Ramadhan Syiela.

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa..

    makneng follow sini
    jom follow makneng

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa ye dear. tahun ni lagi sekali berpuasa tanpa suami. tapi apa pun moga ibadah kita diterimaNYA.

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan..semoga ramadhan ini memberi seribu makna bua kita..insyaAllah

    ReplyDelete
  10. salam Syiela.Selamat menyambut bulan Ramdhan & berpuasa ya.Jgn lupa sahur nanti :D
    Sama2lah kita menghayati ramadhan yg penuh keberkatan ini.

    ReplyDelete
  11. amin..selamat berpuasa kak syiela ;)

    ReplyDelete
  12. selamat menyambut Ramadhan untuk sis.. ^__^

    ReplyDelete
  13. selamat berpuasa syiela..

    cer terjah sini..nama syiela ada tu

    http://duniakushida.blogspot.com/2012/07/happy-2nd-anniversary-dunia-sebenar.html

    ReplyDelete
  14. selmat berpuasa kak...klik2 iklan akak heheh

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa sahabatku... =)

    ReplyDelete
  16. salam ramadhan al-mubarak..moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnye...

    ReplyDelete
  17. selamat mnjalani ibadah puasa....

    ReplyDelete
  18. semoga kita sama2 mendapat manfaat darinya..

    selamat berpuasa :-)

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^