Khasiat belimbing dan Jus belimbing besi

Assalamualaikum


Banyak kebaikan belimbing ni antaranya

1. Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.

2. Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.

3. Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.

4. Selain itu, ia membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.

 Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.

1. Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.

2.Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam.

3. Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.

4. Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.

5. Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.

6.Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.

 *** Banyak betul kegunaannya.Kalau dekat kampung dulu buahnya hanya di makan dan kadang kadang buat basuh ikan sungai aje

19 comments:

  1. byk betul khasiatnya..jarang makan sbb susah nk dapat kat sini..

    ReplyDelete
  2. hohoho banyak betul khasiatnya...

    ReplyDelete
  3. memang berkhasiat tapi dah kurang dlm pasaran.

    ReplyDelete
  4. shida suka gak mkn buah ni..tp skg mcm kat tempat shida mcm ssh lak nk jumpa buah ni xrau kpe..dah lama kot xmkn huhuh..~

    ReplyDelete
  5. buah ni last makan waktu kecik2 dulu,bayangkan lama tak makan...dulu boleh makan selalu ada pokoknya...main petik je..rupanya banyak khasiat ye..

    ReplyDelete
  6. banyak juga khasiatnyer kan...puteri suka makan cincah garam..hehe

    ReplyDelete
  7. lama betul dni tak makan belimbing :D terliur pulak

    ReplyDelete
  8. kat sini agak susah nak dpt buah belimbing... anak2 izan pelik kalau tgk... buah bintang katanya sbb mmg jarang sgt dpt beli n makan.

    ReplyDelete
  9. dulu2 suka wat jus belimbing ni minum masa cuaca panas.. besh sgt2

    ReplyDelete
  10. Susah dah nk cari pokok belimbing. Banyak khasiatnya kan

    ReplyDelete
  11. saya terigt sesorg yg suke sgt minum air belimbing ni ^^

    ReplyDelete
  12. lamanya wani xmakan belimbing....sedap pulak banyak gak khasiatnya :)

    ReplyDelete
  13. thanks syiela share info ni.. :)

    ReplyDelete
  14. Waktu pregnant kak Nurul suka mkn buah belimbing nie,skrg jarang dah mkn.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE