Peyakit Batu Karang / En. Ad dah sembuh

Assalamualaikum

Entry yang lepas lepas saya ada cerita yang En. Ad menanggung kesakitan yang amat akibat ada baru karang kat bahagia buah pinggang (luar). Bila pergi Scan ada sebiji batu besar dan 4 biji batu kecil (tersangat kecil,doktor cakap yang ni minum aor banyak akan keluar sendiri).

Nak dijadikan cerita pengasuh lama Iqbal bagitau ada satu bomoh @ perubatan islam @ sebagainya di Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani dapat mengeluarkan batu secara batin.So kami decide nak  ke sana untuk mencuba.Paginya Syiela kerja, janji dengan En. Ad pukul dua nanti Syiela balik dan bawa dia ke sana.

Tapi ada hal pulak kat opis.Pukul dua baru nak bertolak dari opis.Taim tu la baru nak beli nyiur muda aka kelapa muda, sireh pinang.nyioq muda memang senang nak dapat tapi sireh jenuh mencari la.Kebetulan hari tu semua Kedai habis di jual.Puas memusing kot pekan Sungai Petani ni.Dah la naik motor.Memang berpanas terik la.Dapat je semua barang yang di hajati terus balik ke rumah.

Sampai je ke rumah punya terkejut tengok kereta dah takde.Memang cuak sangat.Bila telefon En. Ad dia cakap dia dah pergi dulu sorang sorang. Ya Allah taim tu tak tau nak cakap apa memang terkedu gila la.

Sambil menunggu kat rumah sambil menonton TV tapi semuanya memang tak masuk kepala dok ingat En. Ad je.Bila dengar keta je kepala terjenguk keluar.Dalam 3.30PM En. Ad sampai.Taim tu muka dia memang pucat lesi.DIa cakap sakit.Hah saya punya la haru. Sambil salin baju En. Ad cakap jom pi hospital tak tahan dah ni.Sakit...

Masa tu memang tak tau nak buat apa. Saya cuma pujuk dia suh rehat kejap.Minum air penawar yang di bagi.Then makan sireh pinang tu.Kalau tak lega juga dalam masa sejam dua ni kita ke hospital.Mungkin tu tindak balas dia kot saya kata.En. Ad pun diam.Saya ni cuma mampu gosok je la tempat yang sakit tu.

Dalam sejam camtu EN. Ad dah boleh cakap.Dia kata dah ok sikit.Kemudian dia suruh saya pergi ambil barang barang yang di bawa balik.Rupa rupanya kat dalam tu juga di bagi balik batu yang di bawa keluar tadi.Ada la sebesar lada hitam(terlupa nak ambil gambar,harap korang dapat bayangkan.. cuma warnanya agak kejernihan).Yang lain dia tak dapat keluarkan sebab terlalu kecil.Dia boleh keluarkan  yang besar besar je.Pastu bila di belek badan En. Ad tempat yang betul betul di keluarkan batu tu macam ada calar sikit.En. Ad cakap pedih macam luka.menyengat je kat situ.Then sampai ke malam tengok keadaan En. Ad makin pulih cuma belah malamnya dia mengadu pedih kat tempat keluar batu tu.

Esoknya pergi scan kat klinik.tengok alhamdulillah tinggal yang kecil2 je empat biji.Doktor sarankan minum air je bagi banyak.InsyaAllah lega.Dalam 2-3 hari juga En. Ad kepedihan kemudian alhamdulillah lega terus sampai ke hari ni.

Jika sesiapa terkena penakit ni dan tengah mencari untuk berubat cara kampung saya sertakan no telefon tuan  yang berubat ni.Dia di kenali sebagai Pak Long Batu Karang 019 540 8009.Sekadar membantu rakan rakan juga.Tapi perlu telefon dulu sebelum ke rumah dia.Dan lagi satu dia pesan jangan datang taim solat.Sebab dia berubat untuk membantu orang.Jadi dia harap orang juga dapat membantu dia dalam mengumpul dana akhirat.Contohnya kalau nak maghrib datang terus lepas isyak.Jadi ada masa panjang kat situ.(tetiba je promote pak long ni pulak)

*** Kita hanya berusaha Allah yang menentukan.Jika menjadi InsyaAllah sembuh dengan IzinNYA.Terima kasih atas doa kawan kawan hari tu ^_^.Syukur alhamdulillah dah kembali sihat seperti biasa


41 comments:

  1. pakcik wani hari tu pun kena batu karang n try perubatan islam alhamdulillah skang ni dh lega...batu karang ni klu kena mmg sakit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gaya tu mmg sakit sangat... kalau teruk siap ngan muntah2 lagi

      Delete
  2. alhmdulillah kan.. tak salah pun mencubakan dear.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Hope suami akk beransur pulih. Selalunye perubatan cara kg ni ok kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya camtu la.. dia prefer cara kampung lagi

      Delete
  4. ALhamdulilah.. semoga beransur2 pulih :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...dah kembali sihat..semoga sentiasa diberikan kesihatan yg berpanjangan...

    ReplyDelete
  6. Ayah sy dulu pon selalu masuk hospital sebab batu karang ni...

    ye lah kita hanya berusaha, Segala2nya Tuhan yang tentukan.. mungkin dengan cara ini Tuhan berikan jalan untuk kita lakukan...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah sembuh.. adik dni kena peringkat awal, dia wat laser operation kat husm. alhamdulillah dah sembuh sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. moga dia adik dni juga di berikan kesihatan yg baik berpanjangan

      Delete
  8. wah..kesian kat suami syiela menanggung sakit yg amat sgt ye..kak fieda tak dapat nk bayangkan sakit yg mcmna ye pada pesakit batu karang ni..alhamdulillah dh sembuh..kaka fieda klik2 berus gigi dan great eastern life

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak fieda.. saya nak cerita tahap kesakitan pun tak tau.. tapi tengok dia mmg sakit giler la

      Delete
  9. syukur alhamdulillah dah sembuh..ehem hb mama pun pernag terkena..dia takut jumpa doktor..padahal setiap bulan kePPUM bawa mama..hu2x..dia pun ubat tradisional juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu camtula kan mama.. kalau kita diusungnya ke hospital tapi kalau kena kat dorang hmmmmmmm

      Delete
  10. Alhamdulillah. harap yg kecil2 tu pun hilang lepas ni. Jauh juga kalau nak pergi. Ayah mertua saya ada batu karang. besar duit 20 sen. Dah berumur jd doktor pun tak berani nak guna laser. nak cuba juga bawa dia guna perubatan tradisional. Kalau kecil pun dah sakit mcmana agaknya dgn bapa mertua saya tu.. kesian pula. skrg dia tak sakit.. ada masa2 je terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau besar duit 20 sen sure sangat sakit.. ini sebesar lada hitam pun dah meringkuk kesakitan

      Delete
  11. Moga en.Ad sntiasa sihat. Lps ni kena jaga kesihatan amalkn cara hidup sihat.

    ReplyDelete
  12. Moga en Ad cepat sembuh... kesian dekat syiela yang kerisauan...

    Saya dulu pun pernah kena batu karang dkt hempedu... dah buang hempedu dah pun tahun lepas... sakitnya hanya Allah yang tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya orang yg biasa kena je tau tahap kesakitan dia kan

      Delete
  13. Ok juga Pak Long tu dapat keluarkan yg besar,kalau nak operate atau pakai laser lagilah sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan.. nasib jumpa paklong ni

      Delete
  14. alhamdulillah...sakitnya dh berkurangan...
    follower ke 978

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.Allah adalah sebaik-baik penyembuh...kita hanya mampu usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kita hanya berusaha Allah yg menentukan

      Delete
  16. Kat Melaka nie pun ada seorang yg pandai ubat batu karang nie kat area Gangsa,dulu hubby Kak Nurul pun selalu pegi situ,tp xleh nak sembuh sepenuhnya sbb batu karang tu dlm buah pinggang.Selain tu petua nak suruh batu karang tu klr rajin2lah minum air carrot putih yg diblender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak nurul.. petua juga ni.. boleh suh En. Ad amalkan

      Delete
  17. terima kasih semua atas doa yang tak putus2 dari kalian.Moga Allah melimpahi rahmat atas kalian semua...

    ReplyDelete
  18. thanks ye shida.. syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. boleh tolong bagi tau kat area mana umah pak long ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandar Puteri Jaya... saya pun x pasti sangat kawasan dia..sebab saya tak ikut serta...maaf

      Delete
  20. boleh tolong bagi tau kat area mana umah pak long ni?

    ReplyDelete
  21. boleh tolong bagi tau kat area mana umah pak long ni?

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE