Daging Masak Hitam Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum

Lama tak share cerita peribadi kat blog.Asyik asyik promote produk aje hihi.Ok nak cerita pasal semalam.Syiela masak daging masak hitam (resepi asal bonda syiela)

kita tengok gambar dulu.tak sempat nak hias dah masuk waktu :)


pakai henset cap ayam je amik gambar ni :)

nampak je hodoh tapi sangat membuka selera.nak nak time puasa ni

ok cara ai masak yang sangat simple.Ye la balik keja baru nak masak.kena cepat cepat kang tak sempat.

Cara simple syiela

cili kering,bawang merah,bawang besar dan bawang putih di blend ( stok mmg sentiasa ada di dalam peti)
bunga lawang
kulit kayu manis
Halia sebesar ibu jari (ketuk)

Panaskan minyak dan tumis semua bahan diatas masukkan halia,kicap dan daging serta air yang secukupnya untuk daging lembut.Bila masak masukkan sedikit garam,gula dan aji (jika suka)

dah boleh terus angkat.Syiela masak guna periuk goreng ajaib untuk menjimatkan masa.


tahap api yang syiela gunakan


Lebih kurang 45 minit siap untuk di makan.Mudahkan main campak2 je tapi ye ya amat ;)

Ok ni RESEPI ASAL BONDA SYIELA

1 kg daging
halia sebesar ibu jari kaki
4 bj bawang besar
3 bj bawang merah
3 biji bawang putih
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
kacang tanah di goreng dan di blend halus
air asam jawa (jika suka)
kicap pekat


bahan kisar
cili kering (goreng dengan sedikit minyak sehingga naik merah)
halia sebesar ibu jari kaki
4 bj bawang besar
3 bj bawang merah
3 biji bawang putih

CARA
panaskan minyak.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.Masukkan bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga dan daging serta air.

Masukkan kacang tanah.air asam dan perasakan dengan garam,sedikit gula dan aji jika suka.Bila kuah agak kering tutup api dan hidangkan.Hiaskan dengan daun bawang.

Suka sungguh En.F dan anak anak menjamu selera.Hilang penat memasak bila sekelip mata pinggan licin :)


SELAMAT MENCUBA...













9 comments:

  1. abaikan rupa janji rasanya sedap..

    ReplyDelete
  2. dya pun suke msk kicap2.daging+ayam..nyum2.pembuka selera di bulan puasa nih :)

    ReplyDelete
  3. kfieda suke sgt lauk ni..dlu guna rempah yg izan jual tu..skrg buat manual je la

    ReplyDelete
  4. Menu sahur MJ pagi tadi..
    Senang dan cepat ;D

    ReplyDelete
  5. sedap ni..boleh jadi inspirasi buat menu berbuka

    ReplyDelete
  6. Yummy..
    Daging masak kicap mmg all time feveret

    Artikel terkini...Harga Set Bersalin Shaklee

    ReplyDelete
  7. nak tanye skit,,, bile kicap pekat nk perlu di masukkan???

    ReplyDelete
  8. masukkan kicap lepas bahan yg di tumis dah naik bau

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE