Tips Make Up Untuk Si Hitam Manis

Assalamualaikum

Hari ni syiela nak bagi sedikit tips untuk mereka mereka yang berkulit hitam manis.


Kelihatan cantik dan menarik sepanjang masa merupakan impian setiap gadis di luar sana. Sudah tentu selain pemilihan pakaian yang bersesuaian, teknik Make Up yang betul juga membantu untuk menyempurnakan rupa paras seseorang itu. Bagi anda yang berkulit cerah mungkin tidak mempunyai masalah dalam mengenakan sebarang solekan serta mencuba warna-warna pembayang mata dan gincu yang terang. Namun, jika anda mempunyai kulit muka yang agak gelap, pemilihan warna dan jenis solekan yang sesuai haruslah dititikberatkan.


Lihat sahaja selebriti-selebriti antarabangsa seperti Tyra Banks dan Beyoncé yang sentiasa tampil cantik dan menyerlah walaupun berkulit gelap. Tidak lupa juga selebriti tanah air kita seperti Nurul dan Dayang Nurfaizah.

Jadi, untuk entri kali ini.. Jom kita lihat senarai perkara yang perlu dititikberatkan untuk anda yang berkulit gelap apabila ingin mengenakan make up;
  • Pilih foundation yang berasaskan air dan bedak asas yang berwarna hampir sama dengan kulit muka.
  • Elak daripada memilih pembayang mata yang berwarna terang. Sebaliknya, pilihlah warna-warna pastel atau earth color.
  • Begitu juga dengan pemilihan lipstick. Jangan gunakan lipstick yang berwarna suram atau nude color.
  • Untuk pemerah pipi atau blusher, pastikan anda memilih warna yang tidak terlalu terang.


Mudah bukan? Apa yang paling penting, bijak memilih warna yang bersesuaian dengan kulit anda dan pastikan ia tidak terlalu kontra. Teknik solekan yang heavy dan tidak bersesuaian pastinya mencacatkan lagi penampilan anda. Untuk barisan produk kosmetik yang terbaik dengan pilihan warna-warna yang bersesuaian, luangkan masa anda dengan melayari laman web ZALORA Malaysia hari ini juga. ZALORA menyediakan lambakkan produk kecantikan tempatan dan antarabangsa yang terbaik untuk anda!

4 comments:

  1. saya ni tak la gelap...tp x reti mekap2..hihi

    ReplyDelete
  2. thanks ya, isi artikelnya keren.
    bisa bantu untuk menyelesaikan tugas saya..
    oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki muslimah selutut grosir..
    Trims :)

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE