Sunday, December 18, 2011

Pengalaman lahirkan Kembar

Assalamualaikum...

Sampai je hospital..nurse cek semua tekanan darah la.. berat.. pastu suruh syiela tanggalkan segala barang kemas..aik musykil ni awat nak buang barang kemas pulak.Dia cakap xper puan buang dulu ye... syiela pun ikut je.. buang semua serah kat hubby.. then hubby cakap awat dah nak bersalin ka.. syiela cakap la belum lagi.. dah nurse suruh buang ikut je la.. hah lega ingat nak bersalin dah.. 

Bila masuk masuk doktor dah datang dia nak cek urine.. lepas cek urine je dia tanya ada rasa sakit ka.. syiela cakap tak pun tapi cam terasa bukaan. pastu doktor cek bukaan tengok2 dah 4cm.. apalagi kalut la.. scan lagi sekali tengok keadaan baby.. still lagi menyongsang.. so decide untuk ceazer untuk elakkan dari sakit dua kali... 
Bila cakap je nak czer apalagi..nurse pun kalut.. bermula la episod cucuk menyucuk.. mulanya masukkan drip kat tangan ..pastu cucuk kat punggung untuk paru2 baby sebab baby pramatang (35week) expected mcm2 prob.. dan pelbagai lagi cucukan lepas tu.. layan je la.. tak larat nak tahan sakit dah...

Then salin baju pakai baju dorang baru panggil hubby serahkan semua baju syiela (nurse yang serahkan). punya la kalut my hubby... terkejut la tengok dah ready semua.. tinggal dia nak sign dan tolak ke wad bedah ja... sepanjang masa ke sana tu terasa macam salah sorang pesakit kritikal sangat... ditolaknya bukan main laju lagi katil tu... kalut semacam ja.. pastu ubah katil pun di tarik cepat.. ada kot 3 kali ubah katil sebelum sampai wad bedah tu... 

sampai ja kat wad bedah tu nampak dah ada satu keluarga menunggu kat luar.syiela agak syiela yang ke-2 la.. bila melepasi wad pintu pertama ja dorang cakap.syiela dulu. urgently! so syiela la yang di tolak ke dalam  dulu. 

Masuk je situ dorang suruh syiela peluk bantal sebab nak bius tulang belakang.Risau ni sebab c-zer dalam keadaan sedar.Lepas bius je dorang tanya ada rasa tak.Syiela cakap la tak.Bila cakap tak dulu mula la dengar bunyi mesin.. iskh ngeri!! terasa badan goyang2.Ada doktor kat kepala.. dorang tukang ajak syiela sembang tak nak bagi syiela tido.Masa tu sejuk bukan main sampai mengeletar satu badan.Bila dah mengeletar teruk sangat dorang bagi syiela pegang btol air panas.iskh takde kesan pun still megeletar jugak.Then dengar suara baby.lega rasa ringan pinggang.Pastu syiela cakap la kat doktor japgi nak tengok baby boleh.dia cakap ok puan nanti kita tunjuk ye.. sekarang nak kuarkan 2nd twin ye.. pastu dia tanya anak yang atas lelaki ke perempuan.syiela cakap dua2 lelaki.

Tiba2 je dah tak dengar suara baby.Eh dah ke mana baby ni.Syiela tanya doktor baby saya mana.. doktor cakap dorang dah di tolak keluar dulu.puan jangan risau takde apa2 tu.cuma nak keluarkan dorang dulu sementara nak siapkan puan ni.. iskah mula dah tak sedap hati... dah la tak bagi tengok jantina baby. Siap je..syiela di tolak keluar.di situ syiela di bagi macam vakum untuk panaskan badan.Ada la dalam setengah jam kat situ tapi still sejuk juga.bila cukup masa ja. dorang cakap ok puan kita bertolak ke wad ye.. syiela lega dah lepas ni boleh rehat.tapi sakit akibat di belah tu dah terasa.ngilunya tuhan je yang tahu. 

Bila di tolak keluar dari pintu bilik bedah ja syiela mula tercari2 muka hubby tak sabar nak tau keadaan baby... tapi tak nampak pulak batang hidung.so assume dia ada sekali ngan baby.. Frust betul time tu.. tapi yang peliknya keluarga tadi (yang menunggu sebelum syiela masuk bilik bedah) ikut syiela.heran ni.. bila masuk lift dorang pun masuk sama.tapi syiela andaikan dorang nak ke tempat lain la. Bila naik lift syiela cakap nurse nanti tolong bgtau huby saya ye,saya ada kat wad mana.nurse buat muka pelik.Pastu tanya puan sedar ke tak ni.hish.. awat pulak ni... syiela cakap sedar la.pastu syiela dengar dorang cakap.. dia tak recovered lagi tu.. ai nak kena ni...  ingat syiela tak faham ka... Pastu syiela ulang sekali lagi..  then salah sorang nurse tadi cakap.. puan tu kan suami puan.. yang tu pulak mak puan.. eh! bukan la.. tu suami orang lain.dorang ingat syiela tak sedar lagi.iskh haru ni.. yang dua orang tadi tu still lagi dok ikut.

Last2 nurse tanya lelaki tu. Encik mai tengok isteri cik ni sat.Dia pun mai dekat.Pastu boleh pulak kata.La silap orang la... ingatkan isteri saya tadi.Bukan dia yang kedua ka.Awat dia keluar dulu.ha kan dah kata silap.Syiela sihat la.. hehehehe nurse dah termalu.. sambil minta maaf dia dia col hubby bgtau syiela kat mna :)



***NANTIKAN SAKITNYA C-ZER DAN KENAPA TWIN SYIELA DI TOLAK KELUAR AWAL .. HEHEHEHE BERSIRI2 PULAK! ***

15 comments:

  1. aiyakkk..boleh silap daaaaaa... Kpah pun masa anak ke 3..kena c-zer kecemasan mcm tu lah..kalut mcm apa ntah..baby yg dah 10 bulan lebih dlm perut tiba2 nyongsang..pastu dah nak keluar pulak dah..last2 c-zer kat kecemasan..

    ReplyDelete
  2. errr... nasib baik aku ,"mengandung" tak payah beranak...

    ReplyDelete
  3. salam syiela..mama pernah dibius & jadi mamai..he2x..sian syiela kena bius separuh sedar..memang sakitkan..mama pulak dibius sepenuhnya..hu2x..syukur alhamdulillah segala2nya selamat..

    ReplyDelete
  4. ngeri jugak ek...eh buat fobia saya pulak nih

    ReplyDelete
  5. camne nurse blh silap nie dan hubby org tu pun main ikut je x tgk betul2 dulu....

    ReplyDelete
  6. abah jenuh bergusti lengang dgn wife masa melahirkan anak..hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam kenal Syiela... seronok kakak baca N3 ini tapi suspen sebab tak sabar nak tahu. Tak apa dah follow boleh baca next N3

    ReplyDelete
  8. wakakaka lawak tul nes tu
    dok kalut sn sini bb pun dah kuo x sedo nok...cepat sggh depa wat keje...

    rs seram bila separuh sedar ms nak bersalin tu eh syiela...

    bb hang pramatang tuh depa cepat2 bw kuo msok dlm kotak inkubotor kot nok

    ReplyDelete
  9. aduhhh,baca ni jer dh ngeri rasa..adoyaiiiii

    ReplyDelete
  10. ha..ha.. tengah kecemasan pun boleh berlaku insiden melucukan. nasib baik sedar

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^