Wednesday, December 28, 2011
Friday, December 23, 2011
Dugaan # Part 2
Assalamualaikum....
Masuk je wad mula la doktor melawat.Bermula dengan doktor biasa,kemudian doktor pakar. Doktor bagitau yang Hazim cuma perlu ambil antibiotik dan nab sahaja manakala Haziq perlu ambil antibiotik + nab + oksigen sebab kuman dah merebak.MeKami ditempatkan di bilik berasingan untuk mengelakkan dari double H di jangkiti dengan penyakit2 lain.Jadi kami di tempatkan di wad ni....
semua yang terserempak dengan kami mesti tanya baby sakit apa :) |
Bila sampai turn nak ambil Haziq je macam tak nak kasi je.Kang sakit lagi.Syiela siap pesan kat doktor.Kalau boleh cucuk sekali ja ye.Kesian dorang.Alhamdulillah haziq cuma sekali je dan nangis pun taklah seteruk Hazim.Mungkin Haziq abang kot...
4 jam sekali nurse akan datang untuk masukkan antibiotik serta nab.Masa masukkan antibiotik tu menangis2 dorang berdua.Terpaksa la syiela dgn hubby pujuk pulak.Sampaikan pada satu tahap dorang dengar tray yang selalu nurse tolak masuk ke bilik tu bunyi dorang dah nagis.Dah tau sangat mesti akan sakit lepas ni.
Hari ke 2 di wad doktor cakap rasanya Haziq ada problem skit.Tapi doktor belum mention apa benda.Lepas tu mula la berpusu2 doktor datang. Syiela ngan hubby pun heran.bila ditanya dorang cakap tak connfirm lagi.tapi kami detect Haziq ada masalah jantung. Ya Allah masa tu tuhan ja yang tahu.Terdiam kami berdua.Doktor dan doktor pakar datang bersilih ganti.kami diam tak terkutik tepi bilik. Petangnya doktor cakap memang confirm ada masalah jantung dan start petang ni Haziq perlu ambil satu lagi ubat tambahan untuk jantung dia.Sedih...pilu... sayu.. memang tak terkata hanya airmata peneman kami waktu tu.Appointment di buat esoknya untuk diketahui masalah sebenar.
15.10.11 Hubby dengan Hazim ke Hospital Penang untuk buat echo.syiela tak ikut sebab jaga Hazim kat wad.Bila syiela request nak ikut doktor tak bagi.Katanya either one saja.(Mungkin dorang takut kami tukar baby kot). Semasa hubby ke sana syiela kat sini macam kucing nak beranak ke sana tak kena,ke sini pun tak kena.Makan pun tak kenyang.Last2 nak hilangkan perasaan yang bukan2 ni syiela pergi mandi.Nak di jadikan cerita syiela mandi air sejuk (jiwa tengah kacau). keluar ja dari bilik air mula dah mengeletar.Dengan aircond yang kuat.Badan dah seram sejuk.Last2 petang tu syiela demam.
Hubby sampai dengan Haziq dalam pukul 6pm. Tak sabar syiela nak ta result.Katanya Haziq ok.cuma ada satu lubang yang teramat kecil kat jantung Haziq dan selalunya kes macam ni baby dapat recover sendiri.Doktor bagi appointment bulan 9 next year untuk di buat imbasan sekali lagi. Syukur alhamdulillah moga Haziq dapat recover cepat.
Lepas tu Double H dapat rawatan seperti biasa.setiap 6 jam pula Double H akan di beri antibiotik dan nab.Hazim discharge 17.10.11 dan Haziq pada keesokan harinya.Tapi yang sedihnya walau discharge batuk & flu dorang still tak lega.Dorang di bekalkan antibiotik untuk di makan selama 4 hari.Sampai la ke hari ni bunyi kat hidung dorang still ada.
Syiela ada beli 3 jenis pam untuk sedut hingus tapi semuanya tak berjaya.Sedut guna mulut pun dah.(tak kena cara ke? sebab hingus tak keluar pun).
Antara koleksi Double H semasa kat wad yang sempat syiela snap..
Haziq |
Haziq |
Hazim |
Balut kuat2 dengan selimut hospital |
Abah sedang bagi nab kat Haziq |
Haziq makin sihat |
Hazim manja dgn abah |
Antara yang syiela dah buat kat double H ni
1. Letak kunyit kat hidung ( asah kunyit campur dengan skit minyak dan sapu kat hidung)
2. syiela minum scott emulsion, oren sunkist supaya baby dapat sama kebaikannya
3. selalu sapau minyak yuyi kat dada,belakang dan tapak kai.Dan yang berbekas kat tangan syiela lalukan kat hidung double H.
Tapi sampai kini double H dah 2bulan 1/2 still ada bunyi krok..krok kat hidung
*** terima kasih buat kawan2 yang sudi bagi petua untuk 2H. Syiela amat hargainya ***
Thursday, December 22, 2011
DUGAAN BERMULA.... 1st
Assalamualaikum...
Sampai kampung terasa ringan beban.. ramai yang menjaga.masing2 cewi bak kata orang kedah.Almaklumlah 1st twin dalam family.Pakat dok riba la.Sat orang nu pegang sat orang ni pegang.Rezeki twin pun alhamdulillah melimpah2.
Setiap hari twin di bawa ke klinik kesihatan untuk cek jaundice.Hari demi hari makin meningkat. Orang petua letakkan aloe vera kat dahi.kami buat.Tiap2 hari mandi dengan daun kucai kadang ada juga mandi dengan mandian singsei cina.Apa je orang petua kami akan buat.Tapi at the end Haziq kena warded juga. Sehari ja Haziq kat sana (HSB, Hospital Sultanah Bahiyah) Haziq dah discharge.Alhamdulillah tapi bila sampai rumah buka pampers tengok semua dah melecet.Teruk sangat.Kecian dia mesti sakit sangat.
Dua hari lepas tu still lagi kena ke klinik.Walaupun dah discharge tapi still lagi kena follow up kat klinik. Bila cek je keputusan tak memihak pada kami. Makin naik pulak walaupun tak tinggi.Akhirnya hari ke 16 Double H (Haziq & Hazim) direfer doktor sebab jaundice ni kalau melebihi 14 hari bahaya bagi baby. Bila jumpa doktor je terus doktor nak refer pakar.Tapi Double H memang ada appointment pakar kat hospital sp (HSAH) pada 30/10/11. So ikut date tu jelah.
Pada hari appoinment tu jaundice still ada.Jadi doktor suggest amik darah untuk nak tau keputusan lanjut.samada dorang bermasalah atau tak. Masa nak ambil darah tu.Kesian la yang teramat.Menagis meraung double H.Bukan Double H je nangis syiela pun nangis jugak.Tak kisah dah orang pandang ke apa ke. Selepas ambil darah kena datang lagi 14/11/2011 untuk tau keputusan darah.Balik haritu memang syiela susah hati.Macam2 pikir.
14/11/2011 Kami berempat (syiela.hubby dengan Double H) ke hospital.Dalam hati berdoa la sangat agar result nanti ok.Bila sampai turn doktor cakap result ok.Syukur sangat.Alhamdulillah,tapi nampak macam keadaan double H tak sihat.Memang masa tu Double H kena Flu.Baru 2 hari je.Ada batuk2 skit.Doktor suggest tuk buat x-ray.Syiela ikut je.Bila dapat keputusan x-ray alangkah terkejutnya sebab Double H dah terkena jangkitan kuman. Jadi kena warded dengan serta merta.Alangkah sayunya hati. Kesian Double H mesti sakit lagi lepas ni kena cucuk.
Kelam kabut kami. mana taknya.Kami ke sana sehelai sepinggang.jadinya lepas dah tetap wad abah bergegas balik ambil barang keperluan.
Kita sambung nanti yea... Jom tengaok Double H masa kat kampung :)
**** SAMPAI SEKARANG DOUBLE H STILL ADA BUNYI KAT HIDUNG TAPI HINGUS TAK MELELEH JUST BUNYI KROK KROK.. PASTU TENGAH MALAM MERAGAM SEBAB SUSAH NAK MINUM SUSU. ADA SESAPA ADA PETUA NAK HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT NI TAK? UBAT DAH BERBOTOL2.. BERULANG KE PAED PUN DAH SELALU TAPI STILL CAMTU GAK ***
Kita sambung nanti yea... Jom tengaok Double H masa kat kampung :)
Haziq.. kalau tak salah.. kat dahi tu aloe vera |
sebelum cukur rambut |
baik je tido |
haziq..1st twin |
Hazim 2nd twin |
Both of them |
Hazim with aloe vera :) |
**** SAMPAI SEKARANG DOUBLE H STILL ADA BUNYI KAT HIDUNG TAPI HINGUS TAK MELELEH JUST BUNYI KROK KROK.. PASTU TENGAH MALAM MERAGAM SEBAB SUSAH NAK MINUM SUSU. ADA SESAPA ADA PETUA NAK HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT NI TAK? UBAT DAH BERBOTOL2.. BERULANG KE PAED PUN DAH SELALU TAPI STILL CAMTU GAK ***
Tuesday, December 20, 2011
SAKITNYA CAESAREAN + BABY DI NICU
Assalamualaikum...
Sampai je kat wad sakit dah menyucuk-nyucuk.Tersangatla sakit.Nurse ada bagitau 1-10 tahap kesakitan. 1 paling ringan dan paling sakit 10. So syiela cakap kalu ada 11 syiela akan cakap 11.sakit sangat2 dah. Pastu minta ubat tahan sakit dorang cakap kena tunggu lagi 6 jam. Adoi sakitnya.
Hati tak sabar nak tunggu pukul 6 sebab nak tepon kak syiela kat kampung nak marah2. Dia dulu pernah c-zer jugak tapi dia dengan yakinnya cakap tak sakit langsung.Geram ni apsal syiela sakit sangat sangat dan sangat. On time je syiela terus col. kak pun kelam kabut la sebab selalunya pagi2 buta ni emergency col je. Bila dengar je suara dia bagi salam terus syiela nangis. cakap camni ha.Hang tipu aku .. hang cakap tak sakit... tipu aku sakit sangat.. sangat dan sangat ni... kak punya la gelabah angkat fon ke terus kena terjah. Bila syiela cakap dah bersalin pun twin tu kak pun turut nangis. La cian kat hang... awat sakit pulak.Aku dulu tak sakit pun.Pulak!
Tido pun tak berbantal selama 6 jam sebab katanya takut muntah. Lepas 6 jam baru nurse datang letak bantal bawah kepala.Lega skit then masukkan ubat serta cucuk kat paha. Adoi sakit gila sampai lebam2 paha tu.
Petangnya dia datang lawat.Siap bawa moi (bubur nasi) dengan ikan kering.Makan pun bersuap memang syiela tak bangun la.sakit sangat. Nak sembang ngan dorang pun takdak hati.Kepala asyik layan sakit ja.Pastu risau lagi kenapa baby takdak lagi.Sedangkan katil lain yang di c-zer baby ada je dgn dorang.Bila tanya hubby dia cakap dah pegi tengok baby jgn risau sebab dorang tolong jagakan.Syiela ust rehat kat sni.Syiela fikir maybe sbb twin dorang tolong jagakan la.Kalau tidak jenuh la jugak.
Malamnya tiub kencing dah tak berfungsi so nurse decide nak buang.Nak tak nak lepas ni syiela kena bangun ke toilet.Erk Bangun... sakit lagi ni camna nak bangun.Bila terasa nak ke toilet je sakitnya tuhan je yang tahu.meleleh2 air mata. terbongkok-bongkok berjalan.Sakitnya tuhan je yang tahu.
Esoknya hari ke-2 baby still kat bawah jagaan dorang. Hati mula tak sedap.Tanya hubby dia cakap ok.Jangan risau.Fokus kat diri sendiri dulu.cepat sihat nanti boleh jaga twin.Dalam hati dah terfikir ni semua ayat penyedap hati je ni.
Kebetulan ada jiran yang kerja nurse kat situ datang melawat.Dan dia pun baru berkesempatan melawat.Syiela tanya la keadaan anak syiela.Dia cakap yang 1st tu nmpak ok.dan dia dah cucuk BCG but yang 2nd tu nampak cam ada problem skit.Dua2 ada kat NICU.Syiela tanya la NICU tu apa.tak pernah tau pun.Dia bgtau yang NICU ni tempat yang di khaskan untuk baby2 yang bermasalah sikit.Ya Allah time tu tak tertanggung rasanya.Hati dah mula gundah gulana.Hubby pulak trun beli makan.Tak sabar tunggu hubby sampai nak tanya.
Bila sampai je syiela tanya takkan makan lama sangat.Dia cakap singgah tengok baby jap tu yang lama.syiela jom bawa ma tengok baby.Hari ni masuk hari kedua tapi muka baby tak tengok lagi camne(dengan nada mengada2).Hubby berkeras suruh rehat.Syiela pulak berkeras jugak nak pi tengok.Last2 dia bawa jugak syiela ke sana.Alamgkah sedihnya tengok Hazim(2nd twin).GAMBARNYA KAT SINI YE.. time tu jugak syiela nagis2. Pastu hubby cakap tu la orang cakap tak mau dengar.Orang suruh rehat dulu..Tau dah kalau bawa camni la jadinya.Sabar ya...
Then doktor datang terangkan condition.Sebenarnya dua2 twin ada jangkitan kuman dan masalah pernafasan (mmg expected sbb prem). Haziq ok tapi hazim mmg perlukan bantuan oksigen.Sedih sangat tengok dorang kat situ. Sayu sangat.Kalaulah tempat dorang dapat syiela ganti mesti dorang tak lalui semua ni.Mesti sakit sangat.sebab syiela tengok kat tapak kaki pun banyak bekas jarum.then kat mulut ada tiub tuk masukkan susu sebab daya hisapan tak kuat.sedih ... hanya mampu berdoa dan berdoa agar anak mama kuat.
Setiap hari syiela akan jadi pengunjung setia kat situ.Diri yang sakit memang syiela tak kisah sangat janji dapat tengok anak depan mata. Yang hazim pula kat wad sebelah.dia dah bebas dari segala wayar tapi still di bawah pengawasan. Selama 5 hari dorang kat sana.Bila nurse bagitau yang baby dah sihat.Boleh keluar wad tapi kena dibawah pengawasan parents.Syukur alhamdulillah.Janji boleh balik.
Then doktor datang terangkan condition.Sebenarnya dua2 twin ada jangkitan kuman dan masalah pernafasan (mmg expected sbb prem). Haziq ok tapi hazim mmg perlukan bantuan oksigen.Sedih sangat tengok dorang kat situ. Sayu sangat.Kalaulah tempat dorang dapat syiela ganti mesti dorang tak lalui semua ni.Mesti sakit sangat.sebab syiela tengok kat tapak kaki pun banyak bekas jarum.then kat mulut ada tiub tuk masukkan susu sebab daya hisapan tak kuat.sedih ... hanya mampu berdoa dan berdoa agar anak mama kuat.
Setiap hari syiela akan jadi pengunjung setia kat situ.Diri yang sakit memang syiela tak kisah sangat janji dapat tengok anak depan mata. Yang hazim pula kat wad sebelah.dia dah bebas dari segala wayar tapi still di bawah pengawasan. Selama 5 hari dorang kat sana.Bila nurse bagitau yang baby dah sihat.Boleh keluar wad tapi kena dibawah pengawasan parents.Syukur alhamdulillah.Janji boleh balik.
Bila balik rumah.Twin ni baik sangat tido je keja ja. senang nak jaga.Then decide ngan hubby nak balik kampung sbb kat sana bidan ramai ( my mum,sis & ++ ada) so dapatkan rileks sikit.
*** NANTIKAN TWIN DI KAMPUNG SERTA JAUNDICE ***
Sunday, December 18, 2011
Pengalaman lahirkan Kembar
Assalamualaikum...
Sampai je hospital..nurse cek semua tekanan darah la.. berat.. pastu suruh syiela tanggalkan segala barang kemas..aik musykil ni awat nak buang barang kemas pulak.Dia cakap xper puan buang dulu ye... syiela pun ikut je.. buang semua serah kat hubby.. then hubby cakap awat dah nak bersalin ka.. syiela cakap la belum lagi.. dah nurse suruh buang ikut je la.. hah lega ingat nak bersalin dah..
Bila masuk masuk doktor dah datang dia nak cek urine.. lepas cek urine je dia tanya ada rasa sakit ka.. syiela cakap tak pun tapi cam terasa bukaan. pastu doktor cek bukaan tengok2 dah 4cm.. apalagi kalut la.. scan lagi sekali tengok keadaan baby.. still lagi menyongsang.. so decide untuk ceazer untuk elakkan dari sakit dua kali...
Bila cakap je nak czer apalagi..nurse pun kalut.. bermula la episod cucuk menyucuk.. mulanya masukkan drip kat tangan ..pastu cucuk kat punggung untuk paru2 baby sebab baby pramatang (35week) expected mcm2 prob.. dan pelbagai lagi cucukan lepas tu.. layan je la.. tak larat nak tahan sakit dah...
Then salin baju pakai baju dorang baru panggil hubby serahkan semua baju syiela (nurse yang serahkan). punya la kalut my hubby... terkejut la tengok dah ready semua.. tinggal dia nak sign dan tolak ke wad bedah ja... sepanjang masa ke sana tu terasa macam salah sorang pesakit kritikal sangat... ditolaknya bukan main laju lagi katil tu... kalut semacam ja.. pastu ubah katil pun di tarik cepat.. ada kot 3 kali ubah katil sebelum sampai wad bedah tu...
sampai ja kat wad bedah tu nampak dah ada satu keluarga menunggu kat luar.syiela agak syiela yang ke-2 la.. bila melepasi wad pintu pertama ja dorang cakap.syiela dulu. urgently! so syiela la yang di tolak ke dalam dulu.
Masuk je situ dorang suruh syiela peluk bantal sebab nak bius tulang belakang.Risau ni sebab c-zer dalam keadaan sedar.Lepas bius je dorang tanya ada rasa tak.Syiela cakap la tak.Bila cakap tak dulu mula la dengar bunyi mesin.. iskh ngeri!! terasa badan goyang2.Ada doktor kat kepala.. dorang tukang ajak syiela sembang tak nak bagi syiela tido.Masa tu sejuk bukan main sampai mengeletar satu badan.Bila dah mengeletar teruk sangat dorang bagi syiela pegang btol air panas.iskh takde kesan pun still megeletar jugak.Then dengar suara baby.lega rasa ringan pinggang.Pastu syiela cakap la kat doktor japgi nak tengok baby boleh.dia cakap ok puan nanti kita tunjuk ye.. sekarang nak kuarkan 2nd twin ye.. pastu dia tanya anak yang atas lelaki ke perempuan.syiela cakap dua2 lelaki.
Tiba2 je dah tak dengar suara baby.Eh dah ke mana baby ni.Syiela tanya doktor baby saya mana.. doktor cakap dorang dah di tolak keluar dulu.puan jangan risau takde apa2 tu.cuma nak keluarkan dorang dulu sementara nak siapkan puan ni.. iskah mula dah tak sedap hati... dah la tak bagi tengok jantina baby. Siap je..syiela di tolak keluar.di situ syiela di bagi macam vakum untuk panaskan badan.Ada la dalam setengah jam kat situ tapi still sejuk juga.bila cukup masa ja. dorang cakap ok puan kita bertolak ke wad ye.. syiela lega dah lepas ni boleh rehat.tapi sakit akibat di belah tu dah terasa.ngilunya tuhan je yang tahu.
Bila di tolak keluar dari pintu bilik bedah ja syiela mula tercari2 muka hubby tak sabar nak tau keadaan baby... tapi tak nampak pulak batang hidung.so assume dia ada sekali ngan baby.. Frust betul time tu.. tapi yang peliknya keluarga tadi (yang menunggu sebelum syiela masuk bilik bedah) ikut syiela.heran ni.. bila masuk lift dorang pun masuk sama.tapi syiela andaikan dorang nak ke tempat lain la. Bila naik lift syiela cakap nurse nanti tolong bgtau huby saya ye,saya ada kat wad mana.nurse buat muka pelik.Pastu tanya puan sedar ke tak ni.hish.. awat pulak ni... syiela cakap sedar la.pastu syiela dengar dorang cakap.. dia tak recovered lagi tu.. ai nak kena ni... ingat syiela tak faham ka... Pastu syiela ulang sekali lagi.. then salah sorang nurse tadi cakap.. puan tu kan suami puan.. yang tu pulak mak puan.. eh! bukan la.. tu suami orang lain.dorang ingat syiela tak sedar lagi.iskh haru ni.. yang dua orang tadi tu still lagi dok ikut.
Last2 nurse tanya lelaki tu. Encik mai tengok isteri cik ni sat.Dia pun mai dekat.Pastu boleh pulak kata.La silap orang la... ingatkan isteri saya tadi.Bukan dia yang kedua ka.Awat dia keluar dulu.ha kan dah kata silap.Syiela sihat la.. hehehehe nurse dah termalu.. sambil minta maaf dia dia col hubby bgtau syiela kat mna :)
***NANTIKAN SAKITNYA C-ZER DAN KENAPA TWIN SYIELA DI TOLAK KELUAR AWAL .. HEHEHEHE BERSIRI2 PULAK! ***
Wednesday, December 14, 2011
Sehari sebelum lahirkan kembar
Assalamualaikum
Baru kini otak dapat meluahkan sedikit serita tentang kembaq ni bak kata si AFZAL Boboiboy jugak. Redha jelah dik ye..
Alkisahnya begini (imbas kenangan tu) Jumaat 7hb Okt Syiela kerja macam biasa tapi hati gundah gulana.Entah apa la nk di risaukan. Tengahari syiela col en.hubby suh balik sedangkan masa tu en.hubby ada latihan kat Perak tapi alhamdulillah bila dia cakap petang ni bertolak balik.
Petangnya bila kat rumah syiela letih sangat.Lepas zohor terus lelap.Bila jaga dah masuk asar.nak bangun dari katil je dah ada cecair meleleh kat kaki.hah risau bangat ni.ni mesti tanda2 nak bersalin walaupun sebelum ni tak penah ada tanda sebegini. Col lagi en.hubby bgtau.Dia cakap ha sabaq sat dalam perjalanan.Dah ada kat Bukit Merah ni.Syiela cakap takpa.Hati2 drive tak kalut sangat pun bukan sakit..
En.hubby sampai dalam pukul 8.30pm tanya nak ke hospital terus ke.Syiela cakap takpelah rehat dulu tengok camna nanti.lagipun turun air je bukan nak bersalin lagi.just worried kot air ketuban tak cukup je nanti.so pukul 10pm kami lelap le.Pukul 12.00am syiela teejaga.Bangun dari tido je banyak cecair yang keluar.So gerak en.hubby ke hospital.En.hubby ada gak tanya dah nak bersalin ke.Syiela cakap tak le just nak scan air ketuban je bukan pe takut nanti air ketuban kurang nanti baby boleh lemas.so kami berdua bertolak ke hspital tinggalkan Aiman & Iqbal yang nyenyak di buai mimpi....... bersambung (ahaks ala2 drama jek )
Tuesday, December 13, 2011
Bangganya bila Kak Pah k-Poh ( Dj Gomo FM) review blog ni
Assalamualaikum...
Hari ni syiela curi masa skit jenguk2 blog... wah super terkejut syiela bila blog ni di review oleh kak Pah.... Macam nak melompat pun ada.. hehehehe...Sebenarnya syiela baru tau yang kak Pah ni DJ kat Gomo FM.Almaklumlah sibuk ngan twins.. Blog pun dah bersawang..
Buat Kak Pah.. thanks a lot.. moga Kak Pah terus Success di GomoFM.Nak dengar GOMOGM Kilik Sini
Bagi Mereka yang aktifmenulis cerpen juga boleh hantar cerpen untuk dibaca oleh Kak Pah di GOMOFM..
Boleh juga ke Blog Kak Pah
Apapun terima kasih sekali lagi buat Kak Pah... Syiela doakan moga Kak Pah terus Success :)
Sunday, December 11, 2011
Kembali untuk berblogging
Assalamualaikum
Lama tak menjenguk dah bersawang nampaknya.otak pun beku dari mana nak bermula cerita.jari makin mengeras, nak menaip pun terkial-kial.Hehehehe tunggu ye nanti syiela update tentang twins.Sibuk sangat.Thanks semua buat kawan2 yang wish hari tu.
Tak sangka my twins keluar terlalu cepat sebulan awal dari jangkaan.so my twins under prem.Banyak dugaan yang terpaksa di lalui menyebabkan syiela tak berpeluang nak berblogging.Harap semua dapat bersabar(macam la ramai yang menunggu).
Dengan kelahiran twin ni juga.kami(syiela dan hubby) makin kuat dalam mengharungi cabaran hidup.Moga kami terus tabah mengharungi segala dugaan yang mendatang... Sekali lagi terima kasih atas ucap selamat dari kawan2 semua.
Dengan kelahiran twin ni juga.kami(syiela dan hubby) makin kuat dalam mengharungi cabaran hidup.Moga kami terus tabah mengharungi segala dugaan yang mendatang... Sekali lagi terima kasih atas ucap selamat dari kawan2 semua.
Tuesday, October 4, 2011
Malang tak Berbau
Assalamualaikum
Pagi tadi dalam perjalanan ke opis terkejut tengok satu kemalangan yang syiela rasa sungguh dasyat.Empat biji kereta terbabit dalam kemalangan tersebut.Tapi yang ngerinya,satu proton iswara telah terbang ke atas bumbung waja.Ala2 cam tengok drama pulak. Waja tu usah di kata la.Mmg remuk gila la. Macam mana la keadaan pemandu waja tersebut sebab proton tu landing betul2 bahagian depan kereta tu.Iskh.. ngeri.. tak sanggup nak jenguk tengok dengan lebih lanjut.
Dalam dok rsa ngeri tu sempat jugak snap gambar ngan hp yang tak berapa canggih ni.Tapi ntah apa ke halnya pulak tak boleh nk upload.So tak dapat la nak bagi gambaran yang sebenar.. sori ye korang.. layan cerita je la
So buat semua.Time hujan2 ni jangan la laju2 sangat. Jalan tu licin.Ingat yang tersayang ye!
Sunday, October 2, 2011
Melahirkan Secara Caesarean.. Sakit ke
Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah jiran depan rumah dah selamat melahirkan baby boy.. Pada mulanya husband dia yang nak sambut sendiri baby tu.Tapi bila bukaan sampai 4cm still dok camtu gak sampai 10jam.So nak elakkan dari kejadian yang tak diingini terpaksalah c-zer.
Jadi husband dia agak frustlah sebab tak dapat nak sambut sendiri baby yang ni.Apapun bersyukur sebab kedua2nya selamat.
Syiela pulak yang gementar bila dapat tau jiran ni dah bersalin.Awal 2 minggu tu. Iskh... ketaq ni.. macam syiela ni lagi la.10hb ni nak g jumpa doktor pakar untuk tetapkan tarikh nak serah diri (c-zer) sebab keadaan baby yang satu lg tu songsang.
Syiela juga tengah search camna penjagaan bersalin c-zer ni.Sesapa ada pengalaman bagi la petua.Sebab ada dengar cerita kalau c-zer nitak boleh berbengkung la.Mcm2 lagi la.So sesapa yang ada pengalaman c-zer tu kongsi- la yer segala petua penjagaan sepanjang berpantang :)
Lagi satu sakit ke. Maksud syiela lepas habis ubat bius tu.Ngeri pulak bila memikirkannya.
Friday, September 30, 2011
Happy Besday Aiman # 5
Assalamualaikum..
Hari ni besday Aiman yang ke 5.Tak sangka cepat masa berlalu.Dulu kecik2 kuat menangis.nak ke mana pun susah.Kalau pergi berjalan @ balik kampung ke bukak ja pintu kereta dia tengok suasana lain terus menangis mcm kena sampuk.Keadaan berlarutan sampailah dia dekat 2 tahun.
kalau ke tempat kenduri pun camtulah keadaan dia.menangis sampai tak ingat dunia.Samapaikan orang tanya 'anak sapa la ni,teruk sangat nangis'.Hish bikin malu je kalau pegi jalan2. Pernah juga kenduri kat rumah mertua.Bila time orang ramai dia start la menagis.Sampaikan kami terpaksa menumpang kat rumah jiran sehingga selesai kenduri.
Tapi bila dah besar.Alhamdulillah,senang nak menjaga Aiman ni. Walau baru berumur 5 tahun.Tak susah nak kejut dia bangun pagi.Goyang badan skit je dia buka mata dan terus senyum,Tanya kenapa.Kalau hari sekolah syiela cakap pergi mandi nak ke sekolah. Dengan sendirinya dia bangun pergi mandi, sabun dan gosok gigi.Tak perlu nak tunggu depan pintu bilik air @ bising2.
Nak ke sekolah pun syiela tak perlu siapkan.Dia pandai uruskan diri sendiri.Syiela just duduk atas sofa sambil tengok tv memantau jela Aiman bersiap.Kasut sekolah pun syiela biarkan Aiman basuh sendiri.So far tengok dia basuh bersih so biarkan jela. Lagipun dia ni jenis pembersih lagi tak putih selagi tu dia akan tonyoh beru.
Alhamdulillah setakat ni tak susah nak membesarkan dia. Aiman ni spesis ringan tulang serta mendengar kata.Cuma kadang kadang je buat perangai.Itupun bila berdua dengan adik.Kalau sorang mmg terlalu baik.Syukur alhamdulillah.
Walau penat semalam mama tetap penuhi permintaan Aiman nak makan paus siakap sweet sour.Heehehe main campak2 je... itupun aiman cakap sedap sampai menjilat jari.
Buat Aiman..
Selamat Hari lahir
Moga terus menjadi anak yang baik buat mama dan abah.
Mama dan abah sentiasa berdoa agar aiman menjadi anak yang soleh.
Moga terus menjadi permata yang bersinar :)
***Syukur sangat bila semalam Aiman berjaya habiskan Ikraq dua.Tak sia2 abah hantar mengaji malam2.
Thursday, September 29, 2011
Nak cakap dengan siapa ni
Assalamualaikum
Satu hari keadaan di office syiela
A: Helo! Account Department please
B : Nak cakap dengan sapa ye
A : Itu Ella ada
B : Oh.. dia masuk lewat skit..after lunch you call balik
A : ok takpa.. takpa...tanya sikit a.. Ella dengan Ila tu sama ka?
B : Ya sama.. kami kat office panggil Ila
A : thanks ha... itu kasi i cakap dengan itu syiela
B : itu orang yang sama jugak la
A : oh yaka tak pa la kalau camtu kasi i cakap dengan wati
B : aiiyo! itu orang yang sama jugak la
A : oh ya ka.. sori.. sori.. itu lain orang account department punya.. itu Ros ada
B : itu pun orang yang sama.. kenapa you asingkan2 nama dia... letak fone sambil geleng2 kepala...
*** agak2 korang apa nama penuh syiela ;)
Tuesday, September 27, 2011
Alhamdulillah...rezeki berganda ganda
Assalamualaikum
Semalam syiela dan kawan opis ke rumah terbuka.Wah meriahnya majlis.Banyak betul makanan.Memang makan sampai kenyang la.Tak sedar masa berlalu.sampai kat opis je masing-masing kejut sebab tengok keta bos elok je parking kat bawah. Alamak bos dah masuk la.
Bila nak melangkah masuk opis je tengok jam dah pukul 3.30pm.Alamak lagi la kecut.hehehhe... sebab syiela kat tingkat atas terus je berdesup ke atas.hahahahha.
Tapi lepas tu nak kena ngadap ada cek supplier yang nak kena sign.. iskh... risau gak ni.. kang rimau mengaum camne nak buat.
Bila ke bawah je nak jumpa bos tetiba dia cakap lapar la.kita order pizza nak.. hish bikin suspen je ingat nak perli kami tadi.Then tetiba je mmg dia order pizza untuk kami makan beramai2. Walau dah kenyang tapi bab makan boleh aje masuk lagi... nak2 sup dia.syiela paling sukalah.. :)
** thanks bos :)
Friday, September 23, 2011
Kerja Menipu!
Assalamualaikum...
Baru2 ni syiela pergi kat pasaraya ni.Barang nak di cari cuma sedikit.Bila sampai turn bayar syiela keluarkan duit RM50 padahal beli tak sampai RM10 pun.Tapi cashier tu tak cakap apa la pulak.Lepas dia pulangkan duit tergerak di hati nak kira duit tu.Sebelum ni tak pernah nak kira..dapat balance je terus masuk dalam dompet dan terus jalan.
Lepas belek2 syiela perasan macam kurang..Aik syiela silap kira ke.So kira sekali lagi.Rupanya mmg si cashier tu yang salah bagi.So cakap kat si cashier tadi.Dik balance tak cukup le.Dia cakap kejap ye kak.Then dia buka dia punya tempat simpan duit tu.Ntah apa nama dia. Kemudian dia hulur RM10 kat syiela.Aik mana dia tau syiela tak cukup RM10.Tak cakap lgpun tak cukup berapa.Baru cakap baki tak cukup je.Bila toleh je sekali lagi.Dia dah blah dari tempat cashier tu.Ke mana ntah.
*** Korang pernah alami tak keadaan camni?
Wednesday, September 21, 2011
Sunday, September 18, 2011
Ziarah Sempena Cuti 1 Malaysia
Assalamualaikum...
Jumaat sempena hari Malaysia syiela dapat jemputan ke rumah my SIL.Dorang buat besday.SO dari SP terjah la ke Bukit Mertajam.Kat Sna sorang buat mee rebus. Alahai nk makan ke tak.Kalau makan kang di serang asthma pulak memandangkan syiela tak berapa sihat lg ni.
Iqbal pulak alahai semua benda nak di makannya.Banyak sungguh si kecik ni mkan.tambah pula dengan air bergelas2.Pastu berlari.Dalam dok aktif tu tiba2 termuntah la pulak si Iqbal ni.Keadaan jadi kelam kabut la skit memandangkan jemputan mula datang.Iskh Iqbal.. Iqbal...
Tapi demi menjaga hati tuan rumah syiela jamah la skit.Tu pun dorang bising sebab makan sikit sangat.Syiela senyum je.Kemudian kami terus ke Penang.Hospital Pantai Ziarah my salah sorang lagi SIL. Minor operation.Kesian tengok dia. susah nak gerak. Kat situ pun kejap je coz iqbal amat la lasak.Siap menjenguk org lain lg.Risau patient lg terganggu dek keletah Iqbal so kami decide untuk bertolak balik.
*** kenapa mood ke laut sejak dua menjak ni.. badan pun terasa amatlah letih ***
Thursday, September 15, 2011
Oh Bakal Twin
Assalamualaikum..
Minggu ni syiela ke hospital.Seperti biasa untuk rutin check up.Alhamdulillah kedua2 twin ikut progress dari semua segi.Berat dan tumbesaran mmg mengikut jadual.Cuma satu je yang still tak ok baby still duduk tak betul.So doktor bagi tarikh 10.10 ni tuk check up lg sekali.
Monday, September 12, 2011
Iqbal oh Iqbal
Assalamualaikum
Sabtu baru ni mr hubby ajak syiela pergi kenduri tapi memandangkan syiela tak sihat so decide tak nak ikut. Jadi hubby bawa Aiman saja. Kalau bawa Iqbal sekali nanti mau haru biru pulak.So Iqbal tinggal dengan syiela.
Hubby pun ok je.Dia dengan Aiman masuk keta.Tapi Iqbal terus ke bilik.Ai majuk ke.Selalunya dia tak merajuk.Meraung je nak ikut. Pelik ni.So bila hubby bertolak syiela dah siap kuncikan pintu mula la mencari si Iqbal.
Bila jumpa je terkejut Syiela.Bukan sedikit tapi terkejut gila.Patut la dok diam rupanya ada kerja.Dia panjat almari capai gunting dan gunting rambut sendiri.Adoi buruk la rupanya. Gini ha
Pastu bila kita tunjukkan rambut yang dia potong kt cermin siap nangis lagi rambut dia takde siap cakap lepas ni dah tak boleh buat rambut pacak.. hahahha.. Iqbal.. Iqbal
Jadi nak elokkan balik terpaksalah bawa ke kedai gunting dan potong rapat.Pakai no.1.Hehehehe meraung dia tak nak rambut botak. Malam tu sampai ngigau nagis tak nak potong rambut...
*** Syiela dah make sure benda2 tajam ni letak kat atas tapi still juga dapat panjat dan capai.Nasib dia potong rambut je.Kalau potong benda lain tak ke haru...
Friday, September 9, 2011
Kenangan Bersama kak cik # 3
Assalamualaikum..
Balik kampung baru ni sempena raya syiela tolong mak buat ketupat palas.Sambil anyam ketupat sambil mengimbau kenangan.Kalau dulu syiela tak pandai nak anyam ketupat palas ni. Bila cuba je tak jadi trus kak cik cakap.Hang tak payah dok kalut2 belajaq buat.Nanti upah aku ja.Cakap ja nak berapa aku bereskan.Ni memandangkan kak cik dah tiada so kenalah belajar kembali cara nak anyam.Pusing punya pusing akhirnya jadik juga.hehehehe.Alhamdulillah.
Hubby pun cakap mama kena la belajar buat ketupat palas ni sebab abah dengan anak2 suka.Kalau dulu boleh harapkan kak cik je.Sekarang kena bergantung pada diri sendiri.Punyalah lama syiela balut ketupat tu.Padahal buat 3kg je.Pastu teringat daging dan ayam belum potong lagi.Daging nak buat kari untuk di cicah dgn ketupat.Ayam nak buat masak merah,juga untuk dicicah dengan ketupat.hmmm banyaknya kerja.Kalau dulu kejap je habis.Sebab kak cik ni jenis pantas di dapur.Semua keja kejap je dia buat tapi jangan suruh basuh.So kalau kat dapur dia tukang masak, syiela pula tukang basuh.Tapi sekarang syiela tukang masak,mak tukang rasa hubby tukang basuh :).Thanks hubby!
Ni la rupa Ketupat palas |
Pagi raya pula kalau dulu selalu lepas solat sunat kak cik akan datang masak kat rumah mak tapi kali ni syiela ngan hubby sibuk kat dapur. Mak kat depan layan tetamu.jenuh bersilat kami berdua kat dapur.huhuuhu... rindu sungguh dekat hang kak cik.
Ni gambar anak2 kak cik + husband dia.. masa mai beraya kt kampung |
Al-Fatihah buat arwah kak cik.. Allahyarhamah Che Rozaini Binti Mat Salleh
Monday, September 5, 2011
Raya
Assalamualaikum..
Orang dah basi pasal cerita raya.Syiela baru nak mula. Almaklumlah seminggu kat kampung.Happening sangat.. walau badan tak berapa nak upaya.letih mmg ketara.asik nak tido je. Ni pun letih tak habis lagi walau dah start keja :).
Raya tahun ni tak sempat nak bergambar berempat sebabnya Aiman dah pandai.Balik dari masjid ja trus hilang. Pegi beraya kutip duit raya.Pastu bila orang kasi siap bagitau tak mau dah.Duit Aiman dah banyak.Duit abah dengan mama pun banyak.. sabar jelah. Dengan mak mertua pun tak sempat nak bergambar.Sebab kami beraya kat sna belah petang.So bila petang tetamu ramai.
Orang dah basi pasal cerita raya.Syiela baru nak mula. Almaklumlah seminggu kat kampung.Happening sangat.. walau badan tak berapa nak upaya.letih mmg ketara.asik nak tido je. Ni pun letih tak habis lagi walau dah start keja :).
Raya tahun ni tak sempat nak bergambar berempat sebabnya Aiman dah pandai.Balik dari masjid ja trus hilang. Pegi beraya kutip duit raya.Pastu bila orang kasi siap bagitau tak mau dah.Duit Aiman dah banyak.Duit abah dengan mama pun banyak.. sabar jelah. Dengan mak mertua pun tak sempat nak bergambar.Sebab kami beraya kat sna belah petang.So bila petang tetamu ramai.
Abah teringin baby girl.. sambar cucu sedara jap :) |
asyik makan kuih raya je si Iqbal ni |
bersama mak syiela |
si Iqbal ni yang teruja |
Langsung takder gambar si Aiman sampai ke petang :)...
Thursday, August 25, 2011
Dah Dapat Pengganti Baru
Assalamualaikum...
Setelah menunggu selama 3 bulan akhirnya semalam pihak Wescourt telefon nak hantar katil baru menggantikan katil yang patah dulu.Entry yg lepas REFER SNI.
Punyalah lama menunggu sampai nk bertanduk rasanya.Ini yang 1st & last rasanya beli kat situ.Servis yang maha lembab. Pastu pakai tak sampai sebulan dah patah,then nak ganti baru 3 bulan baru dapat Dah berpuluh kali follow up ngan pihak Wescourt. Bukan dorang yang col maklum kita. Kita pula yang kena selalu col tanya status.
Yang geramnya bila tepon tak berapa nak layan. Ke kedai pun sma. Boleh di jawabnya kena cakap dengan salesman yg jual hari tu. Yang lagi geramnya salesman tu dah transfer ke tempat lain. Dorang still cakap kami tak boleh buat apa2 hanya dia (salesman tu ja yg boleh ambil tindakan).
Lastly kebetulan masa ke kedai dia tu ada manager dia. Boleh pulak bukak report untuk aduan kami ni.Kalau staff lain cakap tak tau ja.Tension!
**** DAPAT BERAYA DENGAN HATI YG AMAN LEPAS NI ada kena mengena ka katil baru ngan raya :) ****
Tuesday, August 23, 2011
Rezeki Ramadhan... Entry Membodek Bos :)
Assalamualaikum..
Pertama sekali syukur alhamdulillah sebab syiela masih di beri kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa di hari yang ke 23 ni. Tak sangka syiela mampu bertahan sejauh ni. (pembukaan dengan ayat skema gila).Walaupun kadang2 dan pada hari2 tertentu terasa seperti amat tidak bertenanga.
Keduanya syukur sebab pada permulaan puasa bos dengan baik hatinya mengedarkan kepada staff2nya sebekas kurma dan sebotol air zam2.. Syukur alhamdulillah.
Ketiganya rezeki ramadhan datang lagi sebab bos dengan sekali lagi baik hati memberikan staff2nya kuih raya tadi.. masing2 tersenyum gembira.Terima dengan malu2 kucing gitu.
Keempatnya terima kasih buat en.hubby kerana amat memahami keadaan syiela,terus berikan sokongan dan dorongan buat syiela.
Setakat ni je dulu ye... :) nak balik dengan hati yang gembira
*** tengah menanti bonus dari bos.. ada ke tahun ni ;) ***
Sunday, August 21, 2011
Rempit Oh Rempit
Assalamualaikum..
Pagi2 bersiap untuk ke office...
Tapi tret...tret... nampaknya syiela kena naik yang bertanyar dua la hari ni...
masuk kunci start enjin.. jalan.. eh lupa... syiela merempit la hari ni...
patah balik pakai helmet..
merempit atas jalan... naik hairan.. kenapa ramai yang memotong2...
tengok meter 50km/j aik.. la awat perlahan sangat ni...
buka minyak pun dok camtu jugak meter dia.. lantaklah... janji sampai opis...
toleh kiri.. toleh kanan...rupanya ramai juga perempuan merempit ni ye..
Sampai selekoh ni bau lain.. selekoh depan pulak bau lain.. aish banyak bau la pulak...
sampai opis berpeluh2.. penat ngalahkan orang berjogging..
kering tekak.. lenguh tangan.. lenguh kaki... kenapa ya?
dilanda sindrom lama tak naik motor.. sedangkan dulu mmg kaki tegar minah rempit
Oh si jantung hati.. jangan la engkau lama2 kat bengkel tu... cepat la keluar...
*** thanks pada Channel x pax dan sayang ketat2 pada makcik nuff sebab bagi BE ke-2 pada syiela... harap2 menetap lama la kat sni :) ***
Wednesday, August 17, 2011
Shopping raya + berbuka di luar
Assalamualaikum..
Memandangkan semalam abah cuti so kami berpakat lepas syiela balk keja kami nak shhopping raya.Baju melayu je belum.T shirt budak2 dh settle sebelum posa lagi.
So tepat pukul 4pm abah serta anak2 dah tercegat kat depan pintu opis. We all mula menjelajah mencari baju melayu dulu. Ziarah dari satu kedai ke satu kedai.Aduss banyak size yang dah takde.Ada baju bapak baju anak pulak takde size.Ada baju anak baju bapak pulak takde size.Adoi pening.. Bukan setakat pening ngan baju.Pening dengan karenah si Aiman dan Iqbal pun sama juga.Punyala lasak. Berlari ke sana ke sini.
Last kat gene martino ada jugak size dorang bertiga.Sapu jelah janji beli.Syiela dah letih.Anak2 still sihat bertenaga ke sana ke sini.Ok settle bab baju dorang so time syiela pula.
Syiela prefer pakai jubah je raya ni.Coz baju kurung dah tak muat.Time syiela mencuba baju.Budak 2 org ni punya la ligat berkejar kat dalam butik tu.Hadoi penat makcik.nak mencuba pun tak senang sebab ada sorang pekerja butik tu tengah iron baju .Last2 abah dorang ni siap suruh pekerja tu simpan dulu iron tu kang ntah kemana2 la iron tu terpelanting.
Settle baju nak kasut pulak.Mula syiela request pakai capal je senang. Dah bebudak berdua ni tak nak pulak.Nak kasut Ben 10 yang ada lampu.Amboi demand nampak!. So pergi la cari jugak. Kat dalam kedai kasut pun satu hal. Iqbal siap memanjat ke atas rak2 kasut dan terjun lagi. Mak ai budak2 ni tak penat ke dari tadi berlari melompat tak ingat.Sampaikan ada satu makcik tu tanya dik kat rumah anak2 mmg mcm ni ke?. Syiela tersenyum kambing jela. Syiela cakap dorang terlepas dari 'kandang' tu makcik. Kalau kat rumah ok je.
Last sekali kami berbuka kat HOTMAS. sebab itu yang terdekat dengan tempat kami shopping.Penat dowh! gelagat dorang sepanjang dok try baju pun tak sempat nak snap.hehehehe
Ni antara menu berbuka ptg semalam
Jangan ada yang terliur pulak tengok ni :)
Monday, August 15, 2011
Lagi Pasal Bakal Twin Pada Minggu ke 28
Assalamualaikum...
Hari ni pagi2 syiela dah ke hospital.Seperti biasa rutin check up. Hehehehe malas betul nak ke hospital sejuk2 ni..
Cerita pasal check pagi tadi.Alhamdulillah semua berjalan lancar.tak perlu tunggu lama2.Samapai dalam pukul 7.55 dan boleh balik pukul 8.45.Hmmm cepatkan.Kalau tidak mau kematu punggung dok tunggu turn :)
Mula2 cerita pasal berat.Wah menten tak naik tak turun dok banyak tu juga.Tapi doktor cakap takpe sebab bulan posa.Janji jangan turun ja.kang kena posa yang yok bangun pagi buka periuk.
Hb pun turun skit 10.9
Tekanan darah serta yang lain-lain ok.
Pasal Baby pulak : progress mereka so far ok.Tapi twin yang pertama still songsang.tengok next mont pulak camna dia nak pusing lagi ka.Then perkembangan dua2 ok.Tiada kesangsian. Uri pun ok still kat atas.So do not worry. Yang penting sekarang mkn je bagi banyak :)
Berat : Twin 1 lebih kurang 1.0 kg
Twin 2 lebih kurang 1.2 kg
Patut le twin 1 songsang rupanya twin 2 memiliki kelebihan berat badan :)
** bertemu lagi nanti edisi twin :) **
Wednesday, August 10, 2011
Kekasih Gelap... Kini Hak Milik Kekal
Assalamualaikum ..
Ni la rupanya kekasih gelap hubbyku.. sampai ke tengah malam mengilapnya (ciwi bak kata org kedah).. di beri tagline 'kekasih gelapku' sekarang memang dh menjadi kekasih gelap hubby syiela.... kenapa la di beri tagline sebegitu...
Sebenarnya hubby tergoda dengan bodynya yang cantik (yela dah baru, semua brg baru cantik ye tak.. )..
Ni la dah selamat ada kat rumah.. aiman dgn iqbal pun bukan main lg. Asik2 nak g ronda ngan motor baru.. mama juga kat rumah memasak.. jeles!
Ni pula gambar yg di curik dari mr google :).. kenapala gambar ni nampak lg cantik dari kat atas... :)
Tuesday, August 2, 2011
Khasiat Air Tebu
Assalamualaikum...
Sempena bulan puasa ni syiela nak kongsi info berkenaan air tebu.Tentu sedapkan berbuka puasa dengan segelas air tebu.Ah! betapa nikmatnya bila air tebu melalui kerongkong kita.Selain manis,lazat, tebu juga kaya dengan khasiat kerana dikatakan dapat melegakan batuk, panas dalam badan serta meredakan jantung berdebar. Subhanallah.....
Khasiat segelas air tebu dikatakan sama dengan khasiat sebiji kurma... Kemanisan air tebu juga di kalahi dengan kemanisan iman...
1. Allah dan rasul lebih dia cintai daripada selain keduanya,
2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah,
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti benci jika dicampakkan ke dalam api...
Rasulullah Bersabda: pandangan adalah panah beracun dari anak panah hiblis, Allah s.w.t berfirman: barangsiapa yang meninggalkan kerana takut kepadaku, maka akan ku ganti dengan kemanisan iman yang dia dapat rasai di hatinya...
Semoga kita dapat merasai kemanisan iman dan juga kemanisan dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t
*** Adakah kita sudah merasai kemanisan iman??? ***
Sunday, July 31, 2011
Jom Exchange " Review Alexa "
Assalamualaikum...
Tadi jalan2 nampak abgteror ajak review alexa.Sebanarnya syiela tak berapa tau sangat pasal ni.tapi bila dah baca serba sedikit infonya dan rsanya boleh memantapkan lagi blog syiela ni.so join jugak la.
Kepentingan review alexa ni adalah supaya kita dapat menaikkan rank blog yang direview and sekaligus rank kita punya blog jugak. So, jom la kita exchange review alexa. Semuanya untuk kepentingan bloggers bersama.Bagi sesiapa yang yang review syiela.InsyaAllah syiela akan review korang punya blog juga dengan 5 bintang.. so jom bersama naikkan rank blog kita ;)
Ok stepnya camni
mula2 pergi dekat sini
http://www.alexa.com/siteinfo/semekarartie.blogspot.com
1. Bila ke sana akan nampak ni .hakhak nampak sangat la blog ni terlalu fofular :P
2. Kemudian KLIK REVIEW
4. Then submit. Senang je kan. Hehehe syiela pun baru belajar ni...
5. Pilih kaedah yang mudah seperti facebook jika anda tiada akaun alexa.
6. Selepas review (tak payah bg ayat pjg2. simple sudah) sila komen ye.. nanti syiela akan review korang punya juga.. Terima kasih.....
*** Nak info lanjut pasal alexa ni silalah berkunjung ke blog abgteror.com
Tadi jalan2 nampak abgteror ajak review alexa.Sebanarnya syiela tak berapa tau sangat pasal ni.tapi bila dah baca serba sedikit infonya dan rsanya boleh memantapkan lagi blog syiela ni.so join jugak la.
Kepentingan review alexa ni adalah supaya kita dapat menaikkan rank blog yang direview and sekaligus rank kita punya blog jugak. So, jom la kita exchange review alexa. Semuanya untuk kepentingan bloggers bersama.Bagi sesiapa yang yang review syiela.InsyaAllah syiela akan review korang punya blog juga dengan 5 bintang.. so jom bersama naikkan rank blog kita ;)
Ok stepnya camni
mula2 pergi dekat sini
http://www.alexa.com/siteinfo/semekarartie.blogspot.com
1. Bila ke sana akan nampak ni .hakhak nampak sangat la blog ni terlalu fofular :P
2. Kemudian KLIK REVIEW
3. Bila dah klik review akan keluar WRITE A REVIEW cam ni. tulis la apa2 pun janji letak bintang manyak2 :)
5. Pilih kaedah yang mudah seperti facebook jika anda tiada akaun alexa.
6. Selepas review (tak payah bg ayat pjg2. simple sudah) sila komen ye.. nanti syiela akan review korang punya juga.. Terima kasih.....
*** Nak info lanjut pasal alexa ni silalah berkunjung ke blog abgteror.com