Monday, June 18, 2012

Haziq Ashtma

Assalamualaikum

Balik dari rumah pengasuh Petang kamis Haziq panas panas badan.Risau la.Asyik demam je budak berdua ni.Malam kasi ubat demam dan jelum dengan air asam jawa. Batuk2 dorang pun makin teruk.Esoknya Demam dah ok tapi Batuk makin teruk.So decide bawa ke hospital sebab risau sangat yang mungkin dorang berdua ni penat.

 Kami ke hospital dengan Dable H je.Abang2 tinggal kat rumah (tawakkal je) tinggal satu hp kat dorang.In case ada apa2 suh col abah. Air semua dah sedia terhidang cuma perlu makan je.Sambil tu buka astro kasi dorang layan kartoon kat situ.

Sampai je kat emergency.terus masuk ke dalam.Bila doktor chek Hazim tiada masalah tapi Haziq ada bunyi skit 'wheezing' bermakna ada penat la sikit.So nak pastikan samada Haziq kena jangkitan kuman ke tak dorang insist tuk x-ray.Jadi bawa ke bilik x-ray.x-ray kejap dan result alhamdulillah sangat ok.

Cuma yang tak bestnya doktor cakap bunyi jantung Haziq makin kuat (boleh jadi lubang makin mengecil @ makin  membesar). Adeh risaunya time tu tokah nak cakap la.Sampai doktor terpaksa tenangkan kami yang tiba2 menyoal bertubi2.Yela sapa yg tak risau bila doktor cakap camtukan.

Doktor tak bagi sebarang nab.cuma di bagi sirup tuk redakan asthma dorang.adeh ni yg leceh nak kasi makan ubat ni.Sekarang dah pandai tolak ubat.

Keluar je dari hospital terus call Aiman kat rumah tanya keadaan dorang camner.So far alhamdulillah.Abah laju je bawa keta.Hehehehe nak cepat sampai.Masuk je kawasan taman tengok ada khemah kat kawasan kejiranan.Sampai 4 biji khemah ni mesti kenduri besar ni.Belek punya belek.Alamak bah dorang buat kenduri haru la kita nanti ( non-muslim, bila ada acara apa je dorang ni jenis yg gedegung gedegang ngan alat muzik). dah le selang berapa pintu je dari rumah.

Sampai je kat rumah budak berdua yang kena tinggal tu melompat kegirangan.Hehehehe sambil mulut riuh bertanyakan keadaan si adik.alhamdulillah melekat depan tv budak berdua.makanan tak tersentuh pun.cuma air je yang luak.

Petang tengok Haziq catu juga.Nafas pun still berbunyi.mmg kuat merengek la dia hari tu. Abah bawa dia ronda kat luar.Balik je bagitau Ada 4 biji sound juga kat situ.Alamak jenuh la kita.Tepat jam 7.30malam mula dah bunyi dung dang dung dang dengan sangat kuat. Nak solat pun tak kusyuk.Dable H pun apa lagi.mmg meragam gila la.Serba tak kena.

Punya la susah nak tidokan dorang malam tu.Naik buai tak kena,Tido dakap pun tak kena Lastly terlena juga keletihan dalam bunyi bising2 tu.Pukul 12.00 Abahnya kejut.aik mama pun boleh terlena gak dalam bising2 ni.hehehhehe senyum2 mamai je mama ni sambil kata la tak  habis lagi ke dorang ni.nak tido pun tak senang.Si Aiman dengan Iqbal pun dah merungut nak tido tak boleh.Nak tegur kang jadi isu perkauman pulak.Lagipun risau gak takut nanti ada yang mabuk2 kat situ.Jadi tadah telinga jela.

Rupanya yang bising sangat tu majlis hari jadi je pun.Adeh jenuh camni.Tu baru besday tak lagi kenduri kawen.Tak lagi acara keagamaan dorang... haru.. haru...


***banyak membebelkan.. hari ni Dable H ke hospital lagi jumpa Paed.Alhamdulillah so far sangat ok perkembangan dorang ***

23 comments:

  1. kak fieda dh pernah merasa gitu..anak bujang 2 org masa kecik kena gak asma..alhamdulillah dah besar ni ilang gitu jer penyakit tu..moga anak syiela semakin baik kesihatannya..

    ReplyDelete
  2. Ujian betullah Syiela. Dahlah anak tak sihat siap dgn bising kat luar rukah lagi. Mestilah susah nak tidurkan hero-hero comel tu..

    Kakak ingatkan dung-dung-cheng atuk dia meninggal selalu pun bising juga tau...

    ReplyDelete
  3. Siannye..moga Double H cepat sembuh ye...mmg risau bila anak2 tak sihat..

    ReplyDelete
  4. anak saudara izan gitu gak..kecik2 asma mmg teruk tapi bila makin besar, asma akan hilang n dah nak jadi bapa org ni, hilang terus,...
    moga kembar tu tak ada apa2 n cepat sihat,../

    depa tu mmg lagu tu,..dong dang2..sampai dekat subuh baru berenti...sabar jer lah sambil merungut dalam hati,,hahahah..geram tau...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah haziq dah sihat..mase bace ingatkan cine mati..sebab yag selalu gedegang gedegung kat sini bile cine mati

    ReplyDelete
  6. sian nyer pelagi klu anak2 sendirikan .... neway take care ye..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillahjiran non muslim kat rumah kak faham...kalu wat majlis tu x lah main muzik kuat2!.

    Kak doakan haziq cepat sembuh....wapkan vicks insyaAllah cepat lega pernafasannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cairkan vicks dlm satu mangkuk air panas kemudian bagi haziq sedut wap bervikcs tu...lagi brrkesan jika semasa sedut tu selububungkan kepala haziq dgn kain...buatlah 2 - 3 kali. InsyaAllah lega pernafasan.

      Delete
    2. Satu lagi sapu vicks di belakang cuping telinga...kak biasa amalkan semasa anak2 selsema pun berkesan...hingusnya berkurang n kering. Cubalah...

      Delete
  8. assalam syiela..mama harap Haziq dah semakin pulih skrg ni..sabarje lah dgn pernagai jiran cenggitu kan..hu2x..mama pun tinggal kat kws perumahan..

    ReplyDelete
  9. semoga haziq sentiasa sihat dan ceria . kalau bising kat kawasan mun nie , dorang buat konsert and opera cina . aiyaakkk ! XD

    www.munviolettaxious.com

    ReplyDelete
  10. kesian kalau budak kecik ada ashtma ni sebab masih kecik takleh nak manage aktiviti.risau kan..sabar ye kak..moga moga haziq baik baik je.aminn

    ReplyDelete
  11. dalam famili hang ada astma ke
    papepun hope dable H sihat2 n ok2 ye

    ReplyDelete
  12. ashtma ni ejaan sebenar asma yer sis..patut cam pelik jer..heheee..kalo mereka ok bagusla..kalo sakit cm tu kene selalu pantau..cam ank2 saudara saya pun kalo penat teruk smpai biru2 muka huhu =='

    ReplyDelete
  13. moga cepat sembuh..
    kalau ada asma susah juga..kan?
    anak sop dulu cam ada sbb bila berlari2 jer muntah.. alhamdulillah tiada..

    ReplyDelete
  14. sedih kan bila tgk budak2 kecik asma.. sy xda pengalaman tp pnh tgk org diserang asma ni.. sian lak tgk...

    ReplyDelete
  15. semoga anak akak cepat sembuh...tambah plak dengan jerebu sekrang ni...

    celebrate hari jadi sampai 4 khemah??woww...meriah gila! =p

    ReplyDelete
  16. Moga anak2 segera sembuh, tak sggup tgk anak2 tak bermaya je kan, kat depan Umah ni pon kaum tu jugak, diorg mmg suke hingaq ni, sabar jelah..aritu siap polis dtg sbb smpi kul 2 pg duk memekak kan...geram!

    ReplyDelete
  17. Haziq dah baik tak skrg....harap2nya dh bertambah baiklah ya...

    ReplyDelete
  18. semoga dorang cepat sembuh... :)

    ReplyDelete
  19. Semoga batuk Haziq cepat sembuh,sian tgk anak kecik dgn batuk2 xleh nak tido......

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^