Tuesday, January 22, 2013

Sikit Lagi Nak Terbakar

Assalamualaikum

Rabu lepas berlaku kejadian yang agak mengerikan juga menakutkan buat keluarga kami.Ceritanya bermula begini.Seperti biasa jika En.Ad balik awal makanya dia akan ambil Aiman dan Iqbal dulu.Jadi sepeti hari hari yang sudah bila sampai di rumah si abah ni berehat kat ruang tamu, manakala anak2 sibuk bermain atau cari apa apa untuk di makan kat dalam peti.

Nak dijadikan cerita Syiela balik kerja, sampai rumah dalam pukul 5.35pm Syiela ada bau hangit sikit.So Syiela mencari la serata tempat kat mana baunya.Jengah juga kat luar kot kot ada jiran bakar sampah tapi takda la pulak.

Dalam dok musykil tu En.Ad cakap tu bau dari rumah sebelah kot, kebetulan masa tu jiran sebelah rumah takde..tapi yang makin musykilnya bila masuk bilik Aiman dan Iqbal bau benda terbakar makin kuat.Jenuh mencari bawah katil,bawah almari semua takde pulak kesan terbakar.

Lepas maghrib En.Ad hantar la budak berdua ni Aiman dan Iqbal ke kelas Iqra'.Selepas tu En.Ad balik Saya tengah tidurkan si kembar ni.Tetiba En.AD buka pintu bilik kalut kalut (gelabah) tanya adik dua dua dah tidur ke (masa tu dah dekat pukul 9pm). Syiela cakap dah kemudian dia kata jom keluar sat.Syiela pun ikut je la.Kemudian dia cakap tutup pintu bilik tu takut satgi adik jaga(hati mula dah raa dup dap dup dap).

Kemudian dia bawa syiela ke bilik Aiman dan Iqbal.Rupanya tilam dorang dah terbakar (bukan menyala hanya berbara camtu ja...tapi tilan dah dekat sebelah dah terbakar).Masa tu tuhan ye yang maha mengetahui betapa terkejutnya Syiela.Kemudian EN.AD angkat semua barang barang yang terbakar tu ke luar. Syiela kalut curah air nk padamkan api.Kemudian En.Ad pergi ambil dorang balik dari kelas Iqra' dan bawa mereka ke belakang untuk tengok hasil yang mereka buat.

Mereka berdua memang terkejut gila tengok tilam dan bantal yang terbakar tu.Bila tanya rupanya si Iqbal main pemetik api En.Ad.Dia cakap masa dia petik tu tak menyala pun cumanya masa dia petik tu dia ambil bantal tutup kepala dia kononnya nanti sapa sapa tak nampak la.Aduhai anak nk marah benda dah jadi...Hasilnya kami hanya bagi nasihat secara keras (agak menekan kat situ, takut perkara yang sama berulang)

Ya Allah jauhkanlah kami dari sebarang malapetaka... Lindungilah kami sentiasa Ya Allah... 

Mood : masih fobia jika teringat!

24 comments:

  1. Sebaiknya ada anak-anak seusia mereka tak boleh letak sebarang pemetik api Syiela. Mereka anggap adventure apa juga pun

    Syukurlah tak jadi apa-apa...

    ReplyDelete
  2. ishhhh..bahayanya..kalo kena kat akak memang ketar habis dah tu..budak2 camtu lah kena beerhati2 kan..

    ReplyDelete
  3. main pemetik api, bahanya tue..mujur xde pe2 yg serius..

    ReplyDelete
  4. mujur x da pa pe...penah gak bnda ni jd masa kecik2 dulu...sepupu main pemetik api....tilam terbakar dalam bilik./..

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah tak jadi perkara yg tak diingini...

    kene berhati2kann..

    ReplyDelete
  6. mujur tak jadi yang buruk.. risau juga kan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tak jd apa2 yg lebih buruk. Harap diorang ambil iktibar

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar..alhamdulillah nasib baik tak berlaku apa2 yg bahaya...

    ReplyDelete
  9. Bahayanya..
    Nasib baik tak jadi apa2..

    ReplyDelete
  10. uiii kecut perut baca.mujur ler tak der apa2.....cikgu aritu masak air panas dalam cerek, letih + mengantuk maka tertido. sedar2 rumah dah berasap dan berbau tengik semacam. masa tu baru teringat masak air atas dapur. memang robek la montot cerek tu....huhu

    ReplyDelete
  11. ambik kat mana plak pemetik api tu..
    diorang terjumpa pemetik api tu kat tempat yang senang di capai kot. xpun pernah tengok org guna pemetik api

    ReplyDelete
  12. Nasib baik jumpa awal,benda2 bahaya kena sorok dari budak2 ni,mcm ubat,benda2 tajam,super glue.

    ReplyDelete
  13. ya allahh, bahayanyaaa kak. nasib baik tak sempat merebak. subhanallah. mintak2 dijauhkan semua malapetaka ye kak

    ReplyDelete
  14. YaAllah..
    bahayanya....alhamdulillah akak sekeluarga di lindungi Allah...
    lepas ni kena hati2...
    bahayakan kalau akak kluar pegi mana2...

    seriau nk bygkan..

    ReplyDelete
  15. uish.. bahaya betul... nasib baik tak jadi apa2 yang buruk.. ALhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. bahayenye.. kene pantau selalukan.. en. ad pn same.. ade ke cakap rumah sebelah.. hihi.. lepas ni kene check bebetul la..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah takut pulak wani baca ni kak syiela..nasib xjd apa

    ReplyDelete
  18. main2 api ni memang menakutkan... syukur tak de apa2

    ReplyDelete
  19. syukur alhamdulillah ..semuga syiela & keluarga dilindungi olh Allah selama2nya..amin..biasalah kanak2..aktif sgt diaorg kan syiela..hu2x..

    ReplyDelete
  20. Klu akak dah cuak dah..syukur x jd yg lbh serius

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^