Friday, July 26, 2013

Friday, July 26, 2013

Rahsia Murahkan Rezeki

Assalamualaikum

Rasullullah SAW pernah bersadba "Sedekahkan a-fatihah kepada kedua ibu bapamu setiap pagi (Samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)"Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu.

Tidak akan putus rezeki seorang anak itu selagi tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari.

Semasa kita berdoa hendajlah kita berdoa dengan bersungguh sungguh.Sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua ibu bapa kita berdoalah 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, berkatilah mereka,murahkanlah rezeki mereka,panjangkanlah usia  mereka,jauhilah mereka dari sebarang azab,lindungilah mereka dari segala bahaya,tempatkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman... aminn yarabal a'lamin.....

** terlalu banyak anak2 yang melupakan ibu bapa pada masa kini :(

Thursday, July 25, 2013

Thursday, July 25, 2013

Kesian Abah

Assalamualaikum

Semalam En.abah terpaksa keja malam (kalau askar di panggil duty). Bila masuk waktu berbuka ja mula la riuh rendah si anak anak ni kesian kan abahnya

Antara dialog dorang yang sempat syiela dengar

Aiman : Kesian abah kan japgi nak berbuka dia nak makan apa?ada tempat makan ka kat situ?
Iqbal   : ye la kan.. hari tu ikut abah pegi tempat keja dia banyak truck askar je.. takda pun tempat makan
Aiman : mesti abah kita letih..keisn dia kena keja juga
Iqbal   : Nanti abah balik kita suruh dia benti keja..boleh la dia berbuka dengan kita...kesian sangat dia sorang sorang kat sana.. tak makan pula tu


Hehehehe prihatin rupanya anak mama ni ingatkan tak kisah.So mama mencelah la..Kat tempat abah ada tempat makan jangan risau ye.. Aiman dan Iqbal menjawab.. mama mana tau mama tak pernah pi sana..kami ni abah selalu bawa pi sana (ada jela nak menjawab.. pahal mama yang selalu ke sana)

Hmmmm yela anak anak mama malas nak ulas panjang lebar dekat dekat waktu berbuka ni jadi mama diam je tengok karenah dorang :)


KLIK SINI UNTUK SHOPPING DI KEDAI SYIELA

KLIK SINI UNTUK PROMOSI RAMADHAN

KLIK SINI UNTUK BANTU ADIK MUHAMMAD


Wednesday, July 24, 2013

Wednesday, July 24, 2013

Siakap 3 rasa

Assalamualaikum


Bahan2
Ikan siakap 
1 labu bawang besar(kisar)
5 ulas bwg merah(kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (kisar, syiela suka potong kecil2)
1cm Halia (kisar)
3sd cili giling (syiela blend cili kering)
sos tomato
sos cili
sos ikan
sedikit cili hijau
sedikit cili merah
sedikit ada benggala
sedikit bunga kobis
sedikit carrot
sedikit nenas
1 bj buah tomato
jagung
garam
minyak
kunyit
air

CARA CARA
goreng ikan sehinnga garing dan ketepikan
satukan semua sos dan ketepikan
masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing.masukkan cili dan tumis sehingga naik minyak
masukkan campuran sos (jika nk kuah banyak tambahkan air)
masukkan hirisan bawang,sayuran dan cili.biarkan sehinnga layu
tutup air dan tuangkan kuah di atas ikan yang di goreng tadi..
siap

sedap makan masa panas2..



Wednesday, July 24, 2013

Puding Jagung Lagi

Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Kisah Iqbal Berpuasa

Assalamualaikum

Selama ni saya train Aiman je puasa.Iqbal setakat yang dia mampu bertahan almaklumlah baru 5 tahun. Tapi semalam disebabkan Iqbal tertidur tengahari dan bila dah jaga tu petang sangat dalam pukul 5.30pm so saya pujuk Iqbal suruh bertahan.

Abahnya bawa si Iqbal ke bazar ramadhan.semua yang dia nak abah beli je.sampai rumah pukul 7.00.Dia dah membebel lapar.hhehehe saya cakap belum azan lagi mana boleh makan.

Pastu siap arahkan abang aiman buka radio nanti tertinggal azan katanya.Then abang pun sukarela pegi buka radio.Dalam 5 min gitu dia bebel kat abang aiman pula abang ni salah buka channel kot sebab tu sampai sekarang tak azan lagi hehehhe.

Abah pula memainkan peranan.Abah cakap xpe tgu jap abah pegi tengok betul tak. then dalam lima minit gitu dia salahkan abah pula.Ni abah la punya hal ni usik radio tu.Sampai sekarang tak azan.Abah pegi betulkan balik.Orang dah tak larat ni.Orang nak air.Orang nak makan...bla..bla..bla

Azan je sebelah tangan angkat tuk berdoa sebelah tangan lagi mnum air.Hahahaha sabar jela anak.Apapun mama bangga dengan kamu sayang :)

*** entry ni bukan untuk menunjuk2 ye.Cuma luahan perasaan seorang ibu :)
Tuesday, July 23, 2013

Senarai Produk Kosmetik Berbahaya!

Assalamualaikum

PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran

Tahun 2013
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Cellnex Anti-Sensitive Essence TreatmentNOT120905219K Betamethasone 
2Natural 99 Night CreamNOT120300526K Mercury  
3Natural 99 Day CreamNOT120300524K
 Mercury  
4SF Beauty Night Cream (Facial)NOT120602462K Mercury  
5SF Beauty Day Cream (Facial)NOT120602461K Mercury  
6Acrena Pure Herbal Papaya SoapNOT100802337KTretinoin
7White ComplexNOT100801451KTretinoin
8SS Pearl CreamNOT110602263KMercury   
9SS Vita C Night RepairNOT110602264KMercury   

Tahun 2012
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840K
Mercury
10MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin
11DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury 
12DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury 

Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead

Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin

Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin

Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

Senarai ini dikemaskini pada April 2013




Isu Tabita boleh  KLIK SINI untuk baca

** Nak cantik jangan sampai memudaratkan diri ye kawan kawan