Dable H dah 3 bulan

Assalamualaikum

Lagi 3 hari Dable H dah nak masuk 3 bulan.Sepanjang membesarkan Dable H ni banyak sungguh dugaan dan cabarannya.Sebulan pertama alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Hari ke 38 bila Dable H warded kat hospital bermulalah episod duka. Asyik nangis je mama. Dari satu ke satu berita sedih yang di sampaikan doktor.Tapi alhamdulillah semuanya selamat

Bila Dable H discharge lain pulak jadinya.sampai je kat rumah Dable H asyik merengek,menangis dan kdg2 meraung2. sampai tak menang tangan mama dan abah. Bila hari abah kerja tengahari baru mama dapat mandi.Makan pun selalu sangat mama skip sebabnya Dable H merengek.sampai naik letih mama.Sorang tido sorang lagi merengek.Bila yang ni pulak nak tido sorang lagi pulak jaga merengek.Kadang lagi haru bila dua2 menangis.serba tak kena jadinya.Tiada istilah bila dorang buka mata tak nangis masa tu.Asal bukak mata ja mesti bunyi..Kadang2 sampai nangis2 mama keletihan..tension.. tiada ruang langsung untuk mama nak rehat.Kalau orang dulu2 cakap tahap gila meroyan.

Bila dah kuat sangat menangis mama letak dalam buai.Bila dalam buai dan tangan macam pasang karen pulak.dua2 tak berenti.Adeh lenguh tangan! Pernah mama buai Dable H sambil menagis2 (sebab terlalu letih).Sampai bengkak2 bijik mata.Bila abah sampai rumah je terus abah pulak ambil alih jaga Dable H tapi mama tak biarkan abah sorang jaga Dable H.Kesian abah Penat kerja tak habis lagi.

Bila usia mencecah 2 bulan mama start keja. Dable H dihantar ke rumah pengasuh,alhamdulillah jiwa mama kembali tenang. Selalu jugak Dable H ni menangis2 dari petang sampai ke tengah malam.Kadang2 menangissampai tertidur atas bahu.Mama dan abah pula tak habis2 baca ayat2 lazim dan lastnya mama dan abah pun tertidur sama2 keletihan tanpa sempat makan pun.

Bila usia menginjak ke 3 bulan Dable H berperangai lain pulak.Dable H suka nangis pagi2 pulak.Bila sekolah buka betapa kalutnya mama pagi2.Memandangkan mama masuk opis lambat 9.00pagi jadi mama yang hantarkan Dable H ke rumah pengasuh dan hantar abang Iqbal ke sekolah. En.Hubby seawal 6.50am dah tinggalkan rumah.Jadi terkial2 la syiela kat rumah bersama 4 hero ni. 

Alhamdulillah juga abg Aiman dan Iqbal pandai membawa diri. Mama cuma kejutkan dorang untuk bangun ja. Lain dorang uruskan sendiri.Mandi,gosok gigi dan pakai baju ke sekolah ,sikat rambut dan berbedak dorang buat sendiri.Bila siap dorang tunjukkan diri.Mama just betulkan mana yang tak kemas (pada masa ni memang Dable H meragam gila).

Selalunya pagi2 dalam 8.15am mama bersedia nak keluar dari rumah.Time ni salah sorang dari Dable H mesti menagis kuat.So terpaksa la mama bawa kereta dengan sorang dekat riba.Susahnya jangan cakap la sebab keta manual.Nak pegang baby lagi nak masuk gear lagi... 

Bila mengenangkan bab letih ni.Memang letih sangat tapi demi sayangkan anak2 mama dan abah kuatkan semangat.Tapi masa berlalu begitu pantas.Kejap je dah 3 bulan mama dan abah harungi semua ni.

Haziq dah start dah

Hazim cool je.. siap senyum lagi

Bila dah jadi camni memang dia bawa kereta sama la jawabnya

Tak sabar nak tunggu kamu besar Dable H.Tak sabar nak tengok segala perkembangan kamu dari bulan ke bulan.Moaga kesihatan kamu bertambah baik dari hari ke hari.Mama & abah luv u :)

21 comments:

  1. Kasihan pun ada baca kisah Syiela dgn si twin nie,nasib baik le dua2 abgnya pandai berdikari,semua nie ada rahmatnya di sebaliknya tu.
    Makin bertambah montel ye dua2 tu.

    ReplyDelete
  2. cutenya..mmg cabaran nk jaga anak kecil kan ..tp ianya satu kenangan indah yg x dpt di beli dgn wang ringgit

    ReplyDelete
  3. jaga kembar memang bukan senang...

    ReplyDelete
  4. semakil comil dable H..semuga syiela tabah & kuat semangat.. memang sukar utk menjaga dable H dlm satu masa..beruntung suami syiela rajin membantu !!!..

    ReplyDelete
  5. Syielaaa, aduhaiii..leh bayangkan letih kamu itu..kite pun letih jugak jg kembar kite dgn si kakaknyerr..tapi bila tengok kat dorang rasa kesian aje kan..
    Its ok dear, semua tuh dugaan..memang tak sabar aje nak tgk dorang membesar dgn cepat..supaya kite leh rehat..hehehe..apapun, semoga Dable H membesar dgn ceria :D
    kuatkan semangat tau syiela! :) take care..

    ReplyDelete
  6. singgah yer mama.....asik nak shout error jea....

    ReplyDelete
  7. memang besar dugaannya membesarkan anak kembar nih sbb kak pun kembar...so ada pengalamanlah(ma akak)!

    ReplyDelete
  8. huhuhuhu aku yg xde twin ni pun jenuh nak jaga budak2 tu kt umah tu baru 3 org..hahahaha..xpelah syiela kejap je tu..mmg letih giler2...nk rehat diri sndiri pun non ado mso dah skrg..semua nya tuk anak2...

    cumel dabel H ni..

    ReplyDelete
  9. Salam Syiela..
    Pengalaman syiela ni saya dah lalui masa my boys umur babies syiela. My Haziq & Hazim (kebetulan taste nama anak kita sama ek :P) menangis tak berenti almost 2 jam setiap malam. Kami ada bibik masa tu. Mujur bibik sayangkan mereka dan tak cepat putus asa. Malam memang kami tak bagi bibik tolong sebab tahu esok dia kena jaga sorang2 masa kami pergi kerja. So malam sampai tersengguk-sengguk kami laki bini menidurkan dorang. Esok pagi berkejar ke opis. Kami naik komuter. Dalam komuter memang masa tido kami. Kami dapat tahu twin kena sawan tangis. Itu perkara biasa. Ada orang-orang tua yang pandai bab2 ni. Dorang selalunya bacakan ayat2 suci kat anak2 kita je. Katanya semangat anak2 kita tersentap masa lahir. Mungkin dorang terkejut lahir ke dunia masa tu. Anyway hope mama tabah okeh. Cabaran itu akan jadi sangat manis bila anak2 dah besar. Sokongan suami isteri juga perlu sebab masa ni emosi kita suami isteri tak stabil. So jangan lupakan si ayahnya juga. Insyaallah semuanya akan berakhir. Perhaps Syiela cari orang2 tua yang pandai dalam hal2 ni. Saya doakan Syiela sabar & tabah okeh. Your 2 elder boys are awesome!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, 2 hero yg dah besor dah pandai berdikari.. hebat tu..

    Insya Allah, double H juga akan jd sehebat abang2nya..

    org yg beranak kecil sorg pun KALUT.. ini kan pulak bila DUA.. ur memang supermom.. memang ibu2 yg ada twin ni penyabar orngnya.. Allah tak beri anugerah ni tanpa sebab kan... all the best syiela..

    ReplyDelete
  11. syiela awat shoutbox hang ssh sgt aku nk komen...dua2 cam tu...geram tul aku

    ReplyDelete
  12. cantik tu,seorg senyum seorg nangis.

    ReplyDelete
  13. comelnyer anak.. mesti time p keje dok teringat jer kn.. huuu
    \
    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete
  14. Hehe tapi bestkan? Tak semua orang dapat rasa pengalaman tu :)

    ReplyDelete
  15. aduhai..temeynya bam bam dable H ni..nak cium cikit..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE