Dugaan Menyambut Puasa

Assalamualaikum

Khamis lepas memandu dengan tenang sambil melayan lagu yuna terukir bintang dalam pada tu memandang keluar sebab dekat lampu merah.Memandang sekumpulan remaja lelaki berbasikal sambil melanggar lampu merah jadi ramai la yang menekan hon.Dorang buat tak kisah je malah siap bergelak ketawa lagi.Dalam dok geleng2 kepala tengok telatah dorang perasan hon dok bunyi lagi.Eh budak2 tadi dah lepas siapa la pulak yang bermain hon ni.Tengok cermin depan keta belakang dah bagi lampu rupanya lampu dah hijau aku asyik berangan lagi.. Sori ye hehhehe.

Dengan tenang aku meneruskan perjalanan sambil mulut mengikut kecil lagu Yuna.Sampai je kat Lot 88 (area Sungai Petani) betul2 traffic light kereta depan brek mengejut alhamdulillah nasib aku ikut tak berapa dekat tapi yang tak bestnya tetiba je bunyi dam kat belakang.Alamak habislah ketaku.Keluar je dari kereta tengok Sang Kancil memcium Wajaku.Tengok dari keta dia memang conpom la bumper ku turut kemek namun alhamdulillah tak banyak cuma sikit je. Kemudian bagi signal dan kami settlekan kat tepi je.

Time tu lembut & lemah segala anggota badan nak berdiri pun rasa tak mampu.Almaklumlah first time kena langgar ni. Menyandar je kat kereta.Telefon En.Ad kena pulak dia kat Penang lagi.Hari itu penutup latihan menembak.Alahai camner ni. Berkali kali telefon tak menjawab, SMS bertalu di hatar kw Hanset dia.Rupanya handset tu di disilentkan untuk mengelakkan di ganggu. Lepas je En.Ad Perasan ada misscol terus dia balas col.Dalam hati dia dah tak sedap sebab aku bukan jenis yang col bertalu talu kalau tiada yang penting.Jenis aku sekali telefon dia tak jawab aku biarkan je.Ni dah lebih 25 kali rasanya.

Bila dapat je cakap aku suruh En.Ad yang settlekan dengan orang yang langgar tu.Sebabnya aku dah tak tau nak cakap apa.Alhamdulillah dorang settle melalui fone je. Kemudian aku ikut dia ke bengkel.Sebab dia nak tanggung segala kerosakan.

Malam tu dia datang lagi sembang dengan husband ntah apa yang dorang bincangkan lagi ntah la aku dah tak ambik port.Sedar je dah pukul 11 lebih.Alamak tadi terlepas pengumuman puasa yang dah tau dan di war warkan puasa hari sabtu tapi tetap nak confirm juga. Kalut pula sms ke anak2 sedara  bertanyakan puasa bila.Nak sms orang lain kang risau ganggu dorang tidur pulak.hehehhe nasib la ada yang membalas baru dapat lena dengan separuh tenang

.
Ini keadaan kereta dia tapi langsung tak ambil gambar keretaku.nipun sebab takut terlupa no kereta dia

Bulan 4 hari tu baru je kena langgar kat tempat parking baru je Julai dah kena cium lagi. Entry lama KAT SINI . Itu kena tukar sendiri namum yang ini di pelanggar menanggung.

*** Dugaan buat kami sekeluarga sebelum menyambut puasa 2012



12 comments:

  1. dugaan tul kan..saya pun pernah kena gak..tapi dgn motosikal..dah ler masa tu berdua ngan anak kecik.mmg rasa lembut seluruh badan lepas kena langgar tuh.nasib baik ler hencik somi tak kuar outstation..so terus call dia n settle mcm tu jer.sampai skrg saya rasa fobia kalau ada motor ikut dekat kat belakang..

    ReplyDelete
  2. dugaan..tapi nasib baik juga orang yang melanggar tu nak tanggung kan...

    ReplyDelete
  3. Betul-betul dugaan tu Syiela. Mujur boleh setel cara baik. Tapi biasa kalau dah kena ketuk dan cat baru lama-lama warna akan nampak bezanya...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah akk x pape...
    dugaan tu kak..

    ReplyDelete
  5. ujian tu...kalau nak tanggung sendiri kos blh tahan jugak kot...

    ReplyDelete
  6. mcm2 dugaan ye..nasib baik takyah kuar duit sendiri..

    ReplyDelete
  7. Memang betul2 dugaan nak menyambut puasa nie.
    Nasib baik org tu nak byrkan.

    ReplyDelete
  8. kira baik juga la org tu..nseb baik dia byrkan..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE